Monday, February 28, 2011

Makan Asam Pedas kat 'Asam Pedas Claypot'

Pagi tadi gi Kota ngan abah, ngan mak. Mak nak beli barang. Ye le kan, kenduri dah nak dekat. Beli karpet, beli tikar, beli baju kendarat, beli ole-ole untuk sedara-mara yang datang. Untuk tetamu dah siap. Tam dah siapkan awal-awal lagik.

Lepas abis urusan kat Kota, balik. Dah tengahari. Abah ajak makan. Lapo kata dia. Tadi pagi sarapan nasi dagang kat medan selera Bandar Penawar, lepas anto tam gi keja.. Jadi, gi ler makan. Aku yang cadangkan kat area Air Tawar 3 tu. Tak pernah singgah pun sejak dibuka. Dah bertahun-tahun lalu jek. Jadi, tadi singgah ler situ. Merasa makanan kat situ pulak. Lokasinya, selepas simpang Air Tawar 3. Sikit jek jalan selepas simpang masuk Air Tawar 3 tu.
Kedai makannyer yang 'Asam Pedas Claypot' bersebelahan dengan Kedai Makan Warisan Timba

Resepi 'Mee Hoon Goreng' (Versi Kenduri)

Maksud versi kenduri tu maknanya, masak dalam kuantiti yang banyak. Ye ler kan, dah namanyer pun kenduri musti ler masak banyak ... kalau masak sikit karang tak cukup makanan pulak tetamu yang datang .. huhu ... kat sini aku serta kan gambar-gambar cara-cara membuatnya bagi memudahkan kerja-kerja memasak mee hoon goreng ni ...

Mee Hoon Goreng
Bahan-bahan:

Majlis Yasinan Perempuan

Semalam mak aku wat yasinan dan doa selamat. Hanya untuk orang perempuan sahaja. Ramai gak yang datang. Hanya beberapa orang sahaja yang tak ada. Yang tak dapat datang, ada yang menghantar wakil. Sebab yasin ini dibuat adalah untuk mengadakan perbincangan mengenai majlis kenduri kawin adik aku, tam yang akan berlangsung tidak lama lagi.

Sinopsis Novel 'Pergilah Sepi'

"Bila Kegirangan singgah di hati, kesepian terus berlalu pergi"

Sinopsis oleh : aznanie
Andai jodoh bukan suatu ketentuan, pasti Afiqah mampu menolak kehadiran Syafiq dalam hidupnya. Apatah lagi, perkahwinan itu bagaikan satu pelarian bila terjadinya peristiwa yang mengaibkan.

Kehilangan Dari Firman (Lagu Tema Mesej Terakhir)



Kehilangan
Ku coba buka tabir ini
Kisah antara kau dan aku
Terpisahkan oleh ruang dan waktu
Menyudutkan mu ... meninggalkan ku

Sunday, February 27, 2011

Cerekarama 'Mesej Terakhir'

Malam tadi nyambil-nyambil wat sirih junjung untuk hantaran tam, tengok cite ni .. banyak berenti buat ... mata asik melekat kat tv jek ... huhu ... cedey citenya ... pelakon pulak power-power ... yang famous semuanya ... dari watak kecik sampai ler watak besar ... huhu ... beso budget wat cite ni kot .. sebab tu pelakon nyer semua yang terkenal ... huhu ... suke tengok Tiz Zaqyah berlakon ... suara dia tu unik ... tak jumpa lagik pelakon yang suara cam tu .. cam suara gembing .. haha ... lagu tema cite ni ... wah ... best ler ... dari Firman ... tajuk dia 'kehilangan' ... nanti aku wat lirik dia ... huhu


Antara pelakon cerekarama Mesej Terakhir Tiz Zaqyah dan Rita Rudaini

Saturday, February 26, 2011

Beli Barang Dapur

Pagi semalam, ajak abah gi Sungai Rengit, gi Ambank. Aku nak bayar keta ... Kak Yong nak bayar duit rumah. Dia beli rumah kat Desaru Utama. Bestnyer dah nak ada rumah sendiri ...huhu. Urusan kat Ambank sekejap jek ... tak macam kat Maybank ... al maklum ler ... Ambank ni tak ramai orang berurusan ... cuma nak bayar loan jek kat sini ... kalau simpanan tu ... ramai yang ke Maybank ... termasuk ler aku ...hehe

Ni Ambank Sungai Rengit, aku amik gambo nih dari depan Terminal Bas Sungai Rengit .. yang nampak bumbung ni Terminal Bas Sg. Rengit ler ..

