Monday, August 06, 2012

Resepi Spaghetti Bolognese

Wah! ari ni menu berbuka puasa stail Italy ... hehe ... tekak teringin nak makan spaghetti pulak ... cari kat carian google .. jumpa ler satu resepi dari mutiarazura .. gambar dia cukup menawan selera .. ramai pulak tu yang dah mencuba dan memberi komen yang memberangsangkan .. so .. aku pun terasa begitu teruja untuk mencuba jugak ... alhamdulilah ... menjadi jugak spaghetti bolognese aku nih .. walaupun kekurangan bahan, rasanya tetap marveles ... hehe ... jom layan resepi spaghetti bolognese nih ...


Spaghetti Bolognese


Bahan-Bahan :
  • 500 gram spaghetti
  • 500 gram daging lembu cincang
  • 200 ml susu segar
  • 1 labu bawang besar kuning - cincang halus
  • 1 ulas bawang putih - cincang halus
  • 4 - 5 biji tomato buah - potong dadu
  • 1 batang carrot - dadu kecil
  • 1 batang daun celery - dadu kecil
  • 1 tin sedang tomato puri
  • 1 tin cendawan butang - hiris nipis
  • 1 kiub stok daging lembu
  • 1/2 sudu teh herba oregano kering
  • Gula dan garam secukup rasa
  • 3 sudu besar minyak zaitun 
  • 2 sudu besar butter
  • Parutan keju parmesan

Cara membuat :
  • Rebus 2 liter air dalam periuk besar, masukkan 2 sudu teh garam
  • Bila air mendidih baru masukkan spaghetti
  • Kacau sekali-sekala, dan masukkan 1 sudu teh minyak zaitun agar spaghetti tidak melekat
  • Bila spaghetti sudah lembut, angkat dan toskan
  • Sos Bolognese:
  • Gunakan periuk yang tinggi dan dalam
  • Panaskan minyak zaitun, masukkan butter dan kacau
  • Bila butter cair dan berbuih, masukkan bawang besar dan bawang putih cincang tadi. Jangan biarkan garing, cukup sekadar layu sahaja
  • Masukkan daging cincang. Pastikan daging cincang itu peroi sebelum dimasukkan di dalam periuk
  • Goreng hingga daging keperangan
  • Masukkan semua sayuran
  • Goreng hingga sayur lembut
  • Masukkan susu segar
  • Kuatkan api hingga susu mendidih
  • Kacau selalu
  • Bila kesemua susu telah diserap daging, masukkan tomato puri dan tomato segar
  • Tambahkan air masak ke dalam kuah. Guna tin tomato puri sebanyak 2 tin air 
  • Kacau sos 
  • Masukkan herba, kiub, garam dan gula secukup rasa
  • Biarkan mendidih selama 7 minit, kemudian perlahankan api menggunakan api yang paling kecil dan reneh sos dengan periuk separa tertutup hingga sos pekat
  • Bolehlah dihidang dengan parutan keju parmesan

3 comments:

Sky b4 Pinky said...

erm..sedap2..spagethi ni biasa abg ngan adik laki sya je pandai masak..saya pandai makan..huhu

tentang aku said...

salam sky before pinky ..
untung ler tukang makan jek .. lebih untung sebab org masakkan .. cam akak ni kalu teringin kena masak sendiri ler atau pun heret jek en.suami gi pizza hut .. hahaha

klANA said...

nmpk yummy...nyum2 (^o^)v

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...