Sambungan dari episod 4 :
Saka Gelam memarahi dan memukul hantu Rosrita kerana menyamar sebagai manusia dan bercinta dengan manusia. Hantu Rosrita memberi alasan yang Fauzan tu tersangat la cutenya dan tak dapat lepaskan peluang. Saka gelam memberitahunya yang tugasnya bukan le bercinta tetapi menganggu dan menakut-nakutkan manusia. Hantu Rosrita meminta maaf dan berjanji tak kan melakukannya lagik. Tetapi Saka gelam terus -terusan jugak membelasahnya.
Fauzan bagai hilang pedoman kerana Rosrita yang dipujanya telah tiada di rumahnya. Dia menyangka Rosrita bermain sembunyi-sembunyi dengannya. Dia tidak menyetahui yang Rosrita telah pergi dari rumah itu setelah rahsianya diketahui oleh saka gelam.
Ibu Fauzan, Datin Salina telah meminta pertolongan Zeti untuk mengubatkan penyakit Fauzan. Zeti memberitahunya yang Fauzan bercinta dengan makhluk halus. Datin Salina terperanjat dan meminta Zeti mengubatkan Fauzan dan meminta Zeti membantunya untuk mendapatkan Nia sebagai menantunya. Zeti bersetuju setelah Datin Salina menjanjikan bayaran yang lumayan.
Adrus berjumpa Amir di pekan. Sedang mereka berbual-bual, datang Lina. Lina menaruh perasaan pada Adrus. Tetapi Adrus tidak mengendahkannya. Lina mengajak Adrus minum bersamanya. Sedang mereka minum, Adrus pergi ke tandas. Tiba-tiba handphone Adrus berbunyi, Lina menjawab panggilan itu. Nia bertanya siapa yang bercakap menggunakan handphone Adrus. Lina mengaku dia kekasih Adrus. Nia terus mematikan perbualannya. Nia menangis apabila mendapat tahu yang Adrus sudah mempunyai kekasih.
Adrus meminta Pak Berahim membantunya untuk membuat dokumentari mengenai hantu. Pak Berahim bersetuju. Setelah krew-krew Adrus bersedia, Pak Berahim pun memanggil hantu jelmaan ibu Nia, Rosrita. Hantu Rosrita muncul di belakang Pak Berahim. Adrus memberitahu Pak Berahim melalui ear phone yang di letakkan di telinga Pak Berahim. Pak Berahim bertanya kenapa menganggu orang kampung. Hantu Rosrita memberitahu itu adalah perjanjian yang dibuatnya dan itu adalah kerjanya. Pak Berahim membakar gulungan kertas yang digulung seperti rokok. Hantu Rosrita tidak suka akan bau itu. Pak Berahim menggugutnya supaya memberitahu bagaimana caranya untuk membunuh Saka gelam. Belum sempat Hantu Rosrita memberitahu akan rahsianya, muncul Saka Gelam di hadapan hantu Rosrita. Saka Gelam telah mengangkat hantu Rosrita dan memusing-musingkannya dan melambungkannya ke udara. Hantu Rosrita melayang jauh dan hilang dari pandangan. Saka Gelam telah memberitahu yang hantu Rosrita telah dihantar ke neraka jahanam. Dan tiada siapa lagik yang dapat memberitahu rahsia bagaimana mahu membunuh dirinya.
Adrus berjaya mendapatkan rakaman kemunculan hantu Rosrita. Kawannya, Amir gembira kerana setelah sekian lama barulah mereka berhasil membuat rakaman seumpama itu. Tetapi Adrus berasa serba salah. Kerana Hantu Rosrita itu adalah ibu Nia. Dia kenalah menjaga air muka dan maruah keluarga Nia. mentelah Nia itu adalah teman wanitanya walaupun Adrus belumm berani menyuarakan isi hatinya pada Nia lagik. Pak Berahim dan ibu Adrus bersetuju dengan pendapat Adrus itu. Tetapi Amir berang dengan Adrus. Dia marah dan terus blah meninggalkan Adrus.
Zeti menelipon Pak Berahim untuk berjumpa dengannya. Pak Berahim bersetuju. Setelah berjumpa, Zeti menerangkan yang bos Nia mahukan pertolongan Pak Berahim untuk mengubatkan anaknya dan membantunya melembutakan hati Nia untuk berkahwin dengan anaknya, Fauzan. Pak Berahim tidak menyetujui kerana dia tahu yang Adrus mencintai Nia. Walaupun ditawarkan wang upah yang lumayan, Pak Berahim tetap tak mahu menolongnya. Zeti marah dan akan mengenakan Pak Berahim suatu hari nanti.
Nia yang kecewa pulang lambat dari tempat kerjanya. Semasa dalam perjalanan pulang, Nia merasakan ada lembaga hitam mengekorinya dan dia nyaris dilanggar oleh kereta yang dipandu laju. tetapi bagai ada satu kuasa luar biasa terjadi pada Nia. Dia dapat mengelak dari dilanggar kereta itu. Setelah kereta itu berhenti, pemandunya berasa hairan setelah diberitahu yang Nia tidak mengalami sebarang kecederaan.
Dalam usahanya untuk memenuhi permintaan Datin Salina, Zeti menumpang tidur di rumah Nia dengan alasan dia boring duduk di rumahnya sorang-sorang. Shasa yang tidak mengetahui akan agenda Zeti telah membenarkan Zeti bermalam di rumah mereka. Zeti sengaja meninggalkan sepit rambutnya dalam bilik air. Dia sengaja memberitahu Nia yang alangkah bagusnya kalau berpeluang dapat kahwin dengan anak orang kaya. Tetapi Nia endah tak endah akan percakapan Zeti kepadanya.
Nia masuk ke dalam bilik air. Dia ternampak sepit rambut. Dia mahu mengambilnya tetapi sepit rambut itu bergerak dengan sendirinya. Tiba-tiba sepit rambut itu menyepit hidungnya. Nia menjerit sekuat hatinya. Dia berlari masuk ke dalam bilik Shasa. Dia memberitahu yang Zeti tu perempuan yang bahaya. Nia memberitahu yang dia ternampak lembaga hitam bertudung labuh yang mengekorinya mempunyai rupa seperti Zeti. Shasa berasa serba salah mahu mengusir Zeti dari rumah mereka.
Keesokan harinya, Shasa menghantar Zeti balik ke rumahnya. Semasa Zeti mahu memeluk Nia, Nia terjerit ketakutan. Zeti kehairanan tetapi Nia memberitahu yang dia belum menggosok gigi, takut busuk Zeti nanti. Zeti mempercayai alasan Nia itu. Sewaktu Zeti melewati pintu besi rumah Nia, Nia terpandang lembaga hitam berjubah labuh itu mengikuti Zeti pergi. Nia semakin pasti itu adalah makhluk kepunyaan Zeti. Bersambung ... tunggu episod 6 daaaa ...
0 comments:
Post a Comment