Friday, November 09, 2012

Sinopsis Korean Drama 'Arang And The Magistrate - episod 10'


Arang And The Magistrate
Episod 10


Sinopsis oleh : aznanie

Sambungan episod 9 ...

Ju Wal membawa Arang berjalan-jalan ke pekan. Dia bercadang mahu membuatkan Arang sehelai baju tanda persahabatan mereka. Arang yang pada mulanya menolak, akhirnya menurut sahaja. Selepas itu mereka berjalan-jalan di sekitar pekan itu. Arang mengambil beberapa biji buah peach. Ju Wal hanya melihat kelakuan Arang yang sungguh aneh pada pandangannya.


Gim Eun Oh menyuruh Dol Soe mengikutnya ke rumah Lord Choe untuk membebaskan ayah kanak-kanak yang ditahan di rumah Lord Choe itu. Gim Eun Oh berkata sekiranya terjadi sesuatu kepada Arang, Dol Soe yang akan bertanggungjawab. Dol Soe berasa jengkel dengan kata-kata Gim Eun Oh itu. Padanya tiada apa yang akan terjadi kepada Arang kerana Arang keluar bersama seorang lelaki yang dihormati dan disegani oleh penduduk di Miryang itu.


Magistrate Gim Eun Oh berjumpa dengan Lord Choe. Dia mahukan Lord Choe membebaskan lelaki yang dikurungnya. Lord Choe mendakwa yang lelaki itu melakukan jenayah dan sedang di soal siasat. Magistrate Gim Eun Oh berkata soal siasat penjenayah adalah tugasnya. Bukan tugas Lord Choe. Jika Lord Choe masuk campur dalam urusan tugasnya bermakna Lord Choe tidak mengikut perintah yang dikeluarkan oleh raja. Ini kerana perlantikan dirinya sebagai Magistrate di luluskan oleh raja. Lord Choe berasa geram dengan kata-kata Gim Eun Oh itu tetapi terpaksa menyerahkan lelaki itu.

Orang suruhan Lord Choe memperli Gim Eun Oh adalah dari golongan bawahan. Gim Eun Oh yang kegeraman terus menumbuknya. Dia berkata sekiranya ayahnya tahu apa yang dilakukannya, ayahnya akan menghukum dirinya bukan orang yang berada di belakangnya.

Dol Soe memberitahu Magistrate Gim Eun Oh akan masalah yang menimpa orang kampung. Mereka meminjam duit dari Lord Choe tetapi Lord Choe mengenakan bunga yang tinggi sehingga mereka tidak mampu untuk membayarnya semula.

Magistrate Gim Eun Oh menyuruh Dol Soe memberitahu orang kampung yang dia mahu memberikan mereka bekalan makanan di pejabatnya. Semua penduduk kampung berduyun-duyun datang mengambil bekalan makanan di situ. Dol Soe pening kepala melihat tindakan Gim Eun Oh itu. Dia berkata yang bilik stor di pejabat mereka itu adalah bilik stor simpanan makanan Lord Choe. Gim Eun Oh membantah kata-kata Dol Soe itu. Dia menegaskan yang bilik stor itu terletak di pejabatnya maka itu adalah miliknya dan suka hatinya lah apa yang mahu dia lakukan keatasnya. Dol Soe memberitahu supaya jangan melibatkan diri dengan orang seperti Lord Choe. Kerana Lord Choe akan melakukan apa sahaja jikalau keselesaan dirinya tergugat. Gim Eun Oh tidak peduli kata-kata Dol Soe itu.


Ju Wal bertanya kenapa Arang makan seperti orang yang begitu kelaparan hari ini. Arang berkata selagi ada peluang untuk makan dia akan makan. Dulu dia selalu kelaparan walaupun banyak makan. Sekarang dia terpaksa berlapar jikalau Magistrate tidak mahu makan. Tiba-tiba dia teringat yang Magistrate Gim Eun Oh belum makan seharian ini. Dia bimbang sekiranya Gim Eun Oh pengsan kerana kelaparan.

