Sunday, June 26, 2011

Cerekarama 'Takdir Afina'

Cerekarama malam tadi cam ada iras-iras cite Umie Aida dulu-dulu ... yang mak mertua dia lakonan Azian Herdawaty ... ada sikit-sikit jek sama .. tak le sama semuanya ... hehe ... jadi, jom layan cerekarama Takdir Afina ...

Sinopsis oleh : aznanie

Afina (Nadia Aqilah) berhijrah ke Kuala Lumpur untuk mencari pekerjaan walaupun dihalang oleh ibu (Wan Maimumah) dan bapanya (Mubarak Majid). Mereka risaukan keselamatan Afina memandangkan tiada sesiapa yang dapat menjaga Afina di sana. Tetapi Afina berkeras jugak untuk pergi ke Kuala Lumpur.

Di Kuala Lumpur, Afina menjadi seorang yang bebas pergaulannya. Gemar berhibur bersama kawan-kawannya. Di situ lah dia bertemu dengan Hisham (Razali Hussein). Setelah menjalin hubungan agak lama, akhirnya Afina berkahwin dengan Hisham. Namun, Hisham tidak mampu menjadi suami yang baik untuknya. Sikap Hisham yang kuat bekerja menjadikan Afina berasa dirinya di persiakan.

Setelah gagal dalam perkahwinannya bersama Hisham, Afina kembali ke kehidupan lamanya. Berhibur hingga lewat malam. Hidupnya terumbang-ambing dalam dunianya sendiri.

Pertemuan dengan Akmal (Nazim Othman) membuka lembaran baru buatnya. Akmal seorang peguam yang kuat pegangan agama. Afina berasa tenang di samping Akmal. Dia mulai menukar cara kehidupannya. Tidak lagi ke tempat-tempat hiburan. Dia mulai menginsafi diri. Menukar cara berpakaian dan menjadi seorang wanita muslimah sejati.

Akmal membawa Afina berjumpa dengan ibunya (Maimon Mutalib) untuk diperkenalkan kepada ibunya. Di hadapan Afina, ibu Akmal melayannya dengan baik. Namun hakikatnya ibu Akmal tidak menyukai Afina. Dia merasakan Afina tidak setaraf dengan mereka. Dia mahukan menantu yang kaya dan berkedudukan. Lagipun, dia merasakan Afina sama sahaja dengan bekas isteri Akmal, yang sanggup meracuninya semata-mata cemburu bila Akmal melebihkan ibunya.

Afina pulang ke kampung untuk memberitahu ibu dan bapanya tentang hasratnya untuk mendirikan rumahtangga bersama Akmal. Pada mulanya, bapany tidak mengizinkan dia mengahwini Akmal tetapi setelah dipujuk oleh Afina, akhirnya bapanya mengizinkannya.

Setelah mendirikan rumahtangga, Akmal dan Afina tinggal di rumah mereka sendiri tidak jauh dari rumah ibu Akmal. Ibu Akmal yang sememangnya tidak menyukai Afina, berasa Akmal mulai jauh darinya. Dia pergi berjumpa dengan bomoh untuk meminta sesuatu yang dapat membuat Afina menderita. Dukun itu memberikan sebotol air kunyit yang dicampur dengan sejenis racun. Racun ini dapat membuat Afina lumpuh kerana ia merosakkan saraf tunjang dan membuatkan Afina tidak dapat mengandung kerana air kunyit itu mengecutkan rahim.

Semasa ketiadaan Akmal, ibu Akmal memberikan Afina racun itu. Dia memberitahu air itu adalah untuk menjaga kesihatan dalaman Afina sebagai seorang isteri. Afina yang tidak mengesyaki niat jahat ibu mertuanya itu hanya menurut sahaja kata-kata ibu mertuanya itu. Setelah meminum air itu, Afina selalu batuk-batuk. Tetapi tidak menyangka apa-apa yang buruk terjadi ke atas dirinya.

Ibu mertuanya juga selalu menyuruh dia melakukan berbagai-bagai kerja rumah semasa ketiadaan Akmal. Dia menjadikan Afina seperti orang gaji. Tetapi Afina tidak pernah merungut dan mengadu apa-apa kepada Akmal.

Suatu hari, ibu Akmal lalu di taman permainan, tiba-tiba seorang budak tersepak bola mengenai badan ibu Akmal. Ibu Akmal naik angin lalu memukul budak lelaki itu. Tiba-tiba dia teringat akan zaman keciknya di rotan oleh ayahnya kerana mandi sungai. Dia tergolek-golek di bangku seakan-akan di pukul dengan sesuatu. Ibu Akmal masih truma akan kejadian masa silamnya dan membuatkan mentalnya tidak normal.

Afina memberitahu Akmal yang ibu dan bapanya mahu datang ke rumah mereka tetapi Akmal kena bekerja ke luar kawasan. Semasa ibu dan bapanya datang, ibu mertuanya memerhatikan dari jauh dengan mulut yang terjebik-jebik sebal.

Ibu dan bapa Afina menyuruh Afina mengajak ibu mertuanya datang makan bersama dengan mereka pada hari itu, Afina menyetujuainya. Tidak semena-mena batuk Afina semakin menjadi-jadi sehinggakan mengeluarkan darah dari mulutnya. Ibu dan bapanya bergegas membawa Afina berjumpa doktor. Afina di tahan wad. Doktor yang merawat Afina memberitahu yang Afina keracunan. Di sebabkan racun itu sudah merebak ke saraf tunjang maka Afina telah lumpuh. Bukan itu sahaja, Afina juga tidak boleh bercakap lagi kerana racun itu telah merosakkan peti suaranya.

