Sunday, January 19, 2014

Sinopsis Cerekarama Bini Aku Hantu Langsuir


 Sinopsis oleh : aznanie


Kisah pemuda bernama Shuib. Percintaannya bersama Saleha terputus di tengah jalan apabila Saleha berkahwin dengan orang lain. Sejak itu hidupnya tak terurus. Setiap hari dirinya merintih kehilangan Saleha. Di tambah dengan kata umpat orang kampung membuat jiwa Shuib semakin tertekan.

Tidak lama kemudian, cerita Shuib lenyap dari mulut orang kampung. Timbul pulak cerita hantu langsuir yang menggangu orang kampung. Ada yang berani mahu memaku tengkuk langsuir itu supaya berubah menjadi perempuan cantik. Tetapi bila bersemuka dengan langsuir itu, semua lari bertempiaran sehingga ada yang diserang sakit jantung.

Shuib jugak tidak ketinggalan. Dia mahu mencuba nasibnya. Malam itu Shuib pergi ke hutan. Jenuh mencari akhirnya Shuib ternampak langsuir itu. Shuib lari ketakutan tetapi apabila teringat kata-kata Sarip yang selalu menyakitkan hatinya, dia kuatkan semangatnya. Dengan perasanan berani-berani takut Shuib memaku tengkuk langsuir itu. Langsuir itu menjerit dan berlalu pergi. Shuib bingung. Dia tercari-cari perempuan cantik yang diperkatakan orang itu.

Keesokan harinya, Shuib mulai sedar yang dirinya perlu berubah. Dia mengemas dirinya dan rumahnya. Sedang dia menyapu sampah di halaman rumah, datang seorang perempuan cantik menegurnya. Perempuan itu bernama Seri. Seri memberitahunya yang dia baru berpindah ke kampung itu dan memerlukan wang. Dia mahu bekerja. Shuib yang baik hati itu membenarkan Seri menjadi orang gaji dirumahnya dengan syarat Seri harus pulang apabila Shuib balik dari menoreh getah bagi mengelakkan perkara yang tidak elok berlaku.
Orang kampung mula buat cerita baru. Yang paling lantang bercerita adalah Sarip. Sebenarnya Sarip berkeinginan untuk mengoda Seri tetapi tidak dilayan oleh Seri.

Atas nasihat Imam di kampungnya, Shuib akhirnya mengahwini Seri. Sarip yang tidak puas hati telah menyebar cerita kununnya Seri itu adalah hantu langsuir yang telah dipaku oleh Shuib.

Saleha pulang semula ke kampung setelah diceraikan. Dia berjumpa dengan Shuib untuk menebus kembali kesalahannya. Namun semua sudah terlambat. Shuib telah berkahwin.

Saleha tidak putus asa. Dia menemui isteri Shuib, Seri. Dia meluahkan apa yang terbuku di hatinya. Shuib yang baru pulang, terkejut mendengar kata-kata Saleha itu. Dia menyuruh Saleha melupakan dirinya. Seri mengizinkan Shuib berkahwin dengan Saleha. Shuib terkejut tetapi gembira dengan cadangan Seri itu.

Akhirnya, Saleha dan Shuib pun berkahwin. Mereka hidup bahagia bersama. Tidak lama kemudian, Saleha mengandung. Seri mulai rasa tercabar. Dia rasa cemburu pada Saleha kerana Shuib melebihkan Saleha.
Suatu hari, Saleha pengsan. Shuib hairan melihat tanda lebam di leher Saleha. Saleha disahkan kurang darah dan dimasukkan ke hospital.

Shuib pulang ke rumah bersama Seri. Seri meminta Shuib menemaninya mengangkat kain di ampaian. Tiba-tiba Seri tergelincir dan kepalanya tersangkut ampaian. Shuib menolongnya dan terkejut melihat ada paku yang tercacak di tengkuk Seri. Shuib mengambil penukul dan mencabut paku itu. Apabila paku itu tercabut, Seri terus berubah wajah dan mengilai. Shuib terkejut ketakutan.

Shuib tersedar dari tidurnya. Rupanya dia bermimpi. Dia melihat jam loncengnya. Ternyata jam itu terhenti sebelum waktu yang di kuncinya. Rupanya dia tidak pergi ke hutan malam itu.

Shuib pergi ke warung Pak Mud. Tiba-tiba dia tercium haruman yang dikenalinya. Dia terpandang seorang perempuan cantik di dalam warung itu. Perempuan cantik itulah Seri dalam mimpinya. Untuk memastikannya, Shuib menyuruh Pak Mud menamparnya. Ternyata dia tidak bermimpi. Dia diberitau oleh Pak Mud yang gadis itu bernama Seri tinggal di hujung kampung. Seri berlalu bersama Sarip yang menunggunya. Sarip memberitau yang Seri adalah bakal isterinya. Shuib memandang Seri dan terlihat mata Seri yang bercahaya kemerahan itu. Tamat

Para pelakon :
Shuib sebagai Shuib
Tasha Shila sebagai Seri

Nur Risteena sebagai Saleha
Hairi Safwan sebagai  Sarip

Arahan : Jamal Khan

* cite lawak ... keras perut ketawa .. anak-anak siap tergolek-golek ketawa ... cite komedi seram ... banyak komedi dari seram nya ... hehe ... best la cite cam ni ... senang nak follow ... santai ... anak-anak pun suka ... paling lawak masa mata Sarip bertukar jadi mata kucing masa terpandang Seri kat warung Pak Mud ... hahaha ... gile lawak ... tapi kesian Shuib ... mimpi rupanya ... last-last si Sarip yang memaku langsuir tu rupanya ... ada ending lain yang lawak tu ... ingat masa Seri blah tu dia toleh kat Shuib mata ada cahaya merah ... rupanya ending sebenarnya Sarip yang nak berbinikan hantu langsuir ... hahaha .. lawakkkk

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...