Wednesday, October 10, 2012

Sinopsis Filem 'Keramat'

Hari ni baru berkesempatan nak tengok cite Keramat ni ... ada jugak part yang tak berapa nak faham .. tengok jek la sampai habis .. pastu fikir sendiri kaitan-kaitan babak yang tak berapa nak berkait tu ... hehe ... ni cite tentang pengamalan ilmu hitam ... tentang sebatang tongkat yang bernama tongkat keramat ... barang siapa yang membuka keramat orang yang disekelilingnya pasti nyawa menjadi galang gantinya ... sooo ... jom layan sinopsis filem Keramat ...


Sinopsis oleh : aznanie

Mustika sangat mencintai Habib. Tetapi cinta hitam Mustika mengundang fitnah. Mustika mengfitnah Habib telah menodai dirinya. Jabar yang mempercayai kata fitnah Mustika telah melakukan kekejaman ke atas Habib. Habib di pukul dan ditikam dengan parang. Setelah itu, Jabar cuba membuka penutup muka Habib. Tetapi satu cahaya terpacar dari muka Habib dan memusnahkan apa sahaja di sekelilingnya termasuk Jabar. Mustika mahu melihat wajah Habib setelah Habib mati tetapi dia juga mati. Setelah itu rohnya di sedut masuk ke dalam tongkat keramat itu. 

Masa berlalu. Zaman berganti. Tongkat Keramat tetap di tempatnya. Tiada siapa yang berani mengusiknya. Tetapi seorang lelaki bernama Nasti yang mengamalkan ilmu hitam telah berasa getaran kesaktian tongkat itu. Dia mahu mengambil tongkat itu. Dia membuat suatu helah untuk pergi ke tempat itu. Dia mempergunakan kakak iparnya, Zura. Zura yang mengandung setelah dipastikan melalui ujian Urine Pregnancy Test. Zura ingin memberitahu perkara itu kepada suaminya, Amir. Di saat Zura mahu memberitahu hal itu, tiba-tiba dia mengalami sakit perut dan mual. Dia bergegas ke bilik air dan memuntahkan segalanya di singki. Tetapi dia melihat suatu lembaga yang menakutkan telah memakan janinnya.

Amir membawa Zura berjumpa dengan kawan baiknya, Dr. Najwa. Yang merupakan seorang doktor psikiatri atau sakit jiwa. Di sana Zura meyakinkan Amir dan Najwa yang dirinya benar-benar hamil. Tetapi setelah diperiksa, tiada kehamilan yang berlalu. Amir dan Najwa memujuk Zura yang seperti orang kerasukkan itu. Setelah keadaan Zura reda, dia terlihat suatu lembaga di sisinya. Dia pantas memeluk Amir dan mengatakan ada hantu di situ. Amir dan Dr.Najwa kebingungan dengan kelakuan Zura itu.

Amir sedang melakukan kerja-kerja pejabatnya di ruang tamu rumahnya. Tiba-tiba dia terdengar bunyi yang aneh. Amir mencuba mencari di mana datangnya bunyi itu, tiba-tiba kotak penselnya terjatuh. Sewaktu dia mahu memunggut barangan yang jatuh itu, tiba-tiba dia dirasuk dengan bayangan kejadian di mana Habib di bunuh dahulu. Dalam keadaan di rasuk itu, Amir telah melakar tempat di mana tongkat Keramat itu berada.

Amir membawa lakaran itu berjumpa dengan Dr.Najwa. Dr. Najwa menyatakan yang lakaran itu tidak membawa apa-apa makna. Dia tidak mempercayai yang Amir melakar lukisan itu sewaktu dia dirasuk. Nasti melihat lukisan itu. Tetapi hanya seketika dan memberikan semula lakaran itu kepada Dr.Najwa. Setelah Amir dan Nasti beredar, tiba-tiba ada angin yang bertiup di belakang Dr. Najwa. Dr.Najwa berasa aneh dan ketakutan. Tiba-tiba tangannya yang memegang lakaran lukisan Amir itu terasa panas dan lukisan lakaran itu terlepas dari tanganya.

