Saturday, October 06, 2012

Sinopsis Cerekarama 'Bedah Tong Gas'

Nak buat sinopsis cerekarama tajuk Bedah Tong Gas ... aritu dah buat sinopsis Bedah Tong Gas Nak Raya .. masa musim raya ari tu ... kelaka cite ni ... keras perut ketawa ... pulak tu tengok sambil kerja ... kena kontrol la ketawa ... hahaha ... cite mengenai Bedah yang mewarisi perniagaan arwah ayah dia ... menjual tong gas ... bayangkan perempuan muda yang kurus kering  .. mengangkat tong gas dan menghantar gas rumah ke rumah dengan motosikal ... hehe ... pastu ada 2 orang jejaka kampung yang sedikit nakal asik nak mengacau Bedah ... padahal dia suka kat Bedah ... tapi tak tau cara ... tu yang suka mengacau ... hehe ... jom la layan sinopsis Bedah Tong Gas ni ...


Sinopsis oleh : aznanie

Pak Hamid Gurhga telah mewasiatkan perniagaan tong gas nya kepada satu-satunya anaknya, Bedah. Semenjak itu Bedah mengusahakan perniagaan ayahnya itu. Bermacam-macam cara digunakan oleh Bedah untuk memajukan perniagaan tong gas nya itu. Kiah, kawan baiknya telah mengajarnya membuat akuan facebook dan tweeter untuk memudahkan pelanggannya membuat tempahan tong gas.

Kerana kelasakan Bedah, dia menjadi bahan usikan pemuda kampung, Zamree dan Ucop.  Zamree dan Ucop tidak mempunyai pekerjaan yang tetap. Ucop berangan mahu menjadi usahawan berjaya dengan menjual tikus. Dia mengajak Zamree mengikutnya tetapi ditolak oleh Zamree. Zamree lebih gemar menghabiskan masanya dengan melepak di rumah dan mengacau Bedah. Sebenarnya Zamree ada hati pada Bedah tetapi tidak tahu cara untuk memberitahu Bedah. Jadi, dia selalu mendajal Bedah untuk memikat Bedah.

Pak Kulup, ayah Zamree juga selalu memerhatikan Bedah. Pak Kulup ni duda. Bedah selalu memadankan Pak Kulup dengan ibunya. Mak Senah pun sukakan Pak Kulup. Mak Senah ni menjual jamu untuk kuruskan badan tetapi badan dia punyalah besar. Macam mana orang nak beli jamu dia dengan saiz badan dia yang besar tu.

Suatu hari, Zamree ke kedai Bedah untuk menghantar kerusi kerana di suruh oleh ayahnya. Kebetulan ada pelanggan yang nak beli tong gas. Bedah menyuruh Zamree menjaga kedainya sementara dia menghantar tong gas. Bedah terlupa menutup facebooknya. Zamree mendapat idea untuk mengenakan Bedah. Pada status Bedah, Zamree mengarang ayat yang Bedah mahu membuat zakat dengan memberi tong gas percuma kepada 100 pelanggan terawal yang sampai ke kedainya.

Sewatu melawati simpang tiga, sebuah van memandu laju di hadapan Bedah. Bedah tidak dapat mengawal motosikalnya dan dia terjatuh. Tong gasnya berteraburan di tepi jalan. Kebetulan, Pak Kulup melalui jalan itu dan menolong Bedah. Tiba-tiba seorang lelaki dan seorang perempuan mengucapkan terima kasih kepadanya dan mendoakan perniagaannya semakin maju. Bedah dan Pak Kulup kehairanan dengan situasi itu. Setibanya Bedah di kedainya, dia melihat beberapa orang sedang mengangkat tong gas masuk ke dalam kereta. Bedah kehairanan dan segalanya terjawab apabila di beritahu yang Bedah membuat zakat melalui facebook. Tahulah Bedah, ini semua angkara si Zamree yang mahu mendajalnya. Marah dengan kejadian itu, Bedah membuang nama Zamree dari akuan facebooknya. Zamree marah-marah dan menelifon Bedah tetapi dimarahi oleh Bedah semula.

Seorang kawan Bedah memperlawa Bedah mengikuti langkahnya berniaga MLM tetapi ditolak oleh Bedah. Dia tidak mahu melibatkan diri dalam apa-apa perniagaan selain perniagaan tong gasnya itu. Dia mahu menjadi jutawan dengan hanya menjual tong gas.

Semenjak Bedah mendapat kawan baru dalam facebooknya, dia selalu berbalas mesej. Dia begitu menyenangi kawan barunya itu yang bernama jejaka tong gas. Dia tidak mengetahui siapakah jejaka yang selalu bermesej dengannya itu tetapi itu bukan halangan untuknya mengenali jejaka itu.

Zamree dan Ucop membuat rancangan untuk mengenakan Bedah. Mereka menyamar sebagai Ah Soon dan  mahu membeli tong gas dan disuruh menghantar ke rumahnya. Apabila Bedah sampai ke rumah Ah Soon, Ah Soon terkejut apabila Bedah menyatakan dia ada mengoder tong gas sebanyak 4 tong. Setelah bertikam lidah dengan Ah Soon, tahulah Bedah yang dirinya telah di dajalkan oleh si Zamree dan si Ucop. Sakitnya hati Bedah bukan kepalang. Bedah mengadu perihal 2 orang budak nakal itu kepada jejaka tong gas dan jejaka tong gas memainkan peranan memujuk Bedah. Bedah mengajak jejaka tong gas bertemu dengannya.

