Sunday, October 07, 2012

Sinopsis Filem 'Jangan Pandang Belakang Congkak 2'

Hari ni nak buat sinopsis filem Jangan Pandang Belakang Congkak 2 ... sambungan kepada filem Jangan Pandang Belakang Congkak ...menampilkan Mazlan Pet Pet dan Cat Farish sebagai teraju utama ... Nora Danish sebagai heroin ... watak jahat dipegang oleh Azli Senario dan Lisa SuriHani ... citenya memang kelaka ... mengisahkan 2 orang pemuda yang ingin membuang saka yang menghantui hidup mereka ... saka yang diturunkan oleh datuk mereka, Pak Sudir ... Tok Moh dan Mustika berhasrat untuk mengambil saka Pak Sudir untuk membuatkan mereka sentiasa kekal muda ... tak tahan dengan gangguan, Punai dan Chad meminta pertolongan bomoh, Wak Ketari ... memang lawak ... berebut pulak tu nak mengurat anak Wak Ketari yang bernama Seha ... jadi, jom layan sinopsis filem Jangan Pandang Belakang Congkak 2 ni ...

Sinopsis oleh : aznanie

Tok Moh dan Mustika berpakat menipu anak-anak Pak Sudir untuk mendapatkan saka yang Pak Sudir wariskan kepada mereka. Tok Moh berpura-pura membantu mereka untuk mengeluarkan saka di badan mereka. Tetapi hajat dia untuk mengambil saka Pak Sudir tidak kesampaian kerana saka itu masih ada di dalam badan anak-anak Pak Sudir. Jadi, mereka perlu menghapuskan anak-anak Pak Sudir untuk mengambil saka tersebut.


Punai dan Chad tidak sanggup setiap malam bermimpikan hantu. Mereka ketakutan dan ini menggangu kehidupan mereka. Punai dan Chad membuka gerai makanan dan minuman. Gerai makanan mereka canggih kerana di lengkapi dengan sistem CCTV. Untuk mengelakkan kejadian makan tak bayar. Sedang mereka berniaga, tiba-tiba seorang pelanggan mereka terkena santau yang dihantar oleh Tok Moh dan Mustika. Punai dan Chad tidak tahu siapa yang dengki sangat dengan mereka. Chad mencadangkan mereka bertemu dengan bomoh untuk menyelesaikan masalah mereka ini. Pada mulanya Punai tidak bersetuju dengan cadangan Chad itu. Dia tidak percaya pada bomoh kerana pada anggapannya bomoh ni cuma nak duit mereka dan lepas tangan. Tetapi setelah diyakinkan oleh Chad, Punai bersetuju bertemu dengan bomoh.

Bermacam-macam bomoh yang mereka jumpa. Berbagai-bagai cara yang diberikan bomoh untuk mereka membuang badi hantu dalam diri mereka itu. Mandi bungalah, jampi serapahlah. Tetapi mereka tidak berjaya jugak membuang badi yang ada dalam diri mereka itu.

Suatu malam sedang mereka tidur, Punai terdengar bunyi orang main congkak. Congkak itu adalah congkak peninggalan datuk mereka, Pak Sudir. Johan yang membawa congkak itu ke rumah mereka. Kononnya untuk dibuat kajian. Sebaik sahaja pintu bilik dibuka, ternampak lembaga berpakaian putih. Lembaga itu adalah Pak Sudir, datuk mereka. Pak Sudir memberitahu mereka, sekiranya mereka mahu membuang badi hantu dalam diri mereka, mereka haruslah meminta pertolongan dari seorang bomoh yang bernama Wak Ketari yang tinggal di Utara. Sebaik sahaja Pak Sudir hilang dari pandangan mereka, rumah mereka bergegar bagaikan terkena gempa bumi. Itu semuanya adalah onar yang dibuat oleh Tok Moh dan Mustika.

Punai dan Chad teringat pesanan Pak Sudir supaya mencari Wak Ketari di utara. Tok Moh mulai merasakan yang mereka berdua telah pergi dari tempat itu. Dia menggunakan segala ilmu yang dimilikinya untuk menjejaki mereka. Akhirnya Tok Moh mengetahui lokasi mereka berdua pergi.

Setelah penat merentasi ladang tebu, akhirnya mereka bertemu dengan rumah Wak Ketari. Ternyata Wak Ketari tahu tujuan mereka berdua datang bertemunya. Wak Ketari memulakan upacara menghalau badi di badan mereka. Sewaktu melakukan jampi serapah, tiba-tiba Wak Ketari mengalami semput. Dia memanggil anaknya Seha. Seha datang membawa ubat semputnya dan memarahinya. Dia tidak mahu ayahnya mengubatkan orang lagi.