Di sebabkan Zura asik menjerit ketakutan, Amir mengajak adiknya, Nasti dan isterinya, Munirah menemani mereka. Amir buntu dengan keadaan Zura. Nasti menawarkan diri untuk membantu tetapi dia perlukan tebu yang di tanam di lembah. Amir binggung kerana dia tidak tahu di mana untuk mendapatkan tebu yang dimaksudkan oleh Nasti. Tetapi secara tiba-tiba Zura muncul dan memberitahu yang tebu yang dimaksudkan oleh Nasti itu terdapat di kampungnya. Amir membuat keputusan untuk pulang ke kampung Zura untuk mendapatkan tebu yang di tanam di lembah itu.

Keesokan hari, Amir memberitahu Dr.Najwa akan rancangannya untuk ke kampung Zura. Dr.Najwa menghalang Amir kerana dia berpendapat yang Zura harus di bantu menggunakan kaedah perubatan bukannya dengan kaedah kampung. Tetapi Amir tetap dengan keputusannya. Akhirnya, Dr.Najwa hanya mendiamkan diri dengan pendirian Amir itu.

Sewaktu di dalam perjalanan, Zura melihat Nasti tersenyum-senyum sendirian seakan-akan merancangkan sesuatu tanpa pengetahuan mereka. Zura pasti Nasti sedang membuat rencana jahat yang tidak diketahui oleh mereka.

Mereka tiba di kampung itu setelah waktu malam menjelma. Mereka bermalam di sebuah rumah kosong yang dulunya adalah rumah Mustika. Sewaktu Amir meninjau-ninjau, keadaan rumah itu, dia terlihat Zura berbaring di atas katil di dalam bilik di rumah itu. Apabila Amir menegur, tiba-tiba Zura muncul di muka pintu. Zura memanggil Amir supaya tidur di luar bilik saja kerana di dalam bilik itu berabuk dan tidak selesa. Amir terkejut dengan kemunculan Zura itu. Dia keliru kerana dia melihat Zura berbaring di atas katil sebelum kemunculan Zura di muka pintu bilik itu. Untuk memastikannya, Amir melihat kembali ke arah katil itu, tiada apa-apa di situ. Amir mulai keliru dengan keadaan itu.

Keesokan hari, mereka berempat pergi ke lembah di mana tebu ditanam. Di pertengahan jalan, kereta mereka meragam. Mereka memberhentikan kereta di bahu jalan. Munirah ternampak seorang budak berpakaian putih tetapi hilang setelah mereka memberhentikan kereta.

Mereka turun dari kereta. Munirah seperti tercari-cari sesuatu. Zura terpesona dengan pemandangan yang indah. Mereka berlari ke arah lembah itu. Tiba-tiba Munirah berlari sambil menjerit memanggil abang dan kakaknya sedangkan mereka semua berada di belakangnya. Mereka semua mengejar Munirah. Munirah berlari laju kearah rimbunan pokok tebu itu. Mereka berpecah mencari Munirah. Peluang itu digunakan Nasti untuk membaca mentera untuk mengesan tongkat Keramat itu. Dia pasti tongkat keramat itu pasti ada di sekitar kawasan itu kerana dia dapat merasakan getaran kekuasan dari tongkat itu. Tiba-tiba dia terdengar suara Munirah menjerit memanggil abang dan kakaknya. Dia menegur Munirah. Munirah terkejut apabila melihat Nasti di situ. Nasti memberitahunya yang abang dan kakaknya itu berada di belakangnya. Nasti membawa Munirah ke tempat Amir dan Zura. Mereka mencari jalan keluar dari ladang tebu itu tetapi tidak berjaya. Hari sudah semakin gelap. Mereka bercadang bermalam di sebuah pondok usang di dalam ladang tebu itu sahaja.

