Monday, May 01, 2006
Sinopsis Novel 'Aura Cinta'
Kategori:
Novel dan Penulisan
Novel Aura Cinta karya penulis Aina Emir ini adalah terbitan KarnaDya. Ini merupakan novel keempat beliau. Dan novel ini adalah merupakan hadiah untuk para pembaca dan para penyokongnya. Aina Emir juga mendapat jolokan sebagai 'The Queen of Romance'. Novel-novel yang terdahulu beliau adalah Sesuci Cinta, Seharum Kasih dan Setulus Janji yang mendapat 'best- seller'.
Ikuti sinopsis Aura Cinta:
Aura Cinta mengisahkan tentang seorang lelaki melayu yang tegap lagi tinggi bernama Azraai yang melibatkan diri dalam bidang pembikinan filem dokumentari. Dia membuka Syarikat bersama rakan kongsinya, Khairul yang juga merupakan adik iparnya.
Semasa menjalankan pengambaran di salah satu lokasi, dia bertemu dengan Aisya Hanan, anak kepada Cikgu Sally yang mengajar di Pos Betau. Gadis genit yang tinggal di kawasan pedalaman bersama kelompok Orang Asli. Azraai menganggap Aisya adalah seorang gadis yang pelik perangainya. Namun, dalam masa yang sama dia rasa tercabar dengan gadis itu.
Azraai keliru dengan situasi itu. Mindanya sering mengingati Aisya tetapi, dalam pada masa yang sama dia adalah tunangan Nurbaiti, gadis yang cantik lagi bijak. Meskipun, dia tidak mencintai Nurbaiti tetapi Nurbaiti adalah pilihan ibunya dan gadis itu sudah lama taat menantinya. Malah, Nurbaiti juga mempunyai pakej yang lengkap sebagai calon isteri.
Keadaan bertambah rumit bila mengetahui bahawa Cikgu Sally merupakan isteri kedua Johari Adnan iaitu, bapa kepada Khairul. Dan Khairul bertindak memburu Cikgu Sally bagi mendapatkan 'sesuatu' yang didakwa telah dilarikan Cikgu Sally dari keluarganya.
Aisya dan ibunya menyembunyi diri dari dikesan Khairul. Dan Azraai bertindak sebagai 'hero' dengan melindungi Aisya. Dan tanpa diduga Khairul membocorkan rahsia Azraai kepada Aisya. Aisya rasa tertipu dan menyangka Azraai hanya mahu mempermainkannya.
Aisya membawa diri ke Belgium. Kebetulan, dia diundang menjadi pelukis jemputan di galeri milik pelukis Belgium. Di sana dia bertemu Serhan Aydin, seorang pemuda berketurunan Turki yang beragama Islam. Serhan begitu pandai menghiburnya. Namun, bukan senang mengikis nama Azraai yang terpahat kukuh di sanubarinya.
Sekembalinya dari Belgium dia dikejutkan dengan berita yang menyedihkan. Bapanya sakit kuat dan meninggal dunia tidak lama kemudian.
Azraai datang semula dan memujuknya kembali kepadanya. Namun, ditolak Aisya. Kemudian, Aisya membawa ibunya pulang ke Kampung Merah.
Apakah tindakan Azraai? Adakah dia terus memujuk Aisya untuk bersamanya semula atau pun dia meneruskan sahaja rancangan perkahwinannya dengan Nurbaiti?
Dapatkan jawapaannya di dalam novel 'Aura Cinta'.
Tajuk : Aura Cinta
Penulis : Aina Emir
Terbitan : KarnaDya
Harga : RM 19.90
Penilaian : 5/5
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
hebat ... sy hampair mmbace habis , kak aina .. :) tp, kecian cikgu sally .terpkse hidup brjauhn dr johari .. tak patut btol la si auty yam ..
ala cite la smpai hbs...
salam ...
hehe .. saja nak suruh korang cari novelnya .. baca sendiri lebih feel .. haha .. sorry yer ...
cerita yang unik tapi slow sikit. rase nk baca balik
Post a Comment