Makan malam kat kedai makan Imah (kawan aku)


Abah menunggu makanan sambil tengok tv, Tam makan tak toleh kiri kanan, lapo sangat ler tu ..huhu ... Aisy, menyedut milo ais tak lepas-lepas ... hausssss ....

Anjing main kejar-kejar dalam laut



Pertama kali tengok anjing main kejar-kejar kat dalam air laut (haha ... jakunnyer aku ) ... selalu gi pantai tak pernah nampak pulak ... masa ni air laut Sungai Rengit ni tengah surut ... seronok pulak tengok anjing ni main kejar-kejar ... tak takut air rupanya anjing ni ... dah biasa mandi laut kot sebab kat Sungai Rengit ni memang banyak anjing ... maklum ler ramai penduduk cina kat sini ...

Friday, February 25, 2011

Thursday, February 24, 2011

Resepi Daging Masak Merah Ala Thai ...

Daging Masak Merah Ala Thai
Bahan-bahan:

Ayen Belajar Menunggang Basikal

Ayen belajar bawak basikal ... dibantu oleh Erin ... anak jiran aku ..
Dah darjah 4 ... 10 tahun ... tak reti bawak basikal roda 2 .. hmm ... sian Ayen ... kawan-kawan dia ejek dia sebab tak pandai bawak basikal ... rasa tercabar le tu ... balik-balik dari rumah kawan dia wat hari lahir jek ... sibuk merengek ngan aku suruh ajar dia bawak basikal ...

Wednesday, February 23, 2011

First Time Makan Belangkas!!!

Balik dari Hospital Kota Tinggi, abah ajak makan belangkas. Mula-mula abah ajak gi kedai makan yang ada jual belangkas kat kota tu .. tapi ramai sangat orang .. parking penuh ler ... jadi abah ajak gi Teluk Sengat. Kedainya terletak betul-betul di simpang masuk Teluk Sengat.

Gambar First ... jalan nak ke Teluk Sengat. Gambar second ... jalan utama nak ke Kota Tinggi. Aku berdiri depan kedai makan tu masa ambil gambar ni ...

Gi Hospital Daerah Kota Tinggi


Temankan adik aku, Tam gi wat medical check up kat Hospital Daerah Kota Tinggi. Dia dapat kerja kat Sek. Men. Sains Bandar Penawar ... jadi, SPP suruh wat surat akuan sumpah ler, medical check up ler ... mcam-macam ... jadinyer gi ler Hospital kerajaan ni ... nak gi swasta ... adik aku yang sorang ni memang berkira sikit ... huhu ... biar lambat asal free ... haha ...

Tuesday, February 22, 2011

Makan Capati !!!!

Abah nak makan sarapan nasi dagang ... sampai bandar penawar mencari ... dulu dia pernah makan sekali kat medan selera bandar penawar tu .... sekali pegi tak de pulak ... kata penjual tu ... orang yang buat nasi dagang tak anto ... tak buat ... jadi abah kecewa la ... nak makan nasi dagang ... yang dia kata sedap sangat tu ... hehe ... sian abah ...

Makan tengahari kat Mcdonald's

Lepas balik dari Hospital Sultan Ismail, en.suami tanya nak makan apa tengahari ni ... Ayen laju jek cakap nak makan kat Mcdonald's ... sebenarnya en.suami tak berapa gemar sangat makan makanan segera cam ni waktu tengahari ... dia lebih suka makan nasi ... tapi menggenangkan dah lama tak keluar jalan-jalan bersama anak-anak ... en.suami ikutkan jek ler ...apalagi senyum sampai ke telinga ler Ayen ... temasuk lah aku ... hehe ...

