Thursday, May 19, 2011

Cenderahati Saputangan Kipas Dalam Beg Organza

Hari nih menyiapkan cenderahati saputangan kipas dalam beg organza tempahan dari Rabiah, Jerantut Pahang. Tema cenderahati nih kala merah. Cenderahati nih untuk majlis perkahwinan yang akan diadakan pada awal bulan 6 nanti .. kena siapkan cepat le nih .. nak pos lagik .. amik masa jugak kan .. hehe ..




Nak buat cenderahati nih mudah sahaja. Bahan-bahan yang diperlukan adalah saputangan, reben, bunga kecik dan beg organza.












Memula, lipat saputangan bentuk seperti kipas.













Lepas tu ikat hujung saputangan yang sudah dibentuk seperti kipas itu dengan menggunakan reben.









Setelah diikat, saputangan itu akan kelihatan seperti dalam gambar sebelah. Lekatkan bunga kecik di tengah-tengah ikatan reben itu dengan menggunakan hot gun.










Saputangan yang telah dilekatkan bunga kecik akan kelihatan seperti dalam gambar disebelah ini.












Kemudian, amik beg organza dan masukkan saputangan yang sudah siap dibentuk tadi.













Tara .. dah siap pun cenderahati saputangan kipas dalam beg organza .. mudah kan ..















Cenderahati saputangan kipas dalam beg organza packing dalam kotak lutsinar ...









Jadi, aktiviti aku hari ini ialah menyiapkan cenderahati nih sehingga siap .. go aku go .. haha ...


*Next projek Cenderahati Saputangan Gulung Berkipas

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...