Friday, September 16, 2011

Seram Di TV3 'Terowong'

Malam tadi tengok cite ni ... seram tapi tak seram sangat .. haha .. ada jugak le babak-babak yang buat naik bulu roma .. hehe .. tapi tak banyak ... jalan cite ringkas dan mudah difahami .. so, layan jek la cite seram Terowong ni yang digarap sinopsisnya oleh aku ..

Sinopsis oleh : aznanie

Mengisahkan tentang roh perempuan yang bernama Ayu yang mahu membalas dendam kepada 2 orang lelaki yang menyebabkan kematiannya. Naen dan Aril yang telah merogolnya dan membiarkan dia di dalam terowong lama.

Ayu terus memburu Naen dan Aril dengan bantuan ayahnya. Naen dan Aril yang telah terlupakan kejadian tu terus diburu rasa takut kerana mereka telah diganggu oleh Ayu. Ayu menyerupai manusia dan berpura-pura mahu menjadi model di agensi permodelan mereka. Aril dan Naen yang sememangnya kaki perempuan tidak menolak kehadiran Ayu. Aril yang telah jatuh cinta dengan Ayu berhasrat untuk menjadikan Ayu kekasihnya tetapi Ayu menolaknya kerana lebih menyintai Naen. Kerana perkara itu Aril bertengkar dengan Naen.

Kerana selalu diganggu di rumah dan di studio, Naen dan Aril mendapatkan khidmat seorang bomoh untuk menghalau hantu Ayu yang menggangu mereka. Bomoh itu bersetuju dan memberikan tangkal kepada mereka. Tetapi mereka terus jugak diganggu.

Suatu hari, Ayu menyerupai Naen dan mencekik Aril sampai mati. Naen yang ketakutan melihat Aril telah dibunuh oleh Ayu telah pergi ke terowong lama dan bersemuka dengan Ayu. Dia mahukan penjelasan siapa Ayu sebenarnya. Ayu telah meningatkan akan kejadian yang menimpanya dulu. Setelah teringatkan peristiwa di mana dia dan Aril telah merogol seorang perempuan di terowong itu dulu semasa dia masih muda lagi, Naen mulai ketakutan dan bertindak mahu membunuh Ayu dengan menggunakan keris tetapi keris itu tidak dapat mencederakan Ayu kerana Ayu itu adalah hantu. Tiba-tiba keris itu melayang dan menikam Naen. Setelah Naen mati, Ayu berasa puas kerana dendamnya telah berbalas. Ayah Ayu muncul di belakangnya. Ayu mengucapkan selamat tinggal kepada ayahnya kerana hajatnya telah terlaksana. Ayah Ayu adalah bomoh yang diminta Naen supaya membunuh Ayu.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...