Mcdonald's Ulu Tiram bersebelahan dengan Tiram Mart

Check Gigi Ayen Dan Aisy kat Hospital Sultan Ismail Johor Baharu


Hari ni anak-anak aku, Ayen dan Aisy ada appointment dengan pakar gigi kat Hospital Sultan Ismail. Jadi ari ni Ayen tak gi sekolah. Tak pe sebab ada alasan kukuh dan ada surat cuti dari Hospital. Ayen dan Aisy memang mendapat rawatan pergigian kat Hospital Sultan Ismail ... ya la .. kan Ayen ni ada masalah kesihatan, jadi dah terlanjur buat abang dia, adik dia pun kena la juga, walaupun adik dia tak de masalah apa-apa ... hehe ...

Monday, February 21, 2011

Anak-anak Main Badminton

Inilah bakal penganti Rashid Sidek ... ahakz ...
Amboi anak-anak aku ... cam pandai main jek ... padahal masa ni angin punya ler kencang ... boleh pulak diaorang main badminton ... tengah-tengah main ... mak tam diaorang amik gambo ... posing la pulak ... berenti main kejap ... haha ...

Resepi Tapai Pulut


Tapai Pulut
Bahan-bahan:

Sinopsis Novel 'Sukma Rindu'

"Kau berada di mana-mana dalam layar memoriku"

Sinopsis oleh : aznanie

Pertemuan antara Dianza dan Azril adalah suatu kebetulan yang indah. Namun, kerana merasakan diri tidak pantas untuk bercinta, mereka membiarkan diri memendam rasa. Masing-masing terpisah membawa arah sendiri, tanpa kata kepastian. Antara sahabat dan kekasih. Persahabatan dan percintaan.

Sunday, February 20, 2011

Resepi Keropok Basah


Keropok Basah
Bahan-bahan:

Kerepok Basah vs Tapai Pulut ...nyum ...nyum



Petang semalam anak sedara aku belikan keropok basah ngan tapai ... hmm ... cam tau-tau jek mak sedara dia ni tengah lapo ... haha ...

Keropok basah atau keropok lekor ... lain sebutan ... tapi bendanya sama jek ... betul ker???

Coklat Dan Aku ....huhu


Aku sukee coklat ... makan coklat ... warna coklat ... bukan aku je yang suke coklat ... anak-anak aku pun suke coklat jugak ... en.suami jugak sukee makan coklat ... tapi coklat bulat- bulat yang ada buah badam ker buah kismis ker kat dalam dia tu ... kalau aku tak kira la coklat apa pun aku tibai jek ... haha...

Saturday, February 19, 2011

Resepi Karipap Berinti Daging

Aku wat karipap ni tak pakai sukat ... main boh jek ... hehe ... agak-agak jek la ... mak aku yang ajar ... dia pun tak pakai sukat ... aku tengok dia buat ... aku tiru jek la ... yang penting menjadi ... dan sedap ... anak aku suka makan kulit jek ... dia keluarkan intinya ... makan kulit jek ... aku lah yang kena makan intinya ... kalau tak sayang terbuang ... hehe ..


Bahan-bahan:
Utk Kulit:
Tepung gandum - diayak
Minyak panas
Garam - dilarut dengan air
Air secukupnya

Resepi Nasi Lemak


Bahan-bahan:
Utk Nasi Lemak:

Nasi Lemak ooo Nasi Lemak!!!


Nak cite pasal nasi lemak pulak hari ni ... dulu-dulu rega nasi lemak yang bungkus daun pisang ni paling mahal Rm 0.50 jek ... Kak Long aku dulu jual nasi lemak cam gini ler ... letak kat kedai orang ... berebut orang beli ... sebab sedap ... kak long aku memang pandai masak ... sambal dia yang paling sedap la ... 

Friday, February 18, 2011

Sinopsis Novel 'Cinta Pertama'

"Cinta itu belum lagi cinta selagi belum dilafazkan"

Sinopsis oleh : aznanie

Nurul Iman seorang wanita yang tidak pernah kenal bapa kandungnya. Dia dibesarkan oleh ibu dan ayah tirinya. Ibunya berpisah kerana keadaan yang memaksa. Bukan kerelaan mereka. Sejak itu ayah kandung Nurul Iman menghilangkan diri.

Sarapan Roti Sardin Hari ni!!!

