Monday, October 31, 2011

Sinopsis Novel 'Seribu Kali Sayang'

"Mengapa ku teringat bila cuba melupa, ku menangis bila cuba tertawa"

Sinopsis oleh : aznanie

Nur Qazrina atau panggilan manjanya Abby menuntut di Universitas Andalas yang terletak di dataran tinggi Limau Manis, iaitu kira-kira 12 kilometer dari Padang, ibu kota Sumatera Barat. Menuntut dalam bidang doktor pergigian. Hidupnya ceria dikelilingi rakan-rakan sekampusnya, Rieyka dan Melina.

Sunday, October 30, 2011

Makan Pizza ..

Lepas gi kenduri umah jiran sebelah umah abah ... gi bandar Kota pulak ... nak hantar adik aku, Akma balik JB .. esok dia keja .. adik aku, Radi kata ok no problem ... janji belanja makan pizza .. buleh tak masalah punya kata Akma .. huraayyyy ... diaorang yang deal .. aku pulak yang suka .. bukan apa leh tumpang makan sekali .. haha .. apalagi bergegas masing-masing menukar baju .. ye la kan .. tak kan nak pakai baju kurung pulak gi makan pizza .. haha ...eleh buleh aje pun kalau nak pakai baju kurung .. sapa nak marah kan .. huhu ...
Menunggu pesanan di ambil .. mana lah budak amik order ni .. tak datang-datang .. orang dah tak sabo nak makan pizza ni .. opsss .. tam nak makan spageti bolonas ayam .. dah tak tertahan keinginannya ... haha .. biasalah pembawakan budak le tu .. apa orang kata mengidam ... haha .. jangan marah tam ..

Kenduri Kawin Uda Fairuz dan Ana ...

Pagi tadi gi kenduri kawin .. bukan jauh pun .. jiran sebelah umah abah ... gi rewang ari jumaat jek .. rewang ari sabtu tak gi .. keja dari pagi sampai malam .. huhu ... tadi pagi pegi dalam kul 12 tengahari ... datang terus makan .. hehe .. tak malu betul ...

Sebahagian tetamu yang hadir di majlis kenduri kawin ni .. kat khemah depan tu tempat amik makanan .. stail bufet ... makan amik sendiri .. layan diri beb .. trend kenduri zaman sekarang ... stail hidang-hidang tu old school la .. haha ...

Saturday, October 29, 2011

Nasi Dagang Vs Ayam Goreng Tepung

Makan nasi dagang ngan ayam goreng bertepung ... buleh ker??? Buleh aje la ... sendiri yang nak makan kan .. bukan orang lain .. tapi pelik bunyinya kan ... haha ... ala tetap makan ngan kuah kari ikan tongkol jugak ... cuma tak makan ikan tongkolnya jek ... ganti ngan ayam goreng ... wah .. memang sedap sangat rasanya ... ayam goreng dia ni yang sedap sebenarnya ... betul .. rasanya tak pernah jumpa sebelum ni .. memang sedap .. kalau gi makan kat sini memang amik ayam goreng .. siap beli lebih bawak balik .. meratah jek ayamnya .. eh .. lupa nak beritahu .. ni kedai makan kat simpang nak masuk gugusan lok heng, aping tu semua ... ada sebuah kedai makan kecik kat simpang tu ... lori selalu berenti makan kat situ .. kalau pagi-pagi memang busy la kedai makan ni .. kedai makan ni tak ada sebarang kemudahan air dan elektrik ... semuanya manual kat sini .. tokey kedai berangkut air ke kedai setiap hari manakala urusan memasak semuanya dilakukan di rumah .. cuma masak roti canai ngan air jek kat kedai ...

Ayam goreng bertepung .. sedapnyerrrr ..

