Friday, June 24, 2011

Seram Di TV3 'You Saka Pergi Jauh-Jauh - Episod 4

Sambungan dari episod 3 :

Rupa-rupanya Nia hanya bermimpi berjumpa perempuan cantik yang disangkanya Puteri Jarum Permata. Di kampung, Pak Berahim dan isterinya sedang berbincang tentang malang yang menimpa Nia. Pak Berahim bertekad untuk membantu Nia. Isterinya menyokong tindakan suaminya itu.

Datin mengajak Nia menemaninya makan roti canai. Roni canai sekeping dibelah 2. Nampak sangat Datin tu seorang yang kedekut. Sedang mereka makan roti canai, datang Zeti menyapa mereka. Zeti menjual alat penapis air. Dia memujuk Datin membeli penapis air yang dijualnya.

Pak Berahim sedang minum-minum di sebuah warung pada waktu malam. Tidak semena-mena angin bertiup kencang dan lampu berkelip-kelip. Sewaktu angin kencang, beberapa kuntum bunga kenanga jatuh ke meja Pak Berahim. Selepas itu, angin kembali reda. Pak Berahim kehairanan melihat bunga kenanga itu sebab tak ada pun pokok bunga kenanga berdekatan tempat duduknya.

Pak Abbas menemani Roslan makan dirumahnya. Sedang mereka makan, Roslan merasakan kakinya disentuh sesuatu. Dia menyangka Pak Abbas yang melakukannya. Dia mula berasa kurang senang dengan Pak Abbas. Sebenarnya saka gelam yang menyentuh kaki Roslan dengan niat mengusik Roslan.

Pada malam itu, sedang Roslan tidur berseorangan di rumahnya. Hantu ibu Nia, Rosrita datang menganggu Roslan. Roslan ketakutan dan bertindak memarahi hantu Rosrita. Setelah puas mengacau Roslan, hantu Rosrita pun beredar ke luar rumah. Dia duduk di tangga sambil mengeluh kepenatan. Pada masa itu, saka gelam pun datang dan duduk di sebelahnya. Hantu Rosrita mengadu dirinya penat dan mahu mati yang sebenarnya. Tetapi saka gelam kata Rosrita telah menandatangani perjanjian untuk menjadi hambanya setelah dia mati sewaktu hidupnya dulu sebagai balasan diatas kekayaan yang diberikannya kepada Rosrita dulu. Hantu Rosrita meminta saka gelam membatalkan saja perjanjian itu tetapi ditolak saka gelam.

Keesokkan harinya, Roslan mengajak Pak Abbas tinggal bersamanya. Nasib baik Pak Abbas menyetujuinya memandangkan Pak Abbas pun keseorangan jugak di rumahnya.

Sewaktu Nia pulang dari pejabat, di seperti rasa dirinya diekori. Bila dia menoleh dia melihat hantu Rosrita iaitu ibunya mengekorinya. Dia melarikan diri sekuat hati. Tetapi hantu Rosrita mengekorinya. Nia jadi buntu. Walau apa sekali pun, hantu Rosrita itu tetap ibunya. Bagaimana dia mahu melawan ibunya. Andrus memberitahunya yang muncul didepannya itu bukan ibunya tetapi hantu, jadi Nia tak payah le hormat dan takutkan ibunya. Nia tidak bersetuju dengan pandangan Andrus. Mereka sepakat untuk meminta pertolongan dari Pak Berahim.

Datin bersetuju membeli penapis air dari Zeti. Sewaktu memasang penapis air di rumah Datin, Zeti memberitahu suaminya dulu bukan seorang yang mendengar katanya, tetapi berubah selepas diubatinya. Datin meminta pertolongan dari Zeti untuk mengubatkan Fauzan yang dirasakan semakin melampau perangainya. Zeti bersetuju menolong Datin.

Pada malamnya, Datin terdengar Fauzan berbual-bual dengan bahasa yang romantis dengan sebuah kerusi. Datin merasakan Fauzan hanya berpura-pura begitu supaya Datin tidak lagik menjodohkannya dengan Nia. Datin yang semakin tertekan dengan perbuatan Fauzan telah memarahinya dan menyuruh Fauzan masuk tidur di biliknya. Datin memarahi kerusi yang di puja oleh Fauzan tadi dengan mengatakan akan membakar kerusi itu dan menendang-nendang kerusi tersebut. Setelah Datin beredar, hantu yang dipanggil Rosrita oleh Fauzan itu seakan-akan marah pada perbuatan Datin tadi. Hanya Fauzan yang dapat melihat hantu itu sedangkan Datin tidak dapat melihat hantu itu.

Shasa dan Nia datang ke rumah Andrus untuk bertemu dengan Pak Berahim. Shasa bertanya kepada mak sunya, lauk apa untuk makan tengahari mereka. Mak sunya memberitahu dia masak gulai tempoyak. Tetapi yang di atas meja makan hanyalah berbagai-bagai lauk yang diperbuat dari telur. Mak sunya memberitahu bahawa dia pakar masak telur sahaja.

Sedang mereka berbual-bual, Zeti pun sampai. Dia memberitahu kedatangannya hanya ingin mengucapkan terima kasih kepada Pak Berahim kerana selepas dia berubat dengan Pak Berahim, perniagaannya semakin laris. Andrus dan Nia bagai merasakan kedatangan Zeti itu bagai ada agenda tersembunyi .... bersambung ...
tunggu episod 5 minggu depan ... huhu ...

* Episod malam tadi, kurang sikit lawaknya .. tapi kelaka jugak tengok Pak Abbas masih dukung teddy bear walaupun usia dah lanjut .. haha .. yang masa Roslan ingat Pak Abbas main-main kaki dia tu kelaka jugak .. sebab geram ngan Pak Abbas .. Roslan sengaja cakap lauk tu lauk semalam .. dah nak bagi kucing makan .. tapi Pak Abbas selamba jek makan .. haha ..

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...