Sinopsis oleh : aznanie
Kedatangan seorang lelaki dari Itali untuk belajar muzik dengan ayah Nandini iaitu Pandit Dardar membuatkan hati Nandini bergetaran. Dia tidak pernah merasakan perasaan yang sebegitu. Sameer adalah jejaka pertama yang membuatkan dia jatuh cinta. Suatu kejadian berlaku di mana Nandini dan Sameer membantu sepupu Nandini melarikan diri dengan lelaki pilihannya. Keluarga sepupu Nandini marah dan merasakan Pandit Dardar tidak berlaku adil dalam menangani masalah keluarga mereka. Mereka memberitahu mengenai percintaan Nandini dengan Sameer. Pandit Dardar naik angin dan mencari Nandini. Amarahnya jadi memuncak apabila terlihat Nandini sedang bermesraan bersama Sameer. Sameer di arahkan pulang ke Itali dan Nandini di kahwinkan dengan seorang lelaki pilihan keluarganya.
Nandini berasa sedih. Dia tidak melayan suaminya seperti yang sepatutnya. Perbuatannya itu mengundang kemarahan ibunya. Orang suruhannya memberikan surat-surat yang dihantar Sameer ke rumahnya. Nandini membaca surat-surat tersebut dan tanpa pengetahuannya, suaminya Vanraj telah membaca surat itu. Vanraj berasa kasihan melihat Nandini. Dia tahu Nandini tidak mencintainya.Jadi Vanraj membuat keputusan untuk pergi ke Itali bersama Nandini untuk mencari Sameer. Nandini bagai tidak percaya pada ketulusan suaminya itu tetapi dia tetap gembira kerana akan bersama Sameer.
Sesampai di Itali, mereka mencari Sameer. Keadaan jadi sulit kerana Nandini tidak tahu alamat Sameer di Itali. Mereka mencari berdasarka nama Sameer dan pekerjaan sebagai pemuzik sahaja. Dalam pencarian, Nandini di timpa kemalangan. Mereka di rompak dan Nandini di tembak. Nandini yang cedera di hantar ke hospital. Di hospital, Vanraj menjaga Nandini dengan baik. Mereka menghadapi masalah kewangan kerana semua wang dan barangan mereka telah di rompak. Nandini berasa kasihan pada Vanraj. Walau menghadapi kesukaran, Vanraj tidak berputus asa mencari Sameer. Nandini terharu dengan ketulusan hati Vanraj.
Akhirnya, pencarian mereka membuahkan hasil. Dengan maklumat yang diperolehi, mereka berjaya menjejaki Sameer melalui ibu Sameer. Ibu Sameer menyuruh Nandini dan Vanraj pergi ke sesuatu tempat di mana Sameer akan mengadakan konsert di situ. Nandini mulai merasakan kelainan dalam dirinya. Dia mulai menyayangi Vanraj tetapi dia tidak meluahkannya. Tindakan Vanraj yang bersungguh untuk menemukan dia dengan Sameer mematikan hasratnya. Sepanjang perjalanan menemui Sameer, Nandini berharap agar Vanraj memintanya supaya melupakan Sameer dan memintanya tetap menjadi isterinya sehingga ke akhirnya tetapi Vanraj tetap mendiamkan diri.
Mereka sampai ke dewan itu. Vanraj mengucapkan selamat tinggal kepada Nandini dan berharap agar Nandini akan bahagia dengan Sameer. Nandini memandang sayu pada Vanraj. Akhirnya, Nandini berlalu meninggalkan Vanraj. Nandini meluru mendapatkan Sameer yang lama menunggunya. Sameer berasa sangat gembira bila melihat kelibat Nandini di situ.
Namun kegembiraan Sameer tidak bertahan lama bila Nandini meluahkan apa yang terbuku di hatinya. Pengakuan Nandini yang sudah berubah hati itu sangat melukakan hatinya tetapi dia tidak dapat berbuat apa-apa. Dia merelakan pemergian Nandini kembali ke pangkuan suaminya, Vanraj. Dia berharap agar Nandini akan berbahagia dengan Vanraj.
Nandini mengejar Vanraj. Vanraj berpaling apabila mendengar suara Nandini memanggil namanya. Hatinya terusik apabila melihat Nandini. Nandini menghulurkan tangannya. Dia mahu Vanraj memilih salah satu dari tanganya. Tangan yang disentuh Vanraj itu mengandungi rantai perkahwinan mereka. Nandini meluahkan perasaannya pada Vanraj dan mereka kembali bersama semula. Tamat ...
Para pelakon :
Aishwarya Rai sebagai Nandini
Salman Khan sebagai Sameer
Ajay Devgan sebagai Vanraj
* Best cite ni ... suka ulang tengok .. aku ada vcd cite nih ... suka tengok Aishwarya Rai ... awal-awal cite banyak menyanyi ... dah tengah-tengah cite kurang sikit nyanyi ... kesabaran dan kesungguhan si suami berjaya membuatkan si isteri jatuh hati pada dia ... wahhh .. romantik lorrr ... suke .. suke .. hehe ... akhiran yang tidak disangka sebenarnya .. ingatkan Nandini bersama Sameer tapi rupanya cinta dia beralih arah pada suami dia, Vanraj ... hmm .. best jugak akhirannya ...
0 comments:
Post a Comment