Arang And The Magistrate
Episod 9
Sinopsis oleh : aznanie
Sambungan Episod 8 ...
Lord Choe menerangkan yang lubang yang digali oleh Gim Eun Oh itu adalah kubur pembunuhan beramai-ramai yang berlaku pada suatu masa dahulu di kampung itu. Sebab itu penduduk kampung yang tahu akan perkara itu tidak mengambil berat tahu. Mereka tidak mahu menyingkap sejarah silam. Gim Eun Oh tidak percaya dengan kata-kata Lord Choe itu tetapi apabila melihat anggukan dari ketiga-tiga pegawai kerajaannya membuatkan Gim Eun Oh terdiam seketika. Tetapi apabila Lord Choe berkata yang dia mahukan kampung itu aman dan damai selalu membuatkan Gim Eun Oh tidak dapat menahan ketawanya. Dia memperli Lord Choe yang dia mahukan kedamaian dan keamanan untuk dirinya sendiri. Bukan untuk penduduk kampung itu.
Lord Choe mulai berang. Dia tidak percaya yang Lord Gim ada anak luar nikah sepertinya. Ibunya pula seorang hamba dan keluarga ibunya adalah pemberontak. Bagaimana anak luar nikah ditambah pula anak hamba boleh menjadi seorang Magistrate. Dia tidak boleh menghormati Gim Eun Oh sebagai ketua dengan latar belakang Gim Eun Oh yang jauh lebih rendah dari dirinya. Gim Eun Oh naik angin dengan kata-kata Lord Choe. Dia menahan amarahnya.
Semua yang ada di situ terdiam apabila mendengar kata-kata Lord Choe termasuklah Arang dan Ju Wal. Masing-masing memandang Gim Eun Oh dengan perasaan tidak percaya. Gim Eun Oh memandang Arang. Tiada reaksi darinya. Kemudian Arang mengajak Ju Wal beredar dari situ.
Ju Wal berkata dia tidak tahu apa yang ayahnya buat di situ. Ju Wal mengajak Arang melihat bunga-bungaan di Yeongnamro. Arang yang seperti berfikir sesuatu seperti tidak mengendahkan kata-kata Ju Wal itu. Ju Wal mahu menunjukkan banyak tempat kepada Arang memandangkan Arang bukan berasal dari situ. Tiba-tiba Arang berkata yang apa bezanya anak luar nikah dengan anak halal kerana manusia sama sahaja apabila mati kelak. Arang terus meninggalkan Ju Wal yang kehairanan dengan sikapnya.
Lord Choe bertanya samada Gim Eun Oh mahu tinggalkan tempat itu atau masih mahu menjadi Magistrate di situ. Dia berkata jika Gim Eun Oh masih mahu menjadi Magistrate di situ, dia tidak tahu apa reaksi mereka-mereka yang sudah tahu latar belakang dirinya itu. Lord Choe beredar selepas habis berkata-kata. Gim Eun Oh tidak dapat berbuat apa-apa sambil menahan rasa geram dan amarahnya dengan kata-kata Lord Choe itu.
Lord Choe sempat memberi nasihat kepada Gim Eun Oh supaya meletak jawatan dan pergi dari situ senyap-senyap demi menjaga nama baik ayahnya yang merupakan seorang kelas atasan. Gim Eun Oh tidak dapat mengawal rasa marahnya tetapi belum sempat dia berkata-kata, Arang terlebih dahulu memintasnya. Dia berkata bahawa siapa yang menentukan anak luar nikah tidak punya hak untuk menjadi magistrate. Siapa yang membuat undang-undang itu. Adakah seseorang itu dapat tentukan dari mana asal usul seseorang itu. Kata-kata Arang telah menaikkan darah Lord Choe. Dia mahu memukul Arang tetapi tangannya dapat di pegang oleh Gim Eun Oh. Ju Wal pula menarik Arang ke belakang.
