Malam tadi cerekarama kat TV3 cite kelaka .. dah berminggu-minggu cerita sedih ... minggu ni cerita kelaka pulak ... best citenya ... kisah seorang ibu yang memanjakan sangat anak dia sampai anak dia dah kawin pun dia tak nak lepaskan anak dia .. haha .. jadi, jom layan cerekarama Anak Emak ni ...
Sinopsis oleh : aznanie
Rumahtangga yang baru dibina tiada maknanya bagi Siti (Almy Nadia) kerana suaminya, Hisham (Ungku Ismail) lebih menurut kata ibunya berbanding dirinya. Mak Bedah (Liza Abdullah) terlalu menyayangi Hisham kerana Hisham adalah satu-satunya anaknya. Jadi, dia merasakan yang Hisham adalah miliknya sampai bila-bila. Segala keperluan Hisham semuanya dia yang menguruskan. Itu yang membuatkan Siti tertekan kerana tidak dapat melaksanakan tanggungjawabnya sebagai seorang isteri.
Siti meminta pandangan kawan baiknya, Noami (Anne Ngasri). Noami menyarankan supaya Siti mengajak Hisham pindah dari rumah mentuanya. Siti bersetuju. Di rumah Siti mengajak Hisham pindah. Hisham bersetuju. Mereka telah berjaya mendapatkan rumah tetapi apabila diberitahu kepada Mak Bedah yang mereka mahu berpindah untuk hidup berdikari, Mak Bedah terus merajuk. Kemudian, Mak Bedah membuat rancangan supaya mereka tidak jadi berpindah. Mak Bedah pura-pura terjatuh di bilik air dan mengalami kecederaan. Hisham yang sememangnya menyayangi ibunya telah membatalkan rancangan untuk berpindah. Tindakan Hisham itu membuatkan Siti bertambah tertekan.
Kerana mengikut cadangan Noami, Siti merancang untuk menguji Hisham. Dia memberitahu ibunya sakit dikampung dan meminta izin untuk balik kampung menjaga ibunya. Hisham membenarkan tetapi setelah seminggu Siti berada di kampung, Hisham menyuruh Siti balik ke rumah mereka, tetapi Siti menolak dengan alasan ibunya masih sakit. Dia menyuruh Hisham datang menjemputnya kalau benar Hisham menginginkan dirinya pulang ke rumah mereka. Hisham bersetuju.
Tetapi sehingga malam hari bayang Hisham tak muncul-muncul jugak. Mak Yah (Qisma Johari) mula mengesyaki suatu telah berlaku dalam rumahtangga anaknya itu. Alangkah terkejutnya Mak Yah bila diberitahu yang Siti mencemburui mak mertuanya sendiri. Mak Yah menjadi lebih terkejut apabila Siti memberitahunya yang dia berbohong kepada Hisham dengan menyatakan yang ibunya sakit. sebab itu Hisham membenarkan dia pulang ke kampung.
Siti menelipon Hisham untuk bertanya kenapa dia tak datang menjemputnya. Hisham memberitahu dia dan emaknya pulang ke kampung melawat pak ngahnya. Siti berasa marah kerana Hisham melebihkan ibunya dari dirinya. Mak Yah menasihatkan Siti supaya memandang ibu mertuanya itu sebagai ibu kandung bukan sebagai madunya. Siti hanya mendiamkan diri.
Akhirnya Siti pulang ke rumah mak mertuanya semula. Siti mengajak Hisham bercuti. Hanya mereka berdua sahaja. Hisham bersetuju. Setelah mereka sampai ke resort tempat mereka bercuti itu, Mak Bedah telah ada di situ. Dia telah pun menempah bilik untuk mereka semua. Siti berasa marah. Dia merasakan yang ibu mertuanya hanya menganggu percutian mereka. Dalam tak sedar rupanya, Mak Bedah terdengar perbualan Siti dan Hisham itu. Mak Bedah berasa sungguh sedih dan menangis.
Sedang Mak Bedah menangis, seorang lelaki yang sebaya umur dengannya menegurnya. Taufik mengajaknya berjalan-jalan sekeliling hutan yang terdapat di resort itu. Mak Bedah bersetuju setelah dipujuk oleh Taufik. Mereka masuk ke dalam hutan bersama-sama dengan pengunjung dan penunjuk arah. Dalam perjalanan balik, Mak Bedah dan Taufik telah tersesat. Mereka tidak dapat mencari jalan pulang. Mereka bermalam di dalam hutan sampai hari siang.
Hisham kalut mencari ibunya. Dia tahu yang ibunya belum balik kerana beg dan pakaiannya masih ada dalam bilik. Dia meminta bantuan petugas di resort itu mencari ibunya. Hisham tidak tenang selagi ibunya belum dijumpai sehingga mengigau-gigau menyebut nama ibunya. Siti mengalah dan menerima hakikat yang Hisham dan ibunya bagai irama dengan lagu. Tak boleh dipisahkan kerana masing-masing sangat menyayangi sesama mereka.
Petugas resort itu menjumpai Taufik dan Mak Bedah tertidur di bawah pokok. Taufik memarahi pekerjanya kerana tidak memasang lampu disepanjang laluan balik ke resort. Rupanya Taufik adalah pemilik resort itu. Mak Bedah mula sedar yang dirinya tidak boleh lagi mengongkong Hisham. Mak Bedah berhasrat melepaskan Hisham kepada isterinya, Siti dan dia telah mengambil keputusan untuk menerima Taufik sebagai bakal suaminya. Hisham terkejut dengan tindakan ibunya. tetapi merestuinya.
Siti ternampak Kamal, iaitu suami Noami. Hisham menyatakan yang Kamal telah berkahwin dengan Nora kerana tidak tahan dengan perangai Noami yang terlalu mengongkongnya. Siti terkejut dan berasa kasihan dengan Noami. Hisham meminta Siti merahsiakan perkara itu dari pengetahuan Noami.
Para Pelakon :
Ungku Ismail Aziz sebagai Hisham
Almy Nadia sebagai Siti
Liza Abdullah sebagai Mak Bedah
Anne Ngasri sebagai Noami
Qisma Johari sebagai Mak Yah
* Kelaka sangat .. sampai sakit perut ketawa ... Almy Nadia tu pandai betul belakon watak kelaka ... yang Ungku Ismail tu pun pandai bawak watak cam budak lurus bendul ... dia sayang isteri dia, tapi ikut jek cakap mak dia .. tak pandai langsung nak membantah ... anak emak le katakan .. mak dia pun amik kesempatan le .. hehe .. memang best le .. tengok best le .. kalau jadi kat aku ... huhu .. tak le kot ... sebab aku tak de mak mentua dah .. hehe ..
0 comments:
Post a Comment