Sunday, September 11, 2011

Selamat Ulang Tahun Perkahwinan En.Suami Tersayang ..

Alhamdulillah .. hari ini (11/9/2011) genap usia perkahwinan kami 12 tahun .. syukur ke hadrat Ilahi kerana mengurniakan kebahagiaan yang jitu dalam kami melayari bahtera rumahtangga ini .. dan semoga kebahagiaan ini berkekalan hingga ke akhir hayat dan seterusnya hingga ke syurga ... amin .. amin ..

Hari ni .. sempena ulang tahun perkahwinan kami ni .. en.suami request nak makan ketupat ngan kari daging .. makanan special untuk ari special kata dia .. untuk tidak menghampakan en.suami ... segala persiapan sudah disediakan untuk membuat makanan yang di minta oleh en.suami ..

Ya Allah .. berikan lah kami kebahagiaan yang berkekalan dalam mengharungi gelora rumahtangga kami ... Kau kurniakan lah kepada kami kesabaran dan ketabahan yang tinggi dalam menangani apa jua permasaalahan yang timbul dalam kami rumahtangga kami ini .. limpahi lah rahmat mu kepada kami .. agar kami tidak menjadi manusia yang alpa pada tanggungjawab yang diamanahkan kepada kami .. amin .. amin .. ya rabbal .. alamin .. amin ...

Kepada en.suami kesayangan ku .. isteri mu ini mengucapkan selamat ulang tahun perkahwinan kita yang ke 12 .. ingin ku rakamkan jutaan terima kasih yang tak terhingga kerana dirimu begitu bersabar dalam melayan kerenah ku sepanjang 12 tahun kita bersama ... juga terima kasih kerana selalu bertolak ansur dengan sikap ku yang kadang-kala menjengkelkan diri mu .. terima kasih juga kerana diri mu tidak cerewet dalam hal makanan .. apa sahaja yang dihidangkan kepada mu .. semua diterima tanpa bantahan .. sikap mu yang bersahaja membuatkan diri ku semakin menyayangi mu .. my truly love is you .. only you .. in my heart .. I LOVE YOU .. Ever and Forever ...

Selamat Ulang Tahun Perkahwinan Kita Yang Ke-12 .. En.Suami Ku .. 

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...