Lord Choe terkejut melihat Ju Wal ada di situ. Ju Wal meminta Gim Eun Oh melepaskan tangan Lord Choe dan berjanji akan membawa Lord Choe pergi dari situ. Gim Eun Oh melepaskan tangan Lord Choe. Lord Choe mahu memarahi Gim Eun Oh tetapi di herdik oleh Ju Wal. Lord Choe tidak jadi meneruskan niatnya kerana herdikan Ju Wal itu. Ju Wal memberitahu Arang supaya menanguhkan apa yang mereka rancangkan hari ini kepada masa yang lain.
Gim Eun Oh mahu memarahi Arang kerana campur tangan dalam urusannya tadi. Tetapi Arang melawan kata-katanya semula. Dia bertanya kemana Arang mahu pergi mengikut Ju Wal. Arang menjawab yang dia tidak tahu dan tidak dapat pergi kerana Gim Eun Oh. Arang menerangkan yang anak luar nikah juga sama sahaja. Gim Eun Oh tidak perlu berasa malu dengan dirinya sendiri. Gim Eun Oh masuk ke dalam biliknya dan mengurungkan diri di situ.
Lord Choe mengadu kepada Lady setiap tindak tanduk Ju Wal. Sangkanya Lady akan memarahi Ju Wal dan menghukumnya. Tetapi Lady hanya menyuruhnya pergi dari situ. Hatinya geram dengan tindakan Lady itu yang nyata tidak menyebelahinya.
Lord Choe tidak boleh melepaskan Gim Eun Oh dan Arang begitu sahaja. Hatinya geram dan dirasakan yang Gim Eun Oh perlu diajar. Dia meminta orang suruhannya mencari beberapa orang lelaki yang kuat untuk menjayakan rancangannya. Orang suruhanya faham dan menurut perintahnya. Sebelum itu ada seorang budak lelaki yang asyik berlegar-legar di luar kawasan rumah Lord Choe. Lord Choe nyata tidak peduli akan hal itu kerana dia lebih memikirkan tentang perasaan tidak puas hatinya dengan Gim Eun Oh dan Arang.
Dol Soe mencari Bang Ool. Dia mahu Bang Ool mengubati Gim Eun Oh dari di rasuk oleh Arang. Tetapi dia tidak berjumpa Bang Ool di jalanan. Dia bertindak pergi ke rumah Bang Ool. Setibanya di situ dia melihat Bang Ool sedang mengelamun. Tiba-tiba Bang Ool menjerit apabila terpandang Dol Soe di hadapannya sedangkan dia baru teringatkan Dol Soe yang menyapu makanan di bibirnya. Dol Soe turut menjerit melihat Bang Ool menjerit dengan tiba-tiba itu. Bang Ool bertanya kenapa Dol Soe datang ke rumahnya. Dol Soe mahu Bang Ool melakukan sesuatu untuk menolong Gim Eun Oh.
Gim Eun Oh masih berkurung di dalam biliknya. Arang berang kerana tidak boleh berhenti dari memikirkan tentang Gim Eun Oh. Arang pergi ke luar bilik Gim Eun Oh. Dia melihat kasut Gim Eun Oh masih ada di situ. Arang mengintai Gim Eun Oh dari luar. Dia melihat Gim Eun Oh sedang termenung. Dia beranggapan yang Gim Eun Oh kecewa dan malu dengan kata-kata penghinaan dari Lord Choe itu.
Dol Soe membawa Bang Ool balik ke pejabat Magistrate. Dia memberitahu yang tuannya itu telah dirasuk oleh hantu. Bang Ool bertanya adakah selepas dia menolong tuan Dol Soe itu, dia akan mendapat 1 meja yang penuh dengan makanan. Dol Soe berjanji akan menunaikan janjinya. Bang Ool bertanya kenapa Dol Soe bercakap dengan nada yang sopan kepadanya sedangkan sebelum ini Dol Soe bercakap kasar dengannya. Dol Soe tergagap-gagap mahu meberitahu Bang Ool. Dia menyembunyikan ibu jarinya yang menyapu makanan di bibir Bang Ool tempohari. Dol Soe mengalih perhatian Bang Ool dengan memanggil Arang keluar. Setelah yakin Arang tiada di biliknya, Dol Soe meminta Bang Ool tunggu di situ kerana dia mahu mencari Arang.
