Thursday, November 08, 2012

Majlis Anugerah Kecemerlangan Pendidikan Tahun 2012


Hari ini ... tanggal 18hb November 2012 ... Sekolah Kebangsaan anak ku mengadakan Majlis Anugerah Kecemerlangan Pendidikan bagi Tahun 2012 ... bagi mengiktiraf kejayaan para pelajarnya ... dan syukur alhamdulilah ... anak ku Muhammad Nazrin Hakimi berjaya mendapat tempat kedua di dalam kelasnya ... mama bangga dengan Ayen ... hehe



Seawal jam 7.50 pagi, aku sudah berada di perkarangan sekolah ... masih awal tetapi sudah ramai ibu bapa yang datang ... bukan apa ... datang awal leh duduk depan ... nampak sikit apa yang berlaku di atas pentas tu ... huhu ....

Para guru mengawasi murid-murid yang akan naik ke pentas untuk mengambil hadiah masing-masing ... mereka semua ditempatkan di satu tempat khas ... senang cikgu nak pantau ... jangan ada yang tak de masa nama di panggil nanti ... haru cikgu .. hehe
 
Sebaik duduk di kerusi yang dikhaskan, aku mendapat sebuah buku atur cara majlis ... belek-belek ler ... oppss ... sebelum tu ... cari-cari kawan dulu .. hehe ... wah .. ramai rupanya kawan-kawan aku yang anak-anaknya bersekolah di sini ... bila dah berjumpa tu ... apa lagi .. nyembang ler .... tanya itu .. tanya ini ... tak sedar masa berlalu ... haha .. semakin ramai ibu bapa yang membanjiri dewan sekolah untuk melihat anak-anak naik ke atas pentas menerima hadiah ...

Tepat pukul 8.30 pagi, para jemputan khas tiba di perkarangan sekolah ... disambut dengan paluan kompang ... para jemputan khas di arak dengan bunga manggar hingga ke dewan sekolah ... setelah para jemputan duduk ... majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan dari pengerusi majlis iaitu Cikgu Azuani dan Cikgu Faezah  ...

Para jemputan khas diiringi dengan kumpulan kompang dan diarak bersama bunga manggar hingga ke hadapan dewan (kantin) sekolah ... yang berbaju merah itu adalah Pengurus Felda Kledang ... disebelahnya itu adalah Pengurus Felda Tunggal dan dibelakang berjubah hijau itu adalah Guru Besar Sekolah Kebangsaan Kledang .... 

Kumpulan Kompang masih meneruskan alunan kompang sehingga kesemua para jemputan khas mengambil tempat duduk masing-masing ... ini adalah kumpulan kompang Sekolah Menegah Adela  yang diundang khas bagi menjayakan majlis ini ...

Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Cikgu Badrul Hisyam Bin Mustafa ... semoga majlis yang bakal berlangsung ini mendapat keberkatan dari ALLAH S.W.T ... merdu suara Cikgu Badrul ... maklumlah beliau adalah salah seorang ahli kumpulan Nasyid di bawah pimpinan Kumpulan Nasyid In-Team ... nama kumpulan Nasyid beliau adalah Utama ...
Bacaan doa oleh Cikgu Badrul Hisyam atau lebih dikenali dengan nama Cikgu Bad ... di belakang Cikgu Bad itu adalah replika cek berjumlah Rm 200.00 untuk diberikan kepada murid yang mendapat 5A dalam peperiksaan UPSR pada tahun ini ....

Kemudian, majlis diteruskan dengan ucapan dari Guru Besar Sekolah iaitu En. Nor Azman Bin Abd. Rahman ... beliau menerangkan secara terperinci tentang tujuan mengadakan majlis anugerah seumpama ini ... juga tentang keputusan UPSR yang sepatutnya diumumkan hari ini tetapi terpaksa ditunda pada 19 hb kerana terdapat sedikit masalah dari pihak Kementerian Pelajaran ... guru besar juga mengingatkan kepada ibubapa dan penjaga yang menjaga anak atau cucu supaya memberikan ruang untuk guru-guru mendidik para pelajar dengan cara yang sedikit terbuka ... selagi ianya tidak mendatangkan kecederaan atau kemudaratan yang serius kepada para pelajar ... usahlah datang ke sekolah ... marah-marah guru hanya kerana guru tersebut menjentik atau mencubit sedikit pelajar yang sedikit nakal ... ini kerana ianya perlu supaya pelajar itu tidak bertindak sewenang-wenangnya dan tidak mematuhi peraturan sekolah ...

