Friday, July 22, 2011

Annissa - Episod Akhir

Berakhir sudah slot samarenda 'Annissa' ... kisah tentang 4 orang sahabat yang menubuhkan syarikat tekstil bersama-sama. Masing-masing ada agenda tersendiri. Shila mengambil duit syarikat untuk kepentingan diri sendiri tanpa memperdulikan impak ke atas syarikat. Sara menyembunyikan diri setelah mendapat tahu akan penyakit yang dihadapinya. Balkis mengkhianati kepercayaan Anna dengan mengahwini suami Anna, Farid. Anna yang tidak mengetahui apa yang terjadi terus-terusan ditipu oleh suami dan kawan baiknya sendiri.

Itu intro cite Annissa ... aku tak buat episod by episod sebab tak follow sangat ... bukan cite tak best .. tapi masa tak mengizinkan ... maklum la .. waktu malam banyak dihabiskan bersama anak-anak .. melengkapkan keperluan sekolah .. tengok-tengokkan anak buat kerja sekolah ... iron baju sekolah anak .. hmm .. macam-macam la aktiviti ... hehe .. alasan ..

Sinopsis oleh : aznanie 

Annissa - Episod Akhir

Anna bagai tak percaya bila mengetahui yang Balkis sanggup membohonginya. Mengkhianati kepercayaannya. Juga Farid, suami yang sangat dicintainya. Sanggup menipunya. Berkahwin dengan kawan baiknya tanpa pengetahuannya. Dirinya rasa begitu dikhianati. Dia mula menanam perasaan benci pada keduanya. Juga pada anak kecil Balkis yang tak berdosa itu. Bila Sara memberitahu yang dirinya telah lama tahu mengenai perkara itu, Anna terus menghalau Balkis keluar dari rumahnya. Dia betul-betul rasa teraniaya dan tertipu oleh kawan-kawan baiknya sendiri.

Anna termenung sendirian di biliknya. Dia mulai melayari kenangan-kenangan silam bersama Balkis, Farid, Shila dan Sara. Zaman persekolahan mereka dahulu. Dahulu, Balkis dan Farid adalah pasangan kekasih. Tetapi Anna jugak ada menaruh perasaan pada Farid. Sampailah mereka semua masuk ke Universiti. Farid mulai melayan Anna walau pada masa yang sama dia bersama Balkis.

Sara membawa Haikal berjumpa dengan Balkis tanpa pengetahuan Anna. Dia tidak sampai hati melihat keadaan Balkis yang berterusan ingin berjumpa dengan anaknya, Haikal. Pada Sara dikhabarkan hasratnya untuk bertemu dengan Anna. Sara berjanji akan membawa Anna berjumpa dengan Balkis secepat mungkin.

Anna memarahi Sara yang membawa Haikal berjumpa Balkis tanpa pengetahuannya. Sara memberitahunya yang Balkis ada hak untuk berjumpa dengan Haikal. Juga dikhabarkan pada Anna yang Balkis ingin berjumpa dengannya. Tetapi Anna menolak untuk berjumpa dengan Balkis. Dia tidak ada kekuatan untuk berdepan dengan Balkis. Sahabat yang sangat disayanginya itu telah menghancurkan hidupnya.

Anna melihat Shila yang ditahan di Hospital mental. Shila sudah tidak keruan fikirannya. bercakap seorang diri. Ketawa dan menangis. Demi terpandang Anna di luar pintu biliknya, Shila terus memanggil Anna dengan panggilan 'Mak'. Anna tidak dapat menahan sebak melihat Shila berkeadaan begitu.

Akhirnya, Anna bertemu juga dengan Balkis setelah puas dinasihatkan oleh Sara. Balkis merayu supaya Anna memaafkan dirinya. Dia memang berniat untuk memberitahu Anna mengenai perkahwinannya dengan Farid tetapi Farid telah memintanya bersabar sehingga Balkis selamat melahirkan. Anna memberitahunya jikalau Balkis meminta izin untuk berkahwin dengan Farid, dia mungkin akan mempertimbangkannya kerana dia sangat sayangkan Balkis lebih dari nyawanya sendiri. Balkis merayu Anna supaya memegang tangannya sebagai tanda Anna sudi memaafkan dirinya. Anna bersetuju dan menggengam tangan Balkis dengan erat. Balkis meminta Anna menjaga Haikal dan menyayangi Haikal seperti anak Anna sendiri. Anna bersetuju kerana dia menggangap Balkis seperti adiknya dan semestinya dia akan menjaga Haikal dengan sempurna. Sebaik sahaja Anna selesai berkata-kata, dia melihat Balkis telah terkulai kaku di pembaringannya. Balkis telah meninggal dunia setelah mendapat keampunan dari Anna.

Anna menjaga Haikal dengan penuh kasih sayang. Dia sudah tidak mempunyai sesiapa dalam dunia ini kecuali Haikal. Sedang Anna mahu memandikan Haikal, tiba-tiba dia berasa loya. Anna cepat-cepat pergi ke bilik air. Dalam bilik air dia terdengar pembantu rumahnya berkata Haikal akan menerima adik tidak lama lagi. Anna berasa terkejut. Tiba-tiba dia berasa loya dan perutnya sakit. Tamat.

Para Pelakon:
Fiza sebagai Anna
Rozita Che Wan sebagai Balkis
Faradhia sebagai Shila
Aida Aris sebagai Sara
Zamarul Hisham sebagai Farid
Eizlan Yusuf sebagai Kamal

*Berakhir sudah slot samarenda 'Annissa' ... tapikan macam lum habis jek ... masa Anna terkejut dengar maid dia cakap Haikal nak dapat adik baru tu ... pastu dia sambung muntah sambil menahan sakit perut .. pastu abis cam tu jek .. agak-agaknya lepas ni ada 'Annissa 2' tak? hmm ... tunggu jek la .. apa pun cite ni memang best ... macam-macam emosi ada ... geram ... marah ... sedih ... happy ... semua ada ... jalan citenya lain dari yang lain ... besttttt ...

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...