Sinopsis oleh : aznanie
Flash Back ( zaman dahulu):
Di Istana, semasa ayahnda Putera Mahkota bertanya kepada Putera Mahkota, Puteri Mahkota yang bagaimana yang di idamkan oleh Putera Mahkota untuk dijadikan Puteri Mahkota. Puteri Mahkota memberitahu yang dia sukakan sesuatu yang cantik seperti bunga. Hatinya akan gembira apabila memandang sesuatu yang cantik di depan matanya dan membuatkan dia ingin berjumpa dengan Puteri Mahkotanya setiap hari. Dan Putera Mahkota juga tidak mahu membiarkan Puteri Mahkota berada di bilik yang lain. Dia mahukan Puteri Mahkota sentiasa di sampingnya. Kata-kata Putera Makhota itu di sambut dengan gelak tawa ayahndanya dan para pembesar istana.
Bu Yong tidak sabar untuk memberitahu kakaknya, Hwa Yong tentang pemilihan Puteri Mahkota. Dia membayangkan yang kakaknya akan di pilih menjadi Puteri Mahkota. Hwa Yong berasa gembira dengan kata-kata Bu Yong itu. Dia berjanji kepada Bu Yong sekiranya dia berjaya menjadi Puteri Mahkota, dia akan membawa Bu Yong bersamanya. Makan makanan yang enak dan berpakaian cantik di dalam istana. Bu Yong berasa gembira dengan tuah yang melimpah pada kakaknya itu.
Malam itu, ayahnda Bu Yong memanggil mereka berdua menghadapnya. Hwa Yong dan Bu Yong sudah tahu apa yang mahu disampaikan oleh ayahnda mereka. Tetapi bila ayahnda mereka menyebut yang Bu Yong yang akan di pilih untuk menjadi Puteri Mahkota. Alangkah terperanjatnya mereka berdua. Hwa Yong tidak dapat menahan kesedihan sehingga mengalirkan air mata. Tetapi dia tidak dapat berbuat apa-apa untuk melawan kata-kata ayahndanya itu. Mahu tidak mahu dia terpaksa menurut perintah ayahndanya supaya membantu Bu Yong untuk masuk ke istana sebagai Puteri Mahkota.
Segala persiapan untuk memastikan Bu Yong menjadi Puteri Mahkota giat di lakukan. Pemilihan pakaian, kasut dan segala kelengkapan diri diuruskan oleh ibu mereka. Hwa Yong berasa sakit hati apabila ibu mereka meminta reben kepala milik Hwa Yong untuk diberikan kepada Bu Yong. Bu Yong tidak mahu ibunya meminta reben kepala milik kakaknya. Apa yang ada padanya sudah memadai.
Bu Yong tahu Hwa Yong sedih kerana diketepikan oleh ayahnda mereka. Dia mahu mengembirakan hati Hwa Yong. Dia membawa manisan ke bilik Hwa Yong. Di ketika itu, Hwa Yong sedang menyerika baju dengan menggunakan besi panas. Kedatangan Bu Yong di sambut sambil lewa oleh Hwa Yong. Pelawaan Bu Yong untuk makan manisan bersamanya di tolak. Hwa Yong menepis manisan di tangan Bu Yong hingga tercampak. Ketika Hwa Yong mahu mengambil manisan yang terjatuh di hadapannya, kakinya terpijak kainnya dan dia terdorong ke hadapan. Tangannya memegang besi panas dan dengan sengaja dia mencucuh muka Bu Yong menggunakan besi panas itu.
Di sebabkan kejadian itu, muka Bu Yong menjadi cacat kerana berparut akibat besi panas itu. Ayahnda mereka sangat marah tetapi tidak dapat berbuat apa-apa. Di sebabkan kejadian itu, Hwa Yong di minta mengantikan tempat Bu Yong. Maka, Hwa Yong pun dikahwinkan dengan Putera Mahkota dan menjadi Puteri Mahkota.
Putera Mahkota sangat suka pada adik iparnya, Bu Yong. Kerana Bu Yong sangat peka dan pandai menyelesaikan setiap teka-teki yang diberi olehnya. Hatinya terhibur setiap kali mendengar ayat-ayat yang dituturkan oleh Bu Yong.
Tanpa disedarinya, perbuatan Putera Mahkota itu tidak disenangi oleh Puteri Mahkota. Dia tidak mahu Bu Yong menjadi perhatian Putera Mahkota. Di sebabkan perkara itu, Puteri Mahkota mengaku yang dialah yang menyulam saputangan untuk Putera Mahkota itu sedangkan Bu Yong adalah orang yang menyulam sapu tangan itu.
