Sunday, August 26, 2012

Resepi Rendang Daging

Dah lama wat rendang daging ni ... disebabkan kurang meminati rendang maka tak selalu ler membuatnya ... ari raya pun tak masak rendang sebab tak de permintaan .. hehe ... sekali sekala makan rendang pun best jugak kannn ... asik makan kari ngan ayam masak merah jek .. tukar menu sekali sekala .. hehe ... jadi, jom layan resepi rendang daging yang aku buat nih .. hehe


Rendang Daging

Bahan-bahan :
  • 1 kg daging - potong kecik
  • 4 sudu besar kerisik
  • Santan - 1 biji kelapa
  • 1 peket kecil rempah kurma
  • Sedikit gula merah
  •  Garam secukup rasa
  • Ajinomoto secukup rasa
  • Kiub ayam knoor 
  • 20 tangkai lada kering - di rebus dan diblend
  • 5 biji bawang merah - ditumbuk
  • 4 ulas bawang putih - ditumbuk
  • 1 inci halia - ditumbuk
  • 2 sudu besar ketumbar - ditumbuk
  • 2 sudu besar jintan manis - ditumbuk
  • 2 sudu besar jintan putih - ditumbuk
  • 1 batang serai - hiris nipis dan ditumbuk
  • Air asam jawa
Cara membuat :
  • Tumiskan bahan tumbuk hingga garing
  • Masukkan lada blend dan tumis hingga lada garing 
  • Masukkan rempah kurma dan kacau sebati
  • Masukkan daging dan gaul rata-rata
  • Masukkan santan
  • Biarkan mereneh
  • Masukkan kiub ayam knoor, garam, gula merah dan ajinomoto serta air asam jawa 
  • Biarkan mereneh sehingga daging lembut
  • Masukkan kerisik dan gaul rata
  • Biarkan kuah memekat 
  • Bila dah mulai kuahnya mengering, tutup api dan angkat
  • Hidangkannn
Rendang daging bersama ketupat ... walaupun bukan ari raya buleh jugak makan rendang daging bersama ketupat ... hehe ... nyum .. nyum ...

  



1 comments:

Fariz Reza said...

Assalamualaikum (^_^) datang follow blog ni. Follower yang ke- 265 .

Nanti jikalau ade kelapangan , awak tinggalkan jejak link blog awak di sini ya Exchange link

nanti saya dapat Blogwalking awak selalu (^_^)

Hope dapat jadi rakan yang sejati dalam blogger ni ya , kita gunakan peluang ini sebaiknya untuk mengeratkan lagi hubungan antara 2 blogger (^^_)
Salam perkenalan ; ) sekali lagi dari Fariz Reza .

From: Fariz Reza [Dot] Com

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...