Wednesday, May 31, 2006

Lagu Tema Slot Identiti 'Salina 2'


Tajuk : Kita Rasa Cinta
Penyanyi : Quest

Pernahkah kau rasakan,
Rinduku makin dalam,
Semua yang ku pandang,
Siang dan malam,
Kerna dirimu oh sayang,.

Kutahu kau pun jua,
Merasa Geloranya,
Kerana hati kita,
Diuji dan percaya..
Setulusnya..

c/o
Kita sama punya cinta,
Kita sama memujanya,
Kita saling punya rasa,
Kita saling sayang,
Benar saling percaya...

Tak mungkin ku lepaskan,
Genggamanmu oh sayang,
Andai Cinta dihalang,
Sanggup nyawa ku korbankan,
Sesungguhnyaa....

c/o
Kita sama punya cinta,
Kita sama memujanya,
Kita saling punya rasa,
Kita saling sayang,
Benar saling percaya...

(Bridge)
Jangan dibiar ikatan ini terbuka,
Selagi takdir tak membenarkannya,.
oOo..
Hatimu tetap kekal berteduh,..
Dihatiku Selamanya....

c/o
Kita sama punya cinta,
Kita sama memujanya,
Kita saling punya rasa,
Kita saling sayang,
Benar saling percaya...

* Ini lagu tema Slot Identiti 'Salina 2' yang ditayangkan di Tv3. Sambungan dari Salina lakonan Sharifah Haslinda dengan Fahrin Ahmad. Tapi dalam Salina 2 ni pulak watak Salina tu dah dilakonkan oleh Sabrina Ali.
* Pada aku cerita 'Salina' yang pertama lebih best. Watak Salina tu memang kena dengan Sharifah Haslinda. Kenapa diaorang tak kekalkan watak Salina tu untuk Sharifah Haslinda ya???

Sunday, May 28, 2006

Mee Segera Goreng Punya!!!

Walaupun tahu mee segera itu satu makanan yang tidak elok untuk tubuh badan, tapi makanan inilah yang paling digemari keluarga ku. Time malas nak memasak, time tak de selera nak makan nasi atau pun time malas nak gi kedai beli lauk. Lagi-lagi time gaji lum masuk .....

Ada orang kata yang bahaya hanya lah serbuknya tetapi mengikut kajian, meenya pun ada mengandungi sejenis lilin yang hanya akan hilang selama 2 hari dari tubuh kita. Jadi, pakar kesihatan tidak mengalakkan memakan mee segera ini selama 3 hari berturut-turut.

Mengikut kajiannya, lilin ini akan berkumpul dalam tubuh kita dan seterusnya akan men jadi barah.

Tapi, tadi aku baru sahaja bedal sebungkus mee segera yang goreng punya. Nama saja mee goreng tapi tak goreng pun. Gaul-gaul dengan perencah dia dah siap. Senang tul.

Aku bagi gak lah cara nak buatnya. Ikut arahan yang tertera pada kulit bungkusan mee segera itu lah.


Mee Goreng Indo Mie
- Rendam mee dalam air yang sedang mendidih selama 3 minit.
- Keluarkan mee dan tuskan.
- Keluarkan perencah dan sos-sos mee dan letakkan dalam pinggan.
- Gaulkan mee dengan perencah dan siap dihidangkan.



Untuk Terakhir Kali

Cerekarama : Untuk Terakhir Kali
Pelakon : Rashid Salleh sebagai Aidil
Fadillah Mansur sebagai Datin Noriah
Lis Dawati sebagai Shafiqa
Eizlan Yusuf sebagai Adam
Maizurah Hamzah sebagai Marina
Wan Maimunah sebagai Ibu Shafiqa
Zulkifli Zain sebagai Hassan (Ayah Shafiqa)
Riezman Khuzaimi sebagai Razis
Joanna Bessy sebagai Jescecca

Sinopsis oleh : aznanie

Kematian Dato' Taufik mengejutkan seluruh keluarga terutama Datin Noriah, yang tidak dapat menerima kenyataan bahawa suami tercinta sudah tiada lagi di dunia ini.

Lebih menyedihkannya lagi, anaknya Aidil tidak sempat menatap wajah ayah mereka buat kali terakhir. Aidil yang membawa diri setelah hasratnya untuk menikahi gadis pilihannya tidak direstui ayahnya.

Abangnya Adam berusaha mencarinya namun gagal hinggalah ayah mereka menghembuskan nafas terakhirnya.

Dengan tidak di sangka, Aidil muncul pada suatu hari. Kepulangannya mengejutkan mereka semua. Adam berasa gembira dengan kepulangan Aidil dan merancang untuk bersama-sama menjaga syarikat mereka.

Aidil mengajak ibunya pulang ke kampung dengan alasan untuk menemui saudara-mara mereka. Dan tanpa disedari, rupa-rupanya Shafiqa ada menaruh hati padanya sedangkan dia menganggap Shafiqa hanyalah sebagai adiknya sahaja. Dia terkilan bila mengetahui yang Shafiqa merana dengan keputusannya untuk berkahwin dengan orang lain.

Aidil juga terkejut apabila mendapat tahu yang Shafiqa telah menutup pintu hatinya untuk orang lain termasuk Razis yang juga merupakan sahabat mereka semasa kecil.

Untuk menebus kesalahannya yang lalu, Aidil telah melamar Shafiqa walaupun dia tidak mencintainya. Dan Shafiqa telah bersetuju untuk menerima Aidil yang merupakan sepupunya dan rakan sepermainannya semasa kecil.

Tetapi manusia hanya merancang namun Tuhan juga yang menentukan segala-galanya. Aidil disahkan menghidap penyakit barah otak yang kritikal ketika persiapaan untuk melangsungkan perkahwinannya dengan Shafiqa dilakukan.

Isterinya, Jescecca mendapat tahu penyakit suaminya itu dan bergegas datang ke Malaysia untuk menemui suaminya.

Bila dia sampai Aidil telah dimasukkan ke hospital kerana pengsan di rumah pak Langnya. Di hospital, doktor telah memberitahu Datin Noriah tentang penyakit Aidil. Datin Noriah berasa sungguh sedih kerana tahu yang anaknya itu akan pergi meninggalkannya lagi.

Setelah meminta maaf kepada ibunya, kepada isterinya, kepada Shafiqa juga kepada abangnya, Adam, Aidil telah pergi menyahut panggilan ilahi.

Setelah dua tahun kematian Aidil, akhirnya Shafiqa bersetuju menerima cinta Razis yang sememangnya setia menanti cintanya. Dan ternyata mereka sememangnya ditakdirkan bersama.

Jescecca pula telah melaksanakan amanat terakhir Aidil iaitu selalu mengunjungi Datin Noriah di Malaysia.

Saturday, May 27, 2006

Bubur Sum Sum

Minggu lepas ada kenduri kahwin di sebelah rumah emak aku. Jadi, memang sudah menjadi kebiasaan bagi masyarakat kampung, selepas selesai kenduri, pihak tuan rumah mesti buat Bubur Sum Sum. Mereka percaya dengan memakan Bubur Sum Sum ini segala keletihan atau kesakitan semasa kerja-kerja kenduri dilakukan akan hilang.


Bubur Sumsum
Bahan:
100 g tepung beras
½ sudu garam
650 ml santan
2 lembar daun pandan, potong-potong

Sos:
200 g gula merah
50 g gula pasir
250 ml air1 lembar daun pandan, potong-potong




Cara membuat:
Campur tepung beras, dengan sebahagian santan dan garam.
Aduk rata.
Masak sisa santan dan pandan hingga mendidih.
Tuangkan larutan tepung beras, kacau hingga pekat.
Angkat.

Sos:
Masak semua bahan hingga mendidih dan gula larut.
Angkat dan tapis.
Sajikan bubur dengan Sosnya.

CENDOL!!!

Hari panas-panas kalau pekena cendol, fuhh mesti best. Pastu makan dengan goreng pisang panas ke, tempe goreng ke, keropok lekor ke, barulah ngam. Lagi pulak makan kat bawah pokok sambil melihat orang lalu lalang. Hmm ... tapi kalau buat sendiri pun orait gak. Makan adik-beradik kat umah. Boleh tambah-tambah.

Ni cara nak buat Cendol yang aku dah cuba. Boleh tahan rasa dia. Macam yang jual kat pasar ramadhan tu.

Cendol
Bahan:
3 cawan jus pandan + daun pucuk manis/cekur manis
1 cawan tepung beras
1 sudu kecil air kapur
secubit garam

Cara:
- Gaulkan semua bahan dan tapiskan.
- Masakkan dalam kuali sehingga naik wap dan kental. (Sentiasa kacau supaya tidak hangus)
- Sediakan mangkuk berisi air sejuk atas meja.
- Tekan atas acuan berlubang.

- Sediakan air gula dan santan untuk makan cendul.
- Juga ketulan ais.
- kalau suka boleh letakkan pulut dan kacang merah.


Friday, May 26, 2006

Renung-Renungkan ....

Aku terbaca artikel yang bertajuk 'Lelaki' dalam majalah Mastika keluaran februari 2006. Tentang seorang gadis yang sukar memahami perangai kaum lelaki. Sesuai untuk kita renungkan sejenak.