Arang memberitahu yang dia mahu bertanyakan sesuatu kepada Ju Wal tetapi belum masanya. Dia belum bersedia sebenarnya. Tiba-tiba dia teringat keadaan Gim Eun Oh. Arang takut Gim Eun Oh pengsan kerana kelaparan. Tiba-tiba dia ternampak Gim Eun Oh sedang memerhatikan dirinya. Gim Eun Oh menghampiri Arang dan Ju Wal. Ju Wal memberitahu yang dia menemani Arang balik kerana hari sudah malam. Gim Eun Oh menghulurkan tanganya kepada Arang. Dia menyuruh Arang naik ke atas kuda bersamanya. Arang terpaksa mengikut Gim Eun Oh. Kepada Ju Wal di pesan supaya berhati-hati dalam perjalanan pulang kerana banyak penjahat di waktu malam hari. Ju Wal hanya tersenyum mendengar kata-kata Arang itu.

Gim Eun Oh membawa Arang ke satu tempat untuk menenangkan fikirannya. Dia bertanya samada Arang sudah menanyakan soalan yang mahu ditanya kepada Ju Wal atau belum. Arang berkata dia tidak sanggup bertanya. Arang memberitahu Gim Eun Oh tentang Ju Wal membuatkannya sehelai baju. Dia tertanya-tanya kenapa tunang Lee Seo Rim itu membuatkan baju untuknya. Adakah Ju Wal pernah membuatkan Lee Seo Rim baju seperti yang dibuat untuknya atau tidak pernah seperti mana Ju Wal tidak pernah mengenali diri Lee Seo Rim.

Kata-kata Arang itu membuatkan Gim Eun Oh berang. Dia berkata yang Ju Wal itu bukankah ikhlas melakukan semua itu. Pasti ada sesuatu yang dimahukan dari Arang. Arang tidak mengerti dengan sikap Gim Eun Oh. Dia bertanya kenapa Gim Eun Oh begitu mengambil berat akan dirinya. Adakah Gim Eun Oh suka pada dirinya. Gim Eun Oh menafikan yang dia suka pada Arang. Arang berkata jangan sukakan dirinya kerana dia mempunyai 2 bulan mengambang sahaja lagi. Sekiranya di dalam tempoh itu dia tidak dapat mencari siapa pembunuhnya, dia akan di hantar neraka. Tetapi jikalau dia dapat mencari siapa pembunuh dirinya, dia telah meminta kepada Jade Emperor supaya membenarkan dia ke syurga. Tak kiralah dapat atau pun tidak, yang pastinya Arang pasti akan pergi dari dunia ini juga. Gim Eun Oh terkejut mendengar kata-kata Arang itu.


Lady mulai mendesak Ju Wal supaya mempercepatkan usaha untuk membawa Arang kepadanya. Ju Wal masih ragu-ragu untuk menyerahkan Arang kepada Lady. Dia sengaja tidak memberitahu tentang tentangan dari Gim Eun Oh kerana tidak mahu Lady campur tangan dalam urusannya.

Bang Ool mulai curiga kenapa Dol Soe berubah menjadi lebih bersopan apabila bercakap dengannya. Kalau dahulu Dol Soe selalu berkasar dengan dirinya. Dol Soe tergagap-gagap menjawab soalan Bang Ool itu. Apabila Dol Soe berkata yang dirinya berasa sesuatu apabila tanganya menyentuh bibir Bang Ool dahulu. Bang Ool pun berasa sesuatu dan tergesa-gesa berlalu dari situ. Dia berasa malu untuk berhadapan dengan Dol Soe.

Gim Eun Oh pulang bersama Arang. Sesampainya di pintu masuk pejabatnya, Gim Eun Oh terus masuk ke dalam tanpa menghiraukan Arang atau Dol Soe. Dol Soe bertanya kepada Arang kenapa Gim Eun Oh berperangai begitu. Arang tidak memberikan jawapan yang dikehendakinya. Dol Soe terus-terusan bertanya Arang yang tidak mahu melayan Dol Soe.

Bang Ool yang mengambil bukunya yang tertinggal terserempak dengan Magistrate Gim Eun Oh tetapi dia hanya nampak wajah Magistrate Gim Eun Oh sekali imbas sahaja. Tetapi dalam hatinya dia berkata yang dia seperti biasa melihat wajah itu. Tetapi diyakininya itu bukanlah orang yang sama. Dia ternampak Dol Soe sedang menghalang perjalanan Arang dan Arang mengelak dari Dol Soe. Dia terdengar suara Arang. Dia merasakan yang suara itu seperti biasa didengarinya. Tetapi dia tidak pasti dimana. Arang terserempak dengan Bang Ool. Dia cepat-cepat melarikan diri. Dia tidak mahu mendedahkan siapa dia sebenarnya pada Bang Ool. Dol Soe mendapatkan Bang Ool. Bang Ool hanya mencebik kepadanya dan terus berlalu.