Wak Ketari tidak dapat menolong mereka untuk membuang badi hantu di badan mereka. Tetapi setelah diberitahu yang mereka berdua adalah cucu kepada Pak Sudir, akhirnya Wak Ketari bersetuju menolong mereka dengan memberi mereka ilmu yang ada pada dirinya. Punai dan Chad bersetuju mewarisi ilmu kebomohan dari Wak Ketari. Mereka di minta bertapa selama 3 hari 3 malam dengan hanya dibekali dengan nasi putih sahaja. Punai dan Chad bersetuju dengan arahan Wak Ketari itu.

Setelah mereka berjaya dengan misi pertapaan mereka, Wak Ketari meminta mereka bertapa lagi sebagai ujian kedua. Tetapi kali ini mereka berdua berpecah. Chad di suruh bertapa di sebuah rumah usang dan Punai di sebuah batu besar di tengah-tengah sungai. Mereka di minta tidak melarikan diri apabila melihat hantu di hadapan mereka. Dengan semangat yang membara mereka berdua bersetuju.

Seha bimbang akan keadaan mereka berdua yang belum pulang dari bertapa. Sedang dia berbicara dengan ayahnya, Punai dan Chad muncul. Setelah mengucapkan salam kepada Wak Ketari dan Seha, mereka berdua pengsan kepenatan. Apabila tiba waktu makan, mereka diberi makan nasi putih dengan garam sahaja. Sedangkan Wak Ketari makan berlaukan ayam dan kepala ikan. Wak Ketari mengingati mereka tentang pantang larang yang mesti mereka patuhi dalam perguruan dengannya. Mahu tidak mahu, Punai dan Chad terpaksa menurut arahan Wak Ketari.

Tok Moh mengetahui yang mereka berdua meminta pertolongan dari seorang bomoh. Tok Moh dan Mustika bergabung tenaga untuk mengetahui kehebatan Wak Ketari itu. Dia sengaja merasuk Seha dan di atas kehandalan Wak Ketari, Seha dapat di ubati. Wak Ketari menyatakan yang ada orang mahu menggangu mereka pada malam itu.


Punai dan Chad meminta maaf kepada Seha kerana disebabkan mereka, Seha di rasuk seperti malam tadi. Punai dan Chad terkejut melihat gambar ibu Seha yang merupakan orang putih. Patutlah Seha cantik macam ibunya. Berbeza dengan Wak Ketari. Mereka bertanya mengenai kedudukan rumah Seha yang terperuk dalam ladang tebu itu. Tetapi setelah Seha memberitahu yang pekan hanya di depan rumahnya sahaja. Punai berasa marah kerana di tipu oleh pemandu teksi yang membawa mereka dahulu. Punai mahu menyantau pemandu teksi itu tetapi dihalang oleh Chad. Katanya mereka belajar ilmu kebomohan itu bukan untuk membuat jahat kepada orang lain.

Mereka mulai menunjukkan minat untuk mengurat Seha. Masing-masing menunjukkan kebolehan masing-masing. Pada mata Wak Ketari mereka begitu bersungguh-sungguh untuk mempelajari ilmu yang diturunkannya itu. Punai dan Chad berlumba-lumba memenangi hati Seha tetapi Seha tidak mahu mereka berbicara tentang cinta kerana padanya belum masanya lagi. Dia belum bersedia dan tidak mahu mereka berdua menaruh harapan kepadanya.

Sedang Wak Ketari mengajar Punai dan Chad ilmu-ilmu kebatinan tiba-tiba datang seorang lelaki yang bernama Pak Kaduk. Pak Kaduk meminta pertolongan dari Wak Ketari untuk menghalau hantu yang mengamuk di rumahnya. Wak Ketari bersetuju untuk membantu tetapi Punai dan Chad telah menawarkan diri untuk membantu Pak Kaduk. Wak Ketari bersetuju dengan permintaan mereka berdua itu.

Di rumah Pak Kaduk, Punai dan Chad memulakan upacara membuang hantu itu. Sedang mereka berusaha menarik hantu itu ke dalam botol tiba-tiba muncul seorang lagi hantu. Hantu itu bertanya kepada hantu yang satu lagi dia siapa. Rupa-rupanya hantu yang baru muncul itu tersilap cerita. Bila hantu itu hilang, Punai dan Chad meneruskan upacara menghalau hantu itu. Punai menarik hantu itu masuk ke dalam botol. Dengan bersusah payah mereka dapat menutup botol itu. Mereka gembira kerana menyangka mereka telah berjaya menangkap hantu itu tetapi apabila terdengar suara hantu itu disebelah mereka, Chad melarikan diri dahulu. Punai mengikut di belakang Chad. Tinggallah Pak Kaduk yang pengsan di hadapan hantu itu.

