Sunday, September 11, 2011

Cerekarama 'Ohh ..Haram'

Lawak gile cite ni .. bedekah satu rumah gelak malam tadi .. memang serius lawak .. walaupun pelakon dia bukan la pelawak-pelawak handalan .. haha .. kecuali Jalil Hamid yang memang pelawak .. memang best la citenya .. jadi, jom layan cerekarama Ohh ... Haram yang digarap sinopsisnya oleh aku ...
Sinopsis oleh : aznanie

Rahimi (Aqasha), baru balik dari belajar agama. Sikapnya yang suka menegur perbuatan orang yang dirasakan menyalahi hukum hakam islam tanpa memikirkan perasaan orang yang ditegurnya itu menyebabkan dia tidak disenangi oleh orang kampung. Ayahnya juga pening kepala dengan sikapnya itu. Perbuatan Rahimi itu menyebabkan hubungannya dengan penduduk kampung menjadi tegang. Ayahnya sering menegur perbuatannya itu tetapi ayahnya pulak yang di ceramahkannya.

Bila mengetahui adiknya, Ain (Sharifah Amani) adalah anak angkat ibubapanya, Rahimi segera melakukan solat taubat kerana sering bersentuhan dengan adiknya itu yang ternyata bukan muhrimnya. Dia juga meningatkan ayahnya supaya tidak lagi bersentuhan dengan Ain kerana Ain bukan muhrim mereka. Pening kepala ayah dan ibunya memikirkan kelakuan Rahimi.

Farhana (Rita Rudaini), jiran sekampungnya, merancang untuk mengoda Rahimi. Untuk melihat setebal mana iman Rahimi. Adakah Rahimi akan tergoda dengan kecantikan yang dimiliki Farhana atau tidak. Pada mulanya, Rahimi tidak melayan Farhana tetapi setelah sekian lama diganggu oleh Farhana, tiba-tiba Rahimi merasakan ada kelainan dalam hatinya terhadap Farhana. Tetapi Rahimi tetap menjaga batas pergaulannya dengan Farhana.

Ain berasa kurang senang dengan sikap abangnya itu yang dirasakan tidak mengikut peredaran zaman. Dia melarang Ain bergaul bersama kawan-kawan lelaki yang sekolej dengannya. Rahimi sanggup memalukan Ain dihadapan kawan-kawannya yang lain. Pernah ada seorang kawan lelakinya datang kerumahnya untuk belajar bersama-sama tetapi dihalau oleh Rahimi. Dia menyatakan perbuatan itu menjurus kepada perbuatan maksiat dan akan menyebabkan penzinaan. Ain tidak dapat menerima perbuatan Rahimi itu.

Ibu Rahimi menyuruh Ain pergi ke bazaar ramadhan untuk membeli kuih lopes kesukaan ayahnya. Ain meminta Rahimi menghantarnya kerana dia penat nak berjalan kaki ke sana. Rahimi bersetuju menghantar Ain dengan syarat Ain tidak boleh memegangnya dan duduk jauh darinya. Dengan perasaan jengkel Ain bersetuju sahaja. Di pertengahan jalan, mereka terserempak dengan Farhana yang sedang berjalan dengan seorang lelaki. Rahimi yang terlihat terus hilang kawalan motosikalnya dan terjatuh. Ain yang menghidap penyakit asma terus semput di situ. Rahimi yang tidak boleh bersentuhan dengan Ain terus menjerit meminta pertolongan. Ada seorang lelaki ingin menawarkan bantuan tetapi dihalang oleh Rahimi kerana lelaki itu bukan muhrim Ain. Farhana yang melihat kejadian itu, terus meluru ke arah  Ain dan menyuruh Rahimi membawa Ain ke hospital. Rahimi berdoa semoga Allah mengampunkan dosanya kerana menyentuh Ain yang bukan muhrimnya kerana keadaan darurat.


Di hospital, Farhana bertanya kenapa Rahimi tidak mahu bertegur sapa dengannya. Tetapi Rahimi hanya mendiamkan diri sahaja. Bila Ain keluar dari bilik rawatan, Rahimi terus mengambil ubat dan mengajak Ain balik. Farhana termangu-mangu melihat perbuatan Rahimi itu.

Pagi raya, setelah bersalam-salaman dan bermaaf-maafan sesama ibu bapa mereka, Farhana datang ke rumah keluarga Rahimi. Bila terpandangkan Farhana sahaja, Rahimi terus berlalu tetapi bila terdengar Farhana memperkenalkan adik lelakinya kepada ayah Rahimi, Rahimi tersenyum dan datang semula ke ruang tamu dan bersalaman dengan adik lelaki Farhana itu. Tamat .

*Pengajaran dari cite ni .. tak salah menegur tapi mestilah kena pada tempatnya. Jangan memalukan orang di khalayak ramai. Memelihara silatulrahim juga di tuntut dalam islam, jadi peliharalah ia. Jangan sampai berpatah arang semata-mata mahu menegakkan keadilan. Bukankah Islam itu penuh dengan kelembutan.

2 comments:

belogkiter said...

bestlah pulak baca sinopsis nya. nak tengok kat tonton lah

aznanie said...

memang best dan menghiburkan .. tapi bukan lawak kosong .. penuh dengan pengajaran jugak .. sila .. sila .. hehe

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...