Monday, January 31, 2011

Hujan... hujan ... Banjir.... Kota Tinggi!!!!

Dua ari ujan lebat berterusan... air naik kat Kota Tinggi... tadi pegi Kota ingatkan nak beli baju pengakap anak... tak lepas nak gi kat Bangunan Mara Kota Tinggi ... air dah naik. Cepat2 suruh suami ku kuar dari bandar... bukan apa takut terperangkap dalam banjir... bahaya ooo... dalam kalut2 cam tu terlupa nak amik gambo... hehe...

Sumber dari: Facebook  

Saturday, January 29, 2011

Mee Segera Bandung

Ari ni ujan.. rasa lapo pulak pepetang ni... tgk kat dapur ada mee segera n telo jek..hmmm...

Mee Segera Bandung
Bahan-bahan:
Mee segera (apa2 brand) yg aku guna ni mamee extra pedas
Telo
Bawang merah - dihiris kecil
Lada cili - dihiris kecil
Sawi (ikut suka, nak letak boleh, tak nak pun tak pe)
Minyak masak - sedikit saja untuk menumis

Cara membuatnya:
Panaskan periuk.
Masukkan minyak masak.
Apabila minyak sudah panas masukkan bawang merah dan lada cili.
Tumis hingga garing.
Kemudian, masukkan 2 setengah cawan air kedalam periuk.
Apabila air mengelegak, masukkan perencah mee segera dan kacau.
Masukkan telo dan tunggu hingga telo keras sedikit.
Kemudian, masukkan mee segera dan tunggu hingga mee menjadi lembut.
Kacau-kacaukan.
Siap sedia untuk dihidang...


Friday, January 28, 2011

Lirik Lagu 'Kekanda Adinda'

Best lagu ni... hehe... lagu nyer sempoi jek.. tgk ceritanyer...ok ler...

Lirik Lagu Monoloque Atilia Kekanda Adinda
Verse 1
(P) Oh Kekanda jangan irihati, Dinda naik pangkat lagi..
(L) Oh Adinda, Kanda mana dengki, malah Kanda support bini..
Chorus 1:
(P) Jadi Dinda mahu mengambil masa
(L) Tapi Kanda mahu segera,
(P) Dinda ingin berjaya dalam kerjaya,
(L) Tapi Kanda mahu cahaya mata,
(P) Dinda belum bersedia,
(L) Kanda dah beria ria,
(P) Jadi yg mana satu?
(P+L) Tak perlu bertengkar,
Tak perlu bermasam muka,
Verse 2:
(L) Oh Adinda, tolong jangan lekas curiga, lekas cemburu buta
(P) Oh Kekanda, Dinda perlu berhati hati ,tak rela dikongsi,
Chorus 2
(L) Kanda kerja overtime, terlebih masa,
(P) Itu yg Dinda harus berwaspada,
(L) Ini semua demi masa depan keluarga,
(P) Dengan Dinda atau sebaliknya?
(L) Kanda kerja malam,
(P) Dinda kerja siang,
(L) Jadi bila nak bertemu?
(P+L)Tak perlu bertengkar,
Tak perlu bermasam muka,
Bridge:
(P) Oh adiwira, dewataku, mari ikut cara Dinda!
(L) Oh Tun Teja, intan permata, mari ikut cara Kanda!
(P+L) bagaimana? bagaimana kita nak selesaikannya?
apa keputusannya?
Lirik Lagu Monoloque Atilia Kekanda Adinda
Verse 3
(P) Oh Kekanda mari Nyawa, kita cuba komunikasi!
(L) Oh Adinda mari Sayang, kita cuba toleransi!
Chorus 3
(P+L) Walau kita janji sehidup semati, kita berlainan,
(L) Kanda polar kutub Utara,
(P) Dinda kutub Selatan
(P+L) komunikasi, sikap toleransi! itu yg kita perlu,
(P+L)Tak perlu bertengkar,
Tak perlu bermasam muka,
coda*
(L) Walau kita sering dgn cara masing2,
(P)Kanda yg Perdana,
(L) Dinda yg Utama,
(P)Kanda sgalaNya..
(L) Dindalah Nyawa,
(P+L) kita tetap bahagia bila bersama sama
bahagia bersama,
bersama slamanya,
bahagia slama- lamanya!

Sumber dari: LYRIC 77

Wednesday, January 26, 2011

Nak masak apa ari ni ...hmmm

Bangun je pagi terus pikir nak masak sarapan apa... Dah masak sarapan, pikir plak nak masak apa untuk makan tghari pulak... Tak abis-abis pikir nak masak apa...
Jap lagik nak kuar cari lauk kat gerai ikan depan rumah aku ni... Apa yg ada... Biasanya pepagi gini banyak pilihan lagik... Ingat nak cari ikan siakap ker ikan yg besar leh wat ikan 3 rasa... hmmm.. kena cepat-cepat gi ni nanti kehabisan ikan plak...

Tuesday, January 25, 2011

Facebook ...oooo... Facebook

Sekarang ni tengah mengila ngan facebook ..hehe. Baru terasa seronok berchating ngan kawan-kawan kat facebook. Cam kena kejutan budaya plak... huhu. Dpt tau pekembangan kawan-kawan lama ...siap dapat tengok gambo terbaru lagik... haha ... sememangnya aku terkena kejutan budaya yg dalam bahasa kasarnya 'aku jakun' ... haha

aku muncul kembali...huhu

Setelah sekian lama menyepi, aku kembali meneruskan penulisan ini. I'm back....
Kebelakangan ini sibuk sikit.. atau sengaja menyibukkan diri ..hehe. Anak aku yg sulung pun dah masuk dajah 4 yg second pun dah 4 tahun. Sibuk menguruskan kehidupan ...hehe
Dan sekarang ni aku sedang mengusahakan projek cenderahati perkahwinan. Buat sampel, katalog, iklan, blog, facebook....fuh penat... harap-harap menjadi la...amin..amin.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...