Wednesday, June 26, 2013

Lirik Lagu 'Jerebu Melanda'


Jerebu Melanda

Verse

Dipagi mentari nampak merah
Asap putih menutupi pandangan
Aku sangka kabus pagi
Rupanya jerebu api


Hilang sudah indah panorama
Tiada lagi udara segar
Petaka yang kini menimpa
Kenapakah ia melanda

Chorus
Datangnya dari seberang sana
tanah melayu menjadi mangsa
kenapa engkau lakukan
apakah tiada kesedaran

Menyala api seluas kebunan
bakar hutan untuk jalan senang
pendek akal aniaya alam
apakah tiada kesedaran

Verse

Nafas ku terasa berat
hangit sahaja yang ku hidukan
mengapa cemaran berleluasa
jangan berdiam sahaja

Chorus
Datangnya dari seberang sana
tanah melayu menjadi mangsa
kenapa engkau lakukan
apakah tiada kesedaran

Menyala api seluas kebunan
bakar hutan untuk jalan senang
pendek akal aniaya alam
apakah tiada kesedaran

Bridge

Andai kita tiada usaha
dimasakan datang jerebu
pasti melanda semula

Verse

Nafas ku terasa berat
hangit sahaja yang ku hidukan
mengapa pencemaran berleluasa
jangan berdiam sahaja

Chorus
Datangnya dari seberang sana
tanah melayu menjadi mangsa
kenapa engkau lakukan
apakah tiada kesedaran

Menyala api seluas kebunan
bakar hutan untuk jalan senang
pendek akal aniaya alam
apakah tiada kesedaran

 * Lagu tentang jerebu ... jerebu yang melanda negara kita ... terutama di kawasan kita ni ... nasib baik la tak sampai kena tutup sekolah ... walaupun jerebu ni buat ramai orang sakit tekak n kena selsema termasuk aku ... layan jek la yer lagu jerebu ni ...

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...