Wednesday, November 21, 2012

Sinopsis Filem 'Aku Terima Nikahnya'

Filem yang mengandingkan pelakon hebat Adi Putra dan Nora Danish ... kemelut rumahtangga Nurul Arlisa setelah suami dia, Johan ditimpa kemalangan dan hilang ingatan ... ingatan Johan terhenti sewaktu dia berumur 31 tahun ... dan pada waktu itu Johan belum mengenali Arlisa ... kesungguhan Arlisa dan kesabarannya dalam melayani Johan cukup mengharukan ... touching habis beb ... jom layan sinopsis filem Aku Terima Nikahnya ni ....


Sinopsis oleh : aznanie

Johan mengahwini Nurul Arlisa setelah yakin dapat membahagiakan wanita yang amat dicintainya itu. Rumahtangga yang baru dibina dipenuhi dengan bunga-bunga cinta. Arlisa sangat bahagia kerana Johan menatangnya seperti minyak yang penuh.


Kebahagiaan yang sedang terbina, musnah apabila Johan di timpa kemalangan. Akibat dari kemalangan itu, Johan mengalami gangguan pada ingatannya yang dikenali sebagai Selective Amnesia. Berdasarkan kajian dari pakar perubatan, ingatan Johan terhenti sewaktu hari lahirnya yang ke-31 tahun. Johan mengenali ibu, ayah serta kawan-kawannya tetapi tidak Arlisa. Kerana dia pada masa itu dia belum mengenali Arlisa.


Setelah sekian lama dirawat di hospital, Johan di benarkan pulang. Arlisa meminta bantuan dari ibu dan ayah mertuanya supaya tidak menjemput Johan. Ini kerana Arlisa mahu membawa Johan pulang ke rumah mereka. Johan pasti tidak mahu mengikutnya sekiranya ayah dan ibunya ada bersama mereka.

Setiba di rumah, Arlisa bersungguh-sungguh menerangkan segalanya tentang dirinya dan keadaan rumah mereka dengan harapan Johan akan mengingati segala memori antara mereka tetapi hampa bila Johan masih tidak dapat mengingati apa-apa. Tidak cukup dengan itu, Arlisa membawa Johan ke tempat-tempat istimewa yang pernah dilawati bersama Johan dahulu dan sengaja mengulangi insiden-insiden yang pernah berlaku dahulu. Semuanya tidak mendatangkan hasil. Johan masih seperti itu. Sikap dingin dan kaku Johan pada dirinya amat menekan dirinya.


Johan mulai tidak selesa dengan Arlisa yang pada pandangannya terlalu mendesak dirinya. Johan mulai rapat dengan Suriya, kawan baik Arlisa. Johan selesa bersama Suriya. Dia bebas menjadi dirinya jika bersama Suriya. Keadaan itu tidak disenangi oleh Arlisa. Dia tidak dapat menerima hakikat itu. Dia mulai mencemburui Suriya.

Suatu hari, Suriya datang ke rumah Arlisa untuk menyerahkan dokumen kepada Arlisa. Kebetulan pula Arlisa belum pulang ke rumah. Johan menyuruh Suriya masuk ke dalam dan menunggu Arlisa pulang. Tiba-tiba kepalanya berdenyut sehingga Johan terhuyung-hayang. Suriya membantu mencarikan ubat dan air untuk Johan. Di ketika itu, Arlisa sampai ke rumah. Dia melihat Suriya dan Johan berdua-duaan di dalam rumahnya. Arlisa naik angin dan menyuruh Suriya keluar dari rumahnya tanpa mahu memberi peluang Suriya membela diri.

Arlisa kecewa, marah dan sedih kerana selama ini hanya dia yang berusaha mengembalikan ingatan Johan. Sedangkan Johan tiada usaha ke arah itu. Akhirnya, dengan berat hati, Arlisa meminta Johan melepaskan dirinya. Johan memperlinya dengan menyatakan akhrinya Arlisa menyerah juga. Arlisa menegaskan yang dirinya sudah penat dan bukannya dia menyerah tetapi Johan yang tak mahu mencuba.

Arlisa meninggalkan Johan keseorangan di rumah itu. Johan mulai mengenang kembali perihal diri Arlisa. Sedikit demi sedikit ingatannya kembali berputar sewaktu dia ditimpa kemalangan dan saat-saat mesra bersama Arlisa mulai terbayang di ruangan matanya. Setiap kata-kata dan lafaz janjinya terngiang-ngiang kembali di fikirannya.

Arlisa terlalu sedih dengan keadaan yang menimpa rumahtangganya. Dia mengimbas kembali saat-saat manis antara dirinya dengan Johan melalui video-video mereka dahulu. Tiba-tiba dia terdengar suara Johan. Tanpa disangkanya, Johan datang mencarinya. Keyakinan dalam kata-kata Johan menghantar makna yang Johan sudah mengingati siapa dirinya dan mengingati saat-saat indah dalam hidup mereka. Arlisa berlari ke dalam dakapan Johan. Mereka kembali menyulam kasih yang terhenti setelah dilambung badai derita. Tamat ...


Para pelakon :
Adi Putra sebagai Johan
Nora Danish sebagai Arlisa
Mon Ryanti sebagai Suriya

* Filem yang sangat-sangat romantik ... touching beb ... mengalir air mata bila tengok kesedihan Arlisa ... bagus lakonan Nora Danish ... cara dia menghayati watak Arlisa tu memang berkesan ... fuuhhh .. memang best ... menyampah sikit kat Johan ... digambarkan dalam wataknya seolah-olah dia tidak bersungguh mencuba untuk mengingati siapa Arlisa ... cuma Arlisa yang bersungguh sehingga akhirnya Arlisa kepenatan dan menyerah ... wahhh ... selamba dia perli Arlisa ... huhu ... lepas kena tinggal baru ingat ... memang orang lelaki ni bila dah kehilangan baru nak mengenang kebaikan dan kenangan manis isteri or teman wanita dia ... hmm ... kalau masih ada peluang menebus kesalahan tu tak pe la jugak ... biasanya kekesalan terlewat tiba dan peluang untuk memperbaiki kesilapan itu hanya dalam anganan ... wahhh ... berbahasa jiwa-jiwang pulak ... layanzkan jek la yer ... hehe 

4 comments:

fifi said...

rase nak tengok jgk bace sinopsis awak~ thanks for the synopsis :)

tentang aku said...

salam miss fifi ...

best juga .. romantik habis .. hehe ..

Anonymous said...

Tq sbb bagi sinopsis. Lepas ni sy nk tengok pulak movie ni. Dah lame nk tengok tp takde kesempatan..

butterfly said...

Ada novel tak filem ni?

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...