Apabila dilayan dengan baik, lelaki kata si gadis jatuh cinta padanya. Syok sendiri. Tapi kalau dilayan ala kadar, lelaki tuduh si gadis sombong, bongkak, hidung tinggi.

Apabila gadis bergaya anggun, lelaki menuduhnya cuba mengoda. Tapi jika berpakaian ala kadar, diejek kampungan pula.

Kalau berselisih faham, mereka tuduh si gadis degil. Tapi kalau si gadis berdiam diri, lelaki kata dia b***h.

Kalau si gadis lebih cerdik daripada lelaki pun susah, mereka malu. Tapi kalau mereka lebih cerdik pulak dengan bongkaknya, meninggi diri.

Apabila si gadis tidak mencintai si lelaki, mereka cuba memujuk rayu. Tapi bila si gadis betul-betul jatuh cinta, si lelaki pula meninggalkannya.

Kalau tidak turutkan kehendak nafsunya, si gadis dituduh tidak cinta sesungguh hati. Tapi bila diserahkan tubuh badan, lelaki kata si gadis perempuan murahan.

Apabila si gadis mengadu masalahnya, si lelaki merengus kerana si gadis membebankan fikirannya. Tapi bila tidak diceritakan masalah diri, lelaki tuduh si gadis tidak percayakan dirinya.

Andai si gadis naik angin, dengan sesedap mulut si lelaki kata dia suka membebel macam mak nenek. Tapi bila si gadis protes sebab selalu dimarahi, lelaki jawab, "Itu tandanya saya prihatin terhadap awak."

Andai si gadis mengecilkan hati si lelaki, mereka menuduhnya kasar. Tapi bila si lelaki berkasar dan si gadis menangis kerana terluka hatinya, si lelaki kata dia terlalu sensitif hingga mereka bosan.

Kalau diceritakan keluhannya ini kepada lelaki, pasti mereka tidak mengaku. Tapi kalau dipendamkan saja, lelaki akan menuduhnya pentingkan diri sendiri pula.

(*Sumber dari Mastika keluaran Februari 2006)

Wednesday, May 24, 2006

'Pemburu Emas Yamashita'

Tadi siang aku pergi menonton wayang cerita Senario yang terbaru tu. Aduiii ... memang kelakar giler. Sakit perut aku ketawa. Memang ada aje adegan yang mencuit hati.

Sinopsis oleh : aznanie

Watak Mazlan kali ini agak serius. Nak jadi ala-ala pakar motivasi jitu. Sampai menangis masyarakat orang kerdil dimotivasi Mazlan. Yang kelakar tu, bila dia dapat tahu yang bini dia curang dengan pakar motivasi yang menjadi idola dia. Dia belasah pakar motivasi tu dengan bini dia sekali. Terus kena hantar tempat sakit jiwa.

Watak Azlee pulak, brutal tapi penyayang kepada binatang dan budak kecik. Tak boleh tahan tengok kalau ada orang yang menganiaya binatang. Dia pulak yang serang orang tu sampai kena masuk tempat orang sakit jiwa. Kat sini lah dia jumpa dengan Mazlan, Wahid dengan Que.

Wahid pulak, jadi mat skin head. Kena tangkap masa polis buat serbuan. Si Wahid ni suka meludah muka orang. Trend skin head la kononnya. Tapi pemikiran kurang sikit la.

Que Haidar lain pulak, dia ni seorang mahasiswa dan mempunyai kerja yang baik iaitu sebagai juruukur tanah. Dia dianggap gila apabila dia menceritakan kepada YB Nasir (Hamdan) yang dia telah menjumpai seorang askar Jepun dan askar itu telah memberinya skrol.

Kali ini Beego diberikan watak jahat pulak. Dia yang memegang watak sebagai Murad iaitu Pengurus di Taman Harapan Kaciwa yang menempatkan Mazlan, Wahid, Azlee dan Que. Skrol yang didakwa Que adalah pemberian daripada tentera Jepun itu dipegang oleh Beego. Dan Beego telah mengkaji dan mendapati bahawa skrol itu sebenarnya petunjuk ke lokasi harga karun Yamashita iaitu Jeneral tentera Jepun semasa perang dunia kedua di Malaya dahulu.

Apabila Mazlan, Azlee dan Wahid mengetahui tentang skrol itu mereka pun membuat rancangan untuk mencari harta tersebut. Dan mereka telah mencuri skrol itu dari Beego.

Di situ lah bermula nya kisah pencarian harta karun Yamashita. Berbagai rintangan yang mereka terpaksa tempuhi. Tetapi nasib sentiasa menyebelahi mereka. Mereka mendapat sokongan dari Ketua Puak Orang Kerdil yang terdapat di dalam hutan tersebut.

Sementara itu, Beego telah memaksa Que mengikutnya menjejaki mereka bertiga ke dalam hutan. Tetapi malangnya, Nora Danish telah mendapat tahu yang Beego membawa keluar Que. Beego memberitahunya yang dia sebenarnya mahu menangkap semula Mazlan, Azlee dan Wahid yang telah melarikan diri itu.

Beego telah mendapat bantuan daripada Hamdan iaitu seorang YB di kawasan tersebut. Dengan membawa pengikutnya, mereka telah berjaya menjejaki Mazlan, Azlee dan Wahid. Hamdan telah menyuruh Illya (Tuk Ketua Tagaya) memberitahu di mana lokasi harta karun itu tersembunyi tetapi Illya tidak tahu apa-apa mengenainya. Jadi mereka telah bertindak mengikat dan mengurung Illya di rumahnya.

Mazlan (Seman), Azlee (Boy) dan Wahid (Put) telah menyelamatkan Illya dan membawanya lari ke dalam hutan. Di dalam hutan itu mereka telah terjumpa dengan Que (Jali) dan Nora Danish (Dr. Lissa) yang datang mencari Beego.

Semasa di hutan itu, barulah Nora Danish dapat melihat sikap sebenar Beego. Baginya Beego sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapat kemewahan. Dan dia merasa kecewa dengan sikap Beego itu.

Dalam usaha menyelamatkan diri itu, mereka telah terjumpa tempat di mana Que telah terjumpa askar Jepun dahulu. Di situlah mereka telah mendapat klu di mana tersimpannya harta karun tersebut.

Setelah mereka berjaya menemui harta karun itu, Hamdan telah datang dan mengaku harta tersebut adalah kepunyaannya. Terjadilah pergaduhan antara mereka. Dan akhirnya, harta karun tersebut tidak dapat dimiliki oleh mereka semua kerana harta karun tersebut adalah milik kerajaan Malaysia. Walaupun kecewa, namun mereka tidak kisah setelah diberitahu mereka akan mendapat saguhati dari pihak kerajaan.

Komen aku:

Jalan ceritanya memang menarik. Setiap pelakon dapat menjiwai watak masing-masing dengan baik. Mazlan memang best, masa dia beri motivasi kat orang Kerdil tu. Dengan mimik muka dan suara yang berintonasi, memang menjadilah lakonan dia tu.
Begitu jugak dengan Wahid yang wataknya gila-gila sikit. Dengan muka selamba, bodoh-bodoh alang sikit. Memang kena lah dengan watak mat skin head tu.
Apapun cerita ni memang best. Kelakar giler. Tapi ada pengajaraan dalam cerita ni. Ada menonjolkan sikap-sikap negative dan positif dalam kehidupan masyarakat kita hari ini.
Gelak-gelak jugak, moral pun kenalah ada gak.

Tuesday, May 23, 2006

'Triumph In The Skies' Finale Episode


Belle:
Akhirnya Belle terima hakikat yang suaminya sudah tiada lagi. Dan dia berjanji untuk hidup dengan gembira demi suaminya itu. Dia kemudiannya kembali ke Australia untuk menemani ibubapaVincent disana.


Sam dan Belle:
Belle menyedari yang perasaannya pada Sam sudah lama tiada. Dan Sam juga berperasaan begitu. Jadi mereka memutuskan untuk menjadi kawan baik yang boleh berkongsi suka dan duka bersama.
Sam:
Menyedari hatinya sudah jatuh cinta pada Zoe. Berusaha sedaya-upaya untuk berdiri di samping gadis itu meskipun tahu gadis itu mempunyai penyakit. Memberi sokongan dan dorongan tanpa jemu. Dan akhirnya segala dugaan dapat diharungi bersama.


Zoe:
Zoe selamat di bedah setelah menerima jantung dari Ding Dong yang mendapat kemalangan. Setelah dia pulih sepenuhnya, Sam telah melamarnya dan mereka pun berkahwin.


Ruby dan Paul:
Ruby telah mengambil keputusan untuk tidak lagi merahsiakan hubungan mereka. Dia berjanji akan lebih menghargai dan menyayangi Paul.

Zita, Donald dan Issac:
Zita tidak tahu mahu memilih siapa di antara mereka berdua sebagai teman lelakinya. Jadi dia memutuskan untuk berkawan sahaja dengan mereka. Dan permintaannya itu dipersetujui oleh Donald dan Issac.