Rinduuunyerrr Mee Bandung .. Haha

Akhirnya tertunailah hasrat ku untuk makan mee bandung kat kedai makan Yanto ni ... bukan apa .. tak tau lah apa sebabnya en.Yanto ni tak nak bukak kedai .. lama .. dari lepas raya ari tu .. baru ni lah dapat makan mee bandung kat kedai dia .. bukan apa .. kalau mee bandung kat kedai lain tak sama ngan kat sini ... memang sedap la .. bukan aku jek yang cakap cam tu .. semua yang datang makan kat sini mengakuinya .. kepada pengemar udang le .. sebab mee bandung dia ni memang rasa udang pure ... macam en.suami ku ni tak gemar sebab dia bukan pengemar udang ... hehe ... apa pun mee bandung ni memang menawan selera aku .. lepas ni nak makan mee goreng basah pulak .. pun menu yang sedap jugak kat sini ...

Mee bandung .. dah setengah masuk perut baru teringat nak snap pic .. haha .. kesedapannya membuat aku lupa pada persekitaran ... haha ...

Sinopsis Novel 'Uda & Dara'

"Saat aku membenci dirimu, kau datang untuk memujuk"

Sinopsis oleh : aznanie

Kasih sayang yang terbina antara Siti Mariam dan Izzat Hilman musnah sekelip mata angkara perselisihan faham dan kehendak keluarga Izzat Hilman. Ibu Izzat Hilman, mak cik Zainab mahukan Izzat Hilman dijodohkan dengan anak saudaranya, Khalidah. Siti Mariam kecewa. Di tambah dengan penghinaan dari orang yang paling disayanginya, Izzat Hilman. Walaupun itu cinta zaman kanak-kanak, Siti Mariam membawa sengsaranya hingga ke dewasa. Dirinya membenci lelaki yang bernama Izzat Hilman.

Thursday, October 27, 2011

Pelangi Waktu Pagi ...

Pelangi di kaki langit di waktu pagi  ... cantiknyer ...

Gambar ni di ambil pagi tadi .. selepas Ayen gi sekolah ... hujan gerimis tapi ada matahari dan cuaca panas .. hujan panas le tu kan .. hehe .. tengok kat langit .. eh .. ada pelangi la .. wah best ni kalau amik gambo .. aku ingatkan tak nampak .. nampak la jugak walau tak berapa nak terang ... hehe ...

Wednesday, October 26, 2011

Makan Petang

Hehe ... biasa lah kan .. kalau tak de wat apa-apa tu .. mulut nak mengunyah jek kerjanya .. bahan-bahan pulak ada kat dapur .. apa lagi .. hidupkan api .. start le memasak apa yang patut ...

Sarapan Lontong Ngan Otak-Otak Plus Nasi Ambeng ...

Hari ni sarapan lontong ngan otak-otak jek ... teringin pulak nak makan lontong ... hehe ... en.suami makan jemput-jemput bawang cicah ngan sambal tumis ikan bilis .. ari ni cuti sempena Deepavali .. anak tak gi sekolah .. jadi tak wat sarapan pagi-pagi .. wat sarapan kul 10 pagi .. haha .. sabo jek la ...

Tuesday, October 25, 2011

Filem Melayu : Raya Tak Jadi!!


Sinopsis oleh : aznanie

Mengisahkan dua beradik iaitu Syuib dan Bob yang bekerja di bandar. Syuib bekerja sebagai pemandu teksi manakala Bob bekerja sebagai pengawal keselamatan. Bob mempunyai penyakit lupa yang kronik. Setiap kali penyakit lupa Bob datang, Syuib yang akan mengingatkan siapa dirinya.

Monday, October 24, 2011

Korean Drama : 49 Day's


sinopsis oleh : aznanie

49 Day's mengisahkan tentang Shin Ji Hyun yang mengalami kemalangan jalan raya yang menyebabkan rohnya terpelanting keluar dari jasadnya. Shin Ji Hyun bertemu dengan lelaki yang mengaku dirinya scheduler iaitu pengiring roh orang mati naik ke atas langit. Scheduler itu menerangkan Shin Ji Hyun berpeluang kembali ke jasadnya sekiranya mendapat 3 titis airmata dari orang-orang yang menangis kerana betul-betul menyayanginya. Shin Ji Hyun berasa gembira kerana dia yakin dia mempunyai kawan-kawan yang menyayanginya. Shin Ji Hyun diberi masa selama 49 hari untuk menjayakan misinya itu.

