Wednesday, October 31, 2012

Sinopsis Cerekarama 'Ajaibnya Cinta'

Cite yang sangat lawak ... berdekah-dekah kami anak beranak ketawa ... sarat ngan lagu hindustan ... lagu-lagu lama ... dari filem Bobby ... hehe ... kisah tentang Effendi (Johan Ashari) yang kaki pecah rumah ... ada awek nama Musliha (Nur Anzalna Nasir) ... awek cun oooo ... tu yang membuatkan Ramli (Qhusairi Razali) tidak puas hati dengannya ... dia tidak faham kenapa Musliha buleh jatuh cinta pada Effendi sedangkan semua orang tahu yang Effendi tu kaki pecah rumah orang ... introoo jek ni ... layan jek la sinopsis cerekarama Ajaibnya Cinta ni ...



Sinopsis oleh : aznanie 


Effendi tidak mempunyai pekerjaan. Kerjanya cuma memecah masuk rumah orang dan menyamun barangan di rumah itu. Effendi mempunyai seorang kekasih yang bernama Musliha. Musliha tidak percaya pada cakap-cakap orang yang Effendi itu adalah seorang penyamun. Dia menganggap semua itu adalah fitnah bertujuan untuk memburuk-burukkan Effendi. Orang yang paling tidak sukakan hubungannya dengan Musliha adalah Ramli. Ramli seorang penggangur tetapi ibubapanya kaya. Effendi mencuri sebentuk cincin dan memberikannya pada Musliha. Dia tahu yang Musliha suka jika dia memberikan hadiah yang sebegitu.


Ramli memperli Effendi kerana tidak mampu membelikan tiket untuk membawa Musliha menonton perlawanan bola sepak. Ramli dengan bangganya menayangkan tiket perlawanan bola kepada mereka berdua. Effendi membuat keputusan untuk mencuri tiket itu daripada Ramli.

Malam itu, Effendi masuk ke dalam rumah Ramli. Sedang dia sibuk mengelongkar untuk mencari tiket perlawanan bola itu, tiba-tiba Ramli masuk ke biliknya. Teruk Effendi di belasah oleh Ramli. Apabila mengetahui yang pencuri itu adalah Effendi, Ramli telah mengikat Effendi di sebatang pokok dan memanggil Musliha dan orang kampung untuk membuktikan siapa Effendi yang sebenarnya. Musliha kecewa apabila mengetahui yang Effendi benar-benar seorang pencuri. Ramli mengambil kesempatan untuk mengurat Musliha. Puas Effendi merayu supaya Musliha memberikannya peluang kedua tetapi tidak diendahkan oleh Musliha.

Hari jadi Musliha telah tiba. Effendi mahu mencari hadiah untuk Musliha. Dia nekad mencuri lagi di rumah seorang janda. Sedang dia mengeledah rumah itu, tiba-tiba dia terpandang gambar di dinding bilik itu. Dia terpaku melihat gambar itu. Hatinya berdebar. Tanpa diduga, lampu suluh yang dibawanya terjatuh. Bunyi itu mengejutkan tuan rumah yang sedang tidur. Tuan rumah itu adalah seorang janda yang bernama Fatin. Fatin ni melatah orangnya. Dia membelasah Effendi sehingga Effendi tidak dapat melarikan diri.

Fatin memberikan air kepada Effendi. Effendi hairan kenapa Fatin tidak menghantarnya ke balai polis. Fatin menasihati Effendi supaya jangan mengulangi perbuatan itu. Fatin memberikan pekerjaan kepada Effendi iaitu menjadi penjaga kambing-kambingnya. Effendi bersetuju kerana dia memang mahu bekerja tetapi tiada orang yang mahu memberikan pekerjaan kepadanya memandangkan dia tidak mempunyai pelajaran yang tinggi.

Kebaikan dan keperihatinan Fatin telah memutikkan perasaan di hati Effendi. Dia mulai jatuh cinta dengan Fatin. Walaupun sedar jarak usia antara mereka, namun itulah yang dinamakan cinta. Tanpa Effendi sedar Fatin juga mempunyai perasaan yang sama dengannya tetapi Fatin tidak menyatakannya kerana sedar keadaan dirinya yang jauh lebih tua dari Effendi.

Kepulangan Nilam menghuru-harakan keadaan. Nilam juga jatuh cinta pada Effendi. Nilam mencurahkan rasa hatinya pada Effendi dan reaksi Effendi membuatkan Nilam salah sangka. Nilam memberitahu ibunya, Fatin yang dia sudah jatuh cinta dengan Effendi. Fatin meminta Effendi menerima cinta Nilam dan melupakan dirinya tetapi Effendi tidak mahu. Dia cintakan Fatin bukannya Nilam. Nilam hanya di anggap sebagai kawan sahaja.

Nilam kecewa apabila diberitahu yang Effendi mencintai ibunya. Dia merasakan yang ibunya tidak layak bergandingan dengan Effendi. Effendi terlalu muda dan hanya layak bergandingan dengan orang muda sepertinya. Fatin bimbang melihat keadaan Nilam yang tidak mahu bercakap dan bermesra dengannya. Fatin mahu memujuk Effendi menerima Nilam tetapi Nilam tidak mahu. Nilam marah dan balik ke asramanya.

Effendi meminta ibunya meminang Fatin. Pada mulanya, ibunya tidak mahu dan rasa ragu-ragu tetapi setelah diyakini oleh Effendi barulah ibunya berani untuk meminang Fatin. Memandangkan Fatin tiada saudara mara yang lain, hanya dia dan kawan baiknya sahaja yang menyambut rombongan keluarga Effendi. Setelah didesak supaya meletakkan harga hantaran, Fatin meminta Rm 20 ribu serta 1 dan hantaran mestilah dari barangan yang berjenama. Rombongan keluarga Effendi terkejut dan Fatin tersedar dari tidurnya. Rupanya Fatin bemimpi. Akhirnya Effendi dan Fatin pun berkahwin. Tamat ....


Para pelakon :
Johan Ashari sebagai Effendi
Umie Aida sebagai Fatin
Anzalna Nasir sebagai Musliha
Qusairi Razali (QI) sebagai Ramli
Nadia Nissa sebagai Nilam

Pengarah : Erma Fatima

* Sukeee cite ni ... kelaka sangat ... tak henti-henti ketawa sampai abis cite ... bab lagu hindustan tu pun lawak jugak ... siap joget-joget padahal tengah mencuri ... tengah jaga kambing pun sempat joget nyanyi lagu hindustan .. hahaha ... enjoy sangat cite ni ... best ... syabas untuk Erma Fatima ... cite ni memang ada kelainan dari cerita-cerita yang biasa ditayangkan ... harap-harap cite Ajaibnya Cinta ni buleh menang Anugerah Skrin minggu depan ni ... hehe

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...