Tuesday, June 07, 2011

Bunga Telur Batang Pisang

Baru saja selesai buat bunga telur untuk majlis perkahwinan Didie dari Felda Semencu .. bunga telur ni bukan bunga telur pahar yang diletak dikaki pelamin tu .. bunga telur nih nak diletak kat batang pisang yang dipotong dalam 2 depa .. batang pisang tu diletak dalam pasu besar .. bunga telur tu di cucuk di sekeliling batang pisang tu la ..


Batang pisang yang sudah dicucuk dengan bunga telur ini diletakkan berdekatan dengan mak pengantin .. para jemputan yang bersalaman dengan mak pengantin akan diberikan bunga telur itu la .. terpulang la pada mak pengantin nak bagi berapa batang bunga telur tu ..

Beginilah rupa bunga telur yang di cucuk pada batang pisang .. gambar disebelah adalah ikhsan en.google .. hehe .. gambar bunga telur yang aku buat nih belum ada gambar lagik .. nanti kalau aku pergi kenduri kawinnya .. aku amik pic bunga telur batang pisang yang aku wat ni ek .. hehe ..


Kepada Didie dan pasangannya, aku ucapkan Selamat Pengantin Baru .. semoga berbahagia hingga ke akhir hayat .. terima kasih kerana memberi kepercayaan kepadaku untuk membuat bunga telur batang pisang ini ..

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...