Mu Yeong mulai tertanya-tanya. Siapakah Gim Eun Oh sebenarnya. Bagaimana manusia sepertinya dapat berlawan dengan roh jahat itu. Bagaimana manusia seperti Gim Eun Oh dapat memiliki kipas yang mempunyai kuasa yang sebegitu. Simbol yang ada pada kipas itu mengingatkan Mu Yeong pada sesuatu tetapi dia tidak pasti.


Lord Choe naik angin apabila mengetahui yang Magistrate Gim Eun Oh telah menyentuh stor bekalan makanannya. Dia memarahi orang suruhannya yang gagal  menghalang Magistrate Gim Eun Oh bertindak begitu. Dia mahu orang suruhannya itu mencari jalan untuk menghapuskan Gim Eun Oh. Dia mahu orang suruhannya itu membawa pulang kepalanya sebagai bukti.

Dol Soe memberikan baju Gim Eun Oh yang telah dicuci ke biliknya. Dia memberitahu ada tulisan seperti mentera dalam baju itu. Gim Eun Oh tidak mengendahkannya dan hanya menyuruh Dol Soe meletakkan sahaja. Dol Soe meminta Gim Eun Oh membuka stor milik Lord Choe kerana ada seseorang yang amat memerlukannya. Gim Eun Oh tidak memperdulikan permintaan Dol Soe itu. Dia bergegas keluar dari situ. Dol Soe kecewa dengan sikap Gim Eun Oh itu.

Bang Ool sibuk untuk mengingatkan kembali suara Arang itu. Suara yang biasa di dengarinya dulu. Tetapi dia tidak ingat di mana dan milik siapa suara itu. Puas dia cuba mengingati tetapi tetap tidak berjaya. Tiba-tiba dia terdengar suara Dol Soe. Dol Soe datang ke rumahnya untuk memberikannya bekalan makanan dan daging kepadanya. Bang Ool menyuruh Dol Soe tidak melayannya begitu kerana dia tidak mahu Dol Soe terlalu baik denganya. Dol Soe tidak faham maksud Bang Ool itu. Tetapi bila Bang Ool berkata supaya Dol Soe melayannya dengan kasar seperti kebiasaannya, barulah Dol Soe faham apa yang dimaksudkan oleh Bang Ool.


Jade Emperor menyuruh dayangnya membesarkan api air tehnya. Tetapi dayangnya menolaknya. Puas Jade Emperor menyuruh berbuat begitu tetapi dayangnya tetap tidak mahu. Jade Emperor terpaksa mengalah dengan kelakuan dayangnya itu. Bila dia bertanya samada dayang meletakkan bunga yang tumbuh  dibelakang kambingnya atau tidak. Dayangnya menjawab dia sudah memasukkannya  tetapi ianya tidak akan memberikan apa-apa perbezaan. Ini kerana ianya belum terbukti berkesan. Jade Emperor mulai naik angin dengan kedegilan dayangnya itu sehingga Jade Emperor berkata patutlah dayangnya itu keseorangan kerana rakan-rakannya tidak mahu berkawan denganya kerana kedegilannya itu. Apabila dayangnya itu memandang Jade Emperor, timbul rasa serba salah pada Jade Emperor dan dia melarikan diri apabila terpandang King Yama yang sedang mencarinya.


Jade Emperor mendapatkan King Yama yang mencarinya. King Yama bertanya kenapa Jade Emperor tidak memberitahu Mu Yeong mengenai adiknya, Mu Yeon adalah pembuat onar selama ini. King Yama mendesak Jade Emperor memberitahu Mu Yeong tentang perkara itu. King Yama bengang kerana tidak dapat berbuat apa-apa walaupun tahu apa yang sebenarnya tadi. Jade Emperor menegaskan yang mereka tidak dapat berbuat apa-apa selagi Mu Yeon masih berada di dalam badan manusia. King Yama mengandaikan yang rancangan Jade Emperor tidak berjalan dengan lancar seperti yang dirancangkan. Tetapi Jade Emperor menafikan dan memberitahu rancangannya masih berjalan seperti yang dijangka olehnya.


