Monday, July 04, 2011

Udang Goreng Bawang Putih ...

Hari ni cuma masak udang goreng bawang putih jek ... malas nak kuar gi gerai ikan depan ni ... cuaca panas sangat .. hehe .. alasan .. bukak peti ais ada udang ... masak udang jek le .. hehe ..

Bawang putih ni di ketuk jek .. supaya bawangnya buleh dimakan dengan nasi ...

Udang ni buang le kulit dia .. bukan apa senang anak-anak nak makan .. tak yah terkial-kial diaorang nak kopek ... lagi-lagi si aisy ni .. bukan pandai kopek ... aku jugak yang kena kopek nanti .. baik aku kopek siap-siap ... lepas siap kopek kulitnya .. lumur udang dengan garam dan kunyit .. pastu goreng le dalam kuali ... bila udangnya sudah kelihatan garing sedikit .. masukkan bawang putih yang diketuk ... ikut suka la ... nak banyak ke sikit ke ... terpulang .. anak-anak tak makan bawangnya ... aku le yang makan bawangnya ... bila bawang dah nampak cam garing sikit .. angkat dan makan ... hehe ... sedap jugak tau ...

Gambar ikhsan pak cik google ... tadi lupa nak snap pic .. hehe ...

Jom kita tengok khasiat yang boleh kita dapati dari udang ni. Ini hasil yang aku dapat dari carian aku :

UDANG telah dicap sebagai makanan laut yang mengandungi tahap kolesterol yang tinggi. Sejauh manakah kebenarannya?

Pada tahun 1996, satu kajian yang dijalankan oleh American Journal of Clinical Nutrition mendapati, kolesterol yang terkandung dalam udang sebenarnya tidak mengundang ataupun memberikan kesan yang tidak baik kepada penerimaan kolesterol dalam tubuh badan.

Pengarah dari Center for Human Nutrition, Universiti California-Los Angeles, David Heber yang juga penulis buku What Color Is Your Diet? Berpendapat, “Udang telah lama dikategorikan sebagai makanan yang menyumbang kolesterol yang tinggi, dan saya sendiri tidak faham kenapa? Ramai orang, termasuklah sesetengah doktor juga mempercayai mitos tersebut. Menurutnya, kandungan kolesterol yang terkandung dalam darah setelah banyak makan udang sedikit pun tidak menjejaskan kesihatan seseorang.

Udang kaya dengan khasiat Omega 3, vitamin B12 dan juga niacin, selain bahan galian seperti zink, zat besi dan juga tembaga.

Kolesterol yang dimaksudkan ialah kolesterol ‘baik’ (HDL) akan meningkat dalam darah berbanding kolesterol ‘tidak baik’ (LDL) lemak yang terkandung dalam udang adalah baik dan berguna untuk kolesterol. Kolesterol dalam darah yang terbahagi kepada dua, iaitu LDL dan HDL mempunyai fungsi memasing-masing.

LDL ataupun ‘kolesterol tidak baik’ selalunya akan menyumbang kepada proses saluran arteri (pembuluh jantung). Manakala kolesterol HDL pula HDL yang baik dipam ke paru-paru dapat mengurangkan tahap kandungan kolesterol dalam darah. Dalam erti kata lain, kolesterol dalam udang yang bersifat sebagai lemak itu sebenarnya tidak tepu berbanding lemak tepu yang terdapat pada daging dan telur. Ada pendapat mengatakan kolesterol yang terkandung pada udang agak sukar untuk diserap dalam darah, dan kajian ini masih buntu kerana mereka tidak ada alasan kukuh mengenainya.

Sumber dari : noorma54gmailcom.blogspot.com

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...