Ni la sarapan aku ari ni ... roti sardin ngan milo tarik kurang manis ...
Pagi tadi gi Maybank Sg.Rengit lagik ... amik buku ngan kad maybank abah. Semalam cuma isi borang ngan sahkan my kad jek. Aku pulak daftar no hp untuk perkhidmatan m2u.com ... Nasib baik tak ramai orang kat bank ari ni ... kalau tak jenuh gak nunggu ...

Thursday, February 17, 2011

Hantaran Tam ... Siap!!!


Akhirnya siap jugak hantaran untuk majlis perkahwinan adik aku, tam. Cuma tinggal kek n buah jek ... yang itu aku wat nanti ... bila dah nak dekat tarikh majlis ... bukan apa karang busuk pulak buah kalau wat sekarang ...haha ... tapi adik aku tak de ni... baru gi Putrajaya untuk sesi taklimat pengambilan petugas baru AKS oleh Kementerian Pelajaran.

Berseronok di Taman Permainan ... Lagikkkkkk!!!

Haha ... anak aku, aisy kalau gi memana pantang nampak taman permainan. Mesti nak gi main. Kalau gi Sg.Rengit ni mestilah pergi ke sini. Lagi-lagi kalau pergi dengan abah aku. Dapat jek ... tapi kalau pergi ngan en.suami ader sedikit payah ler ... hehe ...

Makan beramai-ramai ...



Penat tul hari ni, round the world. Dari Jabatan Pendaftaran Negara kat Bandar Penawar, amik My kad abah terus pecut gi Maybank kat Sg.Renggit, nak wat akaun Mybank abah. Ingatkan leh dapat buku n kad terus ...hmm... tak leh gak ... esok kena gi lagik ... amik pulak ... sib baik dekat ... hmmm ... kira dekatlah jugak dalam setengah jam jugak ler dari tempat aku ni ....dengan kereta ler ... kalau ngan motosikal ... harus lebih lagik ... huhu

Wednesday, February 16, 2011

Cerekarama 'Ampunkan Daku'

Hari sabtu hari tu tengok cerekarama kat tv3 tajuknya 'Ampunkan Daku'. Para pelakonnya Sheila Rusly, Arin Malik, Zamarul Hisham, Fauziah Nawi, Ku Faridah, dan ramai lagi lah.

Sinopsis oleh : aznanie

Mengisahkan seorang wanita bernama Latifah membuka sebuah pusat bernama KEWAJA khusus untuk remaja yang mengandung anak luar nikah. Samada secara rela atau trajedi. Bermacam-macam kerenah para penghuni di situ. Ada yang sudah sedar ada yang masih tidak sedar akan kejahilan diri.

Sinopsis Novel 'Gemersik Kalbu'

"Mengapa berpaut pada kenangan sedangkan impian boleh digapai"

Sinopsis oleh : aznanie

Raihana ... seorang wanita yang tabah mengharungi dugaan hidup. Sejak kecil ditinggalkan dalam jagaan neneknya kerana ibu bapa mengalami desakan hidup. Dia merasakan dirinya terbuang dari keluarga. Dan apabila neneknya meninggal dunia terkontang-kanting lah dia mencari kasih sayang dalam dunianya sendiri.

Ngunyah Ngunyah Petang ...

Hmm ... lapo ler ... oh yer! baru teringat ... aku lum makan tengahari lagik ler ... hehe ... makan pun leh lupa ... tapi tekak tak berapa nak selera ler nak makan nasi. Tadi kat umah mak ... mak masak ayam goreng ngan sayur petola ular masak bening ngan sambal belacan ... Tadi rasa cam kenyang ... sarapan tadi nasi lemak lauk ayam goreng ... kul 10.00 pagi ...

Uniform Pengakap vs Anak Aku ....

Huhu ... hari ni first time anak aku, ayen pakai baju uniform persatuan iaitu Pengakap. Aku beli satu set lengkap dengan lencana pengakap, logo bendera malaysia, skaf a.k.a tali leher, talipinggang, dan topi. Hensem anak aku hari ni ... haha ... tapi tak ramai lagi yang pakai baju uniform persatuan ni kat sekolah. Ayen jek yang beria-ia nak pakai. Ada gak ler seorang dua kekawan dia yang dah pakai. Tu yang dia pun nak jugak. Tapi sebab lambat-laun pun kena pakai jugak, jadi aku belikan jek ler. Masa nak belikan baju pengakap ayen nilah yang Kota Tingggi banjir sebelum raya cina aritu ... patah balik ler kitaorang ... bukan apa takut terperangkap dalam banjir pulak ... huuuu .... kes naya ...