Donald, Issac, Roy, Chris dan Zita:
Walaupun Donald sudah tidak berkerja sebagai Pilot, namun mereka masih berhubungan dan masih lagi menjadi rakan karib.



Sam, Belle dan Zoe:
Meskipun telah mengahwini Zoe namun hubungannya dengan Belle masih baik. Belle percaya bahawa antara dia dengan Sam hanya ditakdirkan sebagai kawan sahaja. Dan Zoe pula merestui perhubungan Sam dengan Belle.

sinopsis oleh : aznanie

Sunday, May 21, 2006

Lirik lagu 'Triumph In The Skies'

Lagi dua hari drama bersiri 'Triumph In The Skies' yang ditayangkan di TV3 akan habis episod. Aku minat giler cite ni. Tak pernah tinggal satu episod pun. Aku dapat cari lirik lagu 'Triumph In The Skies' yang dinyanyikan oleh Flora Chan. Lagu ni keluar masa habis satu episod. Kira masa nama naiklah tu.


Triumph In The Skies
Flora Chan

Ging gei cheung, yue tung wang daai bo ging
Hoh sik ngoi mei jun chingm mo nung wai lik go hing,
Daai gaau tong, jong sing do gau ho ting,
Hoh ai ying yiin yiu, wooi tau mik gang ho fung ging,
Ya ming liu sui yun lau hon jui doh,
Oi ngoi chong mei ting gwoh, hoh sik chut liu cha choh,
Beet joi hok, ngoi yiu ling suen yut goh,
Chong loi mei gum dong ngoi, ngoi keuk wai liu ta chin dung gang doh

Jik si sai gaai seung sing yue hang fuk,
Do yiu fong dai ngoi,
Seung yau yut gui suet wa,
Hoh ting duk jun nei dik yi doh

# Ngoi but oi, yiu sung kup ngoi do yut yeung but oi,
Yeuk jui duk ngoi sum dik mei do loi, (yeung ngoi duk do ji dong joi fat ngoh)
Yue hoh fung seung gum ching, wai hoh long fai yeet ching,
Yue hoh nung yeung ngoi bai jeuk ngaan jing

Yi ngoi, daap gwoh get goh fa yuen mei seung oi,
Yuen fun yik do but yut ding wooi loi,
Chung loi moot yau bo jing,
Yin kei doi wooi jun ching,
Jau si ngoi jui dung yun dik oi #

Ya ming liu sui yun lau hon jui doh,
Oi ngoi chong mei ting gwoh, hoh sik chut liu cha choh,
Beet joi hok, ngoi yiu ling suen yut goh,
Chong loi mei gum dong ngoi, ngoi keuk wai liu ta chin dung gang doh

Jk si sai gaai seung sing yue luk jau,
Do faai yiu ging gwoh,
Jau giu gon hon gong lam,
Ying jun dik ngoi wooi goi bin moh

Repeat # 2X
Jau si ngoi jui dung yun dik oi


Friday, May 19, 2006

Secawan Nescafe Panas

Untuk membuat secawan nescafe yang sedap rasanya, ada caranya. Bukan boleh main bancuh sesaja aje. Sukatan nescafenya kenalah mengikut had besar cawan yang digunakan untuk bancuhan itu. Begitu juga dengan susu dan airnya.

Di sini aku tunjukkan cara-cara membancuh 'Secawan Nescafe Panas':


Secawan Nescafe Panas
- Memula, masukkan setengah sudu besar 'Nescafe' ke dalam mug.
- Tuangkan air panas ke dalamnya dan kacau sebati.
- Kemudian, pindahkan bancuhan nescafe yang didalam mug itu kedalam bekas yang besar.
- Masukkan 3 sudu teh susu krimer manis dan bancuh sebati.
- Kemudian, tuangkan kembali ke dalam mug.
- Sedia untuk di minum.

Wednesday, May 17, 2006

Sinopsis Novel 'Rela Ku Menanti'

Novel terbaru terbitan alaf21 karya Damya Hana yang bertajuk 'Rela Ku Menanti' dah ada dipasaran sekarang. Bilalah nak gi beli ni?

Nanti bila dah beli dan dah baca aku buat sinopsis dia kat sini. Yang ni aku dapat kat laman web 'alaf21'.

Novel beliau ini pasti menggamit perasaan anda dan sudah pasti anda tidak sabar membacanya sehingga tamat. Bahagiakah Nurin Aina jika hidupnya bagai lilin membakar diri? Dia terpaksa mendepani Liyana dan Mylia yang pendendam.

Monday, May 15, 2006

Kisah anakku dan aku - Part V

Sambungan dari Part IV

Setelah seminggu di wad KK4, anakku dipindahkan kembali ke wad KK3 untuk meneruskan rawatan kemoterapi yang tertangguh.

Tetapi malangnya rawatan itu tidak dapat dilakukan kerana kesihatan anakku tidak meizinkan. Demam anakku tidak mahu kebah-kebah. Sudah bermacam-macam antibiotik yang dicuba namun belum lagi mendatangkan kesan.

Dalam pada itu, anakku sering muntah-muntah apabila makan dan minum. Ada ketulan-ketulan darah beku yang berwarna merah kehitaman. Doktor mengarahkan anakku berpuasa.

Kesian aku melihat keadaan anakku. Badannya mula susut cuma perutnya sahaja yang membuncit. Apabila doktor melihat keadaan anakku sudah makin kurus, doktor menyarankan anakku mengambil 'TPN' iaitu sejenis makanan yang di masukkan terus ke dalam badan melalui 'CVL'. Tetapi badan anakku tidak dapat menerima. Kesihatannya makin teruk. Dan doktor menghentikan pemberian 'TPN' tersebut.

Mereka memberikan susu pula kepada anakku. Memasukkan susu melalui tiub yang dimasukkan melalui hidung. Dengan mengunakan mesin susu. Sedikit demi sedikit susu tersebut dimasukkan.

Tetapi masalah lain pulak yang berlaku. Sebanyak mana susu dimasukkan, sebanyak itu jugalah ia keluar melalui stoma.

Dekat sebulan lebih anakku melalui keadaan itu. Tidak boleh makan dan minum. Bertapa seksanya keadaannya itu. Bila dia merengek-rengek kehausan. Aku hanya memberikannya sedikit air masak sahaja. Itupun secara sembunyi.

Di tambah lagi dengan luka belahan di perutnya yang masih belum ada tanda-tanda untuk sembuh. Mungkin kerana tidak selesa dengan keadaan dirinya menyebabkan anakku kurang mahu tidur. Dia mudah terjaga apabila ada nurse yang mendekati.

Bila demam anakku mula surut, doktor menyambung pemberian kemo yang ketiga pada 28.08.2004. Setelah ketiga-tiga ubat itu dimasukkan ke dalam badan, anakku telah mengalami sesak nafas sehingga memerlukan bantuan oksigen. Aku mula dilanda kebimbangan. Aku takut kalau-kalau terjadi kejadian yang tidak diingini ke atas anakku. Semasa itu aku hanya keseorangan di situ. Suamiku sudah pulang ke JB kerana perlu berkerja. Cuma 3 minggu sekali saja suamiku dapat melihat anak kami.

Bersambung ....

Kisah anakku dan aku - Part IV

Sambungan dari Part III

Setelah keluar dari dewan bedah, anakku ditempatkan di wad pembedahan yang dikenali dengan nama wad 'KK4'.

Apabila dia tersedar, dia terus merengek-rengek. Badannya panas. Dia demam lagi. Doktor memberi dia antibiotik 'anti fungus' untuk membunuh kulat yang terdapat dalam darahnya yang mengakibatkan anakku demam.

Akibat dari antibiotik dan kemo yang diberikan, rambut anakku mula gugur. Dan doktor menyarankan agar rambut anakku di cukur.

Setelah dua hari pembedahan ke atas anakku dilakukan, 'morphine' yang digunakan untuk menahan sakit anakku telah di hentikan. Masa itu lah anakku mula kegelisahan. Asyik merengek dan mengadu sakit.

Kerana rasa kurang selesa itulah yang menyebabkan anakku mengaru kesan belahan di perutnya dan menyebabkan parut luka itu bernanah.

Dan disebabkan perutnya mula membesar kembali maka belahan itu terbuka. Ngeri aku melihat keadaan itu. Doktor mengarahkan jururawat mencuci belahan yang terbuka itu 3 kali sehari supaya luka itu tidak dijangkiti kuman atau fungus.

Kesian aku melihat anakku setiap kali lukanya dicuci. Mukanya berkerut menahan kesakitan. Tapi anakku tidak menangis. Dia hanya menahan saja kesakitannya.

Aku diajar cara-cara menjaga 'Stoma' yang terdapat di sebelah kiri perut anakku. Bagaimana mahu menukar kantung stoma, mencuci stoma dan juga menyukat cairan yang keluar dari stoma itu. Kali pertama melakukannya, aku menangis. Bukan kerana susah melakukannya tapi aku tidak menyangka yang anakku akan menerima nasib yang sedemikian rupa. Selama ini aku hanya melihat penderitan orang lain. Tapi bila sendiri melaluinya, barulah ku tahu keperitannya.

Bersambung .....

