Wednesday, August 01, 2012

Resepi Sambal Hati Ayam

Pagi tadi gi Pasaraya Jiason Bandar Penawar ... cari balang kuih .. dah nak start buat kuih raya .. bukan untuk diri sendiri tapi di tempah dari pelanggan ... esok mula lah operasi membuat kuih rayanya ... selesai jek urusan membeli barangan nak buat kuih raya tu ... mata ni terpandang bungkusan hati ayam ... terus terdetak nak membelinya .. niat hati nak wat goreng-goreng masa bersahur ... tapi hari ni rasa cam nak makan nasi lemak sambal hati ayam pulak ... suh adik aku tam masak nasi lemak ngan goreng ayam ... aku wat sambal hati ayamnya .. hehe .. senang sikit kannn ... jadi, jom layan resepi sambal hati ayam aku ni ...


Sambal Hati Ayam 


Bahan-Bahan :
  • Beberapa ketul hati ayam 
  • Lada kering - direbus dan diblend
  • Bawang merah - ditumbuk
  • Bawang putih - ditumbuk
  • Halia - ditumbuk
  • Sos tiram
  • Gula secukup rasa
  • Garam secukup rasa
  • Serbuk perasa / kiub pati ayam secukup rasa 
  • Air perahan asam jawa
  • Serbuk kunyit untuk mengoreng hati ayam
  • Minyak masak secukupnya untuk mengoreng dan menumis sambal
Cara membuat :
  •  Hati ayam dibersihkan dan dilumur serbuk kunyit dan garam
  • Goreng separa masak
  • Angkat dan ketepikan
  • Tumiskan bahan tumbuk hingga kekuningan
  • Masukkan lada yang telah diblend ke dalam bahan tumbuk tadi
  • Masak hingga lada garing
  • Masukkan sos tiram
  • Kacau hingga sebati
  • Masukkan hati ayam yang telah digoreng tadi
  • Gaul sebati hati ayam dengan sambalnya
  • Masukkan air perahan asam jawa
  • Masukkan gula, garam dan serbuk perasa atau kiub pati ayam secukup rasa
  • Gaul hingga sebati semua bahan 
  • Biarkan sehingga kuah agak pekat 
  • Angkat dan hidangkan ...
  • Sesuai di makan bersama nasi putih atau nasi lemak ... nyum .. nyum ..

2 comments:

Nieza said...

salam ramadhan, sedapnya tgk sambal hati ayam ni:)

aznanie said...

salam ramadhan Nieza ...

Leh la try untuk lauk berbuka atau bersahur ... mudah jek cara penyediaannya .. yg penting malas ngan rajin jek ... hehe ...

Thanks sudi singgah blog akak yerr

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...