Wednesday, August 17, 2011

Ayam Masak Merah

Masak ayam merah ni aku masak untuk berbuka semalam .. adik ipar ku datang .. jadi, kena masak something yang special sikit ..hehe .. special ker ... ayam masak merah ni makan dengan nasi tomato, acar timun nanas ngan beriani kambing .. hehe .. banyak kan .. sebenarnya, aku cuma masak ayam masak merah jek .. yang lain tu kak yong yang masak .. hehe .. sebab tu aku cuma nak bagi resepi ayam masak merah jek .. lauk yang lain tak pandai le pulak nak membuatnya ..

Ayam Masak Merah
Bahan-bahan :
Ayam -dibersihkan dan dipotong sedang
Serai - diketuk
Bawang merah - diblend
Bawang putih - diblend
Lada kering - direbus dan diblend
Sos tiram - 2 sudu makan
Garam, gula, ajinomoto secukup rasa
Sos cili - 2 sudu makan
Sos tomato - 2 sudu makan
Serbuk kunyit - untuk mengoreng ayam
Air asam jawa

Cara membuatnya :
Lumurkan ayam dengan serbuk kunyit dan garam
Goreng setengah masak dan ketepikan
Tumiskan bahan blend hingga garing
Masukkan serai, sos tiram, sos cili dan sos tomato
Masukkan jugak garam, gula dan ajinomoto
Kacaukan ia
Masukkan ayam yang telah digoreng tadi
Masukkan air asam jawa
Gaul sebati
Bila kuah mulai memekat, tutup api dan hidangkan

Nasi tomato berlaukkan ayam masak merah, beriani kambing dan acar timun nanas ...

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...