Flash Back ( 300 tahun dari zaman dahulu ):
Pak Ha tinggal bersama ayahnya. Ayahnya berkahwin lagi dengan seorang perempuan yang bernama Man Ok dan mempunyai seorang anak perempuan bernama Se Na. Se Na tidak menyukai Pak Ha. Apabila ayah dan ibunya tidak berada di rumah, dia tidak memperdulikan Pak Ha. Sehingga Pak Ha terpaksa memasak sendiri untuk makan apabila dia lapar. Perbuatan Pak Ha itu buleh mengundang bahaya kerana Pak Ha masih terlalu kecil dan buleh mengakibatkan kebakaran di rumah. Man Ok memarahi dan merotan kaki Se Na kerana tidak menjaga Pak Ha dengan baik. Dendam Se Na pada Pak Ha semakin menjadi-jadi.
Di pasaraya, Se Na mengambil barangan dan memasukkan di dalam beg sekolah Pak Ha. Perbuatannya itu diketahui oleh pekedai itu. Pekedai itu mengeluarkan barangan yang dimasukkan ke dalam beg Pak Ha. Untuk menyelamatkan dirinya, Se Na menuduh Pak Ha yang mencuri barangan tersebut. Pak Ha dimarahi dan di pukul oleh Se Na.
Se Na mengulangi lagi perbuatannya. Kali ni di sebuah kedai runcit. Dia memasukkan barangan ke dalam beg sekolah Pak Ha. Dia tidak sedar yang ayah Pak Ha mengekori mereka ke kedai itu. Ayah Pak Ha melihat perbuatan jahat Se Na itu. Ayah Pak Ha sangat marah dan memukul kaki Se Na dan memarahinya.
Suatu hari, akibat kepenatan, Pak Ha berehat di dalam lori. Se Na memberitahunya supaya menunggunya di situ. Se Na pergi ke kedai membelikan sekotak air untuknya. Semasa pulang dari membeli air, Se Na terlihat Pak Ha tertidur di dalam lori itu. Timbul fikiran jahat di benaknya. Dia membaling minuman di dalam lori itu dan menutup penutup lori itu. Sewaktu Se Na mahu meninggalkan lori itu, Pak Ha terjaga dan membuka kain penutup lori itu. Dia melihat Se Na berdiri tidak jauh darinya. Dia menjerit memanggil nama Se Na. Se Na hanya mendiamkan diri. Tiba-tiba lori yang di naiki Pak Ha bergerak. Pak Ha panik dan memanggil-manggil nama Se Na tetapi Se Na terus berpaling dan meninggalkan Pak Ha di dalam lori yang sedang bergerak membawanya pergi.
........................................................................................
Putera Mahkota berasa sangat sedih dengan kejadian yang menimpa Puteri Mahkota kesayangannya itu. Dia merenung saputangan pemberian terakhir dari Puteri Mahkota. Airmatanya terkena pada rama-rama di saputangan itu. Tiba-tiba rama-rama itu bercahaya dan keluarlah seekor rama-rama yang bercahaya dan terbang keluar dari saputangan itu.
New York :
Rama-rama itu terbang merentasi zaman. Rama-rama itu berlegar di hadapan seorang lelaki. Lelaki itu tertarik dengan rama-rama itu. Dia memerhatikan arah rama-rama itu terbang dan rama-rama itu hinggap pada seorang gadis yang sedang berjualan epal di sebuah gerai. Gadis itu teruja melihat kecantikan rama-rama yang hingap di bahunya itu. Gadis itu tidak menyedari yang dirinya sedang diperhatikan oleh seorang lelaki. Lelaki yang bernama Tae Yong itu tertarik dengan gadis itu lalu melukis gambar gadis itu dengan rama-rama di bahunya. Akbiat terlalu leka, gadis yang bernama Pak Ha itu tidak menyedari yang epal-epalnya telah di curi oleh dua orang budak nakal. Kerana marah, Pak Ha membaling sebiji epal kepada mereka tetapi balingannya tersasar dan mengenai kepala Tae Yong. Kebetulan sepupu Tae Yong, Tae Mu tiba di tempat itu. Pak Ha meminta maaf dan terkejut apabila mendapati mereka berdua itu adalah orang korea. Kerana Tae Yong menutup mukanya maka Pak Ha tidak dapat melihat dengan jelas wajah Tae Yong.
Malam itu, Tae Yong dan Tae Mu minum di bar. Rupanya Pak Ha bekerja di situ pada malam hari. Tae Mu menyuruh Tae Yong mengajak Pak Ha keluar tetapi Tae Yong tiada keberanian untuk berbuat demikian. Semasa Tae Mu ke bilik air, dia terdengar perbualan di antara Pak Ha dengan kawan-kawannya. Di situ dia mendapat tahu hari cuti Pak Ha. Tae Mu memberitahu akan hal itu kepada Tae Yong. Sebelum mereka beredar dari bar itu, Tae Yong memberikan poskad yang dilukis wajah Pak Ha beserta sekeping nota mengajak Pak Ha bertemu dengan nya pada hari cuti Pak Ha di kaunter.