Sebagai hukuman di atas kegagalan mereka menangkap hantu tersebut, mereka di suruh berendam di dalam sungai semalaman. Seha tidak bersetuju dengan hukuman yang di buat oleh ayahnya itu. Dia menganggap ayahnya terlalu tegas dan kejam dalam mengatuhkan hukuman. Ayahnya menyedari kelakuan Seha yang berubah kebelakangan ini. Ayahnya menyangkakan yang Seha dah jatuh cinta pada salah sorang pemuda yang berdua itu. Seha hanya berlalu tanpa berkata apa-apa pun.

Sebagai ujian yang terakhir, mereka berdua dikehendaki pergi ke dalam hutan untuk menangkap hantu yang ada di dalam hutan itu. Mereka diberikan sebuah tabung untuk mengisi hantu-hantu tersebut. Punai bertapa di sebuah jambatan dan Chad pergi ke pinggir hutan sahaja. Setelah mereka menyeru hantu dengan jampi serapah, muncul hantu dan mereka menangkap mereka dan memasukkan dalam tabung yang dibekalkan oleh Wak Ketari kepada mereka.

Setelah mereka berjaya menjalankan misi mereka, maka tamatlah perguruan mereka dengan Wak Ketari. Wak Ketari menyuruh Seha menghantar mereka berdua pulang. Wak Ketari marah kerana menyangka mereka berdua sekoding dirinya pada malam hari.

Di pekan, mereka menjamu selera dahulu sebelum bertolak balik. Mereka berdua makan dengan penuh selera kerana sudah lama tidak menikmati keenakkan makanan berlauk sebegitu. Mereka berterima kasih kepada Seha kerana selama ini memberi sokongan kepada mereka. Sedang mereka makan, tiba-tiba Seha terkena santau berdarah. Wak Ketari muncul dalam diri Chad dengan mengatakan Seha kena santau dan menyuruh mereka berdua membawa Seha balik ke rumah mereka segera. Ini semua adalah angkara Tok Moh  dan Mustika.


Di rumah Wak Ketari, Wak Ketari menyuruh Punai memegang ibu jari kaki Seha dan Chad duduk di bahagian kepala Seha. Wak Ketari membaca mentera dan menyuruh Punai menolak dan Chad menyambutnya. Setelah Chad memuntahkan apa yang ditelannya tadi ke dalam pasu yang disediakan oleh Wak Ketari. Wak Ketari menyatakan yang ada orang begitu berdendam dengan mereka berdua. Punai dan Chad kehairanan dengan kata-kata Wak Ketari itu. Wak Ketari memanggil Punai duduk di hadapannya. Wak Ketari membaca mentera dan Punai berubah suara Tok Moh. Chad bertanya kenapa mereka di dendami. Tok Moh menyatakan yang dia dan Mustika mahukan saka Pak Sudir yang ada dalam diri mereka untuk mereka kekal muda. Chad mahu bersemuka dengan mereka untuk menyelesaikan masalah mereka itu. Tok Moh bersetuju. Dia menyuruh Punai dan Chad bertemunya di dusun tua pada malam ini.

Wak Ketari mengizinkan Seha menemani Punai dan Chad menemui Tok Moh dan Mustika untuk menyelesaikan masalah mereka. Wak Ketari membekalkan mereka dengan persalinan persilatan. Mereka bertemu di tempat yang dijanjikan. Berlakukan pertempuran di antara mereka berempat. Dan akhirnya Punai dan Chad dapat menewaskan kehandalan Tok Moh dan Mustika.


Tok Moh dan Mustika di hantar ke Pusat Kebajian kerana masalah mental. Di sana mereka masih menjadi bomoh yang mengubati pesakit mereka. Punai, Chad dan Seha menziarahi mereka berdua di situ. Punai tidak puas hati kerana hubungan mereka dengan Seha tidak ada perkembagan. Dan apabila Chad mengatakan yang kad perkahwinannya dengan Seha akan di hantar ke rumah, Punai mencebik kepada Chad. Tamat ...


Para Pelakon :
Mazlan Pet-Pet sebagai Punai
Cat Farish sebagai Chad
Lisa Surihani sebagai Mustika
Azlee Jaafar sebagai Tok Moh
Bob Kuman sebagai Wak Ketari
Nora Danish sebagai Seha

* Best cite ni .. lebih best dari Jangan Pandang Congkak yang perama dulu ... tengok berulang-ulang kali pun tak jemu-jemu ... begitu sekali kebestan ceritanya ... hehe ... masa diaorang berubat dengan orang bunian tu kelaka ...masa dengan bomoh Mak Mah tu pun best jugak .. haha ... kelaka ... hanya orang yang dah tengok cite ni jek yang paham apa yang aku cakap kan ... hahaha ... jadi kena tengok citenya baru paham sinopsis yang aku buat ni ... hehe ... layannnn jek la ..






  


0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...