Nak buat lempeng ni senang jek ... memula, letakkan tepung gandum dalam mangkuk ... pastu letak garam halus dalam tepung gandum tu ... gaul sehingga garam itu sebati dengan tepung gandum ... selepas itu, masukkan air secukupnya ke dalam tepung gandum itu ... kacau hingga tepung gandum tidak berketul .. bancuhan tepung gandum itu jangan terlalu pekat .. jangan pulak terlalu cair ... sedang-sedang aje ... pastu leperkan bancuhan di dalam kuali ... sebelum di letak bancuhan tepung itu, letak minyak masak sedikit pada kuali itu supaya lempeng tak melekat pada kuali ...
Cara buat sambal tumis bilis pulak ... blend lada kering, halia, bawang merah ngan bawang putih ... pastu, goreng ikan bilis dan ketepikan ... tumis bahan-bahan yang diblend tadi hingga garing ... dah garing, masukkan gula, garam dan ajinomoto ... kalau suka boleh letak belacan sikit ... letak air asam sedikit ... akhir sekali, masukkan ikan bilis yang digoreng tadi kedalam sambal ... sebenarnya, terpulang samada nak goreng atau pun tidak ikan bilisnya .. aku tak suka kalau tak digoreng ikan bilisnya .. sebab nanti ikan bilisnya liat .. tak garing ... dah pun siap ...
0 comments:
Post a Comment