My Memory - Ryu

Lagu ni dari cerita 'Winter Sonata' tajuknya 'My Memory'. Lagu ni dinyanyikan oleh Ryu. Aku suka lagu ni. Best giler. Citer dia lagi best. Kalau tengok mesti nangis. Aku tengok 3 kali, 3 kali gak aku nangis. Memang menyentuh kalbu.


My Memory

Sunday, May 14, 2006

Lirik lagu 'Yeh Ladka Hai Allah'

Kabhi Khushi Kabhi Gham
Yeh Ladka Hai Allah
--CHORUS--
Banno ki mehndi kya kehna
Banno ka joda kya kehna
Banno lage hai phoolon ka gehna
Banno ki aankhen kajraari
Banno lage sab se pyaari
Banno pe jaaoon main waari waari
--MALE--
Ho ho, oh oh, ho oh oh oh oh, oh oh oh
(Banno ki saheli resham ki dori
Chhup chhupke sharmaaye dekhe chori chori) - 2
Yeh maane ya na maane main to ispe mar gaya
Yeh ladki haai allah, haai haai re allah - 2
--FEMALE--
(Babul ki galiyaan na chhadke jaana
Paagal deewana isko samjhaana) - 2
Dekho ji dekho yeh to mere peechhe pad gaya
Yeh ladka haai allah, haai haai re allah - 2
--MALE--
Lab kahe na kahe, bolti hai nazar
Pyaar nahin chhupta yaar chhupaane se
--CHORUS--
Pyaar nahin chhupta yaar chhupaane se
--FEMALE--
Haan, roop ghoonghat mein ho to suhaana lage
Baat nahin banti yaar bataane se
--MALE--
Yeh dil ki baatein dil hi jaane ya jaane khuda
Yeh ladki haai allah, haai haai re allah
--FEMALE--
Yeh ladka haai allah, haai haai re allahSajna
Maangne se kabhi haath milta nahin
Jodiyaan bante hai pehle se sab ki
--CHORUS--
Jodiyaan bante hai pehle se sab ki
--MALE--
Ho, leke baaraat ghar tere aaoonga main
Meri nahin yeh to marzi hai rab ki
--FEMALE--
Arre jaa re jaa yeh jhoothi moothi baatein na bana
Yeh ladka haai allah, haai haai re allah - 2
--MALE--
Banno ki saheli resham ki dori
.Chhup chhupke sharmaaye dekhe chori chori
--FEMALE--
Babul ki galiyaan na chhadke jaana
Paagal deewana isko samjhaana
--MALE--
Yeh maane ya na maane main to ispe mar gaya
Yeh ladki
Yeh ladki haai allah, haai haai re allah
--FEMALE--
Yeh ladka haai allah, haai haai re allah
--MALE--
Eh, yeh ladki haai allah, haai haai re allah
--FEMALE--
Yeh ladka haai allah, haai haai re allah

*Lagu ni keluar masa majlis perkahwinan anak orang gaji Rahul (lakonan Shah Rukh Khan). Yang bapak dia tak nak datang. Kononnya tak setaraf dengan keluarga dia.

Sambal Tumis Udang Petai

Hari ini adik aku yang belajar di UiTM Macang, Kelantan pulang bercuti. Seminggu sebelum dia mahu balik, dia ada memesan kepada aku supaya memberitahu emak yang dia nak makan sambal tumis udang petai. Disebabkan aku banyak urusan yang nak dilakukan, maka aku terlupa nak cakap kat emak pesanan dia tu. He ... he ... he ...

Dia punya lah marah kat aku. Dia paksa aku pulak yang buatkan sambal tumis udang petai tu. Alamak ... aku tak makan petai laa. Jadi, disebabkan aku tak makan petai makanya secara automatik aku tak pandailah nak masak. Hah! Alasan lagi tu.

Tapi tak pe. Walaupun tak tahu masak tapi aku dah cari resepinya. Aku dapat kat 'ala-alakampung.tripod.com'. Tak dapat nak masak bagi resepi pun kira orait gak, kan?

Sambal Tumis Udang Petai

Bahan-bahannya:1/2 kg udang basah - dibuang kulit
2 papan petai - dibuang kulit dan dibelah 2
Gula secukup rasa
Garam secukup rasa
Air asam jawa
1 batang serai - dititik
Serbuk perasa secukup rasa


Bahan dikisar halus:
10 biji cili kering - dibuang biji
2 sudu belacan
6 biji bawang merah
3 biji bawang putih
4 biji buah keras

Cara Membuatnya:Panaskan minyak.
Tumis bahan yang dikisar halus tadi hingga naik baunya.
Setelah itu, masukkan udang, petai, serai, gula, garam, sebuk perasa dan air asam jawa.
(Kalau suka, boleh letak santan sedikit.)
Biarkan sehingga mendidih.
Angkat dan bolehlah dihidangkan bersama nasi putih.

https://l.facebook.com/l.php?u=https%3A%2F%2Fyoutu.be%2FYFuLh_FmMdE%3Ffbclid%3DIwAR3htD14zLzAtMdzcqnvqpF_SzoMhBSMthBsG2gQTGnX5ir3N8VlOPUn5MI&h=AT2YXlrCoXNBeNgwp0q6ERDODlyG4G_T41gEEcoof8Bj00PxyGDPx1vgTcxGpGaqmnDT0veB0i1vMnfHy71SOW8QUnlKI722CyFOTYrFAtXEcls3buYDfA392q90PS6FXIv0bT__gPUPvsQ1ZVaHp127D4V_2RZYsuAiI8p2ak1XZxiwjJ-2OIGa-bFrlvMPc5PKDVbVLXMXK-0X_AuRWFQmgHR6VvEPKGvCxyM_xJ6BqGv6Rh7NwFWalaKdvI-K8xHmokyj2GT84cm7AhMBMd2OD0AOqfghIFnpWnZOCXxKU4rRv8ZMt_i138ON5JKWOv3IVs7tn3dQQ_KMYeaUisi3eoh83BJyBy-ZxBLo_FwQfHjuyaJyugZaWMdqX1eZn_s9pgHA8JRizwL_4G0FF-r1wTsS6EWsXlD-lGyUL-AMqxpZqoJOOoT2oH5YenhsOHQFsciDt7P8dImgApNDRXnNp0g7wkmH4bp7N4v27fX8gol3A0L8JyMve_fqhbczCgULdoDJdan_9bWCSdpFZ6eRsjodb5H4oXAGyxIsGL-ouSxWhwFY4n2__pefpPiNInd6frbEUHC4CAfIcSwiYVvj-eqT25fKzsOSJ87yBwPnzTiso8NPpRmjHwu3FhRsE4Y 

Buat Ibu Kesayangan Ku



Sempena hari ibu yang jatuh pada tanggal 14 Mei ini, aku ingin mengucapkan selamat hari ibu kepada semua ibu-ibu yang berada di seluruh Malaysia terutama kepada ibuku yang amat aku sayangi.
Emak yang amat penyabar. Yang tabah melayan kerenah kami 8 beradik dari kecil hingga lah sekarang. Tidak pernah merungut atau memukul kami. Sentiasa memberi semangat apabila kami berputus asa. Sentiasa mendoakan kejayaan kami apabila kami mahu mengambil peperiksaan. Yang sentiasa menemani kami semasa kami mengulangkaji pelajaran apabila musim peperiksaan menjelma. Yang sentiasa memasakkan kami makanan apabila kami kelaparan. Sentiasa ada bila kami memerlukan.
Terima kasih emak kerana melakukan semua ini untuk kami. Terima kasih kerana menjadi emak yang penyayang untuk kami.
Semoga suatu hari nanti kami akan dapat membalas budi dan jasa emak kepada kami. Dan semoga emak memperolehi keberkatan di dunia dan di akhirat. Amin ....


I LOVE YOU MUM

Happy Birthday Hubby!!!

Selamat hari ulang tahun aku ucapkan kepada hubby aku yang tersayang. Semoga dengan pertambahan usia satu tahun ini akan menjadikan diri mu bertambah matang dalam mengendalikan kehidupan mu dan keluarga kita ini.
Aku sebagai isteri mu sentiasa mendoakan agar dirimu dipanjangkan usia dan dimurahkan rezeki. Semoga menjadi suami dan ayah yang penyayang dan bertanggungjawab terhadap aku dan anakmu.
Semoga dirimu dilimpahi rahmat dan semoga diberkati segala urusanmu di dunia dan akhirat oleh yang maha ESA. Amin ....

Kesudahan 'Kamasutra'


Ish ... aku tak puas hati betullah dengan kesudahan cerita Kamasutra kat TV3 tadi. Aku harapkan si Kama tu kahwin dengan Nora. Tapi Kama pilih Samantha atau nama islamnya Sutra, pulak. Memanglah si Sutra itu heroin. Kama pilih Sutra atas dasar apa, ya? Sebab nak membimbing Sutra mendalami Islam atau sememangnya Kama cintakan Sutra. Aku pun tak pasti.

Tapi kesian anak dia, si Mira. Tak kesampaian hajat dia nak satukan Kama dengan Aliya. Sebab Kama dah cakap kat Aliya yang dia memang tak boleh nak terima Aliya semula.

