Wednesday, September 14, 2011

Aktiviti Aku Petang Ni ...

Hari ni dah mulai membentuk kotak telur untuk majlis perkahwinan adik aku, teh yang akan diadakan pada bulan 10 nanti .. tapi kotak telur ni tak diisi dengan telur tapi diganti dengan sumi dan gula-gula .. hehe .. zaman dah berubah ..
Buat kotak telur ni tak banyak .. cuma 700 pcs jek .. hehe .. bengkok jugak tulang belakang aku asik duduk sambil mencantumkan bahagian kotak telur ni ... aku dah buat dah posting pasal membentuk kotak telur ni dulu .. masa adik aku, tam punya majlis kahwin .. kotak telur ni sebenarnya adalah lebihan dari majlis perkahwinan tam tu la .. klik sini untuk cara-cara membentuk kotak telur ni ...

Jadi, ini lah kerja aku seharian ini .. sehari jek wat keja ni .. bukan susah sangat pun ... keja yang sangat mudah ... cuma memerlukan tumpuan jek .. hehe .. tapi aku selamba jek buat keja ni sambil tengok tv .. haha .. belagak la pulak .. hape pun tak buleh .. hehe ... sabo je la

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...