Pada malam itu, Munirah keluar dari pondok itu. Munirah bagai di rasuk sesuatu. Dia pergi ke tempat tongkat Keramat tertanam. Dia menghantukkan kepalanya dan mencabut tongkat keramat itu. Setelah tongkat keramat itu tercabut, Munirah terus pengsanm di situ. Amir terjaga apabila mendengar jeritan dari Munirah. Dia mahu mencari Munirah dan Nasti yang tiada di pondok itu. Zura mahu mengikutnya tetapi dihalang oleh Amir. Amir mencari Munirah dan bertemunya terbaring pengsan di situ dengan di tangannya terdapat tongkat keramat. Apabila Amir mengambil tongkat itu, dia ternampak gambaran Mustika dan Habib.

Nasti melihat abangnya, Amir membawa Munirah balik ke pondok. Nasti tersenyum dan teringat masa silam di mana mereka berdua ada menuntut ilmu hitam. Mereka berdua bersaing untuk menjadi yang terbaik untuk dipilih oleh guru mereka untuk mewarisi baju keramat dan ilmu leluhur gurunya itu. Dan Nasti yang berjaya mendapatkannya. Guru mereka menyuruh Nasti mencari tongkat Keramat milik Habib untuk mendapat kuasa yang mutlak. Nasti sudah pasti di situ tempat tertanamnya tongkat keramat itu tetapi tongkat keramat itu sudah tiada di tempatnya.

Seorang ustaz di situ dapat merasakan sesuatu telah terjadi. Bila keramat terbuka, galang gantinya nyawa itu yang terucap dari bibirnya.

Dr. Najwa melihat rakaman CCTV di bilik rawatannya. Dia terlihat suatu lembaga mengerikan di bilik rawatan itu setelah Zura dan dirinya beredar dari situ. Dr. Najwa menyuruh pembantunya mencari alamat Amir di kampung.

Apabila hari siang, mereka berempat mencari jalan untuk pulang ke rumah. Amir terlihat kejadian yang menimpa Habib dahulu. Dia bagai menyaksikan kejadian itu. Dan apabila cahaya yang memancar dari muka Habib itu terpancar, Amir turut merasakan kesakitannya. Nasti, Zura dan Munirah bergegas ke arah Amir. Tetapi Amir hanya menyatakan yang dia tidak apa-apa. Amir kebingungan dan terlihat ada tanda lebam di badannya. Ustaz ternampak mereka. Ustaz itu tahu sesuatu telah terjadi.

Dr. Najwa ke perpustakaan untuk mencari maklumat mengenai perubatan ilmu hitan dan alam mistik. Sedang dia mencari-cari, tiba-tiba dia merasa seram sejuk. Tetapi dia terus jugak mencari. Akhirnya dia berjumpa dengan buku yang dicarnya. Sedang dia leka membaca tiba-tiba di ditegur oleh seorang budak perempuan yang memintanya sebatang pen. Akibat dari kejutan itu, buku yang dipegangnya terlepas dan terjatuh ke lantai. Sewaktu dia mahu memberikan pen itu, budak perempuan itu sudah tiada di situ.Dia mencari-cari kelibat budak perempuan itu tetapi tidak berjumpa. Tiba-tiba dia terpandang buku yang dibacanya tadi. Halaman buku itu telah terbuka pada suatu muka surat di mana terdapat gambar sebatang tongkat yang terpacak di atas sebuah busut. Gambar itu serupa dengan lakaran yang diberikan oleh Amir kepadanya dahulu. Dr.Najwa terus membawa maklumat mengenai tongkat keramat itu.