Ucapan dari Guru Besar Sekolah Kebangsaan LKTP Kledang iaitu En. Nor Azman Bin Abd. Rahman ... beliau baru 3 bulan berkhidmat di sekolah ini mengantikan Puan Bonnah yang bertukar ke Sekolah Kebangsaan LKTP Adela ... 

Selepas itu, ucapan dari Yang Dipertua PIBG pula mengambil tempat ... Yang Dipertua PIBG ialah En. Radzuan Bin Yusof ... dalam ucapan beliau, beliau menekankan bertapa perlunya perhatian ibu bapa terhadap anak-anak di rumah ... ini kerana ada segelintir ibu bapa hanya menyerahkan tanggungjawab mendidik anak-anak kepada guru-guru di sekolah sahaja ... di rumah anak-anak dibiarkan tanpa memperdulikan tentang pembelajaran mereka .... juga ditekankan isu jangan salah pilih kerajaan yang memerintah ... sekiranya pemerintahan jatuh ke tangan pembangkang ... anak-anak kita pasti akan merasai kesan dari peralihan itu (masuk sikit isu politik, sikit jek tak pe .. huhu)

 Yang Dipertua PIBG ... En. Radzuan Bin Yusof atau lebih dikenali dengan nama panggilan Cik Wan ... seorang yang sangat aktif dan sentiasa memberikan sepenuh kerjasama dan tumpuan pada hal ehwal kebajikan sekolah ... bagus-bagus ... inilah pemimpin yang berkualiti ... bukan pandai cakap kosong aje ... buktikan dengan perbuatan .. barulah dapat mengekalkan jawatan yang disandang .. kami pun tak rasa berat nak menyokong di tahun hadapan .. hehe

 Aisy dah mula buat hal ... boring la ... penat la .. haus la ... lapar la .. semua ada ... siapa suh ikut ... tinggal kat umah ngan abah kan bagus ... hissshhh .. penat nak melayan kerenah dia nih ... 
 
Selesai ucapan dari Yang Dipertua PIBG ... majlis diteruskan dengan ucapan dari Pengurus Felda Kledang iaitu Tuan Haji Abdull Rozak Bin Ahmad Marzuki ... beliau juga akan merasmikan majlis anugerah ini ... di dalam ucapan beliau, beliau meminta supaya ibu bapa perihatin dengan kelakuan anak-anak ... jika anak-anak memiliki hp ... selalu sport chek .. jangan dibiarkan sahaja ... juga tentang duit durian runtuh fasa ketiga yang diperuntukkan untuk generasi kedua felda ... akan diberikan selepas Dato Najib mengumumkannya semasa merasmikan majlis Generasi Kedua Felda yang diadakan di Putrajaya pada 11hb November ni ... beliau menasihatkan generasi kedua ini supaya jangan bergaduh dan berebut apabila menerima wang itu nanti ... bahagilah secara adil .. Rm 5000 itu bukanlah banyak mana pun ... tak berbaloi untuk berebut dan memutuskan talian persaudaraan ... juga diberitahu kepada sesiapa yang mahukan borang BR1M ... borang-borang itu boleh di dapati di pejabat felda ... boleh ambil bila-bila masa sahaja ... 

 Inilah Pengurus Felda Kledang, Tuan Haji Abdull Rozak Bin Ahmad Marzuki ... first time aku jumpa pengurus kledang ni ... yang biasa jumpa pengurus tunggal, Cik Lah ... maklumlah aku kan orang tunggal .. hehe 
 
Setelah mendengar ucapan yang panjang lebar dari ketiga-tiga para jemputan khas ... masanya untuk melihat persembahan tarian dari murid-murid PraSekolah yang mempersembahkan tarian kuda kepang ... cantik-cantik semuanya ... comel ... disolek oleh cikgu diaorang ... pandai ikut rentak ... sama jek lenggok tangannya dan rentak kaki ... tapi muka masing-masing masam jek ... muka takut .. hehe ... 

 Persemabahan tarian kuda kepang dari murid-murid PraSekolah ... comel-comel kannnnn ... cute jek .. tapi deria senyum sembunyi ... hehe ...
 