Keesokan hari, Tae Yong mengajak Tae Mu belayar di tengah lautan. Tae Yong mahu melukis pemandangan dari laut itu. Sewaktu Tae Yong sedang melukis, nenek Tae Yong menelifonnya menerusi handphone milik Tae Mu tetapi Tae Yong tidak mahu menjawap panggilan itu. Tae Yong menepis handphone itu sehingga terjatuh. Tae Mu dihimpit perasaaan geram dengan perbuatan Tae Yong itu. Terjadi pertengkaran di antara mereka berdua apabila Tae Mu mulai membangkitkan asal usulnya. Tae Yong tidak mahu mendengar kata-kata Tae Mu. Dia bosan apabila Tae Mu asyik menyatakan yang Tae Mu hanyalah cucu dari perempuan simpanan datuknya. Sebab itu neneknya tidak memandang kebolehannya dalam mengendalikan syarikat miliknya. Tae Yong pula tidak berminat untuk menguruskan syarikat milik neneknya itu. Dia lebih suka hidup bebas. Pergi ke mana sahaja yang disukainya. Minatnya hanya untuk melukis.
Tae Mu terus-terusan mendesak Tae Yong supaya balik ke Seoul tetapi Tae Yong tidak mahu. Apabila Tae Yong menolak Tae Mu, Tae Mu tidak dapat menahan amarahnya dan menumbuk Tae Yong hingga Tae Yong terpelanting dan kepalanya terhantuk besi penghadang bot dan terjatuh ke dalam laut. Tae Mu mulai panik melihat Tae Yong jatuh ke dalam laut. Tae Mu mengambil pelampung tetapi akal jahatnya menghalang dia menyelamatkan Tae Yong. Tae Mu mengelap semua cap jari di dalam bot itu. Setelah yakin semuanya telah dibersihkan, Tae Mu kembali ke pantai bersama bot itu dan meninggalkan Tae Yong yang tenggelam di dalam lautan itu.
Pak Ha mendapat panggilan telefon dari Seoul yang memberitahu sudah bertemu dengan ayahnya. Dia mengambil keputusan pulang ke Korea untuk bertemu keluarga kandungnya setelah sekian lama terpisah. Sebelum dia pulang ke Korea, dia pergi ke tempat yang di janjikan untuk bertemu dengan pengirim poskad yang tidak diketahui namanya itu. Hanya tandatangan sahaja yang tertera di poskad itu. Tetapi sehingga malam menjelang, lelaki itu tidak datang menemuinya.
Tae Mu pulang ke Korea pada hari yang sama dengan Pak Ha. Tae Mu memberitahu yang dia tidak bertemu dengan Tae Yong di New York. Tae Mu berbohong dengan mengatakan yang Tae Yong hilang tanpa dapat dikesan. Nenek Tae Yong berasa sangat sedih dengan kehilangan cucu kesayangannya itu. Adik ipar nenek Tae Yong memberitahu nenek Tae Yong yang dia akan menghantar seseorang ke New York untuk menyiasat perkara itu. Tae Mu berasa takut kalau-kalau rahsianya terbongkar. Dia dan ayahnya membuat pakatan supaya Pyo Taek Soo di buang dari syarikat itu.
Pak Ha teruja apabila diberitahu yang ayahnya sudah dijumpai tetapi apabila pihak polis memberitahu yang ayahnya sudah meninggal dunia, Pak Ha berasa sangat sedih. Pak Ha pergi bertemu ayahnya buat kali terakhir. Di situ dia bertemu kembali dengan ibu tirinya, Man Ok dan kakak tirinya, Se Na. Se Na berasa takut apabila melihat Pak Ha tetapi berasa lega apabila diberitahu yang Pak Ha tidak mengingati apa-apa selepas di timpa kemalangan dahulu.
Putera Mahkota diberitahu oleh pegawai istana yang ditugaskan menyiasat punca kematian Puteri Mahkota yang Puteri Mahkota tidak dapat tidur dan pergi ke istana Bu Yong untuk melihat keindahan malam. Mereka sudah menangkap 2 orang dayang yang menemani Puteri Mahkota tetapi dayang-dayang itu bertindak ganas dan mereka terpaksa membunuh mereka berdua. Setelah dibincangkan akhirnya kes pembunuhan Puteri Mahkota di tutup. Putera Mahkota tidak berpuas hati. Dia mencari orang-orang yang dirasakan layak untuk membantunya menyiasat kes pembunuhan Puteri Mahkota. Orang pertama yang dipilihnya adalah Song Man Bo iaitu seorang yang mempunyai fikiran yang tajam. Orang kedua adalah U Yong Sul iaitu seorang yang handal dalam ilmu mempertahankan diri. Orang yang ketiga ialah Do Chi San iaitu seorang lelaki yang handal dalam menyamar sebagai seorang perempuan. Mempunyai banyak pengalaman dalam bidang pengintipan.
