Nak buat ketam berlada ni senang jek .. tak susah mana pun ... memula, bersihkan ketam ... pastu lumur ketam dengan garam dan kunyit .. kemudian, goreng le ketam tu .. jangan goreng garing-garing ... goreng sekejap jek ... mak aku kata goreng mambal ...
Selepas ketam siap digoreng, ketepikan ... blend lada kering yang telah direbus bersama bawang merah ngan bawang putih ... kemudian, dalam lesung, tumbuk halia ngan bawang merah dan bawang putih ... tumiskan bahan yang ditumbuk bersama serai yang telah dititik ... setelah garing bahan tumisan, masukkan bahan yang diblend ... biarkan lada garing sambil sekali sekala dikacau ... setelah lada garing, masukkan sos tiram, gula, garam dan ajinomoto secukup rasa ... gaul sebati ... pastu, masukkan perahan air asam jawa sedikit ... kemudian masukkan ketam ... seekor demi seekor sehingga habis ketamnya ... gaul ketam bersama sambalnya sehingga sambal meliputi seluruh badan ketam ... kemudian, pecahkan telur dalam kuali tadi dan gaul rata keseluruh ketam bersambal tadi ... ikut suka la .. kalau nak telurnya banyak ... letaklah banyak telurnya ... telur akan mendatangkan rasa lemak kepada sambal ketam tadi ... dah pun siap ketam berlada .. leh le makan dengan nasi putih panas-panas ... nyum nyum ...
0 comments:
Post a Comment