Akhirnya mereka dapat kembali ke rumah mereka dengan bantuan orang kampung. Zura mahu pulang ke Kuala Lumpur segera. Amir menyetujuinya. Apabila Munirah melewati Amir, dia memegang bahu Amir seraya memanggil nama Habib dan tersenyum ka arahnya. Amir kebingungan dengan kejadian itu. Amir menyuruh Nasti memperbaiki kereta mereka. Sewaktu duduk di tangga rumah mereka, Nasti menegur tongkat keramat itu. Amir menyatakan yang tongkat dan kawasan tebu itu sama dengan lakaran yang dibuatnya dahulu. Nasti mahu melihat dan memegang tongkat keramat itu tetapi tidak dibenarkan oleh Amir. Dia mahu menunjukkan tongkat itu kepada Dr. Najwa apabila mereka pulang ke Kuala Lumpur kelak.

Dr. Najwa ternampak bayangan-bayangan sewaktu dia mahu pulang dari perpustakaan itu. Sedang dia tercari-cari bayangan itu tiba-tiba telefonnya berbunyi. Amir menelifonnya dan memberitahu yang dia sudah dapat tongkat keramat itu. Dr. Najwa menyuruh Amir balik ke Kuala Lumpur. Dan apabila Dia mahu memberitahu Amir tentang tongkat itu tiba-tiba talian telefon bagai ada gangguan. Amir tidak dapat mendengar suara Najwa.

Nasti membaca lagi mentera ilmu hitamnya. Tiba-tiba muncul lembaga hitam yang sama dengan lembaga yang memakan janin Zura dahulu. Lembaga itu memelukNasti dan berbicara di telinganya. Nasti menjerit dengan menyatakan tidak boleh. Berulang kali Nasti berkata demikian kepada lembaga itu.

Amir sedang membalut tongkat keramat itu dengan sehelai kain batik, bila tiba-tiba Zura muncul dan meminta mereka balik ke Kuala Lumpur pada malam ini jugak. Amir bosan dengan tingkah laku Zura itu dan memarahinya. Zura terkejut dengan perubahan Amir itu. Tiba-tiba dia melihat Munirah bagai orang kerasukan. Munirah berpaut pada tiang dan mengayun-ayunkan badannya di situ. Zura terjerit ketakutan melihat kejadian itu. Amir menjerit memanggil Nasti. Nasti muncul dan membaca mentera untuk memulihkan Munirah. Terjadi pertarungan di antara Nasti dengan lembaga peliharaannya tadi. Akhirnya, lembaga itu dapat ditewaskan oleh Nasti. Amir terkejut melihat Nasti masih mengamalkan ilmu hitam sedangkan Nasti telah memberitahunya yang Nasti telah membuang ilmu hitam itu.

Sewaktu Amir siap mandi, tiba-tiba muncul Munirah. Munirah memeluk Amir dan Amir melihat gambaran Mustika dan Habib bertemu. Mustika mahu melihat wajah Habib dengan lebih dekat. Habib bersetuju tetapi dengan syarat Mustika harus melihat melalui riak air di sungai itu. Tidak boleh melihat terus ke mukanya. Mustika bersetuju. Dan apabila terlihat pancaran dari muka Habib, Mustika rasa teruja. Selepas itu Amir tersedar. Dia menolak Munirah yang sedang berbaring di atasnya. Dia memarahi Munirah kerana kejadian itu.