Lagi satu, pasal Masitah tu. Masa Masitah tu dah nyawa-nyawa ikan pun suami dia si Amir tu tak nak pergi dekat. Tengok je. Cakaplah sesuatu. Dah maafkan dosa dia ke, apa ke. Ni tegak je macam tunggul. Aku pulak yang kesian dengan dia.

Yang Dato' Mustaffa tu, kenapa dia lari bila dua-dua isteri dia bergaduh. Sekurang-kurangnya tunjukkanlah sikit kuasa suami tu. Takkan nak biar aje.

Apa pun cerita ni, memang penuh dengan pengajaran. Sedikit sebanyak ia memperlihatkan kita semua tentang kepincangan dalam masyarakat kita hari ini.

Friday, May 12, 2006

Kisah anakku dan aku - Part III

Sambungan dari Part II

Sepanjang perjalanan menuju ke HKL, aku menangis lagi. Anakku yang pada mulanya sudah kelihatan riang kerana menyangkakan yang dia sudah dibenarkan pulang ke rumah, kembali sugul. Dia merajuk dengan ku. Sepanjang 3 jam perjalanan, dia hanya memejamkan matanya sahaja.

Suamiku mengikut dari belakang dengan kereta. Kerana tidak pernah pergi ke HKL, maka kami tidak tahu dimana terletaknya Institut Pediatrik.

Sesampainya di Institut Pediatrik, kami terus dibawa ke wad KK3 yang menempatkan pesakit kanser. Dan sememangnya kedatangan kami dinantikan.

Setelah anakku ditempatkan di bilik 7 iaitu bilik khas untuk pesakit baru dan kritikal, sekumpulan doktor dan seorang pakar telah datang menemui anakku dan memberitahu aku serta suami ku apa perancangan yang akan mereka lakukan untuk merawat anak ku.

Mengikut perancangan pakar kanak-kanak tersebut, anakku akan diberikan kemoterapi sebanyak 9 dos. 1 dos mempunyai 3 jenis kemo. Dan mengambil masa 1 bulan untuk memulakan dos yang seterusnya. Itupun kalau anak ku tidak demam dan darah stabil dan okay. Doktor pakar juga menyarankan agar anakku dibuatkan 'Central Venous Line' atau nama ringkasnya 'CVL' kerana mereka memerlukan satu line dimana memudahkan darah di ambil dan line tersebut tahan untuk tempoh yang lama. 'CVL' adalah satu tiub kecil yang disambungkan ke salur darah utama berhubung terus kepada jantung.

Pada 26.06.2004, anakku diberikan kemo dos 1. Selepas habis kemo tersebut, anakku terus mengalami demam. Jadi doktor tidak dapat membuat CVL seperti yang dirancangkan. Anakku diberikan antibiotik. Namun demam tidak kebah-kebah juga.

Dalam pada itu, anakku sudah mengalami kesukaran untuk membuang air besar kerana ketumbuhan itu telah menekan usus besarnya. Mengakibatkan perutnya mula membesar. Anakku sudah mula muntah-muntah. Memuntahkan sejenis cairan hijau iaitu menurut doktor itu adalah air dari hempedunya.

Melihatkan keadaan itu, pakar membuat keputusan untuk mengeluarkan sedikit usus besar yang dikenali sebagai 'Stoma' bagi membolehkan najis anakku keluar. Jadi, kes anakku dirujuk pula oleh sekumpulan pakar bedah kanak-kanak yang diketuai oleh Dato' Zakaria.

Sebelum anakku dibedah, doktor telah memberikan kemo dos 2 kepada anakku iaitu pada tanggal 04.07.2004.

Pada tanggal 08.07.2004 anakku selamat di bedah. Walaupun pada masa itu anakku sedang demam tapi doktor terpaksa melakukan juga pembedahan tersebut.

Aku dan suamiku menunggu di luar dewan bedah dengan debaran di dada. Ini merupakan kali kedua kami menunggu. Masih sama keadaannya. Masih bersarang kebimbangan dan keresahan di fikiran.

Setelah keluar dari dewan bedah, anakku masih tidak sedarkan diri lagi kesan dari ubat tidur yang diberi sebelum pembedahan. Doktor menerangkan bahawa stoma yang terdapat pada anakku akan hanya dimasukkan kembali apabila sudah ada laluan untuk najis keluar seperti sedia kala. Mereka juga telah membuat 'CVL' pada anakku.

Bersambung .....

Kisah anakku dan aku - Part II


Sambungan dari Part I

Kami sampai di HSA Johor Bahru pada pukul 12.00 tengah malam. Setelah mendaftar, anakku dibawa ke Bangunan Bunga Raya yang menempatkan pesakit kanak-kanak. Anakku dimasukkan ke wad Bunga Raya 2 atau dikenali dengan nama BR2 yang terletak di aras 1 bangunan itu.

Oleh kerana sudah malam, sementelah itu esok hari minggu, tiada doktor pakar yang bertugas, jadi yang ada hanya lah doktor on-call sahaja.

Jadi, doktor itulah yang datang melihat anakku. Dan malam itu juga, anakku menjalani 'Ultrasounds' iaitu satu kaedah untuk melihat organ dalaman tubuh. Darah anakku juga diambil untuk pemeriksaan.

Selepas doktor selesai membuat Ultrasounds tersebut, beliau telah memaklumkan bahawa terdapat satu ketulan besar yang dikenali sebagai ketumbuhan telah menutupi pundi kencing dari dimasuki oleh air kencing. Jadi air kencing tidak dapat keluar dan hanya berlegar di buah pinggang. Dan akibatnya buah pinggang di sebelah kanan anakku telah membengkak. Dan darah telah menjadi kotor kerana air kencing telah bercampur dalam darah. Ketumbuhan itu juga telah menekan urat saraf bahagian kaki yang menyebabkan anakku kesakitan.

Aku dan suamiku berasa terkejut dengan perkhabaran itu. Perasaan takut menghantui diri. Macam mana nasib anakku? Dapatkah dia diselamatkan? Aku tak tahu. Aku menangis lagi. Suamiku memujuk ku. Dan meminta aku bertawakal sahaja kepada Yang Esa.

Memandangkan keesokannya adalah hari minggu, maka doktor hanya memantau sahaja keadaan anakku.

Pada 05.06.2004, seorang Doktor Pakar yang bernama Doktor Susan telah membuat keputusan untuk membuat 'Hemodialisis' iaitu satu proses mencuci darah ke atas anakku kerana 'Urea' yang terdapat di dalam darah anakku terlalu tinggi yang boleh mengakibatkan keracunan dalam darah.

Doktor telah membuat satu line di urat besar iaitu di leher anak aku untuk membolehkan darah keluar masuk. Anakku dimasukkan ke HDU iaitu wad untuk pesakit kritikal. Di situlah anakku menjalani rawatan 'Hemodialisis' selama 4 hari berturut-turut selama 3 Jam. Ngeri aku melihat darah yang mengalir memasuki mesin untuk dicuci dan darah yang telah dicuci mengalir kembali ke dalam badan. Dan mesin itu akan berbunyi sekiranya anakku bergerak-gerak. Petugas di situ menyuruh anakku tidak bergerak tetapi tempoh 3 jam itu terlalu lama bagi budak sekecil anakku. Tentulah dia merasa lenguh apabila hanya berpaling ke satu arah sahaja. Dan bagi menenangkannya aku memegang tangannya dan bercerita.

Semenjak anakku di masukkan kedalam hospital, aku tidak pernah berenggang dari sisi anakku. Aku tidak memperdulikan makan atau minum ku. Yang penting bagiku adalah anakku. Sayu betul hatiku melihat keadaannya. Masih terbayang-bayang bertapa aktifnya dia dahulu. Berlari-lari bersama sepupunya. Berbasikal tanpa mengenal erti penat. Kini, hanya terlantar tidak bermaya. Menitis air mataku melihat dia.

Setelah selesai menjalani rawatan 'hemodialisis', doktor telah membuat keputusan untuk membedah anakku untuk membuang ketulan besar yang terdapat di bawah usus anakku itu. Setelah beberapa kali tertangguh, pada 20.06.2004, pukul2.00 petang anakku selamat memasuki dewan bedah.

Bertapa berdebar-debarnya aku, mengiringi anakku memasuki dewan bedah. Setelah anakku diberi ubat tidur, barulah aku keluar dari situ. Terasa perasaanku melayang-layang. Tempoh yang diberikan doktor selama 6 jam waktu pembedahan terasa terlalu lama. Mujurlah suamiku sentiasa di sampingku. Memberi kata-kata semangat walaupun hatinya juga tidak keruan. Perjalanan waktu begitu menyesakkan dadaku. Debaran di dada membuatkan aku kurang selesa. Setiap kali melihat pintu dewan bedah itu terbuka, aku pasti menjengukkan kepalaku. Manalah tahu kalau-kalau anakku sudah keluar.

Tepat pukul 8.00 malam, barulah anakku keluar dari dewan bedah. Tetapi aku lihat, anakku tidak seperti orang yang baru dibedah. Dia tidak tidur pun. Malah boleh memanggil aku lagi. Aku kaget. Tapi tak ada doktor di situ, bagi membolehkan aku bertanya.

