Sunday, May 08, 2011

Cerekarama 'Dosa Siapa'

Cerekarama malam tadi kat tv3 .. best gak .. cite yang penuh dengan pengajaran .. ada ketabahan seorang hamba Allah menghadapi dugaan hidup .. tentang dendam kesumat yang bermaharajalela di hati .. fuuhh .. dasyat .. jadi, jom layan cerekarama Dosa Siapa.

Sinopsis oleh : aznanie

Faridah mendendami kakaknya, Hamidah selepas dirinya diperkosa oleh sekumpulan lelaki ketika dia dan kakaknya pulang dari kedai. Faridah merasakan kakaknya sengaja membiarkan dirinya di lakukan sebegitu, walau pada hakikatnya Hamidah tidak berdaya untuk menolongnya kerana lelaki-lelaki jahat itu banyak jumlahnya. Dia hanya mampu pergi dari situ mencari pertolongan yang lain.

Sejak dari itu Faridah menganggap Hamidah adalah musuhnya. Setelah anak yang dikandungnya hasil dari kejadian itu dilahirkan, Faridah membuang bayinya di tangga sebuah masjid. Dan dijumpai oleh seorang imam. Dan Imam itu memelihara bayi itu dengan baik.

Faridah kemudiannya berjumpa bomoh dan menyuruh supaya bomoh itu menggunakan ilmu hitam untuk membunuh suami Hamidah dan membuat Hamidah menjadi gila. Setelah suami Hamidah mati, Faridah telah merampas anak Hamidah dan menghalau Hamidah dari rumahnya. Hamidah yang tidak dapat menerima hakikat bahawa anaknya telah diambil terus hidup dalam khayalan yang anaknya masih bersamanya.

Setelah 20 tahun berlalu, anak yang dibuang Faridah  yang diberi nama Shahrul telah meningkat dewasa tetapi malangnya Shahrul lumpuh pada anggota kakinya dan hanya mampu bergerak menggunakan kerusi roda sahaja. Dan lebih malang lagi, Shahrul menghidap leukemia dan hanya mampu hidup untuk jangka masa yang pendek. Dia disarankan mendapatkan rawatan di hospital kuala lumpur.

Walaupun menghadapi ujian dan dugaan hidup yang maha dasyat, Shahrul tenang menghadapi. Dirinya selalu ceria dan selalu menceriakan imam yang menjaganya itu. Shahrul dikurniakan bakat menulis tulisan khat. Dengan hasil jualan lukisannya itu lah dia menampung perbelanjaan rawatannya dan perbelanjaan hariannya.

Faridah yang menderita sejenis penyakit trauma selepas kejadian dirinya diperkosa menjadi seorang yang pemarah, sensitif, takut pada bayang-bayang sendiri. Dia terlalu mengongkong suaminya sehinggakan suaminya berasa bosan dan mencari kebahagian di luar.

Anak Hamidah yang diambil Faridah yang diberi nama Zahara bekerja sebagai wartawan suratkhabar. Dia terjumpa dengan Hamidah yang merempat di bawah jambatan. Hatinya berasa kasihan kepada Hamidah. Dia merasakan ada sesuatu yang mendekatkan dirinya pada Hamidah. Rakannya ada memberitahunya bahawa dia perlu berhati-hati supaya tidak dipergunakan oleh orang seperti Hamidah. Tetapi Zahara meyakini bahawa Hamidah bukan seperti yang rakannya itu sangkakan.

Zahara berasa kesal dengan sikap ayahnya. Sedang ibunya sakit, ayahnya berfoya-foya diluar dengan perempuan-perempuan yang lebih muda darinya. Bukan sekali dua dia terserempak dengan ayahnya bersama dengan wanita-wanita yang berlainan tetapi sudah acapkali. Zahara meminta penjelasan ayahnya. Ayahnya hanya menyatakan apa yang berlaku bukan kemahuannya tetapi sikap Faridah yang memaksanya berubah. Zahara tidak dapat menerima alasan ayahnya itu.

