Sunday, June 30, 2013

Resepi Kuih Kasturi

Sejak membuyung ni minat gile ngan kuih kasturi ... dulu-dulu tak minat sangat ... pembawak budak kot ... yer ker?? haha ... asik nak mencari kuah ni jek ... last-last try la buat sendiri ... walaupun nampak agak rumit ... tapi sebenarnya senang aje ... yang penting ada kesungguhannya ... haaaa ... kata-kata hikmah tu ... ok la ... jom layan resepi kuih kasturi aku ni ...

Kuih Kasturi

Bahan-Bahan:
Bahan untuk Inti:
1/2 kilo kacang hijau - direndam seketika
6 sudu besar gula pasir (terpulang pada citarasa masing-masing)
1 sudu besar garam
Air secukupnya (utk merebus kacang)

Cara membuat Inti Kuih Kasturi:
Rebus kacang hijau hingga empuk dan kering
Pastikan kacang lembut apabila ia kering, jika kacang belum lembut tapi air dah kering, boleh tambah air lagi dan pastikan ia lembut dan kering
Bila kacang dah mula kering, masukkan gula dan garam
Kacau sebati sehingga gula dan garam sebati dalam kacang tadi
Bila kacang dah sebati dan betul-betul kering (tak de air kat kacang tu) angkat dan sejukkan
Bila dah sejuk, bentukkan bulat-bulat (inti yang terbaik ialah tidak melekat di tangan sewaktu proses pembentukkannya)

 Bahan untuk Kuih Kasturi:
1/2 kilo tepung gandum
1/2 sudu kecil pewarna kuning /serbuk kunyit
1/2 sudu kecik garam halus
1/2 sudu kecil butter atau magjerin
Air secukupnya (utk bancuhan tepung)

Cara membuat tepung Kuih Kasturi:
Masukkan tepung gandum, butter atau magjerin, garam dalam satu mangkuk
Kacau sebati
Masukkan air sedikit demi sedikit dan kacau rata
Bancuhan tepung untuk kuih kasturi ni mestilah cair ... tapi jangan terlampau cair pulak .. agak-agak melekat kat kuih kasturi tu kira jadilah tu ..
Last sekali masukkan pewarna kuning atau serbuk kunyit
Kacau sebati sehingga bancuhan tepung nampak menarik dengan warna kuning yang menyerlah
Masukkan inti kuih kasturi tadi kedalam bancuhan tepung tadi
Goreng dalam minyak yang panas
Siap untuk di makan samada untuk sarapan atau makan petang ....




2 comments:

adda syuhada said...

sedapnya...

Nanie Noraini said...

salam adda syuhada ...
sedap dan puas kalau buat sendiri ... nak makan berapa banyak ... nak garing macam mana ... semua buleh control sendiri .. hehe .. kalau tak abis goreng wat frozen ... masuk dalam peti ais .. nak makan baru goreng lagi .. haaaa ... mudah kannnn ...

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...