Tuesday, July 05, 2011

Filem '3 2 1 Cinta '

Mengisahkan tentang seorang perempuan yang berperwatakan kasar seperti lelaki. Sam beberapa kali dibuang kolej kerana sikapnya yang kasar dan suka memukul pelajar serta pensyarah. Kemudian, dia menyambung kembali pelajarannya disebuah kolej. Di situ dia bertemu kembali dengan kawan baiknya, Fariz (Pierre Andre) atau nama glamornya 'Ayam' aka jejaka cool.

Suatu hari, Fariz memberitahunya sekiranya perangainya masih sama kasar seperti dulu, maka peluangnya untuk mencari pasangan hidup amatlah tipis. Sam yang mula terpengaruh dengan fakta itu mula gusar. Dia tidak mahu hidup keseorangan dan kesepian sepanjang hayatnya.

Pada masa itu, Sam terpandang Nazril (Farid Kamil). Sam rasa tercabar bila mengetahui yang Nazril hanya melayan wanita-wanita cantik sahaja. Dia bertekad untuk memikat Nazril. Bermacam-macam cara yang dilakukannya untuk menarik perhatian Nazril. Dan akhirnya, Nazril bersetuju untuk berkawan dengannya dengan syarat dia mahu mengajar adik-adiknya matematik.

Nazril adalah seorang anak yatim piatu. Ibu dan ayahnya meninggal dunia akibat kemalangan kereta. Nazril yang memandu kereta tersebut. Kerana mahu menebus kesalahannya, dia membuat rumah untuk anak-anak yatim dan orang-orang tua yang di dalam kesusahan. Sam mula berlembut hati apabila melihat keperibadian Nazril.

Semenjak itu, hubungan Sam dengan bapa tiri dan adik tirinya semakin pulih. Sam mula dapat menerima mereka dalam hatinya. Hubungan Sam bersama Nazril jugak semakin erat. Tetapi persahabatannya dengan Fariz semakin goyah. Sam menuduh Fariz cemburu kepadanya kerana rapat dengan Nazril sehingga sanggup membuat laporan kepada pengawal keselamatan tentang perbuatannya bersama Nazril.

Sam memukul Fariz kerana bengang dengan perbuatan Fariz itu. Fariz memberitahunya yang dia sanggup menunggu sampai semester 8 kerana mahu menunggu Sam datang ke kolej itu. Dia mahu Sam mempunyai kawan tetapi Sam tidak pernah menghargai apa yang dilakukannya untuk Sam. Fariz kecewa. Dalam diam rupanya Fariz ada menyimpan perasaan kepada Sam. Sam berasa bersalah. Barulah dia sedar siapa yang sebenarnya dia cintai.

Akhirnya, Fariz menghantar tesis yang ditangguhkan sekian lama. Berakhirlah sudah kehidupannya sebagai seorang pelajar. Sam yang mulai mengerti akan kemahuan hatinya meminta pertolongan Nazril untuk memujuk Fariz. Setelah Sam memujuk dengan panjang lebar, akhirnya Fariz bersetuju menerima Sam kerana dia tahu Sam ikhlas untuk bersamanya sebagaimana dirinya. Tamat ...


Para Pelakon :
Diana Amir sebagai Sam / Siti Aisyah
Farid Kamil sebagai Nazril
Pierre Andre sebagai Fariz
Musthapa Kamal sebagai Azmi / Bapa Tiri Sam

Sinopsis oleh : aznanie

* Cite komedi romantik yang ringkas .. senang difahami ... tak meleret-leret ... straight to the point ... ada pengajaran yang terselit dalam cite nih ... bukan cite kosong semata .. kisah percintaan kolej le ni .. zaman remaja .. antara pengajaran dalam cite ni ... tak perlu jadi diri orang lain untuk memikat hati sesiapa, jadi diri sendiri aje .. kalau orang tu betul-betul ikhlas nak kawan dengan kita .. dia pasti dapat menerima diri kita seadanya .. huhu .. cam best jek ayat ... haha ..

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...