Suatu hari, Zahara terserempak dengan Hamidah yang merebut anak patung seorang budak. Zahara memujuk Hamidah supaya memulangkannya dan nasib baik Hamidah mendengar katanya. Zahara bertanya siapa Sophia yang selalu disebut-sebut Hamidah itu. Dengan berang Hamidah memarahi Zahara dengan mengatakan Zahara buta kerana tidak dapat melihat anaknya yang berada disampingnya selalu. Zahara membuktikan kata-katanya dengan mengambil gambar Hamidah serta anak yang dimaksudkan Hamidah. Apabila kamera itu ditunjukkan kepada Hamidah, memang ternyata tiada orang disebelah Hamidah. Tetapi Hamidah tidak mempercayai Zahara dan menyatakan kamera Zahara itu rosak.

Shahrul pergi ke tempat kerja Zahara untuk mencari ibunya melalui surat khabar. Dia berharap dapat bertemu dengan ibunya itu menjalani pemindahan sum-sum tulang. Hanya yang ada pertalian darah dengannya sahaja yang layak menderma sum-sum tulang itu.

Faridah yang mengetahui akan perbuatan curang suaminya itu bertindak mencarinya dan menjumpainya di sebuah restoran dan menampar suaminya dikhalayak ramai. Walaupun dimalukan sebegitu rupa suaminya masih bersabar dengan perbuatan Faridah. Mereka bertengkar setibanya di rumah mereka. Akhirnya, suaminya bertindak keluar dari rumah dan mengalami kemalangan dan meninggal dunia.

Ketika Zahara ingin mengucup dahi ayahnya buat kali terakhir, dia dihalang oleh doktor peribadi ibunya kerana dia mengetahui bahawa Zahara bukanlah anak kandung mereka. Dan terbongkarlah rahsia yang dirinya adalah anak kakak kepada ibunya.

Faridah dinasihatkan berjumpa dengan anak yang dibuangnya iaitu Shahrul untuk mendermakan sum-sum tulangnya. Walaupun dirinya tidak meyukai pertemuan itu namun dia hanya menurut sahaja kata-kata dari doktor peribadinya itu.

Zahara yang yakin bahawa Hamidah itu ibunya bertindak berjumpa dengan Hamidah dan mengaku bahawa dia adalah anak Hamidah. Dan Zahara membawa Hamidah berjumpa dengan doktor peribadi ibunya bagi memulihkan jiwanya yang bercelaru dan membolehkannya memulakan hidup baru sebagai manusia yang normal. Tamat ...

Para Pelakon :
Sabrina Ali sebagai Faridah
Rozita Che Wan sebagai Hamidah
Bell Ngasri sebagai Shahrul
Ustaz Dinie sebagai imam/ pak cik adzim
Zamarul Hisham sebagai suami Faridah

* Aku tengok cite ni jadi geram dengan Faridah .. marah sangat dengan kakak dia .. padahal bukan kemahuan kakak dia benda tu jadi .. sampai sanggup gunakan ilmu hitam bunuh suami kakak dia pastu buat kakak dia jadi gila .. hisshhh .. orang cam ni pun ada .. tapi sedih tengok penderitaan Shahrul .. terhibur jugak dengan kata-kata lawak dia yang bersahaja tu ... sebenarnya cite ni diselang seli dengan flashback kejadian zaman dulu .. tapi aku wat sinopsis terus jek la .. tak kan nak flashback jugak kan .. hehe ... tapi diakhir cite pengarah suruh kita teka sendiri samada Shahrul dapat diselamatkan atau tidak selepas dia dapat sum-sum tulang dari Faridah .. hmm .. sendrii pikirrr la beb ...  

3 comments:

Anonymous said...

bagi sountrack song dalam cite ni

tentang aku said...

kalau tak silap lagu 'bila waktu terhenti' kan nyanyian opick yang lagi satu tu .. lagu lama .. tak berapa nak cam le lagu nya .. sorry bebanyak ..

Anonymous said...

bila waktu tlah berakhir....

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...