Anakku dimasukkan kembali ke HDU. Bila aku mengangkat selimut yang menutupi anakku, memang terdapat kesan belahan di pundi kencing anakku tetapi aku tak pasti apa yang dibuat oleh doktor.

Pada keesokkan harinya, barulah aku diberitahu oleh doktor bahawa ketumbuhan itu tidak dapat dibuang kerana ia terlalu besar dan agak berisiko. Mereka hanya mengambil sedikit daripada ketumbuhan tersebut untuk dibuat kajian dan memasang 'J-Stand', sejenis tiub silikon dari buah pinggang ke pundi kencing, bagi membolehkan air kencing memasuki pundi kencing.

Setelah mendapat keputusan kajian makmal, doktor telah mengenal pasti bahawa ketumbuhan tersebut adalah sejenis barah yang tidak diketahui puncanya. Doktor menamakannya 'Embryonal Rhabdomyosarcoma' atau nama ringkasnya 'RMS'.

Aku menangis lagi. Tak tertahan aku melihat wajah anakku. Sayu dan pilu bila menatapnya. Semua kawan-kawanku yang berada disitu (yang kesemuanya adalah ibu pesakit yang dirawat disitu) memberi kata-kata semangat untukku. Menyuruh ku bersabar dan memohon kepada ALLAH agar diselamatkan anakku.

Doktor telah menyarankan agar anakku dipindahkan ke HKL bagi mendapatkan rawatan 'Kemoterapi' iaitu sejenis rawatan yang memasukkan sejenis radiasi ke dalam tubuh pesakit kanser untuk membunuh sel-sel dalam badan.


Tetapi malangnya ketika itu tiada kekosongan katil di HKL, jadi anakku terpaksa menunggu sehingga ada kekosongan.

Dan pada tarikh 25.06.2004 anakku selamat dihantar ke HKL. Bersambung .....

Kisah anakku dan aku - Part I

Aku masih ingat tarikh ini. Tanggal 02.06.2004 bila aku melihat ada benjolan besar di bahagian pundi kencing anak ku yang ketika itu berumur 3 tahun lebih. Seminggu sebelum itu dia merenggek mengadu sakit kaki hingga menyukarkannya berjalan. Aku membawanya pergi ke hospital untuk mendapatkan rawatan tetapi doktor di Klinik Rawatan Harian itu menyatakan bahawa anak ku tidak sakit apa-apa. Jadi doktor hanya memberikan ubat untuk dimakan sahaja.

Anak ku terus merengek. Makan pun dah tak selera. Minum pun sama gak. Jadi, aku membawanya berurut pula. Beberapa tempat aku pergi tetapi, anak ku masih macam tu jugak. Sehingga badannya lemah kerana kurang makan dan minum.

Sehinggalah pada petang Jumaat itu, setelah aku menemui benjolan itu, suamiku membawanya ke Pusat kesihatan Desa yang terletak berdekatan dengan rumahku. Apabila melihat keadaan anakku yang lemah itu, doktor mengarahkan nurse memasukkan air ke dalam badannya. Dan di bawa ke Hospital Daerah.

Sesampai di hospital, anak aku terus di bawa ke wad kecemasan. Setelah diperiksa, doktor memberitahu bahawa hanya pundi kencing sahaja yang tersumbat. Aku berasa lega. Baru aku perasan yang anak aku memang kurang kencing semenjak dia mengadu sakit.

Jadi, petugas di situ cuba memasukkan sejenis tiub ke dalam pundi kencing anakku melalui zakarnya. Anakku terjerit dan meronta-ronta. Tetapi setelah tiub tersebut dimasukkan tiada juga air kencing yang keluar. Petugas yang pada mulanya kelihatan tenang mulai menggelabah.

Sekali lagi doktor dipanggil untuk melihat keadaan anakku. Dan doktor tersebut menyarankan agar anakku di masukkan ke dalam wad untuk pemeriksaan lanjut. Aku mulai keresahan. Seperti ada yang tak kena apabila doktor berkata begitu. Hati kecil ku tertanya-tanya adakah serius penyakit anakku ini.

Apabila suami ku sampai, aku terus menceritakan keadaan anakku. Suami ku juga kelihatan resah dan kebingungan.

Kasihan aku melihat keadaan anakku ketika itu. Dengan tiub air di tangannya serta tiub kencing yang dikenali sebagai 'CBD'. Semalaman aku tidak dapat tidur. Anakku asyik merengek saja. Tak biasa tidur di hospital. Asyik tersedar saja.

Pada keesokkan harinya, doktor mengarahkan anakku menjalani X-ray untuk mengetahui punca penyakit anakku itu. Tetapi malangnya, gambar yang diperolehi tidak dapat memberikan gambaran sebenar. Doktor mengesyaki yang anakku berpenyakit yang berkaitan dengan buah pinggang. Hampir terduduk aku mendengarnya. Lemah segala urat saraf. Seakan tidak percaya. Tetapi doktor memberitahuku yang itu hanyalah andaiannya sahaja.

Dan untuk mendapatkan kepastian, anakku di pindahkan ke HSA Johor Bahru pada hari itu juga iaitu pada tanggal 03.06.2004. Sepanjang perjalanan ke sana dengan menaiki ambulan, aku menangis mengenangkan nasib anakku. Anak ku yang berada di atas pangkuanku hanya memandang tanpa reaksi. Apakah dosa anakku sehingga dia menerima nasib yang sebegini? Ataukah itu adakah kerana dosa ku? Bersambung ......

Thursday, May 11, 2006

Selamat Hari Jururawat!!

Selamat Hari Jururawat aku ucapkan kepada semua jururawat di seluruh Malaysia terutama kepada jururawat yang bertugas di wad Bunga Raya 2 di HSA Johor Bahru dan di wad KK3, KK4, KK7 di Institut Pediatrik di HKL yang pernah menjaga anakku ketika anak aku dirawat disana.
Terima kasih yang tidak terhingga aku ucapkan kepada kalian semua. Kalian bukan sahaja menjaga anak aku tetapi sentiasa memberi sokongan moral dan kata-kata semangat kepada aku selaku ibu pesakit supaya aku bersabar dan tabah menghadapi dugaan ini.
Aku mewakili anak dan keluarga ku ingin merakamkan ucapan terima kasih sekali lagi kepada mereka kerana sabar melayan kerenah anak kecil ku. Semoga kalian semua mendapat keberkatan dan diredhai ALLAH SWT. Amin ....



Selamat Hari Lahir Ebbey!!!!

Tarikh 11.05.2006 iaitu hari ni, adalah ulang tahun kelahiran anak saudara aku yang ke-7 tahun ... Dah besar dah ebbey .... kejap aje masa berlalu .... Aku masih ingat lagi, sewaktu majlis pertunangan aku ... ebbey baru berumur 1 bulan .... comel betul .... geram sangat tengok pipi dia ... Sempena hari lahir ebbey ni, Cik akak nak ucapkan selamat panjang umur dan dimurahkan rezeki .... belajar rajin-rajin .... dengar kata mak, abah, ibu dan ayah .... jangan main sesangat .... kerja rumah tu siapkan .... dan semoga ebbey menjadi anak yang solehah dan dapat membantu ibu dan ayah apabila besar kelak ...

Lirik lagu 'Mujhse Dosti Karoge'

Sinopsisnya aku dah buat. Ni aku buat lirik lagunya pulak. Tapi dalam bahasa urdu lah. Baru best nak nyanyi. Ya tak ....



MUJHSE DOSTI KAROGE

MALE
Hey, keh do ke tum mere dil mein rahoge
Keh do ke tum mujhse dosti karoge
Keh do ke tum mere dil mein rahoge
Keh do ke tum mujhse dosti karoge

Hindi Movie : Mujhse Dosti Karoge


Tajuk Filem : Mujhse Dosti Karoge
Pelakon : Hrithik Roshan as Raj
Rani Mukherji as Pooja
Kareena Kapoor as Tina
Uday Chopra as Rohan

Sinopsis oleh : aznanie


Kisah tentang tiga sahabat yang membesar bersama di sebuah pekan kecil iaitu Simla di India, tetapi Raj telah mengikut keluarganya berpindah ke London. Raj telah menghantar e-mail kepada Tina, tanpa pengetahuannya Pooja yang telah membalas segala e-mail yang dihantar olehnya. Dari situ wujudlah perasaan sayang dan cinta Raj kepada Tina, iaitu gadis yang disangka membalas e-mailnya selama ini, walaupun realitinya Pooja lah gadis itu.

Wednesday, May 10, 2006

Murtabak!!

Semalam aku pergi pasar malam. Beli murtabak daging. Hmm ... memang sedap. Intinya dan kuahnya rasa kena jer. Murtabaknya digoreng garing. Pehhh ... mak mertua lalu pun tak sedar ... hahaha

Aku letak resepi murtabak kat sini. Resepi ini aku dapat dari laman web 'soal jawab masakan' kat alaf21. Aku lum pernah try lagi resepi ni. Nanti lah kalau ada masa nanti aku try buat.