Gim Eun Oh masih tidak berpuas hati dengan kata-kata Arang yang Ju Wal menempahkannya sehelai baju. Dia mengheret Arang ke kedai baju semula dan memaksa pekedai itu mengambil ukuran Arang. Pekedai itu hairan kerana Gim Eun Oh tahu akan ukuran badan Arang dan tertanya-tanya apa hubungan Gim Eun Oh dengan Arang dan apakah pula hubungan Arang dan Ju Wal. Gim Eun Oh mahu pekedai itu menyiapkan pakaian itu pada hari esok dan membayar dengan harga yang begitu mahal sekali.


Arang mempersoalkan tindakan Gim Eun Oh membuat baju untuknya sedangkan Ju Wal sudah menempah baju untuknya juga. Gim Eun Oh mahukan Arang memakai baju yang ditempah olehnya. Arang tidak puas hati dan memberitahu suka hati dia lah mahu memakai baju yang ditempah oleh siapa. Gim Eun Oh naik angin. Dia kembali ke kedai baju itu dan memberi wang kepada pekedai baju itu dan menyuruh pekedai itu memusnahkan baju yang ditempah oleh Ju Wal. Arang bengang dengan tindakan Gim Eun Oh itu dan mula mempersoalkannya. Gim Eun Oh berkata dia akan menghantar Arang ke syurga. Jadi, Arang tidak perlu memilih untuk bersama dengan lelaki lain bagi membolehkan dirinya pergi ke syurga.

Gim Eun Oh membawa Arang ke suatu tempat. Jauh perjalanan mereka. Arang teringat saat-saat dia berjalan mengikut Mu Yeong ke dunia kematian. Saat-saat dia terlontar di dalam air terjun yang mengerikan dan berjumpa dengan lembaga penjaga pintu masuk ke dunia kematian itu. Semuanya masih jelas di fikirannya.

Arang geram dengan Gim Eun Oh yang masih tidak mahu memberitahu arah tujuan mereka. Gim Eun Oh hanya berkata dia mahu membawa Arang ke syurga. Akhirnya, mereka tiba di suatu tempat yang dipenuhi dengan bunga-bungaan. Gim Eun Oh berkata inilah syurga itu. Arang berkata ianya tidak sama kerana tidak ada 2 orang tua. Gim Eun Oh memberitahu cukuplah dengan sekadar bunga-bungaan kerana Arang mahu dilahirkan semula sebagai rama-rama. Arang terdiam dan menikmati keindahan bunga-bungaan itu.


Arang dan Gim Eun Oh duduk di situ. Arang meletakkan sekuntum bunga di telinganya dan membuatkan Gim Eun Oh ketawa. Dia teringat sewaktu di kampungnya dulu, ada seorang gadis yang suka memakai bunga di telinga seperti Arang. Tiba-tiba suatu hari, gadis itu hilang dan muncul sebagai hantu dan mengekorinya. Arang bertanya bilakah Gim Eun Oh berkebolehan melihat hantu. Adakah sewaktu dilahirkan dia sudah mempunyai kebolehan itu.


Gim Eun Oh bercerita yang sewaktu kecil dia sakit dan hampir mati. Setelah pulih, barulah dia dapat melihat hantu. Sampaikan semua orang kampung membuat khabar angin mengatakan seorang anak hamba kena rasuk dengan hantu. Nasib baik ayahnya seorang yang berkuasa di situ. Ayahnya menghilangkan khabar angin itu dan meletakkan nama keluarganya pada namanya. Dia bersyukur sangat kerana ayahnya begitu baik dan mengambil berat akan dirinya.

Arang bertanya apa akan dilakukan oleh Gim Eun Oh apabila bertemu dengan ibunya nanti. Gim Eun Oh berkata dia mahu bertanya apaka makna kewujudan dirinya pada ibunya. Dan dia mahu ibunya hidup bersama dengannya. Hanya mereka berdua sahaja. Arang mengulangi kata-kata Gim Eun Oh. Mahu hidup berdua sahaja. Dia berkata yang sewaktu itu mungkin dia sudah berada di syurga. Dan Gim Eun Oh mengiyakan kata-kata Arang itu. Bersambung ....
 

Para pelakon :
Lee Joon Ki sebagai Magistrate Gim Eun Oh
Sin Min Ah sebagai Arang / Lee Seo Rim
Yeon Woo Jin sebagai Joo Wal
Kwon O Joong sebagai Dol Seo
Hwang Bo Ra sebagai Bang Ool
Han Jeong Soo sebagai Mu Yeong
Yoo Seung Ho sebagai Jade Emperor
Park Joon Gyoo sebagai King Yama




0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...