Thursday, July 19, 2012

Samarenda 'Ameera' - Episod Akhir

Malam tadi berkesempatan menonton slot samarenda bertajuk Ameera ... episod akhir malam tadi ... lakonan hebat dari pelakon Rita Rudaini, Syamsul Yusof, Zarina ZaiNoordin, Yasmin Hamid dan ramai lagi ... kisah rumahtangga pasangan Ameera dan Amir yang sentiasa bergelodak ekoran campurtangan ibu Amir yang mahukan cucu ... sebenarnya mak dia tu bukan nak cucu sangat .. sebab dia dah ada cucu dari anak dia yang lain ... saja sebab mak dia tu memang tak sukakan Ameera ... dia nak Amir ceraikan Ameera ... tu jek sebenarnya ... hehe ... tapi ending dia tak best ler ... kenapalah pengarah buat hero mati ... sian kat Ameera .. dahlah hidup sentiasa diselubungi duka ... kehilangan suami pulak akhirnya ... tak rasa bahagia pun lagi ... sian ... sian ... hmmm ... apa-apa pun jom layan sinopsis samarenda Ameera ni ...


Sinopsis oleh : aznanie

Farouk berjaya menjejaki Ziela yang bersembunyi di rumah adiknya, setelah dia di pukul oleh Amir kerana Ziela cuba membunuh Ameera. Farouk mengancam akan membunuh anak Ziela, Amirul seandainya laporan polis dibuat. Farouk menculik Amirul dan Ziela untuk meminta wang tebusan daripada Amir. Farouk mahukan Rm 5 juta sebagai syarat untuk membebaskan Amirul dan Ziela.

Puan Suraya mulai sedar akan perbuatan kejamnya pada Ameera. Amir telah menceritakan kenapa Ameera tidak buleh mengandung. Ameera telah mengalami kemalangan sewaktu mahu menyelamatkan Amir dahulu dan akibatnya rahim Ameera cedera teruk dan terpaksa dibuang. Ameera sanggup berkorban nyawanya demi menyelamatkan Amir dan disebabkan itulah perasaan sayang Amir pada Ameera tidak berbelah bagi. Puan Suraya mulai belajar menerima Ameera dalam hidupnya.

Puan Suraya, Amir dan Ameera meminta bantuan pihak polis bagi menyelamatkan Amirul dan Ziela. Sebenarnya pihak polis sudah lama memerhatikan kumpulan Farouk yang menjalankan aktiviti pemerdagangan manusia dan kehilangan gadis-gadis yang dijadikan pelacur oleh Farouk dan kumpulannya.

Setelah berpakat dengan anggota polis, Amir bersama wang yang dipinta Farouk, pergi menemui Farouk. Setelah memeriksa beg yang berisi wang, Farouk membawa Ziela dan Amirul bertemu Amir. Tetapi Farouk mempunyai rancangan yang lain. Dia mahukan wang dan Amirul. Dia mahu membunuh Amir dan Ziela. Sewaktu keadaan mulai tegang, pihak polis memulakan tindakan. Mereka mengepung Farouk dan kumpulannya. Adegan tembak-menembak mulai berlaku. Farouk menjadikan Ziela sebagai tawanan. Dia turut mengarahkan Amir yang mengendong Amirul supaya mengikutnya. Di saat itu juga, adik Ziela muncul dengan kayu di belakang Farouk. Dia memukul Farouk tetapi malangnya pukulan itu hanya membuatkan Farouk terjatuh sahaja. Farouk menembak ke arah Ziela dan tepat mengenai perut Ziela. Kemudian, Farouk melarikan diri dan dikejar oleh anggota polis.

Ziela rebah dan sebelum matanya tertutup dia sempat memaut Amir. Amir terduduk melihat kejadian yang tidak disangka itu. Setelah segalanya selesai, pihak polis menghantar Amir dan Amirul pulang ke rumahnya. Puan Suraya dan Ameera gembira melihat Amir pulang membawa Amirul tetapi Ameera hairan melihat Ziela tiada bersama dan bertambah hairan apabila melihat baju Amir dipenuhi darah. Sewaktu Ameera bertanyakan Ziela tiba-tiba muncul Farouk di belakang mereka. Rupanya Farouk bersembunyi di belakang bonet kereta Amir. Amir terkejut melihat Farouk ada di rumahnya. Farouk mengacukan pistolnya dan kebetulan pemandu Puan Suraya di belakang Farouk dan memukul belakang Farouk dengan pisau tetapi Farouk hanya terjatuh dan melepaskan tembakan ke arah Amir. Amir rebah ke lantai. Pemandu Puan Suraya menikam belakang Farouk dan Farouk rebah ke lantai. Puan Suraya menjerit meminta pemandunya itu memanggil ambulans. Ameera terkaku melihat keadaan Amir yang terbaring itu. Amir meminta ibunya mendekatkan Amirul padanya. Dan di saat itu Ameera datang menghampirinya. Amir memaut Ameera rapat ke sisinya. Puan Suraya menjerit-jerit meminta Amir bertahan sehingga ambulans tiba. Ameera tidak dapat berkata apa-apa melainkan memeluk Amir dengan linangan airmata. Akhirnya, Amir menghembuskan nanfas terakhirnya di pangkuan Ameera. Ameera terkenangkan saat-saat manis sewaktu bersama Amir dahulu. Tamat ....

Para pelakon : 
Rita Rudaini sebagai Ameera
Syamsul Yusof sebagai Amir
Zarina ZaiNoordin sebagai Ziela
Yasmin Hamid sebagai Puan Suraya

*  Tamat akhirnya cerita Ameera nih ... tak pernah miss satu episod pun ... best giler cite nih ... gandingan Rita dan Syamsul memang menjadi ... cam gandingan Nora Danish dengan Adi Putra jugak ... hehe ... besttt ... harap-harap ada sambungan lagi Ameera 2 pulak ... dan harap-harap Amir tak mati ...biar Ziela mati sorang ...  huhu ... harap-harap ler kannn ... aku dah buat lirik lagu tema cite Ameera nih ... tajuk dia Andai Ku Bercinta Lagi dari kumpulan Mojo ... lagu tema dah mengambarkan hero atau heroin yang mati .. jadi kena lah ikut lagu tema kott .. huhu ... jadi layanzzz ...

2 comments:

Sky b4 Pinky said...

erm..cerita best..tapi endingnya hampeh..sad ending. mana tak nya hero (amir) mati..last2 pak ibrahim; gangster kg sg buloh lah hero..dalam cerita ni sbb dia yg bunoh farouk.. polis pun satu leh plak main kejar2..dahlah penjenayah tu pegang pistol..dah tembak orang pun.. lagi satu..mana perginya ramai2 polis tadi..huhu.. stress lah ending dia..apa pun cerita memang mantap..

tentang aku said...

salam ...
akak setuju ngan komen adik tu ...
cite dah abis .. rasa terkilan pulak ngan endingnya ... tapi nak wat cam mana ... pengarah dah garap cite tu cam tu ... terima aje lah .. hehe ...

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...