Sunday, June 02, 2013

Sinopsis Cerekarama 'Bahagia Bukan Milik Ku'

Malam minggu datang lagi ... sedang orang lain kemaruk tengok bola JDT melawan Pahang semalam ... aku duk khusyuk tengok cerekarama ... haha ... apa leh buat ... mak buyung tak minat tengok bola ... tau keputusan pun en.suami yang cakap ... haha ... ok ... bukan nak cite pasal bola yer ... nak cite pasal cerekarama malam tadi ... best walaupun ada sedikit lembab jalan citenya ... biasalah kan .. cite sedih ... cite air mata ... hehe ... kisah hidup seorang gadis bernama Umairah (Wawa Zainal) ... bertunang dengan Azrai (Farid Kamil) ... ditinggalkan sebab Azrai terjatuh cinta dengan Julia (Anzalna Nasir) ... kecewa dan membawa diri ... balik kampung ... sepupu dia, Hafiz mencuba nasib biarpun pernah ditolak lamarannya dahulu ... Umairah tak dapat terima Hafiz sebab dia dah anggap Hafiz tu macam abang dia sendiri ... adakah Umairah akan bertemu dengan bahagia yang dicarinya atau tetap bersendiri hingga ke akhirnya .... jeng .. jeng ... jeng ... haha ... saja nak bagi suspen .. layan jek la sinopsis cerekarama Bahagia Bukan Milik Ku ini hasil olahan dari aku sendiri ... hehe ...



Sinopsis oleh : aznanie
Mengisahkan tentang kehidupan seorang gadis bernama Umairah. Umairah merupakan anak angkat dalam keluarga Azrai. Ibu dan ayah Umairah bekerja dengan keluarga Azrai sejak mereka kecil lagi, jadi mereka berdua membesar bersama. Apabila dewasa, mereka berdua di tunangkan. Bukan atas desakan keluarga tetapi sememangnya mereka saling mencintai. Tetapi panas yang diharap hingga ke petang, rupanya hujan di tengahari. Azrai memutuskan pertunangan mereka kerana terpikat pada seorang gadis bernama Julia. Tanpa sedikit rasa kasihan, Umairah ditinggalkan. Ibu dan ayahnya sungguh marah dengan perbuatan Azrai itu tetapi apakan daya, itu kemahuan Azrai sendiri. Mereka berdua tidak berupaya menghalangnya. Rasa kasihan pada Umairah dan malu pada keluarga Umairah tidak dapat dirungkai kerana majlis pernikahan mereka tinggal seminggu sahaja.

Kerana peristiwa itu, Umairah membawa diri ke kampung halamannya. Nekad dia berhenti kerja dan pulang ke pangkuan ibu dan ayahnya. Umairah sangat sedih. Kecewa dan sedih menikam dirinya. Saban malam dirinya di belengu airmata. Ayahnya menasihatinya supaya menerima ketentuan Ilahi dengan redha. Banyakkan bersabar dan berdoa supaya dikuatkan hati dan imannya. Umairah akur dengan kata nasihat ayahnya itu.

Ibu dan ayah Azrai memujuk Umairah bekerja semula di syarikat mereka. Sangka mereka Umairah sudah mampu menerima kenyataan. Azrai pun sudah lama mendirikan rumahtangga bersama Julia. Umairah meminta waktu untuk memikirkannya. Namun, hatinya berasa kasihan untuk menolak permintaan ayah angkatnya yang banyak berjasa pada dirinya dan keluarga. Dalam keterpaksaan, Umairah bersetuju untuk kembali berkerja di syarikat itu.

Kehidupan Azrai bersama Julia tidak lah seindah mana. Sikap Julia yang sering mengabaikan tanggungjawab sebagai seorang isteri membuatkan Azrai rasa tertekan. Mereka sering bertengkar kerana perkara itu. Azrai sangkakan apabila Julia berhenti kerja akan membuatkan Julia lebih fokus pada rumahtangga mereka tetapi semuanya meleset. Julia sering keluar rumah untuk bersama kawan-kawannya. Bilik mereka tidak berkemas dan dibiarkan orang gaji mengemaskannya. Azrai tidak suka dengan keadaan itu. Dia tidak mahu orang lain memasuki bilik mereka yang dirasakan terlalu peribadi untuk di ketahui oleh orang lain.