Cara-Cara Membuat Tapak Hantaran

Hari ni aku nak tunjukkan cara-cara membuat tapak hantaran daripada gabus. Ni bagi pengantin yang budgetnya ciput jer ... hehe ... walaupun budgetnya ciput tapi tetap cantik dan menarik ... itu yang penting .... kali ni aku tunjukkan cara membuat tapak hantaran jek ... esok-esok aku tunjukkan cara membuat bunga dulang pulak yer ... 

Tuesday, February 15, 2011

Resepi Ikan Cencaru Masak kicap

Sebenarnya aku tak biasa masak lain kalau ikan cencaru ni selain bakar ... hehe ... pastu cicah air asam pedas-pedas ... huhu ... terangkat kening ... tapi hari ni nak masak lain la pulak... masak kicap ... sedap gak ... aku suka wat kuahnya banyak minyak ... cam beleming gitu ... en.suami sebenarnya tidak berapa gemar sangat masakan kicap ni ... tapi dia tak cerewet sangat ... dia makan jek ... cuma jangan kerap sangat ler buat ... mengamuk karang ... hehe...

Ikan Cencaru Masak Kicap



Bahan-bahan :

Resepi Kerepek Ubi Pedas



Ni mak aku yang buat kerepek ubi pedas. Aku tak pernah buat. Selalu tu tengok jek mak buat. Dulu ada gak cuba-cuba nak buat tapi separuh jalan jek, mak gak yang nyambung sampai siap ... hehe ...

Kerepek Ubi Pedas
Bahan-bahan:

Kesinambungan Kisah Anakku Dan Aku - Finale

Institut Pediatrik Hospital Kuala Lumpur
Sambungan dari part V

Setelah 3 bulan anakku buang air besar melalui stoma, akhirnya pada bulan 8 2004 anakku selamat dibedah. Selepas 6 jam berada di dalam dewan bedah, anakku disorong keluar oleh jururawat diiringi doktor bedah. Ketua pakar bedah iaitu Dato' Dr. Zakaria memberitahu bahawa ketumbuhan itu telah dikeluarkan tetapi masih ada 5% yang tidak dapat dibuang. Jadi, anakku masih memerlukan rawatan kemotrapi dan radiotrapi bagi memastikan sisa baki ketumbuhan itu bisa mati.

Koleksi Brooch ku ...

Aku memang minat mengumpul brooch. Ya la sebab aku bertudung kan. Pasti brooch menjadi kewajiban. Berbagai-bagai jenis brooch yang aku ada. Ada yang mengikut kala tudung dan jenis tudung. Kebanyakan brooch tu aku beli di pasar malam jek. Asal cantik dan berkenan di mata aku beli je .... lagi satu murah ... hehe...

Maulidur Rasul 1432H / 2011M

Sempena Maulidur Rasul ini, marilah kita memperbanyakkan selawat ke atas junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W ....

Monday, February 14, 2011

Taylor Swift-Today Was A Fairytale (song with lyrics)




Sukeee ... lagu nih ... hehe ... tak yah letak lirik ... dah ada kat atas tu sekali ... hehe ... nak nyanyi ni ... lalala ....

Tempat letak cincin lelaki ... hantaran Tam


Hari ni siap mengubah tempat letak cincin lelaki hantaran tam ... huhu ... tapi cam rasa banyak tempat kosong je la ... ye ker???? tam kata dah ok ... klu banyak-banyak sangat bunga nanti semak mata memandang ... hmm .... betul gak tu ...

Sinopsis Novel "Kasihku Abadi"

"Akan kusisip memori semalam selagi langit memayungi bumi"

Sinopsis oleh : aznanie

Wana yang pernah putus tunang menyerahkan soal jodoh pada keluarganya. Antara rela dan terpaksa, dia menerima Risyam sebagai suami. Rumah tangga mereka diserikan dengan sepasang anak kembar, Rayyan dan Rania. Ternyata, pilihan keluarga juga membuahkan cinta dan bahagia.