Sunday, October 23, 2011

Sambal Tumis Udang Dan Udang Goreng Bawang Putih .. Nyum .. Nyum ...

Hari ni masak sambal tumis udang ngan udang goreng bawang putih permintaan dari adik aku, akma ... dia balik bercuti hujung minggu .. siap beli 2 kilo udang lagi .. huhu .. untuk tidak menghampakan permintaannya aku masakkan la dia sambal tumis udang ngan udang goreng bawang putih tu ... bukan susah sangat pun .. campak-campak jek dalam kuali bahan-bahannya ... dah pun siap .. haha ... macam pakar jek kan .. huhu .. perasan lebih ..

Saturday, October 22, 2011

Aisy Masa Baby .. Comeeelll Sangat .. Hehe

Hari pertama Aisy dilahirkan ...

Hehe .. saje nak mengimbau kenangan dolu-dolu ... masa Aisy baru dilahirkan ..aku ingat lagi ari tu ari jumaat ... aku dah rasa sakit .. en.suami bawak gi klinik kesihatan .. selepas di periksa oleh nurse .. dia suruh aku gi hospital sebab dah ada tanda nak bersalin ... sebelum pergi hospital tu balik rumah mak dulu sebab nak ajak mak pegi sekali .. tapi heran dah tak rasa sakit la pulak ... tapi sebab dah ada arahan masuk wad .. pergi jek la ... sampai hospital kena periksa lagi ... kena masuk air la pulak ... bila nurse tu tengok aku cam tak de tanda orang nak bersalin pun .. nurse tu anto masuk wad .. haaa ko ...  3 ari duduk wad bersalin tapi baby tak lahir-lahir jugak .. hehe .. mintak balik ngan dokor tapi tak dapat sebab jalan dah bukak 3 cm ... hmm ... dari ari jumaat sampai ahad, tak bergerak 3 cm tu .. macam stuck kat situ ... sakit pun tak ... duduk jek tengok orang masuk keluar wad .. bosan betul .. haha ...

Wednesday, October 19, 2011

Lirik lagu 'Kisah Dongeng - Stacy'



Kisah Dongeng - Stacy

Ku sedar ku tak seberapa
Jika dibanding mereka
Yang jauh lebih megah dari diri ini
Apa yang mampu ku berhias
Hanyalah hati yang ikhlas
Terpendam simpan untuk dia yang sudi

Tuesday, October 18, 2011

Rombongan Pengantin Ke Sarawak : Last Day Di Sarawak

26/9/2011 (Isnin) Petang

Selepas melawat taman buaya di Joong's Crocodile Farm & Zoo dan selepas menghantar kawan-kawan Sal gi airport Kuching ... kami gi makan nasi ayam kat Restoran CSR Express ... masuk jek dalam restoran ni .. terkagum aku sekejap ... wah .. nampak macam restoran mewah gitu ... first time la makan kat tempat cam ni .. cara layanannya cam kat pizza hut pulak .. hehe ... bagi menu pastu dia biar kita pilih .. pastu panggil dia datang amik order .. sama kan cara kat pizza hut .. hehe ...

Restoran SCR Express ...

Monday, October 17, 2011

Kisah Sedih

Sekadar gambar hiasan

Kisah Sedih Si Kecil ...

Ita.... nama panggilannya sejak dari kecil. Ita sangat minat melukis. Ibu dan ayahnya juga suka melihat lukisan Ita.

Makan Tengahari : Asam Pedas lagikkkk

Haha ... makan asam pedas lagi ... dah namanya orang Johorkan .. mesti lah makan asam pedas .. Johor kan terkenal dengan masakan asam pedasnya ... gituuuuu

Tempat amik lauk ... 

Selamat Pengantin Baru Uda Fairuz dan Ana ...

