Tuesday, August 02, 2011

Resepi Jemput-Jemput Udang Daun Kucai

Jemput-Jemput Udang Daun Kucai
Bahan-bahan :
Tepung gandum
Udang basah (yang kecil-kecil)
Daun kucai
Bawang merah - dihiris
Garam
Telur

Cara membuatnya :
Gaul tepung gandum dengan garam sehinga sebati
Masukkan bawang merah yang dihiris nipis
Masukkan juga daun kucai yang telah dipotong kecik-kecik
Pecahkan telur dalam tepung tadi dan gaul sebati
Masukkan air masak sejuk secukupnya
Jangan banyak sangat airnya. Nanti bancuhan tepungnya jadi cair
Bancuhan tepung untuk jemput-jemput ini haruslah sedang-sedang sahaja pekatnya
Gaul sebati semua bahan

Tips : Untuk membuat jemput-jemput yang lembut, kacau bancuhan tepungnya sehingga keluar gelembung-gelembung udara di sekitar bancuhan tepung tadi. Memang mengambil masa untuk mengeluarkan gelembung-gelembung udara tersebut. Selamat mencuba ...
Daun kucai

3 comments:

Liz@ n H@ris said...

sok pg nak wat la...tuk sarapan...

aznanie said...

salam Liz ..
cuba lah .. sedap tau .. hehe ..

Nadiah said...

This is awesOme!!
BuatLa recepi yg sedap2 Lagi..I Just Love maLaysian cooKing..thanKs:)
Love frm Singapore:)

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...