Putera Mahkota mengumpulkan ketiga-tiga orang ini untuk membantunya dalam menyiasat kes kematian Puteri Mahkota. Hasil dari penyiasatan awal, mereka mendapati yang Puteri Mahkota telah di racun. Mereka menjejaki penjual racun di pasaran gelap dan menemui penjual itu telah mati di bunuh. Khabar angin juga menyatakan yang Puteri Mahkota mati diracun. Tiba-tiba Do Chi San memberitahu yang ada orang memberinya maklumat yang ada orang bertemu dengan Puteri Mahkota sebelum Puteri Mahkota mati. Mereka berempat bergegas ke tempat yang diberitahu itu tetapi mereka tidak menyangka itu adalah rancangan jahat seseorang untuk menghapuskan Putera Mahkota. Dalam usaha menyelamatkan diri, mereka berempat bertemu dengan jalan mati yang bergaung di hadapannya. Mereka tiada pilihan lain selain melompat ke seberang sana. Apabila kuda mereka melompat tiba-tiba mereka berempat hilang dari pandangan. Yang ada hanyalah kuda mereka sahaja.
Pak Ha berusaha keras untuk menyara kehidupannya di Seoul. Dia berhasrat untuk membuka sebuah kedai menjual buah-buahan. Dua tahun dia membanting tulang untuk melaksanakan impiannya itu. Dia tinggal bersendirian di atas sebuah bumbung bangunan. Di atas bumbung itu terdapat rumah kecil untuknya. Sewaktu Pak Ha baru pulang dari tempat kerjanya, dia terkejut apabila mendapat 4 orang asing tiba-tiba muncul di dalam rumahnya dengan berpakaian pelik seperti pakaian Diraja pada zaman dahulu. Dia menyangka yang mereka berempat itu adalah pelakon dan memakai kostum.
Putera Mahkota berasa pelik dengan keadaan di berada sekarang. Dia melihat suasana yang cukup berbeza dengan keadaan yang biasa dilihatnya. Mereka berempat memberitahu yang mereka mahu segera pulang ke istana. Mereka memaksa Pak Ha menghantar mereka ke istana secepat mungkin. Pak Ha yang malas mahu melayani mereka hanya menurut sahaja. Setelah sampai di istana, Pak Ha meninggalkan mereka di situ. Sedang mereka terpinga-pinga kerana pintu istana tidak dapat dibuka seperti selalu, datang polis menyuruh mereka beredar dari situ. Mereka berempat tidak tahu ke mana arah untuk di tuju. Mereka hanya berlegar-legar di kawasan istana itu sahaja. Akhirnya mereka dibawa ke balai polis. Di sebabkan mereka tiada penjamin untuk keluar maka mereka dikurung di dalam lokap. Perut mereka sangat lapar. Setelah didesak beberapa kali, Song Man Bo akhirnya mengingati plat kereta Pak Ha. Polis itu menghantar mereka berempat ke rumah Pak Ha. Mahu tak mahu Pak Ha terpaksa menerima mereka berempat kembali. Pak Ha membuatkan makanan untuk mereka berempat iaitu omurice iaitu sejenis nasi goreng yang disalut dengan telur. Ternyata mereka sangat menyukainya.
Kehadiran Pak Ha dalam hidup mereka kembali tidak disenangi oleh Se Na. Se Na meminta Pak Ha supaya tidak terlalu rapat dengan ibunya dan dirinya. Pak Ha nyata terkejut dengan permintaan Se Na itu tetapi hanya menurut sahaja.
Sewaktu menunggu Pak Ha bertemu dengan Se Na, Putera Mahkota terlihat Puteri Mahkota. Puteri Mahkota yang dimaksudkan adalah Se Na, kakak tiri Pak Ha. Putera Mahkota berlari untuk mendapatkan Se Na. Dia terlanggar dinding kaca dan jatuh pangsan. Pak Ha membawa Putera Mahkota ke hospital untuk pemeriksaan. Di hospital, nenek Tae Yong ternampak kelibat Tae Yong sedang duduk di kerusi. Apabila dia berpatah balik tidak ada sesiapa di kerusi itu.
Pak Ha mengajar mereka bagaimana mahu membersihkan diri dan berpakaian cara mereka. Pak Ha juga mengajar mereka bahasa yang digunakan pada zaman sekarang kerana bahasa yang mereka gunakan adalah bahasa zaman istana dahulu. Bersusah payah mereka belajar. Song Man Bo, Do Chi San dan U Yong Sul mengajak Putera Mahkota kembali ke zaman mereka tetapi Putera Mahkota memberitahu mesti ada sebabnya kenapa mereka semua termasuk ke zaman ini. Putera Mahkota yakin misteri kematian Puteri Mahkota pasti dapat diselesaikan kerana dia yakin yang Puteri Mahkota juga ada di situ.
