Saturday, March 10, 2012

Sarapan Capati ...

Capati bersama kuah kari pekat ...

Hari ini my abah bagi capati ... panas-panas lagi .. hajat hati nak ke kedai kak Aisyah beli sarapan terus tercancel .. haha ... beli kat Bestari Food Court kata dia .. diaorang iaitu Ayen ngan abah sarapan kat situ .. makan roti canai ... ooo .. makan roti canai .. belikan mama capati .. ngelat eaaa ... hahaha .. tak apa lah ... capati pun sedap .. suka jugak makan capati ... hehe ... 2 keping habis aku bedal .. tinggal lagi 2 keping .. untuk en.suami .. tapi en.suami tak suka sangat makan capati .. eleh .. en.suami aku ni tak kisah dia .. ada makan .. tak de tak mencari .. bak kata dia .. sedap makan banyak .. tak sedap makan sikit .. haaaa .. ayat beli jiwa tu .. haha ...

Aku tak pernah masak capati .. tak tau pun cara-cara nak membuatnya .. hehe ... try-try cari resepi kat google .. haaaa .. dah jumpa .. aku copy paste kat sini .. huhu .. nanti-nanti kalau ada kelapangan leh la try buat .. kan .. kan .. kan ... hehe ...

Capati
Bahan-bahan :
  • 225 gram tepung atta
  • 1 sudu besar minyak sapi
  • 125 ml air suam
  • secubit garam
  • sedikit minyak sapi, untuk dilenser pada capati
  • sedikit tepung atta, untuk proses mencanai
 Cara-cara membuat :
  • Masukkan tepung atta, minyak sapi dan garam ke dalam mangkuk.
  • Tuang sedikit demi sedikit air suam sambil menguli sehingga menjadi doh. Uli doh selama beberapa minit.
  • Masukkan doh ke dalam mangkuk dan tutup dengan sehelai kain basah/ lembab dan biarkan selama 30 minit.
  • Bahagikan doh kepada beberapa bebola kecil.
  • Tabur sedikit tepung atta di atas papan pencanai dan canai nipis setiap bebola kecil.
  • Panaskan kuali. Letak sekeping doh yang telah dicanai nipis tadi. Apabila doh telah bertukar warna dan mula kembung di beberapa bahagian, terbalikkan.
  • Selepas beberapa ketika, terbalikkan sekali lagi. Tekan perlahan-lahan bahagian yang kembung pada capati menggunakan sudip/ spatula (boleh nampak bahagian lain akan kembung juga).
  • Terbalikkan roti sekali lagi. Bila dah masak, lenserkan permukaan atas roti dengan sedikit minyak sapi.
  • Angkat dan letakkan di dalam bekas bertutup yang telah dialas dengan paper towel. Pastikan bekas sentiasa ditutup kerana wap yang terhasil akan membuatkan capati lembut.
  • Ulangi sehingga kesemua doh selesai.
  • Hidangkan dengan kuah kari atau kuah kegemaran anda.
sumber: LynnSham@myresipi.com

Tepung atta jenama Alagappa's ...

4 comments:

Jumizah Samsudin said...

Mohon pinjam resepi nak bubuh dalam blog saya :)

aznanie said...

salam jumizah samsudin ..
ok .. tak masalah ... sama2 kita berkongsi ilmu ... minat makan capati ea .. hehe

Jumizah Samsudin said...

Minat........tapi laki saya orang Jawa...so dia tak berapa nak layan makanan Indian ni.

Jumizah Samsudin said...

Salam, artikel kita keluar hari ni. Jemput baca : http://www.jumiesamsudin.com/2012/08/cara-membuat-capati.html

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...