Wednesday, June 15, 2011

Jambu Batu vs Tembikai ...

Tengahari nih makan buah jambu batu ngan buah tembikai .. aku beli kat gerai depan .. bukan beli sebiji-sebiji tu .. beli yang dah siap potong .. orang panggil buah potong .. haaa .. yang tu la .. suh dia letak asam serbuk sikit ... pastu beli air soya .. orang sini panggil air tauhu .. yang dalam balang .. ceduk masuk plastik .. Rm 1.00 sebungkus ... huhu .. panas-panas nih .. nak minum air jek kerjanya ...
Makan buah-buahan ni banyak kebagusannya .. sebab buah-buahan ni ada khasiat dia yang tersendiri ... cam buah jambu batu nih ... dapat membekalkan vitamin A,B, C, zat besi, serat, protein dan mineral pada tubuh manusia .. selain itu juga buah jambu batu dapat menurunkan paras kolestrol dalam darah manusia dan amat bagus sekiranya dimakan setiap hari ... bagaimanapun pengambilan buah jambu perlu dibuat dalam jumlah yang mencukupi bagi memastikan khasiatnya berupaya memberi tindak balas kepada tubuh secara berkesan .. iaitu sebiji setengah selama 4 minggu .. makan buah jambu bersama kulitnya akan memberikan khasiat yang tinggi.

Buah tembikai mengandungi vitamin A dan C, asid folik, magnasium dan pelbagai jenis galian lain yang bermutu tinggi dalam perubatan. Pengambilan buah tembikai dapat membantu mengurangkan risiko sakit kepala, penyakit paru-paru dan masalah kulit. Jus tembikai berupaya menghapuskan kesan-kesan toksik dalam tubuh. Kehadiran asid yang berlebihan dalam darah dapat diatasi dengan mengamalkan pengambilan jus tembikai kerana ia dapat bertindak membantu melancarkan pengaliran darah.

Jadi .. jom makan buah hari-hari ... baik untuk kesihatan tubuh badan kita .. asik makan benda bergoreng jek kan .. mulai hari ini aku akan makan buah-buahan setiap hari .. huhu ..
Aisy makan buah tembikai .. dia lebih sukakan buah tembikai dari buah jambu .. dah abis buah tembikai baru dia makan buah jambu pulak ... Aisy memang suka makan ... huhu ..

Minum air tauhu ... dulu masa mengandungkan Aisy .. aku tak suka minum air tauhu .. sebab tu Aisy tak putih gebus ... haha ..

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...