Selamat pengantin baru aku ucapkan untuk pasangan Uda Fairuz dan Ana yang baru sahaja melangsungkan majlis perkahwinan mereka semalam ... majlis yang begitu meriah turut dihadiri oleh sahabat handai dan saudara mara walaupun cuaca agak panas terik ... alhamdulilah syukur ke hadrat ilahi kerana majlis dapat dijalankan dengan lancar tanpa ada halangan ... begitu sepadan sekali mempelai di atas pelamin .. sama cantik sama padan ... manis sekali mempelai di atas pelamin .. berseri dalam busana pengantin gabungan warna merah hitam ... cantik sangat ...


Sunday, October 16, 2011

Ngeteh Malam With Roti Tempayan

Malam tadi gi ngeteh ngan abah dan mak beserta anak-anak ... nak makan apa kata abah ... nak makan kat kedai makan Yantooooo kata kami sebulat suara .. haha .. abah pun gerak ke kedai makan Yanto .. tetapi malangnya kedai makan Yanto tidak beroperasi la pulak malam ni ... malam minggu kot ... dia ada urusan lain .. hmm .. kecewa betul rasanya ...

Nak gi makan kat mana tanya abah ... hmm .. masing-masing diam jek .. tak tau nak makan kat mana .. padahal perut masih kenyang makan nasi .. haha .. abah yang lapo .. dia makan kul 5 petang tadi ... ni dah kul 11 malam ... memang patut lapo lah kan ... abah gi kedai makan Bestari atau dikenali sebagai Bestari Food Court ... kedai makan Bestari ni dibuka setiap hari dari kul 6 pagi hingga 3 pagi .. tak de tutup .. lauk pauk nasi campurnya begitu beraneka .. seronok tengok .. tapi sedap ke tidak tu terpulang la pada selera masing-masing .. hehe ..
Roti tempayan with kuah kari ...

Saturday, October 15, 2011

Rumah Baru Kak Yong ...

Yea .. Yea .. Kak yong dah dapat rumah .. bukan dapat rumah free tau .. hehe ... kak yong beli umah kat Desaru Utama, Bandar Penawar .. dekat dia nak berulang-alik ke tempat kerja dia kat Hotel Desaru sana tu .. sekarang ni dia berulang dari umah abah ke tempat kerja dia ... jauh ... naik motosikal pulak tu ... sian .. dah lah penat kerja .. penat menunggang motosikal lagi .. sian .. sian ..

Rumah baru kak yong kat Desaru Utama ..

Friday, October 14, 2011

Makan Tengahari Kat Kedai Makan Simpang Sg.Rengit ...

Lama tak makan kat sini .. dulu-dulu selalu makan kat kedai makan ni ... tapi sekarang dah tuan yang lain .. tuan kedai yang dulu dah tak meniaga lagi ... tapi walaupun bertukar tuan kedai, rasa makanannya tetap sama .. tu yang heran .. mungkin tukang masak dia orang yang sama kot ... haha .. tak pernah tanya lah pulak ..

Pemandangan dalam kedai makan simpang sg.rengit ... nama kedai tak tau sebab kedai makan ni tak de signboard ... maklum le dalam kampung ...

Masa Untuk Bersoping .. Haha

Ini lah masa yang ditunggu-tunggu .. hehe .. sopinggg .. i likeee soping very much ... haha ... en.suami dengan murah hatinya telah memperuntukkan budget untuk aku dan anak-anak bersoping .. huhu .. sayang my en.suami .. muaahhhh

Pasaraya Giant, Plentong ..

Thursday, October 13, 2011

Jalan-Jalan Kat Kip Mart

Hari ni ikut en.suami repair keta .. tapi tak tunggu kat kedai repair tu .. hehe .. en.suami hantar aku ngan Aisy gi Pasaraya Kip Mart .. panas dan tak de tempat menunggu kat kedai tu kata en.suami .. alala .. sayang en.suami aku ni ... begitu memahami kami anak-beranak .. hehe ..

Pasaraya Kip Mart Kota Tinggi ...

