Saturday, August 27, 2011

Sinopsis Novel 'Nilai Cintanya'

Ini antara novel yang paling best bagi aku ... jalan cerita yang sangat .. sangat ... sangat .. menarik ... ending yang tak terjangka oleh kita .. tapi happy ending .. baca bab 1 ... terus melekat .. tak leh lepas .. perasaan nak tau apa jadi selepas itu dan selepas itu begitu menerujakan .. haha .. tak caya .. try baca .. memang best gile .. jadi, jom layan novel Nilai Cintanya ini yang digarap sinopsisnya oleh aku .. hehe ..


Sinopsis oleh : aznanie

Yuhanis membawa hati yang luka parah akibat ketaksetiaan Amirul. Tunangan yang paling disayangi membuat onar bersama kakak kembarnya, Yuhana. Selepas Amirul dinikahkan dengan Yuhana, Yuhanis pergi membawa diri. Dengan harapan lara dihati dapat diubati.

Di perantauan, Yuhanis bertemu Ikhwan. Jejaka yang berjaya mengisi kekosongan hatinya. Berjaya merawat luka yang ditinggal Amirul. Bersama Ikhwan, Yuhanis terasa begitu dihargai dan disayangi. Tambahan pula, ibu bapa Ikhwan amat menyayangi Yuhanis. Pada merekalah tempat Yuhanis menumpang kasih.

Kemunculan Amirul menyingkap cerita duka. Yuhanis tidak mahu meneroka cerita lama. Di hatinya telah bersemi kasih Ikhwan. Cintanya pada Ikhwan terlalu mendalam sehingga berjaya mengingkirkan bayangan Amirul dari dirinya.

Amirul tidak berputus asa. Dia terus memburu Yuhanis. Yuhanis harus ditawan semula. Dia tidak pernah membuang Yuhanis dari hidupnya. Bersama Yuhana, dia tidak bahagia. Walau mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Nurul Hanis, kehidupan mereka tidak ubah seperti orang asing. Amirul benci pada Yuhana yang memerangkapnya dulu. Amirul benci pada ketelanjuran yang dia lakukan bersama Yuhana dulu. Akibat perbuatannya itu, dia kehilangan Yuhanis. Gadis yang sangat dicintainya.

Menggunakan Nurul Hanis, Amirul berjaya meraih simpati Yuhanis. Amirul berjaya mendekati Yuhanis. Ikhwan yang dapat merasakan bersama Amirul mencintai Yuhanis, bertindak menjauhkan dirinya dari Yuhanis. Dia ingin melihat Yuhanis bahagia walau dirinya menderita, dia pasrah.

Yuhanis tertekan dengan sikap Ikhwan. Setelah diserahkan hati dan perasaannya pada Ikhwan, dia ditinggalkan begitu sahaja. Yuhanis nekad mencari jawapan. Ikhwan ditemui. Yuhanis merayu andai masih berbaki rasa cinta Ikhwan pada dirinya, jangan tinggalkannya seperti perempuan yang tak ada harga diri ... Ikhwan terkedu dengan perlakuan Yuhanis. Bukan niatnya untuk melukakan hati Yuhanis. Dia hanya mahukan gadis kesayangannya bahagia. Namun, dia mulai goyah, samada betul atau tidak tindakannya melepaskan Yuhanis pada Amirul.

Majlis perkahwinan Yuhanis berlangsung dengan suasana meriah. Ramai rakan taulan yang hadir memeriahkan majlis mereka. Namun disebalik kegembiran itu, ada seorang insan terluka. Yuhanis sudah membuat keputusan. Dia harus terima kenyataan dan pasrah. Menyesal dengan perbuatan silam yang memusnahkan impian untuk bersama gadis kesayangannya. Dia mendoakan agar rumahtangga Yuhanis bahagia.

Ikhwan bagai tak percaya dengan takdir dirinya. Namun dia bersyukur kerana berjaya memiliki gadis kesayangannya. Dia kini bergelar suami kepada Yuhanis, gadis pujaannya.

Yuhanis membuat keputusan memilih Ikhwan sebagai suaminya disebabkan dirinya mahukan seorang suami yang boleh disanjungi dan dihormati. Suami yang mampu menjaganya, menyayanginya sepenuh jiwa. Yuhanis pasti kasih sayang Ikhwan melaut untuknya. Hanya untuknya. Yuhanis pasti sangat.

Setelah ditinggalkan Amirul, kehidupan Yuhana tersasar jauh dari landasan. Dia membuat hubungan sulit bersama Imran, abang Ikhwan. Sehingga rumahtangga Imran bergoyah. Ikhwan kasihankan anak-anak saudaranya yang masih kecil. Ikhwan menyiasat tentang Yuhana. Dan dia begitu terperanjat bila mengetahui yang Yuhana adalah kakak kembar isteri kesayangannya, Yuhanis.

Bila Yuhana mendapat tahu yang Yuhanis telah berkahwin, api kemarahannya mulai memuncak. Dia menyangkakan Yuhanis mengahwini Amirul. Dia bencikan kebahagian Yuhanis bersama Amirul. Baginya Amirul adalah miliknya. Yuhana bertindak melanggar Amirul dengan keretanya. Akibat dari kemalangan itu, Amirul telah meninggal dunia. Yuhana yang mengetahui akan kematian Amirul berasa kemenangan kerana telah berjaya memisahkan Yuhanis dengan Amirul buat selama-lamanya.

Yuhana telah ditangkap kerana menyebabkan kematian Amirul. Yuhanis melawat kakak kembarnya, dan alangkah terkejutnya Yuhana apabila diberitahu yang Amirul bukanlah suami Yuhanis. Dia mulai menyesali tindakannya. Akibat tertekan, Yuhana mengambil keputusan membunuh diri. Sebelum dia membunuh diri, dia telah membuat surat penyerahan penjagaan anaknya, Nurul Hanis kepada Yuhanis. Dan meminta maaf di atas segala perbuatannya kepada Yuhanis.

Kehidupan Yuhanis diselubungi kebahagiaan disamping suami tersayang, Ikhwan dan anak-anaknya, Nurul Hanis dan Nurul Hanani. Imran berbaik semula dengan isterinya, Yati. Kebahagiaan menjadi milik keluarga besar mereka semula. Tamat ...

Penulis : Rozita Abd. Wahab
Terbitan : Creative Enterprise Sdn. Bhd
Point : 5/5

*Sukeee bangat novel ni .. sukee watak Yuhanis ... tenang dalam menempuh cabaran hidup .. sukee jugak watak Ikhwan .. loving jek cara dia jaga Yuhanis .. baik .. sanggup mengalah dengan Amirul .. tak suke watak Yuhana .. jahat sangat .. dengan adik sendiri pun nak berdendam .. huhu .. emo la pulak .. pepun novel ni best .. the best ..

2 comments:

haniyuhanis said...

kat mne nk beli novel nilai cintanya tuh??

aznanie said...

salam haniyuhanis ...
akak beli kat kedai buku kat plaza kota tinggi jek ... sebab ni bukan novel terbitan alaf 21 .. jadi, kurang mendapat perhatian sikit ... bukan la nak kata terbitan alaf 21 tu bagus sangat .. cuma dah memang cam tu .. pekedai buku ni cam pilih kasih pulak .. buku terbitan lain cam di anak tirikan pulak .. itu pendapat dan pandangan akak sahaja .. hasi dari pemerhatian akak di bandar akak ni .. maklum la bandar kecik jek .. bukan bandar besar .. kedai buku nya pun kecik jek .. tak muat nak letak buku banyak2 .. hehe

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...