Wednesday, May 24, 2006

'Pemburu Emas Yamashita'

Tadi siang aku pergi menonton wayang cerita Senario yang terbaru tu. Aduiii ... memang kelakar giler. Sakit perut aku ketawa. Memang ada aje adegan yang mencuit hati.

Sinopsis oleh : aznanie

Watak Mazlan kali ini agak serius. Nak jadi ala-ala pakar motivasi jitu. Sampai menangis masyarakat orang kerdil dimotivasi Mazlan. Yang kelakar tu, bila dia dapat tahu yang bini dia curang dengan pakar motivasi yang menjadi idola dia. Dia belasah pakar motivasi tu dengan bini dia sekali. Terus kena hantar tempat sakit jiwa.

Watak Azlee pulak, brutal tapi penyayang kepada binatang dan budak kecik. Tak boleh tahan tengok kalau ada orang yang menganiaya binatang. Dia pulak yang serang orang tu sampai kena masuk tempat orang sakit jiwa. Kat sini lah dia jumpa dengan Mazlan, Wahid dengan Que.

Wahid pulak, jadi mat skin head. Kena tangkap masa polis buat serbuan. Si Wahid ni suka meludah muka orang. Trend skin head la kononnya. Tapi pemikiran kurang sikit la.

Que Haidar lain pulak, dia ni seorang mahasiswa dan mempunyai kerja yang baik iaitu sebagai juruukur tanah. Dia dianggap gila apabila dia menceritakan kepada YB Nasir (Hamdan) yang dia telah menjumpai seorang askar Jepun dan askar itu telah memberinya skrol.

Kali ini Beego diberikan watak jahat pulak. Dia yang memegang watak sebagai Murad iaitu Pengurus di Taman Harapan Kaciwa yang menempatkan Mazlan, Wahid, Azlee dan Que. Skrol yang didakwa Que adalah pemberian daripada tentera Jepun itu dipegang oleh Beego. Dan Beego telah mengkaji dan mendapati bahawa skrol itu sebenarnya petunjuk ke lokasi harga karun Yamashita iaitu Jeneral tentera Jepun semasa perang dunia kedua di Malaya dahulu.

Apabila Mazlan, Azlee dan Wahid mengetahui tentang skrol itu mereka pun membuat rancangan untuk mencari harta tersebut. Dan mereka telah mencuri skrol itu dari Beego.

Di situ lah bermula nya kisah pencarian harta karun Yamashita. Berbagai rintangan yang mereka terpaksa tempuhi. Tetapi nasib sentiasa menyebelahi mereka. Mereka mendapat sokongan dari Ketua Puak Orang Kerdil yang terdapat di dalam hutan tersebut.

Sementara itu, Beego telah memaksa Que mengikutnya menjejaki mereka bertiga ke dalam hutan. Tetapi malangnya, Nora Danish telah mendapat tahu yang Beego membawa keluar Que. Beego memberitahunya yang dia sebenarnya mahu menangkap semula Mazlan, Azlee dan Wahid yang telah melarikan diri itu.

Beego telah mendapat bantuan daripada Hamdan iaitu seorang YB di kawasan tersebut. Dengan membawa pengikutnya, mereka telah berjaya menjejaki Mazlan, Azlee dan Wahid. Hamdan telah menyuruh Illya (Tuk Ketua Tagaya) memberitahu di mana lokasi harta karun itu tersembunyi tetapi Illya tidak tahu apa-apa mengenainya. Jadi mereka telah bertindak mengikat dan mengurung Illya di rumahnya.

Mazlan (Seman), Azlee (Boy) dan Wahid (Put) telah menyelamatkan Illya dan membawanya lari ke dalam hutan. Di dalam hutan itu mereka telah terjumpa dengan Que (Jali) dan Nora Danish (Dr. Lissa) yang datang mencari Beego.

Semasa di hutan itu, barulah Nora Danish dapat melihat sikap sebenar Beego. Baginya Beego sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapat kemewahan. Dan dia merasa kecewa dengan sikap Beego itu.

Dalam usaha menyelamatkan diri itu, mereka telah terjumpa tempat di mana Que telah terjumpa askar Jepun dahulu. Di situlah mereka telah mendapat klu di mana tersimpannya harta karun tersebut.

Setelah mereka berjaya menemui harta karun itu, Hamdan telah datang dan mengaku harta tersebut adalah kepunyaannya. Terjadilah pergaduhan antara mereka. Dan akhirnya, harta karun tersebut tidak dapat dimiliki oleh mereka semua kerana harta karun tersebut adalah milik kerajaan Malaysia. Walaupun kecewa, namun mereka tidak kisah setelah diberitahu mereka akan mendapat saguhati dari pihak kerajaan.

Komen aku:

Jalan ceritanya memang menarik. Setiap pelakon dapat menjiwai watak masing-masing dengan baik. Mazlan memang best, masa dia beri motivasi kat orang Kerdil tu. Dengan mimik muka dan suara yang berintonasi, memang menjadilah lakonan dia tu.
Begitu jugak dengan Wahid yang wataknya gila-gila sikit. Dengan muka selamba, bodoh-bodoh alang sikit. Memang kena lah dengan watak mat skin head tu.
Apapun cerita ni memang best. Kelakar giler. Tapi ada pengajaraan dalam cerita ni. Ada menonjolkan sikap-sikap negative dan positif dalam kehidupan masyarakat kita hari ini.
Gelak-gelak jugak, moral pun kenalah ada gak.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...