Tuesday, June 07, 2011

Cerekarama 'Jemaah Kolestrol'

 Jemaah Kolestrol nih mengisahkan seorang anak muda iaitu Mizan yang baru balik dari belajar di sebuah Universiti di Jordan. Dia mempelajari bidang syariah. Kemahirannya dalam bidang komputer memberikan kelebihan kepadanya. Dia telah membuat satu blog sebagai medium untuk berdakwah dan malah dia banyak mendapat undangan untuk memberi ceramah.

Permasalahan mula timbul apabila setiausaha Masjid meninggal dunia secara berturut-turut .. setelah 2 kematian orang yang memegang jawatan itu meninggal, timbul kata-kata yang kurang menyenangkan sehingga ada yang takut untuk memegang jawatan tersebut hingga ditukar nama jawatan setiausaha itu kepada biro kebajikan Masjid.
 Bagi Mizan pula, segala yang berlaku berpunca dari faktor kesihatan. Sebab setiap kali mengadakan ceramah atau apa-apa aktiviti masjid mesti di sediakan makanan yang berkolestrol tinggi. Pulak tu jemaah Masjid itu kurang bersenam. Selepas makan makanan yang berkolestrol tinggi itu mereka terus tidur. Itu yang menyebabkan terjadinya serangan jantung dan strok. Kesemua setiusaha Masjid itu meninggal dunia disebabkan oleh serangan penyakit jantung.

Tetapi kata-kata Mizan tu tidak diperdulikan oleh ahli jemaah Masjid itu. Pak Imam dan Ustaz Shuib tidak menyenangi kata-kata Mizan yang dianggap mentah dalam hal itu. Ada pulak pihak yang menghasut Pak Imam dengan mengatakan Mizan hendak mengantikan Pak Imam, menyebabkan Pak Imam berasa benci dengan Mizan.

Setelah kematian setiausaha Masjid yang baru dilantik, mereka mula mempercayai kata-kata yang kononnya Masjid itu telah diganggu makhluk halus yang datangnya dari telaga buta yang terletak tidak jauh dari Masjid itu. Telaga itu kononnya dahulu digunakan oleh tentera Jepun untuk memenggal kepala orang. Jadi, kerana telah termakan akan momokan itu, Pak Imam dan Ustaz Shuib telah bertindak memagar kawasan Masjid.

Mizan yang tidak senang dengan tindakan itu, memarahi mereka dengan menyatakan perbuatan mereka itu boleh menyimpang dari ajaran Islam. Syirik kalau perbuatan itu dibiarkan berterusan. Pak Imam sebagai ketua tidak harus membiarkan perbuatan itu berleluasa.

Pak Imam yang mula tersedar dari kealpaannya, mula mempercayai kata-kata Mizan. Dia mula mengamalkan gaya hidup sihat. Membuat pemeriksaan kesihatan di hospital. Dan mengikut Mizan bersenam. Ustaz Shuib yang pada mulanya berasa di sisihkan, akhirnya mengikut sama bersenam.

Akhirnya, Mizan berkahwin dengan anak Ustaz Shuib yang merupakan seorang doktor. Kebetulan mereka sering bertemu dan membincangkan akan permasalahan kesihatan orang-orang di kampung mereka itu.

* Ni cite komedi pengajaran ... komedi yang diselitkan dengan pengajaran di dalamnya ... pengajarannya ialah ... jangan makan makanan yang berkolestrol tanpa melakukan aktiviti senaman ... amalkan gaya hidup yang sihat ..jangan mudah percaya pada momokan orang yang tak tau kebenarannya .. jangan melakukan perbuatan yang boleh menyumbang kepada perbuatan syirik dan di murkai ALLAH .. huhu .. banyak pengajarannya .. apa pun cite nih memang best .. hehe .. lawak memanjang ...


0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...