Sunday, October 16, 2016

Ikan Cencaru Goreng Dan Air Asam

Tak de idea dah nak masak .. anak-anak balik sekolah karang nak makan ... sooo ... goreng kan ikan cencaru jek la .. hehe .. itu je yang ada .. kemalasan nak gi pasar bawah ... goreng ikan buatkan air asam ... ok kannnn je

Ikan cencaru goreng

Bahan-bahan:
2 ekor ikan cencaru
3 ulas bawang putih - tumbuk lumat
Garam dan serbuk kunyit secukupnya

Cara membuatnya:
  • Siang ikan cencaru dan basuh bersih
  • Lumurkan dengan bawang putih, serbuk kunyit dan garam halus
  • Goreng hingga garing
  • Angkat dan hidangkan

Air Asam 
Bahan-bahan:
1/2 biji bawang besar - hiris nipis
3 biji lada cili api - potong serong
Sedikit belacan - dibakar
Air asam secukupnya
Garam dan serbuk perasa secukupnya

Cara membuatnya:
  • Satukan semua bahan iaitu bawang besar, belacan dan cili api
  • Masukkan air asam (terpulang banyak mana nak kuahnya, cair atau pekat)
  • Perasakan dengan garam dan serbuk perasa
  • Gaul sebati 
  • Hidangkan
 

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...