Sinopsis Novel "Adam & Hawa"

"Tak usah diucap, tak usah dilafaz aku dah mengerti bahasa cintamu"

Sinopsis oleh : aznanie

Ain Hawani, zaman singlenya terhenti pada usia remaja. Hanya kerana silap perhitungan, timbul prasangka buruk, menyebabkan dia dan Adam Mukhriz terjerat. Rayuannya tidak diperindahkan. Lelaki itu pula diam membisu, seolah-oleh membenarkan apa yang berlaku. Akhirnya, ijab kabul antara mereka terlafaz dalam paksa dan tanpa rela.

Sunday, February 13, 2011

Bakul buah hantaran tam

Hari ini aku gubah bakul buah untuk hantaran tam.... siap sudah... tak sampai 1 hari aku ngerjakannya... haha ... kira pro gak ler aku ni ek ... haha ... puji diri sendiri. Esok nak letak manik ler kat tepi bakul tu ... mesti nampak lebih menarik ... lagik pun semua tapak hantaran ada manik ... tak kan bakul buah tak de manik pulak ... cam tak adil rasanya ... huhu ...
Tara .... bakul buah ... ni pandangan hadapan

Sarapan pagi hari ini

Pagi tadi Akma datang sewaktu aku baru nak bukak kedai... ajak gi sarapan... aku on jek ... huhu... orang nak belanja... rezeki jangan ditolak ... huhu... kami pun gi makan kat kedai makan Wak Jamad yang terletak di Hentian Teksi gugusan Adela. Tak ramai dah yang makan sebab dah kul 10 lebih ... tapi dah banyak makanan yang habis ... maklumlah ari ahad ... semua orang cuti ... cuti kerja ... cuti masak ... makan jek tak cuti ... haha ...
Aku makan roti telor dengan kuah kari

Burger ....tepi jalan....

Malam tadi adik bongsu aku datang umah... tension ngan org kat umah abah aku... huhu... sian ... tanya aku masak apa .... kari daging aku kata... dia org tak minat kari daging... haha..
Nak ajak aku makan kat kedai yanto...nak makan mee bandung ... tapi aisy dah tido... jadi tak dapat ler pegi ... adik aku start moto ... terus pegi ... tak cakap apa-apa pun... marah ker???
Rupa-rupanya dia pegi order burger kat gerai tepi jalan depan sekolah ... huhu....beli banyak gile... lapo sangat ler tu ...macam mana tak montok... haha....

Ni la dia burger tepi jalan ....


Resepi Kari Daging

Dah lama tak masak kari daging... ni pun lauk kegemaran en.suami ... dulu arwah abah mertua ku pandai masak kari daging... semua anak-anak menyukainya... arwah ada mengajar aku cara-cara memasak kari daging tu... tapi tak sama la hasil dan rasanya... mungkin air tangan berlainan kot... hehe..

Kari Daging



Bahan-bahan:

Saturday, February 12, 2011

Dil To Pagal Hai



Lirik lagu "Dil To Pagal Hai"

Dil to paagal hai
Dil deewana hai
Dil to paagal hai
Dil deewana hai

Sinopsis Novel 'Hati Yang Luka'


"Letakkan cinta ku dalam hatimu. Hanya dengan itu dapat kau selam luka hati ku yang kian parah....."

Sinopsis oleh : aznanie

Widad gadis yang tabah. Yang penyabar. Yang kuat pegangan. Membawa diri ke luar negara setelah memutuskan pertunangannya dengan anak majikan ayahnya, Raof. Sedar dirinya tidak setaraf untuk bergandingan dengan Raof, anak orang kaya. Merawat lara diri tetapi akhirnya Widad kembali ke tanahair.

Sinopsis Novel 'Setia Menanti'

Sinopsis oleh : aznanie

Novel Setia Menanti ini mengisahkan tentang pergolakan cinta seorang gadis bernama Adrina. Cinta pandang pertamanya dengan seorang lelaki bernama Ajmal. Malangnya, lelaki itu memilih Fatiha sebagai teman wanitanya. Adrina kecewa. Bertahun dia memujuk hatinya agar melupakan Ajmal.

