Ni cerekarama tahun lepas .. ditayangkan kat tv3 pada 31/7/2010 ... aku terlepas tonton cite nih .. tadi cari lagu kat Youtube .. jumpa pulak promo cite nih .. pastu buleh tengok pulak citenya .. aku pun tengok le sampai habis .. jadi, jom layan cerekarama Takdir ..
Sinopsis oleh : aznanie
Azman dan Nurul saling mencintai walaupun orang tua Nurul tidak menyukai Azman. Mereka sudah mempunyai pilihan mereka iaitu Burhan. Azman menghantar wakil meminang Nurul dan diterima dengan syarat hantarannya sebanyak Rm 50,000.00 serba 1. Kununnya si Nurul tu, guru lepasan ijazah. Mempunyai kereta pulak tu. Dan tempoh tunangannya selama setahun.
Azman pening untuk menyediakan wang hantaran sebanyak itu. Ibunya, Hajah Fauziah, mencadangkan untuk menjual tanah kebun getah miliknya untuk dijadikan wang hantaran tetapi tidak dipersetujui oleh Azman. Jadi, Azman kerja bertungkus lumus untuk menyediakan wang hantaran sebanyak Rm 50,000.00 itu.
Siang malam kerja. Hujung minggu pun kerja jadi cleaner kat KL Sentral .. malam hari bawak teksi .. siang hari kerja mat despech .. makan pun bercatu sehinggakan tak ada masa untuk balik ke kampung berjumpa ibunya.
Suatu hari, Sophia yang baru datang dari UK dan berkerja di KL telah tertinggal beg sandang dalam usaha melarikan diri dari Jefri. Jefri tak berhenti menganggunya membuatkan Sophia bosan dan terkongkong. Sophia tidak sukakan Jefri. Hanya Jefri yang bertepuk sebelah tangan.
Azman ternampak beg Sophia yang tertinggal itu dan bertindak memulangkannya semula kepada Sophia. Dan Sophia yang terpikat dengan kebaikan Azman itu meminta Azman menjadi penjaganya merangkap suami selama setahun. Pada mulanya, Azman menolak tetapi mengenangkan imbuhan yang ditawarkan Sophia sebanyak Rm 50,000.00 itu tidak mampu ditolak Azman. Dengan cara itu sahaja dia dapat mengahwini Nurul, buah hatinya.
Mereka pun diijab kabulkan. Setelah berkahwin, mereka tinggal sebumbung tapi berlainan bilik. Azman tergoda dengan kecantikan Sophia. Tapi dia sedar dia harus memikul tugas menjaga Sophia sebaik mungkin seperti mana yang telah termaktub dalam perjanjian.
Suatu hari Azman membawa Sophia balik kampung berjumpa dengan ibunya. Pada mulanya ibunya marah pada Azman tetapi akhirnya dapat menerima Sophia sebagai menantunya. Diajarnya solat dan didikan agama kepada Sophia.
Nurul yang pada mulanya mengamuk bila mengetahui yang Azman telah berkahwin dengan perempuan lain berasa tenang semula apabila dipujuk Azman. Nurul yakin apa yang dilakukan Azman semuanya demi memenuhi permintaan ibu dan ayahnya yang dirasakan keterlaluan itu.
Sekian lama bersama, timbul perasaan cinta dalam hati keduanya. Tapi tak terucap dengan kata-kata. Hanya bahasa tubuh yang memainkan peranan. Dan akhirnya Jefri mendapat tahu yang perkahwinan Sophia dengan Azman hanya untuk mengelakkan dari gangguannya sahaja. Jefri membongkar segala rahsia itu kepada Nurul.
Nurul yang berang dengan Azman bertindak memutuskan pertunangan mereka. Ibu bapanya yang sememangnya tidak meyukai Azman hanya mengikut sahaja kemahuan Nurul itu. Ketika rombongan keluarga Nurul bertandang ke rumah Azman, Sophia dan Azman pun sampai dari Kuala Lumpur. Sophia dan Azman menerangkan kedudukan yang sebenarnya. Namun apakan daya, Nurul tidak dapat menerima hakikat yang Azman telah melakukan perbuatan yang tidak sepatutnya demi mencari wang 50,000.00 itu.
Sophia kesal dengan tindakan Jefri itu. Tetapi Azman yang sememangnya telah jatuh hati kepada Sophia mencadangkan agar mereka membatalkan perjanjian itu dan meneruskan sahaja rumahtangga mereka. Azman berjanji akan menjaga Sophia sehingga ke akhir hayatnya. Dan Sophia meyetujuinya.
Setahun berlalu, ketika Sophia dan Azman pulang ke kampung bertemu ibunya, datang Nurul bersama Burhan menyerahkan kad perkahwinan mereka. Sesungguhnya ajal, maut dan jodoh pertemuan semuanya telah ditentukan Allah .. dan secara berselorah Azman bertanya kepada Burhan berapa hantaran yang diminta bapa Nurul? Rm 50,000.00 ker??? dan mereka semua mentertawakannya .. tamat ..
Para pelakon :
Shaheizy Sam sebagai Azman
Masha Londoh sebagai Sophia
Rafidah Ibrahim sebagai Nurul
Afida S sebagai Hajah Fauziah
* Cite komedi romantik .. geram betul tengokk mak ngan ayah si Nurul tu .. saja tak nak si Azman tu kawin dengan Nurul .. sebab tu letak hantaran sampai 50,000.00 .. cam nak jual anak jek .. diaorang tau si Azman tu mesti tak dapat punya kumpul duit sebanyak tu dalam masa setahun .. yang jadi mangsa si Nurul le .. Azman tu dah kawin dengan Sophia .. dia terpaksa le pilih Burhan jugak akhirnya .. nak buat cam mana .. tak de jodoh namanya tu .. hehe .. tapi kelaka betul dengo Masha buat slang mat salleh cakap melayu .. bunyi sabah tetap dengar .. haha ..
1 comments:
salam...
kat mne nk tonton cerita ini.?
Post a Comment