Wednesday, June 01, 2011

Asmara 2 Episod Akhir

Malam tadi bukak jek Tv3 .. slot Lestari 'Asmara 2' baru nak mula .. rupanya dah episod last malam ni .. Tak follow sangat cite Asmara 2 nih .. yang Asmara first tu .. follow sampai habis ... nyambil-nyambil menyiapkan tempahan bunga telur untuk pengantin dari Felda Semencu ... layan jek la cite Asmara 2 ni ...

Sinopsis oleh : aznanie 

Asmara 2 Episod Akhir :

Adam dilarikan oleh Ferhad yang menyamar sebagai cucu Hj.Seman yang sekampung dengan nenek Asmara. Nenek Asmara menyesali perbuatannya yang mudah mempercayai orang luar yang baru dikenali. Asmara membawa neneknya ke Kuala Lumpur dalam usaha menjejaki Adam.

Zaliya terlalu merindui Adam dan berhasrat untuk bertemu dengan Adam. Ibunya bersetuju untuk membawa Zaliya berjumpa dengan Adam dengan syarat Zaliya hanya boleh melihat Adam dari jauh sahaja. Zaliya bersetuju.

Nenek Asmara menyuruh Asmara mencari Adam di rumah bapa Zaliya. Hanya Sahlan sahaja yang sanggup berbuat demikian kata nenek Asmara. Asmara menafikannya kerana dia telah pun menelifon bapa Zaliya bertanyakan dimana Adam disembunyikan namun dinafikan oleh Sahlan. Dia tidak menculik Adam. Nenek Asmara tidak mempercayai Sahlan dan memaksa Asmara membuat laporan polis dan menggeledah rumah Sahlan. Namun mereka tidak menjumpai Adam di situ.

Ferhad yang menculik Adam, membawa Adam ke Kuala Lumpur dan menyuruh Zira menjaga Adam. Zira yang pada mulanya menolak, terpaksa akur setelah dipujuk Ferhad. Bapa Zaliya menyuruh orang menyiasat siapa Ferhad sebenarnya. Dan kebenaran dibuka sendiri oleh Ferhad.

Ferhad sebenarnya adalah Rizal. Anak sulung Datuk Osman. Yang dibawa lari oleh Datuk Osman setelah dia membunuh teman wanitanya, Yasmin ketika berusia 17 tahun. Dia ingin meminta semula semua harta yang diwariskan kepada Adam yang diuruskan oleh Asmara dan juga semua harta yang dimiliki bapa Zaliya. Dia menggunakan Adam sebagai tebusan untuk mendapatkan apa yang dihajatinya.

Bapa Zaliya memberitahu perkara itu kepada Asmara. Dan meminta bantuan Asmara untuk menjejaki Adam melalui Zira. Pada mulanya Asmara agak ragu-ragu dengan apa yang diberitahu oleh bapa Zaliya namun dia hanya menurut sahaja.

Asmara mula mengekori Zira apabila Zira pulang ke rumah makcik dia. Sebelum itu, Ferhad sudah menyuruh Zira balik ke rumah makcik dia sehingga keadaan kembali normal. Tapi Zira yang bertengkar dengan makciknya tekah pulang ke rumah Ferhad. Apabila Ferhad melihat Zira berada di dalam rumah itu, dia terus bertindak mengunci Zira di dalam bilik.

Asmara yang mengekori Zira telah dapat mencari rumah yang di diami Ferhad. Asmara masuk ke dalam rumah dan bertindak mencari Zira dan Adam. Sedang Asmara memecahkan pintu bilik yang berkunci, Ferhad mengacukan pistol ke kepala Asmara.

Ferhad menyalahkan Asmara yang bertindak nekad, dia hanya menyuruh Asmara memindahkan semua harta di atas namanya bukan menyuruh Asmara bertindak seperti seorang hero sebegitu. Ferhad menembak Zira didepan Asmara. Sedang Ferhad mengacukan pistol untuk menembak Asmara, pintu bilik di buka polis yang datang menyerbu rumah itu. Ferhad ditembak olah anggota polis.

Rupanya bapa Zaliya yang memberitahu pihak polis semua yang berlaku. Polis mengekori Asmara hingga berjaya mendapatkan Ferhad. Sedang mereka berbual-bual di rumah bapa Zaliya. Zaliya datang dan terus memeluk Adam. Hingga Asmara kehairanan kerana dia mengenali Zaliya yang sekarang ini adalah Cik Suhana. Namun ibu Zaliya terlepas kata dengan memanggilnya dengan nama Zaliya. Asmara yang berang terus membelasah bapa Zaliya kerana merasakan dirinya telah di tipu olah bapa Zaliya.

Sementara itu, Melati telah selamat melahirkan tanpa Asmara di sisinya. Melati kecewa kerana merasakan dirinya semakin jauh dari Asmara. Nenek Asmara menenangkan Melati. Kemudian, Asmara masuk membawa Adam. Nenek Asmara begitu gembira melihat Adam sudah kembali kepangkuan mereka.

Asmara meminta maaf kepada Melati kerana tidak dapat menemani Melati melahirkan anak mereka, namun Melati merasakan ada sesuatu yang disembunyikan oleh Asmara. Dia bertanya adakah Cik Suhana itu Zaliya. Asmara menafikannya dengan mengatakan Zaliya sudah lama meninggal dunia. Cik Suhana akan ke luar negara kerana ada urusan yang memerlukan dia ke sana. Melati hanya diam walau dalam hati dia tidak mempercayai kata-kata Asmara itu. Asmara menitiskan airmata tanpa dilihat Melati kerana merasakan kesedihan yang amat sangat kerana terpaksa melepaskan Zaliya pergi kerana mereka memang tidak berpeluang untuk bersama. Di luar bilik, Zaliya menangis mendengarkan perbualan di antara Asmara dengan Melati.

Di lapangan terbang, Asmara membawa Adam berjumpa Zaliya sebelum Zaliya berlepas ke luar negara. Zaliya memberitahu Asmara inilah hukuman untuknya kerana dulu dia tidak mahu menerima Adam dan juga Asmara. Sekarang disaat dia amat memerlukan keduanya, dia tidak dapat memiliki mereka. Asmara memberitahu Zaliya yang Zaliya akan pulang semula ke sini apabila tiba masanya. Dan sama-sama menceritakan bagaimana semua ini buleh terjadi kepada Adam apabila dia besar kelak. Asmara dan Zaliya sama-sama berjanji akan menunggu detik itu tiba. Tamat.

Para pelakon :
Shahz Jaszle sebagai Asmara
Faezah Elai sebagai Zaliya
Faralyna Idris sebagai Melati
Fezrol Khan Sebagai Ferhad

* Akhirnya tak dapat bersama juga si Asmara dengan Zaliya tu .. sian melati .. makan hati ulam jantung ... haha.. nak buat cam mana .. dah dalam hati suami dia ada taman lain yang tak nak pegi .. huhu .. sadis .. walau dah tau Zaliya masih hidup tadi Asmara tak nak beritau Melati .. nak jaga hati Melati dari terus rawan ... ceday tengok Melati .. sian tengok Zaliya .. haha .. emo la pulak ...

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...