Keputusan Umairah untuk bekerja semula disambut baik oleh ayah dan ibu angkatnya. Walaupun Umairah berasa sedikit terganggu dengan perlakuan Azrai yang seakan mahu menganggunya, Umairah masih mampu menanganinya.

Pertama kali terpandang Amir, Umairah terus terbuka hati untuk berkawan rapat denganya. Amir dijadikan tempat untuk melarikan diri dari gangguan Azrai. Azrai bengang dengan keadaan itu. Dia tidak puas hati. Diberi kata dua kepada Amir supaya menjauhkan diri dari Umairah tetapi tidak diperdulikan oleh Amir. Baginya, dengan siapa dia mahu berkawan bukanlah urusan Azrai walaupun Azrai adalah ketuanya.

Rumahtangga Azrai dengan Julia semakin berantakan. Kali ini mereka bertengkar mengenai Umairah pula. Julia tidak mahu lagi hidup bersama Azrai. Dia mahu Azrai melepaskannya. Dan Azrai akur dan mereka bercerai dengan talak satu. Ibu dan ayah Azrai bengang dengan perlakuan anak bujang mereka itu. Kawin tergesa-gesa, bercerai pun tergesa-gesa.

Umairah akhirnya menerima lamaran Amir. Dia tidak kisah dengan pekerjaan Amir yang hanya budak penghantar surat sahaja. Yang paling penting adalah hati budi Amir. Amir dirasakan adalah lelaki yang sangat memahami dan jujur dengan nya. Namun manusia hanya merancang, Tuhan yang menentukan. Amir terlibat dalam kemalangan dan meninggal dunia. Tinggallah Umairah meratapi kehilangan Amir. Bila bahagia sudah dalam genggaman, Amir pergi meninggalkannya.

Sekali lagi, Hafiz menawarkan dirinya untuk mengubati lara di jiwa Umairah. Tetapi tetap di tolak oleh Umairah. Azrai jugak tidak ketinggalan. Semuanya ditolak oleh Umairah. Baginya Azrai sudah kehilangan peluang itu. Dulu Umairah pernah berkata sekiranya kesetiaannya di robek, tiada peluang kedua untuk Azrai kembali padanya.

Ibu Umairah memberi sepucuk surat dari arwah Amir kepada Umairah. Surat itu ditulis sebelum kematian Amir. Di dalam surat itu, Amir menyuruh Umairah menerima Azrai sekiranya masih ada cinta Umairah untuk Azrai atau jika tiada, Umairah tidak harus menutup pintu hatinya untuk lelaki lain. Amir tidak mahu Umairah berseorangan melalui kehidupannya. Umairah menitiskan airmata menatap surat terakhir dari Amir itu. Tamat ..

Para pelakon :
Wawa Zainal sebagai Umairah
Farid Kamil sebagai Azrai
Zahiril Adzim sebagai Amir
Anzalna Nasir sebagai Julia

Pengarah : Yeop Hitler Zami 
Skrip : Zakinah Ab Zarith
Penerbit : A.Aida

* turn cite sedih ... pandai si wawa bawak watak airmata ... sikit-sikit nangis ... sampai bengkak mata .. haha ... sian si umairah tu ... memula kena tinggal tunang sebab kawin ngan pompuan lain .. pastu bertunang lagi ... kena tinggal lagi sebab tunang dia meninggal pulak ... siannn ... dah nasib dia cam tu kannn ... sedihhhh ... tapi tak dinyatakan siapa yang dia pilih akhirannya ... aku harapkan si umairah tu bersama dengan Hafiz ... sepupu dia yang setia menunggu dia dari dulu tapi terang-terang dia dah tolak si hafiz tu ... haha ... mungkin Azrai kot yang dia pilih ... entah la ... ceritanya tergantung cam tu jek ... sendiri fikirlah yerrrr .. layannnn ...

2 comments:

Anonymous said...

Ape lagu latar untuk citer ni..sya nak tahu tajuk lagu yg di main kan masa umairah menangis sambil di pujuk mak ngan ayah dia..

Anonymous said...

Lagu dari Firman.....tajuk Kehilangan....

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...