Sarapan westen ...ahaks...

Hari ini aku dan anak-anak sarapan nuget dan kentang wedges jek... Ayen nak sarapan mee goreng basah kat kedai tapi rasa cam malas jek nak gi... tengok dalam peti ais ada nuget n kentang... aku goreng jek la... cicah ngan sos cili... wat air milo... makan biskut rendam air milo... huhu... teringat zaman kecik-kecik dulu... masa kat kampung .... umah tok bah.... selalu sarapan ni... sebab tok bah tak leh makan makanan berat pagi-pagi.... memula tu rasa aneh la gak... lelama biasa... bila dah pindah duk felda ni... mak masak jek pepagi... lelama lupa dah sarapan biskut ngan air milo... hehe....

Sarapan pagi ni : nuget, wedges

Biskut ngan air milo ....

Friday, February 11, 2011

Resepi Sup Telur

Malam tadi masak lauk ni... sebab dalam peti tak de apa-apa... cuma ada telur ngan ikan bilis jek... jadi terhasillah lauk ini ...

Resepi Sup Telur



Bahan-bahan:
Telur
Tauhu kering
Sohoon
Sedikit minyak -utk menumis
Sedikit garam
Sedikit ajinomoto
Sedikit serbuk pati ayam knoor
Sedikit air

Bahan Tumbuk:
Bawang merah
Bawang putih
Ikan bilis

Cara membuatnya:
Panaskan minyak di dalam periuk
Masukkan bahan yang ditumbuk
Tumis hingga kekuningan
Masukkan air ke dalam periuk tadi
Masukkan tauhu kering dan soohoon tadi
Biarkan seketika sehingga tauhu kering dan soohoon itu lembut
Masukkan telur
Sebiji demi sebiji
Tunggu telur keras
Kemudian, masukkan garam, ajinomoto dan serbuk pati ayam knoor
Rasakan dan hidangkan.

Aku wat sambal belacan dan ikan bilis goreng


Resepi Ikan Kerisi Goreng Berkuah Asam

Malam kelmarin aku masak lauk ni... lama tak masak lauk ni...ini resepi mak...senang jek cara nak masaknya... rasanya pun sedap ...

Resepi Ikan Kerisi Goreng Berkuah Asam



Bahan-bahan:
Ikan kerisi - dibersihkan
Bawang besar - dihiris halus
Bawang putih -dihiris halus
Lada cili api -dihiris halus
Sedikit minyak - utk menggoreng ikan dan menumis
Sedikit garam
Sedikit ajinomoto
Sedikit air asam jawa
Sedikit kunyit

Cara Membuatnya:
Gaulkan ikan dengan kunyit dan garam.
Panaskan minyak di dalam kuali.
Setelah minyak panas, gorenglah ikan sehingga kekuningan
Ketepikan ikan.
Panaskan minyak di dalam kuali
Masukkan bawang besar, bawang putih dan lada cili api
Tumis hingga bawang garing
Masukkan ikan tadi
Masukkan juga air asam jawa
Masukkan garam dan ajinomoto
Masak hingga kuahnya mendidih.
Angkat dan hidangkan.

Wednesday, February 09, 2011

Hantaran Tam...

Hari ni aku mula mengubah tempat letak barang hantaran dan bunga dulang. Tema purple and pink kala. Berpeluh gak membuatnya. Maklumlah, plug utama lekat kat tepi dinding, jauh dari kipas ...hehe
Jenuh jugaklah mencantum-cantum bunga tu supaya nampak cantik... dan hasilnya......

Baru tapaknya aje... barangnya lum masuk

Ni pandangan bawah... gabus di lilit dengan reban dan kain net organza

Ni bunga dulang ... nak letak kat tepi bekas hantaran tu


Ni bunga dulang dari pandangan dekat


Ni bunga dulang dari pandangan berdiri
Tara ... dah pun siap ... baju t-shirt dan seluar ...
Fokus pada barang hantaran nya.....
Ni dompet dan tali pinggang .....dari pandangan depan
Ni dari pandangan sisi ......

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...