Man Ok meminta pertolongan Pak Ha untuk menolong Se Na memindahkan barangan di rumah nenek Tae Yong. Nenek Tae Yong telah bersetuju untuk memindahkan semua barangan Tae Yong supaya Tae Mu dapat tinggal di bilik itu. Pak Ha membawa Putera Mahkota yang dikenali sebagai Lee Gak, Man Bo, Chi San dan Yong Sul ke situ. Untuk membantunya mengangkut barangan ke dalam lorinya. Dia menyuruh Lee Gak (Putera Mahkota) naik dulu ke dalam rumah untuk mengangkut barangan sementara mereka bertiga mencari kotak. Apabila Lee Gak masuk ke dalam bilik itu, alangkah terkejutnya dia apabila melihat sekeping gambar yang tergantung di bilik itu. Gambar yang serupa dengan dirinya. Kebetulan nenek Tae Yong masuk ke dalam bilik dan ternampak Lee Gak sedang berdiri di situ. Nenek Tae Yong menyangkakan yang Tae Yong sudah balik tetapi di sangkal oleh Lee Gak. Kebetulan Tae Mu datang dan nenek Tae Yong menunjukkan Lee Gak padanya. Terjadi pergaduhan apabila Tae Mu menyerang Lee Gak dengan mengatakan dirinya penyamar. Lee Gak mengambil keputusan untuk melarikan diri dari situ. Nenek Tae Yong memarahi Tae Mu kerana memukul Lee Gak. Nenek Tae Yong menyuruh Tae Mu mencari pemuda yang disangka Tae Yong itu.
Setelah bermacam-macam hal berlaku, akhirnya Lee Gak (Putera Mahkota) dapat jalan untuk mendekati Se Na (Puteri Mahkota). Dia menyamar sebagai Tae Yong kerana merasakan seperti ada pertalian antara mereka. Dia mulai mempercayai kelahiran semula. Dia percaya yang kemunculannya di situ adalah untuk mencari sebab kehilangan Tae Yong. Dan untuk merungkai misteri kematian Puteri Mahkota. Dia percaya dengan mengahwini semula Se Na ( Puteri Mahkota) mereka semua akan dapat kembali semula ke zaman mereka.
Kehadiran Chairman Jang membuatkan Tae Mu dan ayahnya gembira. Mereka mahu menghasut Chairman Jang supaya menyebelahi mereka. Ini kerana Chairman Jang memiliki 50 percent saham di dalam syarikat nenek Tae Yong itu. Tetapi rancangan mereka tidak di minati oleh Chairman Jang kerana kepulangannya adalah kerana urusan peribadi. Dia mahu mencari anaknya yang terpisah dahulu. Anak yang ditinggalkan pada Man Ok. Pada mulanya, Man Ok marah dengan kedatangan Chairman Jang. Sangkanya Chairman Jang mahu mengambil Se Na daripadanya tetapi apabila Chairman Jang memberitahu yang dia mahu mencari anaknya yang lain iaitu anak yang ditinggalkan bersama bekas suaminya dahulu. Man Ok mulai dapat menerima kedatangan Chairman Jang dengan perasaan lega.
Se Na mendapat tahu yang Pak Ha adalah anak Chairman Jang. Dia berusaha untuk menghalang Chairman Jang bertemu dengan Pak Ha. Dia tidak mahu Pak Ha bernasib baik lebih dari dirinya. Rancangan Tae Mu untuk menipu Chairman Jang dengan mengatakan Se Na adalah anak Chairman Jang yang hilang itu memakan diri Se Na. Chairman Jang yang memang mengetahui Se Na adalah anaknya berasa sedih kerana perbuatan Se Na dan Tae Mu yang menipunya itu.
Kerana yakin dengan mengahwini Se Na, misteri kematian Puteri Mahkota akan terungkai, Tae Yong (Putera Mahkota) memberitahu nenek Tae Yong yang dia mahu mengahwini Se Na. Dan Se Na menyetujui untuk berkahwin dengan Tae Yong. Ini kerana ayah Tae Mu tidak mahu Tae Mu mempunyai hubungan dengan Se Na. Semua rahsia Se Na telah terbongkar dan ayah Tae Mu telah mengugutnya.
Pak Ha berada sedih dengan keputusan Tae Yong (Putera Mahkota) untuk mengahwini Se Na. Lebih sedih apabila dia mengetahui yang Puteri Mahkota yang dimaksudkan adalah Se Na. Pak Ha rupanya menyintai Tae Yong (Putera Mahkota) dalam diam. Secara tidak sengaja dia telah mencurahkan rasa hatinya dalam handphonenya dan terhantar kepada handphone Tae Yong. Pada mulanya, Tae Yong berlagak seperti tiada apa-apa yang berlaku tetapi akhirnya mengakui perasaannya juga sama dengan Pak Ha.