Tuesday, October 11, 2011

Majlis Perkahwinan Teh : Majlis Persandingan dan Makan Beradap

9/10/2011 ( Ahad )

Selamat pengantin baru Muhammad Zainatul Naim & Salwati ...

Hari ini adalah hari persandingan adik aku, Teh ... majlis dimulakan dengan bacaan Yasin dari ahli-ahli Yassin Ujakan Surau Felda .. majlis bermula pada pukul 9.00 pagi dan berakhir pada jam 11.30 pagi ... lama sebab setelah bacaan yassin tamat .. diaorang sambung dengan bacaan berzanji dan marhaban sekali ... alhamdulilah .. semuanya berjalan seperti yang dirancang ...

Majlis Perkahwinan Teh : Persiapan Majlis Perkahwinan Teh

8/10/2011 (sabtu )

Esok majlis perkahwinan teh .. hari ni kendarat blok dah start rewang .. merebus ayam, menyiang bawang lada ... mengupas nanas, merebus daging .. macam-macam lagi la kerja yang sepatutnya .. jadi kami, memasakkan lauk pauk untuk menjamu mereka-mereka ni yang telah bertungkus lumus menjalankan amanah yang telah diberikan kepada mereka .. terima kasih kami ucapkan

Monday, October 10, 2011

Jalan-Jalan Kota

Hari ni gi bandar Kota ... saje jalan-jalan ... semalam dah bertungkus-lumus menjayakan majlis perkahwinan Teh .. terapi untuk orang perempuan ialah window soping .. haha .. baik punya terapi ..

Wednesday, October 05, 2011

Sambal Tumis Kupang

Tengahari tadi pergi kedai runcit Ipa .. ingatkan nak beli sardin .. sardin yang kecik tak de la pulak .. semua besar-besar .. tapi jenama apa-apa tah .. hehe .. bukan tak leh makan jenama lain selain ayam brand ni .. cumanya rasa ikan nya tak sama .. kalau jenama ayam brand ni dia tak hanyir sangat .. pada selera aku lah kan .. lain orang lain citarasanya ...

Tuesday, October 04, 2011

Bahulu Gulung Dalam Beg Untuk Para Jemputan

Pagi tadi gi soping kuih bahulu kat kerepek house ... hari tu cuma borong kerepek jek .. tak teringat nak beli kuih bahulu sekali .. hehe .. saja nak buat 2 kali kerja kata abah .. hehe .. jangan le marah .. bukan sengaja .. hehe ..

Kuih bahulu biasa dan kuih bahulu gulung inti jem nanas ...

Monday, October 03, 2011

Hamper Kenduri Teh

Hari ni dah mula buat hamper .. tak banyak buat .. 24 biji jek .. hamper ni khas untuk kendarat blok yang bertungkus-lumus membantu kami bagi menjayakan majlis perkahwinan adik aku, Teh ni ... hamper ni sebagai tanda penghargaan kami di atas bantuan yang telah diberikan dengan seikhlas hati ...

Saturday, October 01, 2011

Rombongan Pengantin Ke Sarawak : Melawat Taman Buaya

26/9/2011 (Isnin) - Pagi

Hari ni dah nak balik ... flight mak abah dan adik-beradik semua kul 10.40 pagi ... aku ngan anak-anak jek yang flight petang .. kul 6.45 petang .. huhu .. jadi ada masa lagik untuk aku pusing-pusing bandar Kuching ni .. haha .. jangan jelos yaaa ..
Bergambar kenangan di homestay ... muka tak berapa nak ceria .. sedih beb .. dah nak balik JB .. selamat tinggal Kuching ... entah bila lah boleh datang lagi ke sini kannnn???

Reben Hamper

Tadi pagi gi bandar Kota .. soping barang-barang nak buat hamper untuk kendarat blok ... jugak gudis-gudisan nak letak dalam beg para jemputan ... beli kat pemborong makanan ringan .. ada sikit murah lah kat situ ... tak beli banyak .. cuma nak wat 24 biji hamper sahaja ...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...