Selepas itu, majlis diteruskan dengan acara penyampaian Anugerah Kecemerlangan PraSekolah ... Anugerah Tokoh Murid PraSekolah terbahagi dua ...  dari kelas An-Nur iaitu adik Hani Insyirah Binti Mohd Haimee dan dari kelas Al-Iman iaitu adik Nur Umaira Binti Suhaire .... diikuti dengan Majlis Konvokesyen PraSekolah bagi tahun 2012 ....

 Ini dia adik Nur Umaira Binti Suhaire ... penerima Anugerah Tokoh Murid PraSekolah ... Ira ni adalah anak kepada kawan aku, Shida dan Edy ... dulu-dulu diaorang ni 1 kilang ngan aku kat Kota ... hehe .. pandainya Ira ... kecik-kecik dah jadi Tokoh Murid ... lepas ni, tiap-tiap tahun ler naik pentas amik hadiah ea ... klasssss ... 
 
Majlis diteruskan dengan penyampaian Anugerah MataPelajaran Terbaik, Anugerah Kecemerlangan, Anugerah Galakan Peningkatan Prestasi untuk murid tahun 3,4 dan 5 .... 

 Inilah anak aku .. Muhammad Nazrin Hakimi Bin Razali ... bersalaman dengan Guru Penolong Kanan Sekolah ... begitu bersopan anak ku ... huhu ... 

 Menerima Anugerah Galakan Peningkatan Prestasi bagi tahun 5 Muhsin di tempat kedua ... alhamdulilah ... tahun lepas tempat ketiga ... ada peningkatan ... tahun depan usaha lebih lagi untuk lebih berjaya ... insyallah ... tahun depan dah UPSR ... kena gandakan usaha yea anak ku Muhammad Nazrin Hakimi ... 

 Lagi gambar bujang ku, Muhammad Nazrin Hakimi ... mama tak puas-puas nak amik gambo Ayen ... hehe ... mama bangga dengan Ayen ... walaupun anakku ada mendengar kata-kata yang kurang enak dari rakan-rakannya tentang markah peperiksaannya .. tak pe anak ku ... biarkan diaorang nak kata apa ... diaorang jeles tu ... kannnnn ... hehe

Selepas itu, persembahan koir dari murid tahun 5 Mualim mengambil tempat ... mereka menyampaikan 2 buah lagi iaitu lagu Inggeris yang bertajuk I Believe I Can Fly dan lagu Terima Kasih Cikgu ... siap dengan gaya ... tapi terabur sikit ... pastu ada yang tak ikut nyanyi ... ikut time korus jek ... lupa lirik kot ... pastu malu-malu nak pandang depan ... mata pandang bawah jek ... hahaha ... 
 Persembahan kior dari murid tahun 5 Mualim ... bersemangat tetapi malu-malu ... hehe ... gaya terbang macam superman ... I believe i can fly ... huhu 
 
Acara diteruskan dengan penyampian Anugerah Kecemerlangan Tahun 6 ... diikuti dengan penyampian Anugerah Tokoh Nilam 2012 ... juga penyampaian Anugerah Tokoh Murid 2012 ... selepas itu barulah majlis konvokesyen bagi murid tahun 6 dijalankan ... 

 Ini dia Tokoh Nilam Emas 2012 iaitu Nabilah Bte Ahmad Tarmizi ... tokoh nilam ni dikira siapa yang paling banyak membaca buku di pusat sumber ... dari darjah 1 sehingga darjah 6 ... adik Nabilah ni dah baca sebanyak 380 lebih buah buku ... ibu ngan ayah dia peguam ... memang ulat buku .. nurun kat anak ... hehe .. bagus-bagus ...
 
Majlis ditutup dengan penyampaian cenderahati kepada perasmi majlis iaitu Tuan Haji Abdull Rozak Bin Ahmad Marzuki ... masa ni dah ramai yang angkat punggung ... masing-masing nak balik rumah ... nak masak ... dah pukul 12 tengahari ... para jemputan khas dapat makan sebelum balik ... kami kena balik masak ... huhu ... 

Tahniah diucapkan kepada semua guru-guru Sekolah Kebangsaan Kledang kerana berjaya menganjurkan majlis yang sungguh bermakna ini dan semoga berjumpa lagi di tahun hadapan ... insyallah ....

 


0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...