Tae Mu mendapat maklumat tentang Tae Yong yang sedang koma di Italy. Tahulah dia yang Tae Yong sekarang bukannya Tae Yong yang sebenarnya. Dia membuat rancangan untuk menyingkirkan Tae Yong yang menyamar dengan memperkenalkan Tae Yong yang sedang koma tetapi rancangannya tidak berjaya kerana Tae Yong (Putera Mahkota) terlebih dahulu memintas rancangannya. Mereka menyembunyikan Tae Yong yang sedang koma di sebuah hospital yang lain. Mereka merancang seolah-oleh Tae Yong yang sedang koma itu telah sembuh dari komanya. Tae Mu berasa marah kerana rancangannya untuk menyingkirkan Tae Yong telah gagal.
Tae Mu mulai berasa tergugat apabila gambar-gambarnya bersama Tae Yong di New York di sebarkan seseorang. Dia terlihat gambar-gambarnya itu di dalam laptop Tae Yong. Dia menyuruh Se Na mengambil laptop itu. Semasa Se Na berjaya mendapatkan laptop itu, nenek Tae Yong menegurnya. Apabila nenek Tae Yong bertanya apakah yang di ambil oleh Se Na, Se Na berbohong apabila menyatakan yang Tae Yong menyuruh dia mengambil laptop itu. Apabila nenek Tae Yong menyuruh Se Na meletakkan kembali laptop itu, Se Na tidak memperdulikan arahan nenek Se Na itu. Dia terus berjalan dengan laju meninggalkan bilik Tae Yong sehingga tercicir alarm pintu rumahnya. Terjadi pergelutan di antara nenek Tae Yong dengan Se Na. Semasa adegan tolak menolak itu, nenek Tae Yong telah tergelincir dan jatuh tangga. Kepalanya terhantuk dan nenek Tae Yong meninggal dunia. Se Na yang ketakutan telah berlalu sahaja dari rumah itu tanpa memperdulikan keadaan nenek Tae Yong.
Se Na memberitahu Tae Mu akan keadaan yang menimpa nenek Tae Yong itu Tae Mu menasihati Se Na mengikut Chairman Jang iaitu ibu kandungnya balik ke Hong Kong. Tae Yong yang balik ke rumahnya ternampak neneknya telah terbaring dengan keadaan berlumuran darah. Selepas pengkebumian neneknya, Tae Yong balik ke rumahnya. Apabila dia masuk ke dalam bilik, kakinya terpijak alarm milik Se Na itu. Tae Yong juga mengetahui yang laptop miliknya telah hilang. Dia pergi ke rumah Se Na dan membuka rumahnya dengan menggunakan alarm yang dijumpainya. Ternyata sangkaannya benar yang kematian neneknya ada kaitan dengan Se Na dan Tae Mu.
Pembahagian harta nenek Tae Yong memihak kepada Tae Yong. Tae Mu dan ayahnya berasa tidak puas hati. Tae Mu meletakkan sejumlah duit dan tiket ke luar negara di dalam kereta Tae Yong. Kemudian, dia membuat laporan polis kononnya Tae Yong telah pecah amanah dengan mahu melarikan duit syarikat. Tae Yong di bawa ke balai polis dan di masukkan ke dalam lokap.
Rancangan Tae Mu itu supaya Tae Yong tidak dapat hadir untuk menandatangani wasiat. Jika Tae Yong tidak hadir maka Tae Mu adalah pewaris yang sah untuk harta nenek Tae Yong. Pak Ha melawat Tae Yong di lokap. Sedang mereka berbicara, tiba-tiba tubuh Tae Yong (Putera Mahkota) hilang dari pandangannya. Kesempatan itu digunakan oleh Pak Ha membawa Tae Yong keluar dari situ. Tae Yong (Putera Mahkota) sempat sampai ke pejabat sebelum Tae Mu sempat menandatangani surat penyerahan kuasa itu.
Chairman Jang membawa Se Na balik ke Hong Kong. Pak Ha yang menjadi pembantu Chairman Jang menghantarnya ke airport. Sewaktu dalam perjalanan pulang, Pak Ha teringat kata-kata Tae Yong (Putera Mahkota) jika di zaman dahulu Puteri Mahkota dan Bu Yong adalah adik beradik, semestilah Se Na dan Pak Ha adalah adik beradik juga kerana Pak Ha adalah Bu Yong di zamannya dulu. Kerana kata-kata itu lah Pak Ha memberanikan diri bertanya kepada Chairman Jang akan gambar dirinya dengan ayahnya berserta ibunya yang telah dikerat gambar ibunya itu. Apabila Chairman Jang mengiyakan yang Pak Ha adalah anaknya, mereka berpelukan erat. Se Na yang melihat keadaan itu terus menyembunyikan diri. Dia menghantar pesanan kepada Chairman Jang yang dia tidak dapat mengikut Chairman Jang ke Hong Kong kerana malu kerana dia tahu siapa Pak Ha tetapi tidak memberitahu perkara sebenar kepada Chairman Jang.