Mak Senah tidak berputus asa memujuk orang kampung supaya membeli jamu kurusnya. Orang kampung sudah jelak dengan Mak Senah. Mereka menyatakan Mak Senah tidak sedar diri. Mak Senah pun tak kurus, ada hati nak jual jamu kurus kat orang lain.

Ucop bengang bila terlihat pesanan dari mak dan ayahnya yang meninggalkan dirinya sendirian di rumah. Semasa dia mahu memasak, rupa-rupanya gas di rumahnya telah habis. Dia merayu Bedah untuk memberikan tong gas kepadanya tetapi ditolak oleh Bedah. Ucop marah dan pergi mengadu kepada Zamree. Zamree mulai merasakan yang Bedah sudah menunjukkan taringnya dan berbahaya.

Sewaktu mahu pulang ke rumah setelah tutup kedai, Bedah mendapat kertas bebentuk roket dari jejaka tong gas yang mengajaknya berjumpa. Malam itu, Bedah bersiap-siap mahu berjumpa dengan jejaka tong gas tetapi Bedah tidak mahu memberitahu Mak Senah akan rancangannya itu. Alangkah terperanjatnya Bedah apabila mengetahui yang Pak Kulup adalah jejaka tong gas. Akhirnya setelah diberi penerangan oleh Pak Kulup, Bedah menerima Pak Kulup menjadi kekasihnya. Mereka berjumpa secara rahsia kerana menurut Pak Kulup belum tiba masanya lagi berita itu di ketahui oleh orang lain terutamanya Zamree dan Mak Senah.

Orang kampung menyerang Mak Senah apabila jamu yang diberi oleh Mak Senah telah menyebabkan wajah anaknya berubah menjadi hitam birat dan badannya menjadi lebih besar dari badan Mak Senah. Mereka mahukan ganti rugi tetapi tidak di hiraukan oleh Mak Senah. Terjadi perang mulut antara mereka. Mak Senah bersembunyi di dalam rumah sambil membebel.

Akhirnya hubungan cinta antara Pak Kulup dan Bedah di ketahui jugak oleh Zamree. Zamree menentang habis-habisan hasrat mereka untuk bersatu. Dia tidak dapat menerima Bedah sebagai mak tirinya. Mentelah Zamree memang ada hati dengan Bedah. Pak Kulup mulai buntu dengan penerimaan Zamree. Belum lagi Mak Senah yang tahu akan hubungan mereka. Bedah menyuruh Pak Kulup membelikan barangan dan memujuk Mak Senah supaya menerima hubungan mereka.

Pak Kulup mulai menjalankan misi untuk menawan hati Mak Senah. Apabila diberitahu yang Pak Kulup bercinta dengan Bedah. Mak Senah terus pengsan. Ucop mulai teringat kata-kata Zamree yang mahu mati. Sampai di rumah Zamree, dia melihat Zamree sedang memanjat bumbung rumahnya. Dia menyangkanya yang Zamree mahu membunuh diri dengan terjun dari bumbung rumahnya. Ucop segera mencari Pak Kulup. Pak Kulup sedang berusaha untuk mengangkat Mak Senah. Dia meminta Ucop menolongnya tetapi Ucop tidak mahu. Dia mahukan Pak Kulup balik untuk melihat Zamree dahulu. Setelah itu Ucop memanggil Bedah pula. Sesampainya di rumah Zamree, mereka terus menyabarkan Zamree supaya tidak terjun membunuh diri tetapi Zamree menidakkan tuduhan itu dengan menyatakan yang dirinya hanya mahu membetulkan antena tv kerana siaran tv tidak jelas.

Akhirnya setelah dipujuk oleh Bedah dan Pak Kulup, Zamree menerima dan merestui hubungan ayahnya dengan Bedah. Mak Senah pun merestui hubungan cinta anaknya, Bedah dengan Pak Kulup walaupun hatinya terkilan tidak dapat bersuamikan Pak Kulup.

Akhirnya Bedah dan Pak Kulup di satukan dalam majlis yang meriah. Mereka bersanding bersama tong gas mereka sekali. Zamree dan Ucop bersama memeriahkan lagi majlis persandingan Bedah dan Pak Kulup.

Satu tahun berlalu, Bedah mengandung anak mereka yang pertama. Pak Kulup bersama-sama membantu perniagaan Bedah. Sedang mereka berbual-bual, tiba-tiba Bedah rasa mahu bersalin. Pak Kulup membawa Bedah ke hospital dengan menaiki motosikal yang selalu digunakan Bedah menghantar tong gas. Tamat ...


Para pelakon :
 Noor Khiriah sebagai  Bedah
Syanie sebagai Mak Senah
Jalil Hamid sebagai Pak Kulup
Nasrizal (Bell) sebagai Zamree
Joey sebagai Ucop

Link : Bedah Tong Gas Nak Raya

* Best cite ni ... lawak bebeno ... tak sangka pulak si joey tu pun buleh wat lawak ... ingatkan dia ni serius jek .. malam ahad nanti 7/10/2012 ada ulangan cite ni dalam slot Anugerah Skrin ... tengok jangan tak tengok ... hehe




0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...