MURTABAK DAGING/AYAM
Bahan untuk kulit murtabak:
600 gm tepung gandum
1 camt garam
1 camt gula halus
2 biji telur - dipukul
125 ml susu segar
125-130 ml air
3-4 camb minyak
3-4 camb minyak sapi
minyak sapi untuk menggoreng

Cara membuat kulit murtabak:
Gaulkan tiga bahan pertama.
Masukkan telur, susu dan air sedikit demi sedikit hingga adunan menjadi doh.
Uli selama 10 min hingga licin dan lembut.
Jika terlalu keras, basahkan tangan dengan air kemudian uli lagi.
Bahagikan 7 atau 8 bebola.
Letak dalam mangkuk.
Lumur dengan minyak dan minyak sapi.
Tutup dengan tuala lembab.
Biar 6-8 jam (semalaman)

Bahan untuk inti murtabak:
2 camb minyak
2 labu bawang besar - dicincang halus
2 ulas bawang putih - ditumbuk halus
400 gm daging/ayam - dicincang halus
1-2 camb rempah kari
1-2 camb sos tomato
1-2 tangkai cili hijau - dipotong kecil
air secukupnya
serbuk lada hitam
garam secukup rasa
5-6 biji telur - dipukul

Cara membuat inti murtabak:
Panaskan minyak.
Tumis bawang besar dan bawang putih hingga wangi.
Masukkan daging dan rempah, kacau hingga separuh masak.
Bubuh sos tomato, cili hijau dan sedikit air.
Masak dan kacau hingga daging empuk.
Tambah serbuk lada hitam dan garam.
Angkat dan biar sejuk.
Ambil sedikit lauk, gaulkan dengan sedikit telur anggaran lembab.
Seelok-eloknya, campur untuk sukatan satu murtabak saja pada satu masa.

Cara membuat murtabak daging/ayam:
Ambil satu doh yang telah diuli tadi.
Nipiskan doh tersebut dan letakkan di atas kuali leper (pastikan tidak terkoyak).
Sudukan inti dan lipat 4 untuk membungkus inti tadi.
Bila bahagian bawahnya keperangan, baru direnjiskan minyak sapi kemudian terbalikkan.
Pastikan api perlahan agar ia masak elok.

https://l.facebook.com/l.php?u=https%3A%2F%2Fyoutu.be%2FScjOFp1xjVc%3Ffbclid%3DIwAR1Cc8MKWA83UnwJQ11VY-ac5tOrS7ctTh0-IqGzF15f_-1RTYU00LirwG0&h=AT1w4hpy-JXUmDBy-kQvwgNLj1MC2qp3IFMIoHY0uNeNcsFkjXmuFbJVxdu0q4Y_1OQUtaPPF-YLEClx23RAO61NNp59HAdBuc8a9T7V0E-2ZiyCfUdlElqgrVxQxJ1urZt70TyPiYqPHMd_pW5s8Mq3mVppycEKOLUwY2zlc-mLomx-gW_MUCSDYOy99jRjFhLkMgnFMYe_P0aFpqxaOtilEZ7PfQ3-z2Efg0dS75HluTmgtzLV5y48I1Dh1EdN2fRWHcpz8btSa_J3qT3jJJtlhgcgUDbvMwAFyC1HVsbokWVrzgXOz_UMf27H8NFqtxFplu8HCNtWWYVibVYHNdTIJBt7FDKyMccHjN6QYBMZChc0ph4rpFDJqc_FDHZEFfnWJ9wcy_ov8mSdXDN31Gpqpg6SCxojdXcXoJpdswmmj_IbZnZRcYurw0FJyIW3ve8jBktEtzRNnQpGvfn2JB_e1oMxxOjH6CfvgojBk7naTIrZBuo3HxI-4ltClRaUv6K4ETjimo5-e9klvI2jeVvnwQZp4Z0jBtWCtHskp1-Uoq3zzFYOxDp-1gynXBd62qdQAfb9_5JFncXzaPG4Q7jzCydbXYMFvr89TWNbCxkF_81PWaxpYPv7uMbEYfUtOAw 

Tuesday, May 09, 2006

Sinopsis Telemovie Toll Gate Girl


Tajuk : Toll Gate Girl
Pelakon : Amy Mastura sebagai Markonah
Rashid Salleh sebagai Johan
Rita Rudaini sebagai Milah
Markonah :
Seorang gadis yang datang dari kampung. Berkerja sebagai jurutol di lebuhraya. Berperwatakan menarik, kecil molek dan manja. Seorang gadis kampung yang naif, yang berkerja hanya untuk mencari rezeki untuk dirinya dan juga keluarganya, yang bersemangat untuk menyambut hari raya bersama keluarganya.

Monday, May 08, 2006

Mungkir Bahagia - Hazami

Tadi aku dengar radio Era. Terdengar lagu ni. Macam best jer. Rupa-rupanya lagu baru Hazami. Aku terus cari lirik lagu ni. Dan terus letak kat sini. Saje je.



Tajuk lagu : Mungkir Bahagia
Penyanyi : Hazami

Dihimpit dicengkam rindu ini
Gerimis duka ku
Menggamit kenangan silam
Resah dan pilu menghampiri

Sunyinya malamku kelam
Pedih kemelut cinta
Dingin kelu bicara
Tuk mengungkap rindu

(Korus)
Sayang ku mungkir pada kejujuranmu
Menolak segala bahgia dihadapanku
Kasihku mungkir pada kata janjiku
Berlari aku jauh dari cintamu
Ku kesali

Dihanyut dilambung ombak lara
Sepiku berkelana
Melayari jiwa nestapa
Menggagahi rasa kesayuan

Leburlah harapan cinta
Namun kesetiaanmu
Kugenggam bagai hukuman
Mengheret langkahku

(Ulang korus 2x)

Maafkan daku
Kekasih hati cinta kita berakhir
Maafkan daku
Kerna ku memungkirinya

Maafkan daku
Kekasih hati cinta jadi begini
Maafkan daku
Ku mungkir bahagia

Sinopsis Novel 'Nota Cinta Buat Mu'

                                            Sinopsis oleh : aznanie

Johanna adalah seorang isteri yang baik, setia dan menghormati suaminya. Namun, jodoh mereka tidak panjang apabila suaminya menceraikan dirinya selepas dia mengetahui bahawa suaminya telah berkahwin lain.

Friday, May 05, 2006

Drama Bersiri 'Triumph In The Skies'



Tajuk :Triumph In The Skies
Pelakon : Francis Ng Jun Yu as Samuel Tong Yik Sum (Sam)
Joe Ma Tak Jung as Vincent Ling Wun Chi (Vincent)
Flora Chan Wai San as Isabelle Lok Yi San (Belle)
Myolie Wu Hang Yee as Zoe So Yee (Zoe)
Ron Ng Cheuk Hei as Isaac Tong Yik Fung (Isaac, younger brother to Sam)
Sammul Chan Kin Fung as Donald Man Ho Chung (Donald, "Chung Siu")
Bosco Wong Jung Jak as Chris Tse Ho Yeen (Chris)
Michelle Yip Suen as Zita Tung Hei Yan (Zita)

Ringkasan ceritanya lebih kurang cam ni lah setakat ni:

Mengisahkan tentang Belle yang percaya pada takdir. Percaya akan ada seorang lelaki yang akan memberikannya patung yang dikenali sebagai Triangel doll. Dan lelaki itu adalah jodoh yang telah ditentukan untuknya.

Bertemu Sam di Rom dan menjalinkan cinta. Cinta mereka terhalang dengan salah faham.

Semasa 1 hari sebelum majlis perkahwinan Belle dan Vincent, Belle mendapat tahu yang selama ini dia salah faham terhadap Sam. Tetapi dia teruskan juga perkahwinannya dengan Vincent.

Dalam pada itu, Syarikat penerbangan Solar Airways tempat mereka berkerja mengambil pelatih baru untuk menjadi Juruterbang. Di sinilah bertemunya Donald, Isaac, Zita, Chris dan Roy. Setelah menjalani latihan mereka berjaya menjadi Juruterbang.

Dengan tidak disangka, Zita jatuh cinta dengan Isaac. Tetapi Isaac menolak kerana tahu yang Donald mencintai Zita.

Sam pula di minati Zoe, seorang perempuan yang berumur 21 tahun yang juga bertugas di Syarikat penerbangan tersebut. Dan Akhirnya Sam menyambut cinta Zoe walaupun Sam lebih tua berbanding Zoe.

Berbagai-bagai konflik yang melanda kehidupan mereka. Jangan lupa tonton drama bersiri ini di TV3.

Komen Aku:

Aku minat tul dengan drama ni. Drama ni start pukul 6.00 hingga 7.00 petang setiap hari Isnin hingga Jumaat. Rugi kalau tak tengok. Best tul. Rasa tak sabar nak tahu macam mana kesudahan ceritanya. Aku masih mengharapkan yang Sam dapat bersama dengan Belle. Walaupun Belle tu dah kahwin dengan Vincent. Ishh..... ishhh ....