Se Na berpura-pura baik dengan Pak Ha. Tetapi sebenarnya dia mahu mengenakan Tae Yong (Putera Mahkota) dengan Pak Ha. Dia mengambil handphone milik Pak Ha dan menghantar mesej kepada Tae Yong supaya pergi ke sebuah Tasik untuk memancing di malam hari. Tae Yong tidak menyangkakan apa-apa yang buruk dan mempercayai bahawa Pak Ha lah yang menghantar mesej itu. Tae Yong (Putera Mahkota) bersama 3 orang rakannya memilih pancing yang sesuai untuk mereka. Sedang Pak Ha berehat di rumah, Chi San pulang dan memberitahu yang Tae Yong sudah menunggunya di tasik untuk memancing bersama. Pak Ha berasa pelik dengan kata-kata Chi San itu kerana dia tidak mengetahui apa-apa tentang perkara itu. Tetapi dia mulai mencurigai akan kelakuan Se Na. Pak Ha bergegas ke tasik yang di maksudkan oleh Chi San itu.
Tae Yong sedia menunggu dengan pancing dan bekalan untuk memancing sepanjang malam bersama Pak Ha. Sekian lama menunggu, namun bayang Pak Ha tidak kelihatan. Tae Yong (Putera Mahkota) mulai mencurigai sesuatu. Tiba-tiba dia ternampak seorang perempuan yang berpakaian kuning dan berambut seperti Pak Ha. Dia berlari ke arah perempuan yang disangka Pak Ha. Itu sebenarnya Se Na. Rancangan Tae Mu adalah supaya Se Na membawa Tae Yong ke jalan raya yang menghadap tebing tasik. Tae Mu mahu melanggar Tae Yong dengan keretanya. Semasa Tae Yong berdiri di tepi jalan, Pak Ha ternampak kereta Tae Mu meluncur laju ke arah Tae Yong. Dia menjerit memanggil nama Tae Yong. Pak Ha menolak Tae Yong ke tepi dan kereta Tae Mu terus melanggar Pak Ha hingga terjatuh di dalam air.
Se Na ketakutan melihat kejadian itu. Tetapi ditenangkan oleh Tae Mu. Dia membuat rancangan untuk melarikan diri bersama Se Na dengan menaiki bot. Tae Yong menghubungi Se Na untuk berjumpa dengannya. Tae Yong meminta Se Na mendermakan hatinya kepada Pak Ha. Pak Ha memerlukan hati kerana hatinya rosak akibat dari dilanggar oleh Tae Mu. Tae Yong memberitahu yang dia tidak akan menyerahkan bukti yang diperolehinya semasa kematian neneknya itu kepada pihak polis. Tae Yong juga memberitahu yang Se Na dan Pak Ha adalah adik beradik sejak dari zaman dahulu lagi dan mereka akan terus menjadi adik beradik walaupun tahu Se Na adalah merupakan kakak yang jahat pada adiknya itu. Se Na terharu dengan kata-kata Tae Yong itu.
Se Na memberitahu yang dia mahu mendermakan hatinya pada Pak Ha. Tae Mu tidak setuju dengan Se Na. Sewaktu dalam perjalanan, Tae Mu tidak mengikuti jalan ke hospital seperti yang diarahkan oleh Se Na. Se Na mendail nombor Tae Yong dan berpura-pura bertanya kepada Tae Mu ke mana mereka mahu pergi. Setelah mendapat maklumat, Tae Yong mengarahkan 3 orangnya itu bersamanya menjejaki Se Na dan Tae Mu. Terjadi pergelutan antara mereka. Se Na di bawa ke hospital. Tae Yong dan Tae Mu masih lagi bergelut sesama mereka. Tae Yong memancing Tae Mu menceritakan apa yang terjadi kepada Tae Yong sehingga Tae Yong koma sebegitu. Tae Mu yang merasakan kemenangan di pihaknya telah menceritakan bagaimana kejadian itu berlaku. Tanpa diketahuinya Tae Yong telah merakam percakapannya. Bila anggota polis tiba di situ, Tae Mu telah ditangkap dan Tae Yong telah memberikan rakaman itu kepada pihak polis.
Se Na telah kembali sihat setelah memberikan sebahagian hatinya kepada Pak Ha. Dia meminta maaf dari Pak Ha atas sikapnya dahulu. Dia mahu menyerahkan dirinya pada pihak polis. Man Ok dan Chairman Jang bersyukur yang akhirnya Se Na sedar dan menginsafi perbuatan jahatnya.