Bang Ool menunggu Dol Soe membawa Arang berjumpa dengannya. Semasa ketiadaan Dol Soe, Arang terjumpa dengan Bang Ool. Dia mahu memanggil Bang Ool tetapi dia tidak mahu Bang Ool terkejut apabila mengetahui yang dia sudah kembali semula. Jadi dia hanya tersenyum dan mendekati Bang Ool. Bang Ool yakin inilah hantu yang dikatakan oleh Dol Soe itu. Dia menyuruh Arang pergi dari sisi Gim Eun Oh. Bang Ool menyuruh Arang berkata sesuatu tetapi Arang hanya mendiamkan diri. Tiba-tiba pegawai kerajaan itu ternampak Bang Ool. Mereka teringat inilah bomoh yang menyuruh mereka melantik Gim Eun Oh sebagai Magistrate. Mereka mendekati Bang Ool dan mahu menangkapnya tetapi Bang Ool dapat melarikan diri. Dol Soe yang terlihat kejadian itu mengejar mereka dari belakang. Dol Soe dapat menangkap pegawai kerajaan itu dan Bang Ool terselamat dari mereka berdua.
Jade Emperor berasa kurang selesa kerana King Yama asik mengeluh ketika mereka bermain catur. King Yama bertanya apa perasaannya jikalau Jade Emperor kehilangan dayang-dayangnya. King Yama berkata yang pembuat onar itu memandang rendah kepada mereka berdua kerana mereka berdua gagal menangani masalah itu selama bertahun-tahun dan King Yama tetap menyalahkan Jade Emperor sehingga tercetusnya permasalahan yang rumit itu. Jade Emperor tersenyum dengan kata-kata King Yama itu. King Yama bertanya sampai bila Jade Emperor membiarkan Mu Yeong tertanya-tanya siapakah pembuat onar itu. Jade Emperor diam sambil menyambung permainan mereka.
Arang melihat bilik Gim Eun Oh. Dia mahu mendengar di sebalik pintu biliknya tiba-tiba Gim Eun Oh membuka pintu dan terkejut melihat Arang berada di situ. Arang mengajak Gim Eun Oh melihat bunga bersamanya. Gim Eun Oh bersetuju.
Setelah menukar bajunya, mereka pergi melihat bunga-bunga yang sedang berkembang. Gim Eun Oh berkata bukankah Arang sudah biasa melihat bunga sewaktu menjadi hantu dahulu. Tetapi Arang berkata ini adalah kali pertama dia melihat bunga bersama Gim Eun Oh. Jadi keadaannya jadi berbeza dengan melihatnya bersendirian. Arang merapati Gim Eun Oh dan meminta buah peach darinya kerana perutnya lapar. Seharian dia tidak menjamah makanan kerana Gim Eun Oh berkurung di dalam biliknya sehingga dia tidak dapat mencari makanan. Arang kecewa apabila diberitahu yang dia tidak mempunyai buah itu sekarang.
Sewaktu dalam perjalanan balik, Arang bertanya kenapa Gim Eun Oh begitu bersungguh-sungguh mencari ibunya. Gim Eun Oh memberitahu Arang yang ibunya adalah seorang yang sangat kasihan. Sepanjang hidup ibunya banyak dihabiskan untuk membalas dendam kepada orang yang membuatkan keluarganya menjadi pemberontak. Tiada ruang dalam hidup ibunya untuk dia dan ayahnya. Ibunya terlalu sibuk dengan dunia membalas dendamnya. Pernah satu ketika dia membenci ibunya. Sehingga satu hari dia tersedar, selama ini dia terlalu membenci sehingga dia kehilangannya. Arang berkata bukankah sesuatu yang elok jika orang yang kita benci itu hilang. Gim Eun Oh melihat Arang dan dia tahu Arang tidak mengerti hubungan antara ibu dan anaknya.
Tiba-tiba mereka terserempak dengan sekumpulan lelaki yang cuba menyamun mereka. Mereka meminta Gim Eun Oh memberikan wang yang ada padanya kepada mereka. Gim Eun Oh mencampak sekeping wang dan berlalu dari situ. Lelaki itu tidak berpuas hati dan menyerang Gim Eun Oh. Gim Eun Oh sudah bersedia dan dapat mengelak serangan itu. Gim Eun Oh berkata siapakah mereka yang berani mencabar Magsitrate seperti untuk berlawan. Dia menyuruh Arang pergi jauh sedikit darinya.
