Filem Sekali Lagi dibintangi oleh pelakon-pelakon yang power-power seperti Shaheizy Sam sebagai Arman (hero) ... Lisa Surihani sebagai Shila (heroin) .. Mia Sara Nasuha sebagai Amy .. Bront Palarae sebagai Haris ... cite ni memang menyentuh kalbu ... but happy ending ... suke cite happy ending ni .. puas hati jek ...
Arman walaupun telah dewasa tetapi perangainya seperti kanak-kanak. Segala keperluan dirinya diuruskan oleh ibunya. Cerita bermula apabila ibunya memberi kebenaran kepadanya untuk keluar rumah seorang diri sambil diperhatikan oleh Pak Sunya, Jimmy dari jauh. Ibunya mahu Arman berdikari. Setelah keluar dari butik pengantin, Arman telah di datangi seorang lelaki yang mahu menyamunnya. Arman melarikan diri tetapi dapat ditangkap oleh lelaki itu. Mujur Amy datang menyelamatkannya. Bersama Amy, Arman membelasah penyamun itu. Kemudian, Arman membelanja Amy aiskrim dan berkenalan dengan Amy. Arman suka berkawan dengan Amy.
Ibu Amy, Shila membantu Haris di gerai makanannya pada sebelah petang. Haris berhasrat ingin mengahwini Shila. Tetapi Shila tidak dapat memberi kata putus lagi. Dia masih keliru dengan perasaannya. Kegagalan perkahwinannya yang lalu membuatkan dirinya fobia. Pada Haris diberitahu yang suaminya telah mati tetapi sebenarnya tidak. Dia ditinggalkan oleh suaminya.
Hubungan Amy dengan Arman semakin akrab. Suatu hari, Shila mencari Amy dah terjumpa Amy sedang bermain dengan Arman. Bila terpandang sahaja wajah Arman, Shila terus pengsan. Shila dibawa ke hospital. Bila dia sedar, dia terus mengamuk dan menghalau Arman keluar dari biliknya. Arman berasa sedih dan bersalah kerana membuat ibu Amy menangis.
Shila melarang Amy berkawan dan berjumpa dengan Arman lagi. Tetapi Arman sangat rindukan Amy. Dia datang ke taman permainan dengan harapan dapat berjumpa Amy tetapi sia-sia sahaja. Amy tidak datang ke taman permainan itu lagi. Arman berjaya menjejaki Amy. Dia bertanya kenapa Amy tidak mahu berjumpa dan bercakap dengannya. Amy memberitahu yang dia sudah berjanji dengan ibunya tidak akan berkawan dengan Arman lagi. Sedang mereka berbual, Shila muncul dan memarahi Arman. Dia memukul-mukul Arman dengan begnya. Haris menyabarkan Shila dan bertanya apa sebenarnya yang terjadi. Siapa Arman sebenarnya dalam hidup Shila.
Shila memberitahu Haris yang Arman itu adalah ayah Amy. Mereka bercinta sejak zaman persekolahan lagi tetapi hubungan mereka dihalang oleh ayah Shila dan ibu Arman. Shila di belasah oleh ayahnya sehingga lebam seluruh tubuh. Arman mengajak Shila berkahwin dengannya. Shila hanya menurut. Mereka pun bernikah dan hidup dalam keadaan daif. Sehinggalah suatu hari, ayah Shila meninggal dunia. Shila pulang ke rumahnya untuk melihat jenazah ayahnya tetapi telah diusir oleh abangnya yang menyatakan ayah mereka meninggal kerana kelakuan Shila yang membelakangkan ayahnya.
Shila berasa sedih dan berdosa kepada ayahnya. Shila pulang ke rumahnya. Tetapi dia terserempak dengan Arman yang mahu keluar dengan membawa beg pakaiannya. Shila bertanya kemana Arman mahu pergi. Arman menyatakan yang dia mahu pulang ke rumah ibunya kerana ibunya sakit. Shila bertanya adakah Arman mahu meninggalkan dirinya. Sedang mereka bertengkar, seorang perempuan datang memanggil Arman. Fahamlah Shila kenapa Arman mahu meninggalkannya. Arman menjatuhkan talak ke atas Shila pada masa itu. Tidak lama kemudian, Shila mendapat tahu yang dirinya mengandung. Dia sedih kerana terpaksa menanggung kesengsaraan hidup seorang diri.
Arman membawa Amy pulang ke rumahnya. Pada mulanya, ibu Arman kurang senang dengan kehadiran Amy di rumahnya tetapi lama-kelamaan dia rasa seronok pulak. Amy dimarahi oleh Shila kerana mengingkari arahan supaya tidak pergi bermain bersama Arman lagi. Sedang Shila memarahi Amy, ibu Arman datang dan menenangkan Shila. Dia meminta maaf di atas apa yang berlaku.
Ibu Arman menceritakan kisah yang menimpa anaknya itu. Kata ibu Arman, sejak Arman balik ke rumahnya, dia memberitahu yang Shila telah menolaknya. Rupa-rupanya, Arman telah merancang segalanya. Dia didapati mempunyai tumor otak. Setelah pembedahan membuang tumor itu, dia sudah tidak dapat berkelakuan normal semula. Otaknya tidak dapat berfungsi dengan normal. Dia tidak berupaya menjadi lelaki yang normal. Barulah Shila faham akan kedudukan yang sebenarnya.
Haris mula merasakan yang Shila akan meninggalkannya dan memilih Arman memandangkan Arman adalah cinta pertama Shila. Tetapi sangkaan Haris meleset apabila Shila tetap memilih Haris sebagai teman hidupnya dan ayah kepada Amy. Biarlah Amy menganggap yang Haris adalah ayahnya tanpa mengetahui yang Arman adalah ayah kandungnya. Haris merasakan yang tindakan Shila itu tidak betul. Sedang mereka berbual, Amy telah terdengar perbualan mereka.
Amy menelefon Arman untuk berjumpa dengannya di taman permainan. Arman bergegas ke sana bersama ibunya. Sampai sahaja di taman, Amy telah memeluknya dan memberitahu yang Arman adalah ayahnya. Arman yang tidak faham akan perlakuan Amy itu, hanya memujuknya supaya tidak menangis dan meminta keizinan dari ibunya untuk menjadikan Amy sebagai anaknya.
Shila berkahwin dengan Haris. Mereka hidup bahagia di samping Amy dan Arman. Arman berasa bahagia dengan kehidupannya sekarang. Tamat.
Para Pelakon :
Shaheizy Sam sebagai Arman
Lisa Surihani sebagai Shila
Bront Palarae sebagai Haris
Mia Sara Nasuha sebagai Amy
Sinopsis oleh : aznanie
*Cite ni nampak simple tapi ada pengajarannya ... ada happy ... ada sedih ... si Mia tu cute .. petahnya bercakap ... tak macam baca skrip ... comey pulak tu ... geram jek .. si Sam tu pandai pulak buat suara cam orang tak normal .. suara bebudak pelat .. dengan mimik muka .. best sangat .. tapi watak Lisa macam tak berapa menyerlah ... pada pandangan akulah ... tapi Lisa ni banyak main emosi dalaman ... tapi cite ni best ... nak lebih best .. tengok sendiri la ... hehe ..
0 comments:
Post a Comment