Akmal berasa sungguh tertekan. Bila doktor memberitahunya yang racun itu bukanlah sesuatu yang boleh didapati dari pemakanan tetapi ianya sengaja di berikan dengan tujuan untuk menyeksa Afina. Ibu Akmal yang takut rahsianya terbongkar telah menuduh ibu bapa Afina yang melakukan perbuatan itu dengan tujuan untuk mendapatkan harta. Akmal mempercayai kata-kata ibunya. Ibubapa Afina terperanjat dengan tuduhan yang dilemparkan kepada mereka. Mereka menyatakan mana ada ibu bapa yang sanggup meracun anak mereka sendiri. Akmal yang telah termakan dengan hasutan ibunya tidak mempercayai kata-kata ibu bapa Afina.

Setelah balik rumah mereka, Akmal menjaga Afina. Suatu hari, ibu bapa Afina datang ke rumah mereka tetapi di halau oleh Akmal. Dia sanggup membayar berapa sahaja yang diminta oleh bapa Afina supaya mereka tidak lagi menganggu Afina. Bapa Afina memarahi Akmal yang dirasakannya telah bersikap kurang ajar kepada orang tua.

Akmal meminta ibunya menjaga Afina kerana dia mahu bekerja di luar kawasan. Ibu Akmal berpura-pura setuju. Setelah Akmal pergi, ibu Akmal telah menyapukan serbuk cili ke muka Afina dan menolaknya dari kerusi rodanya. Ibu Akmal telah memukul-mukul badan Afina kerana dia merasakan Afina membebankannya.

Dalam perjalanan ke tempat kerjanya, Akmal berselisih dengan kereta bapa Afina. Ibu bapa Afina datang ke rumah ibu Akmal untuk berjumpa dengan Afina. Dia mendengar suara Afina menangis di dalam rumah. Akmal yang terlihat kereta bapa Afina telah berpatah balik ke rumah ibunya. Sesampainya di rumah ibunya, dia melihat ibu dan bapa Afina telah ada di rumah ibunya. Dia memarahi ibubapa Afina kerana membuat kacau di situ. Ibu Afina memberitahu dia terdengar suara Afina menjerit. Akmal yang tidak mempercayai ibu mertuanya telah menuduh ibunya bercakap bohong tetapi dia tetap membuka pintu rumah ibunya menggunakan kunci yang ada padanya.

Bila pintu terbuka, Akmal melihat ibunya sedang menarik-narik kaki Afina. Akmal meluru mendapatkan Afina. Ibubapa Afina jugak bergegas ke arah Afina. Mereka terkejut kerana seluruh muka Afina berlumuran dengan serbuk cili. Ibu bapa Afina mengangkat Afina masuk ke dalam keretanya dan membawa Afina balik ke rumah mereka. Akmal yang baru mengerti sikap ibunya, mengejar bapa Afina dan memohon maaf tetapi tidak dihiraukan oleh bapa Afina. Dia tetap memandu keretanya selaju mungkin. Akmal mengejarnya dari belakang. Dan tidak semena-mena dia dilanggar oleh sebuah kereta. Dia tercampak ke bahu jalan dan meninggal dunia di situ. Ibu Akmal yang kebingungan hanya memanggil-manggil nama Akmal.

Hiduplah Afina dalam dunia bisunya. Dengan berkerusi roda dia menghayati buku pemberian suaminya, Akmal. Berusaha mencari ketenangan jiwa setelah melalui episod duka dalam hidupnya.

Para Pelakon :
Nadia Aqilah sebagai Afina
Nazim Othman sebagai Akmal
Maimon Mutalib sebagai ibu Akmal
Wan Maimunah sebagai ibu Afina
Mubarak Majid sebagai bapa Afina
Razali Husien sebagai Hisham
 
* Best jugak citenya ... semua pelakonnya dapat menghayati watak masing-masing dengan berkesan .. ye la kan .. semuanya pelakon power-power ... bukan baru jadi pelakon ... dah lama ... sian tengok Afina ... dah dapat suami yang baik .. mak mertua pulak bikin onar .. agaknya Akmal bercerai dengan bekas isteri dia dulu pun pasal mak dia kot ... mak dia tak suka Akmal kahwin dengan orang tak kaya cam diaorang ... tapi aku heran ... dia kata nak cari yang berpengetahuan pasal agama tapi mak dia tak pulak berperwatakan seperti orang yang berpegang teguh pada agama ... contoh dari segi pakaian .. mak dia tak pulak pakai tudung .. hmm .. mungkin kat situ pengarah kena ambik berat sikit kot ... hehe .. pandai jek aku ..  

4 comments:

ashidah ashepah said...

tahu x tajuk buku y wrna kuning dalan citer ni

belogkiter said...

geram dengan mak mertua dia.... tapi dalam cerita ni dia seolah olah mengalami tekanan perasaan ekoran sering dipukul oleh ayahnya semasa kecil

aznanie said...

ashidah ashepah : salam .. tajuk buku tu kalau tak silap 'Penenang Jiwa' .. karya siapa tak terperasan pulak .. hehe ..

belogkiter : salam .. memang le mak dia tu ada kisah silam yang pahit masa kecik .. trauma tu ... yang jadi mangsa menantu dia .. bukan anak dia ..

Anonymous said...

aku rasa bekas menantu dia dulu mmg menyampah dgn mak akmal ni! tau lah org kaya mana nak sgt terima mak mentua mental mcm ni..tu sb dia nak racun mak mentua dia ni,hahahahaha

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...