Rupanya sekumpulan lelaki itu diupah oleh orang suruhan Lord Choe untuk mengajar Gim Eun Oh. Gim Eun Oh bersungguh-sungguh berlawan dengan sekumpulan lelaki itu. Tanpa mereka sedari, Mu Yeong memerhatikan pergaduhan itu. Tiba-tiba salah seorang dari penjahat itu mengeluarkan sebilah pisau dan membaling pisau itu ke arah Gim Eun Oh tetapi Gim Eun Oh melibas kembali pisau itu dan terkena kepadanya semula. Penjahat itu mati di situ. Mereka meneruskan pergaduhan lagi tanpa menghiraukan kematian rakan mereka itu.
Roh lelaki jahat itu keluar dari badanya. Arang memerhatikan sahaja tingkah laku roh lelaki itu. Arang berasa pelik kerana tiada penangkap roh yang datang mengambil roh itu. Tiba-tiba muncul 2 lembaga membawa roh lelaki itu dari situ. Sekali lagi Arang berasa pelik kerana lembaga itu berbeza dengan pengambil roh yang biasa dia nampak. Gim Eun Oh juga melihat kejadian itu. Mu Yeong yang berada tidak jauh dari situ melihat kejadian itu. Dia sengaja tidak memunculkan dirinya kerana mahu mengekori kemana roh lelaki itu dibawa tetapi dia melihat Arang mengekori lembaga itu. Terpaksa Mu Yeong juga mengekori mereka.
Gim Eun Oh masih lagi berlawan dengan kumpulan lelaki itu. Arang yang mengekori roh lelaki itu menegur lembaga yang mengambil roh lelaki itu. Mu Yeong yang melihat berasa kecewa dengan tindakan Arang itu. Pasti rancangannya gagal kerana perbuatan Arang.
Gim Eun Oh membelasah kesemua penjahat-penjahat itu sehingga semuanya mengaku kalah dan melarikan diri. Gim Eun Oh mencari Arang. Arang yang mahu di bunuh oleh lembaga yang membawa roh lelaki itu telah diselamatkan oleh Mu Yeong. Gim Eun Oh mendengar bunyi pedang. Dia melihat Arang mahu di bunuh oleh lembaga tadi. Gim Eun Oh datang dan berlawan denganya pulak. Mu Yeong melibas lembaga itu dengan pedangnya dan Gim Eun Oh melibas lembaga itu dengan kipasnya. Mu Yeong terkejut melihat kejadian itu. Begitu juga dengan Arang.
Arang menghampiri Mu Yeong dan bertanya apakah makhluk itu tetapi Mu Yeong memarahinya kerana menyebabkan rancangannya gagal. Arang yang tidak mengerti menuduh Mu Yeong tidak tahu berterima kasih padanya. Gim Eun Oh juga memarahinya kerana pergi tanpa pengetahuannya. Gim Eun Oh meminta Arang supaya tidak membuatkan dirinya bimbang. Arang tidak mengerti akan kata-kata Gim Eun Oh yang seolah-olah begitu mengambil berat tentang dirinya.
Lady tahu yang roh suruhanya telah kalah apabila tempayan tempat menyimpan roh itu pecah berderai. Dia tahu Mu Yeong pasti dapat menghalang tindakannya. Perasaan marahnya semakin memuncak.
Mu Yeong datang berjumpa Jade Emperor. Jade Emperor bertanya adakah dia dapat membawa balik banyak roh-roh. Mu Yeong mengiayakannya. Jade Emperor menyuruh Mu Yeong memberikannya segera kepada King Yama kerana King Yama perlu melakukan sesuatu supaya dia dapat meredakan kemarahannya. Mu Yeong berlalu walaupun sebenarnya dia mahukan kepastian dari Jade Emperor.