Sinopsis Novel 'Kasih Antara Kita'

Tajuk Novel : Kasih Antara Kita
Penulis : Aleya Aneesa
Terbitan : Alaf21


Sinopsis oleh : aznanie

Novel ini mengisahkan tentang seorang gadis yang bernama Emelda yang terpaksa berkorban demi menjaga maruah kakaknya, Emira yang telah meninggal dunia kerana barah hati setelah melahirkan sepasang anak kembar perempuan. Emelda terpaksa mengaku yang bayi tersebut adalah anaknya bagi mengelakkan kemarahan keluarga terhadap kakaknya yang di ambang maut.

Thursday, May 04, 2006

Ku T'lah Jatuh Cinta

Cerita ni memang best. Aku beli vcd dia dari volume 1 hingga volume 13. Sampai habis lah kiranya. Penuh dengan babak yang suspen, sedih, gembira, yang buat kita geram pun ada. Tak rugi beli vcdnya.

Kat sini aku buat sinopsis ceritanya:

Tajuk : Ku T'lah Jatuh Cinta
Para pelakon : Agnes Monica, Zumy Zola, Irwan Syah dan ramai lagi.





Ku T'lah Jatuh Cinta mengisahkan tentang permasalahan yang sering di hadapi remaja sekarang berkisar tentang percintaan dan kekeluargaan. Perasaan hasad dengki yang terlampau di kalangan segelintir remaja membuatkan kehidupan menjadi kucar-kacir.

Kisah remaja perempuan yang bernama Riby, telah jatuh cinta dengan seorang remaja lelaki yang bersekolah di sebelah sekolahnya, bernama Radit. Sedangkan pada masa yang sama Riby telah pun mempunyai teman lelaki iaitu Zacky yang telah berpindah ke New York bersama keluarganya.

Radit pula diminati oleh seorang lagi remaja perempuan iaitu Gina. Bermacam-macam perkara yang dilakukan Gina untuk mendapatkan cinta Radit. Namun, perasaan Radit hanya untuk Riby seorang sahaja.

Sedang cinta antara Riby dan Radit mula memekar, Zacky telah pulang kembali ke Indonesia dengan membawa sepupunya iaitu Mila. Zacky kecewa bila mendapat tahu yang Riby telah curang terhadapnya. Dalam pada masa yang sama, Mila pula menaruh hati pada Radit.

Bermacam-macam cara yang dilakukan Zacky untuk mendapatkan Riby semula. Termasuklah bersekongkol dengan Gina mengenakan Riby dan Radit.

Namun, segala tipu muslihat Gina hanya berjaya sekerat jalan sahaja. Ini kerana Riby dan Radit sudah tahu dengan helah-helah Gina. Mereka mendapat pertolongan dari adik Gina iaitu Linda dan abang Riby iaitu Nino.

Setelah semua helahnya tidak menjaya, Gina mengajak Zacky bertemu dukun pula. Yang akhirnya, terkena pada Gina sendiri.

Dan di saat Zacky mula menyerah kalah dan mengaku semua perbuatannya kepada Riby dan Radit, Gina mengancam untuk bunuh diri dengan terjun dari bangunan sekolah. Gina memaksa Radit mengaku cintakan dirinya. Radit terpaksa mengaku untuk menyelamatkan Gina.

Dengan tidak disangka, akibat terlalu gembira dengan pengakuan Radit itu, Gina dengan tidak sengaja telah terjatuh dari atas bangunan itu. Di akhir cerita, Gina telah meninggal dunia setelah sempat meminta maaf kepada Riby, Radit dan Linda atas perbuatan kejamnya.

Sinopsis oleh : aznanie

Aku letakan juga lagu OST cerita Ku T'lah Jatuh Cinta nyanyian Agnes Monica:
Ku T'lah Jatuh Cinta

Kini ku mulai bertanya
Salahkah keinginan ini

Tak tahu entah bagaimana
Diriku cinta padamu

Hanya bila kau membalas
Cinta kan jadi milikmu

Ku pastikan hatiku untuk mu
Sejak pertama kau tatap mataku
Dengan senyum mu mengisi relung hatiku
Ku t'lah jatuh cinta

Pernah ku sempat kecewa
tak bisa lagi ku terluka
Tunjukkan satu jalan lain untuk ku
Hapuskan delima dari rasa ragu

Hanya bila kau membalas
Cinta kan jadi milikmu

Ku pastikan hatiku untuk mu
Sejak pertama kau tatap mataku
Dengan senyum mu mengisi relung hatiku
Ku t'lah jatuh cinta

Lirik lagu 'Bertahta Di Hati'

Aku minat betul lah dengan lagu 'Bertahta Dihati' nyanyian FarahDhiya tu. Dengar berulang-ulang kali pun tak jemu. Lirik pun macam kena jer dengan melodinya. Ewah! kalau dah suka tu semuanya okey jer. Hahaha.... tapi apa pun aku memang suker gila dengan lagu ni.

Aku letak lirik lagu nyer kat sini:

Tajuk : Bertahta Di hati
Artis : FarahDhiya

Dihempas ombak
Terdampar buih
Menanti waktu pulang ke laut

Begitu rindu
Di pisah takdir
Meniti saat bersulam cinta

Lihat...lihat..
Sinarnya menyala
Lihat...lihat
Ke dalam mataku
Cintamu bertahta (di hati)

Sebelum ku kenal
Dirimu siapa
Aku tak kenali
Apa itu cinta

Setelah ku kenal
Dirimu siapa
Kau cinta sejati
Ku sandarkan jiwa

Digilis angin
Tercarik awan
Menanti detik
sebelum hujan
Begitu sendu
Diguris resah
Meniti hari bersulam tangis

Takkan berganjak pendirian ku ini
Selagi kita tak kembali bersatuSelamanya
Takkan berubah perasaan terhadapmu

Biar digugat
Biar dicabar
Biar dihalang

Saje je nak cerita ...

Hari Isnin yang lepas, abang ngah aku yang duduk kat pahang, datang rumah aku. Abang aku tu lama dah tak datang rumah aku. Seingat-ingat aku, yang terakhir sekali dia datang masa 2 hari sebelum raya tahun lepas. Ya lah aku pun paham, dia duduk jauh.
Masa dia nak balik, kereta dia pulak meragam. Tak nak hidup. Jenuh di start. Tak mahu jugak. Apalagi, menolaklah kami. Berpeluh-peluh gak menolak kereta tu ke bawah bukit. Nasib baik nak hidup pulak kereta tu. Kalau tidak .....

Kakak aku punya cerita!!!

Nak cerita pasal kak long aku. Dia ni mengandung 7 bulan. Jadi asyik nak makan jer lah kan. Jadi, dia ajak lah aku pergi temankan dia beli makanan.

Memula kitaorang pergi kedai makan yang dekat dengan rumah aku. Kak long nak makan nasi goreng paprik, tapi nasi pulak dah habis kat kedai tu. Jadinya pergilah kedai makan yang jauh sikit, ramai orang lah pulak. Jenuhlah nak menunggu nanti. Kak long dah kelaparan sangat pulak.

Jadi, pergi lah kedai makan yang lain pulak. Sampai kat sana, orang tak lah ramai sangat. Kak long pun oder nasi goreng paprik. Punyalah lama menunggu, baru siap. Sekali tengok bukan nasi goreng paprik yang dihantar tapi nasi paprik. Laaa .... cam ne boleh jadi cam ni. Kak long aku mengamuk sakan lah dia. Dia suruh orang kedai tu buat semula. Menunggu lagi. Tension je aku.
Apa nak buat, orang mengandung ni, lain macam kalau nakkan sesuatu. Seboleh-boleh tidak. Paham-paham je lahhh .....

Monday, May 01, 2006

Sinopsis Novel 'Aura Cinta'


Novel Aura Cinta karya penulis Aina Emir ini adalah terbitan KarnaDya. Ini merupakan novel keempat beliau. Dan novel ini adalah merupakan hadiah untuk para pembaca dan para penyokongnya. Aina Emir juga mendapat jolokan sebagai 'The Queen of Romance'. Novel-novel yang terdahulu beliau adalah Sesuci Cinta, Seharum Kasih dan Setulus Janji yang mendapat 'best- seller'.


Ikuti sinopsis Aura Cinta:


Aura Cinta mengisahkan tentang seorang lelaki melayu yang tegap lagi tinggi bernama Azraai yang melibatkan diri dalam bidang pembikinan filem dokumentari. Dia membuka Syarikat bersama rakan kongsinya, Khairul yang juga merupakan adik iparnya.

Basuh baju punya cerita.



Dah 3 hari tak basuh baju. Hujan pulak tu hari-hari. Yang kat ampaian tak kering lagi, dah nak kena basuh lagi. Kena buat ampaian lagi lah nampaknya.

Pelembut pakaian pulak habis. Gi kedai nak beli pelembut jenama Downy 4X. Tak ada lah pulak. Stok tak sampai lagi. Beli lah pelembut jenama Soflan.

Jumpa pulak kawan lama. Borak-boraklah kejap.

Dah masukkan baju dalam mesin basuh, sekali tengok sabun pulak lupa beli. Aduh! borak dengan kawan punya pasal sampai lupa nak beli sabun basuh. Tenson betul. Kenalah pergi lagi kedai. Nasib baik kedai dekat je. Hai! macam-macam pulak hari ni.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...