Segala masalah sudah terungkai. Do Chi San adalah orang pertama yang kembali ke zaman dahulu. Di ikuti oleh Man Bo dan Yong Sul. Pak Ha takut jika Putera Mahkota tiba-tiba menghilangkan diri. Jadi, dia mahu mengahwini Puteri Mahkota. Selesai upacara perkahwinan yang mereka lakukan sediri di rumah mereka, Putera Mahkota lenyap dari pandangan Pak Ha sedikit demi sedikit.
Putera Mahkota, Man Do, Yong Sul dan Chi San selamat kembali ke zaman mereka. Putera Mahkota memerintahkan keluarga Puteri Mahkota di tangkap semuanya. Di situ terbongkar yang semua ini adalah angkara abang tiri Putera Mahkota yang mahukan Putera Mahkota dibunuh kerana mahukan tahta. Ayah Puteri Mahkota menyuruh Puteri Mahkota meracuni Putera Mahkota. Rancangan mereka telah diketahui oleh Bu Yong. Bu Yong meminta menghadap Putera Mahkota walaupun hari sudah larut malam. Bu Yong memberitahu yang dia sudah dapat menyelesaikan teka-teki yang diberikan oleh Putera Mahkota itu. Setelah Bu Yong selesai memberitahu jawapanya, Bu Yong meminta hadiah pada Putera Mahkota berupa buah jeruk yang ditabur manisan. Putera Mahkota mengizinkannya. Bu Yong memakan semua buah itu walaupun tahu yang Puteri Mahkota telah menaburkan racun di atas buah itu.
Untuk menyelamatkan Putera Mahkota dan keluarganya, Bu Yong meminta Puteri Mahkota menukar baju dengannya. Setelah menukar baju, Puteri Mahkota kembali ke rumah keluarga mereka. Bu Yong yang menunggu masa untuk mati sempat menulis surat untuk Putera Mahkota. Surat yang menyatakan rahsia hatinya. Bu Yong berjalan di atas jambatan dan terjatuh ke dalam tasik apabila tiba masanya.
Putera Mahkota memerintahkan ayah dan abang Puteri Mahkota di hukum pancung. Abang tiri Putera Mahkota juga dihukum pancung. Ibu serta Puteri Mahkota yang telah di lucutkan pangkatnya telah di letakkan di sebuah pulau dan dilarang kembali ke istana itu. Man Bo, Yong Sul dan Chi San membuka kedai makan menjual omurice. Kedai makan mereka mendapat sambutan yang luar biasa dari penduduk di situ.
Putera Mahkota berutus berita dengan Pak Ha melalui surat yang ditanam di bawah istana Lotus. Dia memberitahu yang dirinya telah selamat sampai dan sudah menyelesaikan misteri kematian Puteri Mahkota. Putera Mahkota juga telah menjumpai surat yang ditulis oleh Bu Yong. Kata-kata Bu Yong yang akan mencintai Putera Mahkota walau 1000 tahun menjadi kenyataan akhirnya.
Pak Ha meneruskan perniagaannya menjual juice dan manisan. Kedatangan Tae Yong yang sudah pulih dari koma sedikit pun tidak disedari oleh Pak Ha. Keesokan hari, sewaktu Pak Ha mahu membuka kedainya, di pintu kedainya terselit sekeping poskad yang telah dilukis gambarnya sedang membuat juice. Ada tertera tandatangan E.O yang sama dengan tandatangan di poskadnya yang terdahulu. Pak Ha pergi ke tempat yang dijanjikan dan bertemu dengan Tae Yong di situ. Tahulah Pak Ha yang Tae Yong kini adalah sama dengan Putera Mahkota yang ditemuinya dahulu. Tamat ....
Park Yoochun as Prince Lee Gak / Yong Tae Yong
Han Ji Min as Park Ha / Bu Young
Jung Yoo Mi as Hong Se Na / Princess Hwa Young
Lee Tae Sung as Yong Tae Mu / Moo Chang
Lee Min Ho as Song Man Bo
Jung Suk Won as Woo Yong Sool
Choi Woo Shik as Do Chi San
* Drama yang best ... jalan cerita best ... pelakon pun best .... hehe ... drama ni ada 20 episod ... amik masa 3 ari untuk tengok semua episod ... hehe ... siap tengok terus tepek sinopsis ... buat sinopsis pun amik masa 2 hari untuk mengolah cerita yang sangat panjang ini kepada sebuah sinopsis yang sedikit panjang ini ... hehe ... walaupun memang ada skip-skip tang sinopsis ni, biasalah tu kann ... namanya pun sinopsis ... karang wat panjang-panjang tak de sapa nak membacanya pulak ... bosan plak baca panjang-panjang .. hahaha ... layan jek la ... hehe
1 comments:
Thanks 4 the synopsis,, Wargh!! Sye hargai sgt2,, baru taw ending camne,, hehe baru smpi eps 9 lorh,, huhu
Post a Comment