King Yama menegur Jade Emperor yang sedang memikirkan tentang Mu Yeong. King Yama bertanya adakah Mu Yeong sudah tahu siapa pembuat onar itu. Jade Emperor berkata mungkin dia tahu berdasarkan gerak hatinya tetapi tidak berani untuk bertanya. Jade Emperor berkata kepada King Yama yang dia tidak berapa mengerti hati manusia. King Yama menegaskan yang hati manusia hanya boleh dibahagikan kepada dua sahaja iatu baik atau jahat. King Yama bertanya samada Mu Yeong itu baik atau jahat. Melihat Jade Emperor begitu susah untuk berkata-kata, King Yama menarik balik kata-katanya memandangkan Mu Yeong itu bukan manusia seperti yang mereka bincangkan. Jade Emperor hanya tersenyum dengan perlakuan King Yama itu.
Gim Eun Oh menunggu Arang keluar dari biliknya. Dia mahu menerangkan kenapa dia berkelakuan begitu. Arang memberitahunya yang dia tahu kenapa Gim Eun Oh begitu. Ini semua kerana ibunya. Gim Eun Oh berasa bimbang sekiranya sesuatu terjadi kepadanya maka susahlah Gim Eun Oh mahu menjejaki ibunya. Gim Eun Oh gembira kerana Arang mengerti apa yang mahu disampaikannya.
Gim Eun Oh mahu Arang belajar cara mempertahankan diri. Arang berkata dia tahu semuanya. Bukankan dia sudah biasa bergaduh sewaktu menjadi hantu dulu. Gim Eun Oh tidak menghiraukan kata-kata Arang itu. Dia mahu mengajar cara-cara berlawan sekiranya ada orang memeluknya. Sebaik sahaja Gim Eun Oh memeluknya, Arang terus membelasah Gim Eun Oh sehingga Gim Eun Oh tergolek ke tanah. Arang tersedar yang dia telah membelasah Gim Eun Oh. Gim Eun Oh mengerang kesakitan.
Arang menyesal kerana membuatkan Magistrate sebelumnya ini mati. Dan membuatkan pekan itu menjadi kacau bilau. Arang meminta maaf kepada mereka semua. Nanti apabila dia dah pergi ke Underworld jugak dia akan mencari mereka dan meminta maaf dari mereka.
Orang suruhan Lord Choe menangkap dan membelasah seorang lelaki yang mundar mandir di hadapan pejabat Magistrate. Dia bertanya kenapa lelaki itu berkelakuan begitu. Apakah yang mahu di cakapkan dengan Magistrate. Tetapi lelaki itu hanya mendiamkan diri dan rela dipukul dengan teruk.
Di luar rumah Lord Choe, anak lelaki yang dibelasah itu menjerit memanggil-manggil ayahnya. Dia meminta supaya ayahnya dilepaskan oleh Lord Choe. Pembantu di rumah Lord Choe cuba menghalau kanak-kanak itu dengan menggugutnya supaya pergi dari situ sebelum Lord Choe nampak kejadian itu. Tetapi sudah terlambat. Lord Choe sudah ternampak dan kanak-kanak itu sempat berpaut di kaki Lord Choe meminta supaya ayahnya dilepaskan. Rupanya Lord Choe tidak mengetahui apa yang terjadi. Selepas di terangkan oleh pembantu rumahnya barulah Lord Choe tahu kedudukan sebenarnya. Lord Choe bersungut kerana orang suruhannya membuat sesuatu yang tidak diarahkan olehnya tetapi tidak menghentikan perbuatannya itu.
Lord Choe ternampak kelibat Ju Wal. Dia memerhatikan Ju Wal dengan perasaan jengkel. Dalam hatinya berkata bagaimana Ju Wal buleh hidup lagi selepas dia gagal mendapatkan roh pada masa yang ditetapkan. Dia mulai mengesyaki sesuatu. Dia merasakan yang Ju Wal dan Lady ada membuat rancangan tanpa pengetahuannya.