Nasti membawa pulang kereta mereka yang baru siap dibaiki. Zura memarahi Nasti yang mengambil masa yang lama untuk membaiki kenderaan mereka. Zura menjerit memanggil Amir. Dia turut membebel dan memarahi Amir kerana padanya semua ini berlaku kerana Amir yang mahu pulang ke kampung itu. Amir hanya mendiamkan diri dengan bebelan demi bebelan daripada Zura itu dan setelah Zura semakin menjadi-jadi memarahinya, Amir naik berang dan bertindak menampar dan memarahinya. Zura terkejut dengan perlakuan Amir itu. Selalunya Amir tidak pernah berkasar dengannya. Amir melayaninya dengan sabar. Zura menangis ketakutan. Nasti menenangkan Amir tetapi di marahi Amir dengan meminta Nasti tidak mencampuri urusannya dan menjaga isterinya, Munirah. Sewaktu Amir mahu memukul Zura dengan tongkat keramat itu, Nasti menumbuk Amir hingga Amir jatuh ke tanah. Apabila Amir telah jatuh ke tanah, barulah Amir tersedar dari perbuatannya. Dia bagai mendapat kuasa lain apabila memegang tongkat itu. Dirinya bagai di kuasai oleh suatu kuasa yang kuat. Dia mendekati Zura yang ketakutan. Amir meminta maaf dari Zura. Zura meminta Amir supaya balik ke Kuala Lumpur, tiba-tiba kereta mereka bergoyang dan berasap. Bagai di rosakkan oleh sesuatu. Nasti menyuruh Amir membawa Zura naik ke rumah mereka. Nasti memberitahu yang ada benda yang tidak mahu mereka balik.

Pada malam itu, sedang Amir mententeramkan Zura yang ketakutan, Nasti masuk ke dalam rumah dan melihat tongkat keramat itu terletak di atas meja. Dia mahu memegang tongkat itu tetapi dihalang oleh Amir. Terjadi pergaduhan antara keduanya. Apabila Nasti dapat memegang tongkat itu, tiba-tiba mulutnya berbuih dan Nasti jatuh ke lantai. Tiba-tiba ada lembaga datang menuju ke arah mereka. Amir menyuruh Nasti bangun dan tiba-tiba Zura di rasuk lembaga itu. Dia mahu mengigit Amir. Amir berjaya melepaskan diri dengan memukul Zura yang kerasukkan itu dengan tongkat keramat itu. Zura yang terbaring akibat terkena hentakan tongkat itu mengerang-gerang kesakitan. Amir yang melihat berasa belas dan menyangkakan yang Zura telah pulih tetapi apabila dia mahu menghampiri, tiba-tiba Zura kembali kerasukan. Di celah-celah kelengkang Zura mengalir darah dan terpelanting janin dari rahim Zura. Amir terkejut dengan keadaan Zura itu. Amir meminta pertolongan dengan berdoa kepada YANG ESA. Tiba-tiba muncul seorang ustaz di muka pintu rumah mereka. Ustaz itu membacakan ayat-ayat suci Al-Quran untuk memulihkan keadaan Zura itu. Setelah keadaan pulih, Ustaz itu meminta mereka meninggalkan rumah itu dan mengikutnya.

Di tempat Ustaz itu, Nasti dipulihkan. Ustaz itu memberitahu yang rumah yang tidak berpenghuni ibarat kuburan. Nasti berasa pelik kerana dirinya tidak dapat memegang tongkat keramat itu. Ustaz menerangkan yang keramat itu bukan tongkatnya tetapi tuan punya tongkat itu. Dahulu pemilik tongkat itu adalah seorang yang baik, jadi semua yang mengalir didalamnya adalah kebaikan dan tidak dapat terlawan dengan kejahatan walaupun tuan yang empunya tongkat telah tiada. Nasti menyatakan yang ilmu yang dituntutnya adalah untuk melindungi dirinya dan keluarganya sahaja bukan bertujuan untuk mencelakan orang lain. Ustaz itu menerangkan tidak ada istilah berkawan dengan jin dalam islam. Jin dan Syaitan hanya mahu memperdayakan manusia supaya menjadi hamba mereka. Dan di atas nasihat Ustaz itu, Amir memulangkan kembali tongkat keramat itu ke tempat asalnya.

Setelah Amir memacakkan kembali tongkat keramat itu, tiba-tiba Zura memberitahu yang Munirah telah hilang. Amir menyuruh Nasti membawa Zura balik ke tempat Ustaz dan dia mencari Munirah. Dia tahu di mana Munirah berada.

Amir tahu yang Munirah pasti pergi ke rumah Mustika. Sesampai di situ, Amir terus mencari Munirah. Dia masuk ke dalam rumah. Munirah yang dirasuk oleh Mustika telah meminta maaf dari Amir. Pada pandangannya, Amir itu adalah Habib. Dan Amir bagai mendapat gambaran kejadian itu dan memaafkan perbuatan Mustika yang menfitnahnya dulu. Setelah Habib memaafkannya Mustika pergi dalam diri Munirah. Munirah terjatuh dan Amir memangkunya. Di kala itu Nasti dan Zura tiba di rumah itu. Nasti melihat Amir memeluk Munirah. Dia memukul Amir dan mahu membunuh Amir. Amir cuba menenagkan Nasti. Pada pandangan Nasti, yang berada di dalam diri Amir itu adalah lembaga yang selalu berdamping dengannya. Di saat itu Zura muncul di muka pintu. Dia terdengar kata-kata Nasti dan tahulah dirinya yang Nastilah punca anak dalam kandungannya di makan oleh lembaga itu. Dia marah dengan Nasti. Zura mengambil sebilah kapak dan menetak kepala Nasti. Nasti terpelanting. Amir cuba mententeramkan keadaan. Amir memujuk Zura supaya bertenang. Zura terus-terusan menuduh Nasti pembunuh anaknya.

Dr. Najwa muncul di saat Nasti sudah terbaring didalam pelukan Amir. Dr. Najwa memberitahunya yang tongkat keramat itu adalah punya segalanya. Tongkat itu akan menyebabkan nyawa orang disekelilingnya dalam bahaya. Zura bagai kerasukkan. Dia melihat Najwa dengan suaminya, Amir. Dia menetak kepala Najwa dengan kapak di tanganya. Amir terkejut dengan perbuatan Zura itu. Usaha untuk menenangkan Zura teryata sia-sia. Amir akhirnya di tetak dengan kapak oleh Zura. Setelah itu Zura menetak dirinya sendiri dengan kapak itu jugak. Akhirnya semua yang berada dirumah itu mati di bunuh.  Tamat ...

Para pelakon :
Zul Suphia'an sebagai Amir / Habib
Rebecca Nur Islam sebagai  Zura
Mon Ryanti sebagai Munirah 
Hairul Azreen sebagai Nasti
Diana Amir sebagai Mustika
Putri Mardiana sebagai Dr. Najwa

Pengarah : Azhari Mohd Zain


* Cite seram yang tak berapa nak seram ... tapi seram la jugak .. hahaha... sempat jugak la naik bulu roma sewaktu aku buat sinopsis ni ... ingatkan ustaz tu nak settle semuanya... rupanya tak ... memang kena mati jugak ... dah tajuknya ' Bila keramat dibuka, nyawa galang gantinya' ... haaaa ... seram tak???? ... memang tak selamat ler jawabnya ... akhiran cerita semua mati termasuk doktor tu sekali ... baru masuk dalam rumah terus kena tetak ... hehe ... cam tu la ... buleh la tengok untuk mengisi masa lapang ... nasib la masa lapang tu banyak kannnn ... sesekali layan cite yang cam ni ... best jugak ... masa buat sinopsis ni tak perasan panjang betul huraiannya ... hehe ... dari pukul 2 lebih menaip sampai kul 6 lebih ... hahaha .. amik ko ... bengkok tulang aku duduk  menaip .... jadi ... jommm layannnnzzzzzz ....

2 comments:

Rai Ourkizuna said...

kebanjiran cerita seram dah kita skang ni kan.. macam2 jenis ada..tak terfollow saya..hehehe..

aznanie said...

salam Rai Ourkizuna ...
cite seram dah semakin di minati sekarang ni ... bermacam2 cite seram ada ... yang betul2 seram .. yang ala2 seram ... yang seram kelaka ... yang tak seram langsung pun ada ... hehe ... tak dpt tgk baca sinopsis pun ok .. hehe .. thanks jenguk blog akak n komen

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...