Ju Wal berjumpa Lady untuk bertanya tentang kewujudan Arang. Adakah Arang itu manusia. Lady naik angin dengan Ju Wal yang terlalu banyak soalan. Buat sahaja apa yang diarahkannya. Ju Wal ketakutan selepas dimarahi begitu. Dia keluar dari bilik Lady. Sebenarnya Lady tahu, kewujudan Arang adalah rancangan Jade Emperor untuk menangkapnya.
Gim Eun Oh bergegas ke bilik Arang. Tetapi langkahnya terhenti apabila terpandang Ju Wal berdiri di situ. Gim Eun Oh bertanya kenapa Ju Wal berada di situ. Ju Wal menerangkan yang dia mahu bertemu dengan Arang. Gim Eun Oh bertanyakan tujuannya mahu bertemu dengan Arang. Ju Wal tidak mahu memberitahu Gim Eun Oh kerana dia merasakan tidak perlu baginya memberitahu Gim Eun Oh kerana Gim Eun Oh bukan sesiapa dengan Arang.
Sedang mereka berbicara, Arang muncul di situ. Ju Wal terus mendapatkan Arang dan mengajaknya keluar untuk melakukan apa yang dirancangkan semalam. Arang memandang Gim Eun Oh yang merenungnya. Arang bersetuju mengikut Ju Wal. Perbuatannya itu membuatkan Gim Eun Oh naik angin.
Arang menerangkan pada Gim Eun Oh dia mahu bertanya kepada Ju Wal kenapa Ju Wal tidak mengetahui rupa tunangnya sendiri. Adakah Ju Wal benar-benar tidak tahu atau sengaja tidak mahu menunjukkan yang dia tahu tentang tunangannya. Gim Eun Oh terdiam mendengar kata-kata Arang itu.
Dol Soe kehairanan melihat Arang keluar dengan Ju Wal. Dia bertanyakan perkara itu kepada Gim Eun Oh. Dol Soe berkata mereka berdua nampak sepadan bersama. Kata-kata Dol Soe menambah baran Gim Eun Oh. Dia mahu mengejar Arang. Dia mahu menghalang Arang keluar dengan Ju Wal.
Gim Eun Oh melihat kelibat Arang dan Ju Wal. Dia mahu mengejar mereka tetapi seorang kanak-kanak datang menerpa ke kakinya dan merayu supaya menyelamatkan ayahnya yang dikurung dan di belasah oleh orang-orang Lord Choe. Gim Eun Oh menyuruh Dol Soe pergi ke rumah Lord Choe tetapi Dol Soe tidak mahu kerana dia hanyalah orang suruhan Gim Eun Oh. Masakan Lord Choe mahu mendengar kata-katanya. Kanak-kanak itu datang lagi ke kaki Gim Eun Oh. Dia meminta Gim Eun Oh pergi menyelamatkan ayahnya. Gim Eun Oh tidak hiraukan permintaan kanak-kanak itu dan berlalu dari situ. Tetapi seketika kemudian dia terhenti. Kanak-kanak itu meningatkannya sesuatu. Bersambung ....
Para pelakon :
Lee
Joon Ki sebagai Magistrate Gim Eun Oh
Sin
Min Ah sebagai Arang / Lee Seo Rim
Yeon
Woo Jin sebagai Joo Wal
Kwon
O Joong sebagai Dol Seo
Hwang
Bo Ra sebagai Bang Ool
Han
Jeong Soo sebagai Mu Yeong
Yoo
Seung Ho sebagai Jade Emperor
Park
Joon Gyoo sebagai King Yama
* Lebih mendebarkan episod 9 ni ... banyak rahsia dah mulai terdedah ... si Magistrate dah mulai ada perasaan pada Arang ... cuma dia tidak mengakuinya ... Arang pun mula ada perasaan pada Magistrate ... masing2 tak nak mengaku ... konon2nya semua tu sebab nak cari mak dia jek ... padahal memang Magistrate tu amik berat pada si Arang tu ... hehe ... si Dol Soe pun dah mulai ada feeling kat bomoh Bang Ool ... sama jugak ngan bomoh Bang Ool pun ... tapi masing2 buat tak de apa-apa ... tak pe ... episod 10 nanti mengaku la kot ... hehe ... nantikan jek la yer sambungannya .... layanzzzzzz
0 comments:
Post a Comment